Hai. Salam semua. Thanks admin sudi approved confession ni.
Perkenalkan saya Mawar. Berusia pertengahan 30an, bekerja di sektor swasta dan telah pun berkahwin.
Tak tahu nak mula dari mana sebab saya tak pandai mengarang cerita tapi saya tetap mahu meluahkan.
Saya imbas kembali kisah saya ketika saya di bangku sekolah menengah ketika itu saya seorang free hair, berkenalan dan bercinta dengan seorang lelaki yang sebaya dengan saya dan kami dari sekolah yang sama.
Dia adalah first love saya, saya juga first love dia. Maksudnya kami pasangan yang kali pertama bercinta dan menyayangi antara satu sama lain.
Yang sedihnya, perhubungan kami berakhir dengan ‘ketelanjuran’ lalu dia meninggalkan saya atas sebab tak masuk akal.
Jangan tanya mengapa sampai terlanjur dan kami terlanjur hanya sekali sahaja ketika dalam perhubungan. Saya amat naif ketika itu dan saya akui saya tidak fikir panjang.
Perasaan sedih, sakit dan kecewa membaluti diriku. Selepas dia menamatkan hubungan kami, saya cuba untuk move on.
Syukur juga ketika saya diuji tu, saya kembali kepada fitrah asal saya kembali bertudung dan menutup aurat dengan sempurna dan cuba mendekatkan diri kepada Allah dengan mencari hidayah dan jalan pulang selepas rasa kecewa dan tidak tenang.
Geram? Marah? Mesti ada. Saya ingatkan dia akan bertanggungjawab atas perbuatan dia. Tapi tidak. Kami berpisah dan ketika saya melalui fasa-fasa move on, saya berubah menjadi lebih baik. Tapi fasa tersebut ada saja iman naik turun.
Tahun demi tahun saya cuba menerima takdir itu tapi adakalanya saya persoalkan “Kalau lah aku tidak kenal dia, aku tak mungkin akan terlanjur.” Tapi Allah Maha Baik Allah tahu apa terbaik.
Di saat saya mengenali dia, saya sebenarnya ingin berubah jadi lebih baik. Mungkin dengan takdirnya perpisahan dan ujian itulah titik permulaan untuk saya berubah jadi wanita yang lebih mahal.
Tahun demi tahun dia pula yang susah move on sebab dia ada sahaja mencari dan cuba contact saya. Tapi perasaan saya padanya tidak sama lagi seperti awal perhubungan kami. Perasaan itu sudah lama mati dan pergi.
Tahun demi tahun saya nampak hikmah perpisahan kami. Disebabkan saya nak berubah jadi lebih baiklah Allah pisahkan kami dan akhirnya saya menemui suami yang sekarang.
Suami tahu saya pernah ada kekasih sebelum ini tapi dia tidak tahu bahawa saya pernah terlanjur atas sebab saya ingin menjaga aib dan saya harap suami tetap menerima kekurangan itu.
Seakan tidak percaya, satu hari saya dan dia pernah terserempak di restoran yang sama di mana ketika itu saya bersama suami dan dia bersama isterinya.
Yang kelakarnya meja kami bersebelahan dan saya sedar akan kewujudan dia sebelum beberapa minit saya dan suami habis makan. Kami saling berpandangan sebelum dia pulang dari restoran tersebut.
Saya tak tahu sama ada dia kenal saya atau tidak tapi cara pandangan dia pada saya, seakan dia memang mengenali saya walaupun saya telah pun menutup aurat ketika itu.
Apa perasaan saya ketika itu? Kosong. Yang ada hanyalah amarah. Saya merasakan saya belum ikhlas memaafkan dia.
Entah mengapa adakalanya saya persoalkan mengapa saya kenal dia walaupun saya sedar hikmah perpisahan kami itu adalah yang sangat terbaik untuk saya. Mungkin saya terbaik untuk orang lain, dan dia terbaik untuk orang lain.
Benarlah jodoh itu rahsia Allah. Allah knows best.
Dia sering sahaja datang dalam mimpi saya walaupun saya tidak pernah ingat kepadanya. Tapi sampai sekarang kejadian itu tidak pernah luput dari ingatan. Saya cuba untuk memaafkan tapi seingat saya dia tidak pernah meminta maaf.
Entahlah.. Saya cuma harap satu hari nanti saya dapat maafkan dengan seikhlas hati dan kembali kepada Pencipta dalam keadaan yang tenang dan diredhaiNya.
Buat si dia, semoga dapat jadi suami yang soleh untuk si isteri yang tersayang.
Buat suamiku tercinta, semoga abang meredhai sayang dan memudahkan sayang menjadi ketua bidadari Syurga walaupun sayang tahu sayang tak layak.
Pada akhirnya saya sedar, dalam hidup ini cinta paling kekal hanyalah cinta kepada Allah dan Rasul. Semoga Allah mengampuni dosa-dosaku.
– Mawarose (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Mawar,
Tutup buka terus pada yang lama. Aib kamu Allah telah pelihara, jangan dibuka kembali. Tiada takdir pada perkara yang maksiat, syaitan sedang mencucuk jarumnya untuk ke arah itu. Pada pandangan saya sebagai lelaki, Ex sengaja menunjukkan dirinya dihadapan kamu. Jauhilah daripada berhubung dengannya semula. Semoga perkahwinan puan kekal utuh.