Ibu Yang Baik

Balasan pada confession “saya tak nak anak” https://iiumc.com/saya-tak-nak-anak/

Hi Cahaya! Saya nak tulis komen bawah confession awak tapi komen saya panjang sangat. Jadi, saya harap penulisan ini dapat membantu awak.

Kepada pembaca IIUM Confession maaf ya saya pun guna bahasa rojak, maaf kalau pening membaca hihi. First of all untuk cahaya, good job ibu. Awak ibu yang baik.

Percayalah awak tak keseorangan. To be honest situasi saya hampir sama macam awak. Cuma saya penyakit saya anxiety disorder dan panic attack kesan dari trauma family broken juga dan sampai sekarang saya ambik ubat psy.

Umur saya 27 tahun. Masa first pregnancy test dapat tahu saya mengandung saya tak expect saya boleh mengandung. Percayalah bodoh nya saya.

Mula-mula saya tak boleh terima. Saya tak happy. Saya nangis.

Saya bagitahu family saya, saya mengandung tapi saya nangis saya takut sangat. Hampir dua minggu saya murung. Saya jumpa dr pun saya kata saya taknak anak, saya takut, saya tak sedia.

Waktu ni memang nampak family dan husband memang bagi semangat. Dah lama sikit lepas dapatkan kaunseling semua baru emosi saya okay. Nak jadi cerita semasa mengandung saya stop ubat psy.

Saya takut anak saya terkesan dengan ubat yang saya makan. Tapi saya masih jumpa doktor psy untuk kaunseling. Mereka benarkan saya stop ubat tapi saya dapat dua appointment setiap kali check up mengandung.

Masa ni memang stress sangat. Saya keje dah satu hal asyik cuti sebab kena pergi dua appointment pada tarikh yang berlainan. Sampai waktu saya beranak semuanya okay.

Lepas beranak doktor psy terus jumpa saya masa kat ward, dia mintak saya continue makan ubat. Possibility sangat tinggi penyakit mental saya makin teruk lepas beranak.

Saya tak endahkan kata doktor saya tetap tak nak makan ubat sebab nak susukan baby.

Fast forward, balik rumah. New environment dengan baby newborn, kena pantang itu ini, tengok badan sendiri buruk nya, sedih sangat. Tak sampai dua hari dekat rumah mak berpantang saya stress dan jadi sedih.

Saya tak dapat terima anak saya. Saya tak suka suami panggil saya ibu. Saya tak boleh terima.

Saya rasa nak baling anak saya. Disebabkan keadaan emosi mental saya makin teruk. Suami bawak saya pergi klinik.

Saya cerita semua pada doktor. Doktor diagnose saya postpartum depression dan doktor nak warded sebab emosi saya sangat teruk. Dan panjang lagi saya tak lalu nak cerita.

Tapi sekarang anak dah 2 tahun. 10/7 ni tarikh hari jadi anak bujang saya. Saya sayang anak saya cuma saya sakit.

Saya tak sihat. InsyaAllah suatu hari nanti saya akan sihat. Anak saya berhak dapat ibu yang sihat.

Saya tak nak anak saya rasai apa yang saya lalui. Saya harap awak pun terus kuat. Dapatkan bantuan untuk penyakit awak.

Awak ibu yang baik cuma awak sakit. Semoga suatu hari nanti awak akan sihat. Dan anak awak dapat jumpa diri awak yang sihat sepenuhnya.

– Bulan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. selamat hari lahir buat ank sis.. semoga jadi ank yg baik dan berjaya.. sy doakan jugak sis sentiasa kuat dan sentiasa dipermudahkan segala urusan. amin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *