Salam warga IIUM Confession. Aku tak pandai bercerita.. Tapi ingin meluahkan rasa yang terbuku dalam hati sejak 2 tahun yang lepas..
Aku nama kan suami aku Is.. Dah hampir 10 tahun aku melayari rumah tangga.
Semuanya hampir nampak sempurna. Bahagia dapat berkahwin dengan kawan baik.. Masing2 dah faham cara masing2.
Suami aku ni baik.. Rajin.. Rapat dengan anak2.. Cuma aku tak tahu lah, sejak 2 tahun kebelakangan ni dia ada hobi baru..
Aku ingat lagi dia paling tak suka orang yang kaki pancing ni. Katanya buang masa.. Buang duit.. Masa tu boleh buat macam2 daripada bertafakur kat kolam pancing tu.
Tapi sekarang kata2 dia dah makan diri sendiri. Dia berjinak dengan dunia memancing bila kawan2 kerja mula hasut..
Aku okey je mula2.. Aku siap support ye..
Mula2 aku follow hobi dia.. Ikut dia pergi mancing dekat lombong area rumah.. Lama2 dekat kolam (sekali pancing boleh habis RM100)
Tu belum bab beli rod pancing.. Mesin.. Benda2 kecik.. Umpan.. Mata kail.. Tali.. Semua tu makan modal besar. Pernah habis sampai beribu.
Setiap hujung minggu dia akan pergi kolam habiskan masa kat sana.. Bayangkan dalam sebulan sampai 4 – 8 kali dia pergi memancing ikan.
Hasil?? Jangan cakap lah.. Kadang ada.. Kadang takde.. Tapi mostly memang takde.. Aku macam fedup sebenarnya
Aku tak kisah bila duit ada.. Gaji dia 4k.. Aku pulak hanya suri rumah yang menghadap anak2 yang tengah membesar.. Yang kecil umur 2 tahun..
Komitmen bulanan sahaja dah 3k++.. Itu tak termasuk makan dan barang dapur..
Duit nafkah untuk aku tak pernah dia bagi dari awal kahwin.. Dia cuma bagi seluruh gaji dia untuk aku uruskan.. Bila diuruskan semuanya.. Hanya cukup2 makan sahaja.. Tiada lebih..
Untuk aku beli alat solek atau baju seluar dalam aku pun aku berkira2 takut terusik duit untuk belanja sekolah anak dan duit makan..
Dulu selalu hujung minggu rajin dia bawa aku dan anak2 berjalan.. Kadang ada rezeki lebih bawa bercuti..
Aku gembira sangat sebab setiap hari aku hadap rutin yang sama jaga anak.. Bila suami cuti aku nak lah berjalan.. Rasa terperuk kat rumah otak macam jem pulak..
Tapi sekarang dia lebih memilih untuk memancing..
Aku stress sebab duit tengah takde pun dia sibuk nak memancing.. Kalau aku tak bagi.. Mula lah dia buat muka.. Tak bertegur aku.. Mula marah2 anak.. Hempas2 barang..
Kadang aku tak bagi pun.. Dia tetap pergi..
Perasaan aku? Rasa nak patah2 kan batang pancing dia yang tersusun rapi kat sudut rumah..
Aku punya lah berjimat cermat urus kewangan keluarga.. Macam tu je dia habiskan duit kat kolam pancing.. Aku nak beli keperluan anak pun kena menabung senyap2..
Pernah je beberapa kali aku bincang dengan dia.. End up gaduh..
Aku rasa menyesal support hobi dia memula dulu.. Tak sangka dah jadi barah untuk aku sekeluarga..
Aku tak gembira.. Hari2 aku murung bila memikirkan duit tak cukup nak beli barang keperluan dapur..
Minggu lepas aku ajak dia pergi beli barang.. Dia dah tarik muka.. Sebab sekali beli pasti habis sampai 500++.. Mungkin bagi dia itu semua membazir.. Sedangkan tu tanggungjawab dia..
Aku sekarang masih menahan sabar.. Dan aku tahu aku akan meletup jugak nanti.. Masa tu aku akan minta cerai.. Dalam kepala aku tu je yang terlintas..
Berapa lama lagi untuk aku bertahan pun aku tak tahu.
Doakan lah aku..
Aku dapat rasa benda ni akan buat rumah tanggaku hancur.. Setiap hari aku berperang dengan perasaan. Aku bukan Ina yang happy go lucky macam dulu..
– Ina (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Sis, cuba berkomunikasi secara berdua/ pillow talk atau kalau tak jalan melalui ahli keluarga terdekat. Mungkin husband Sis memendam sesuatu, nampak daripada penceritaan mungkin berkaitan masalah kewangan. Berbincanglah dengan cara yang baik, semoga rumahtangga Sis kembali bahagia