Assalamualaikum semua. Aku Fy (bukan nama sebenar), umur lewat 30an (bukan umur sebenar), berkahwin selama 10 tahun, mempunyai 2 orang anak.
Aku cuma nak meluahkan cerita yang terbuku di hati berkenaan ujian kecurangan yang sedang dihadapi.
Sebelum tu aku nak para pembaca tahu bahawasanya isteri aku adalah satu2nya orang yang pernah aku bercinta/couple.
Sebelum2 tu pernah lah jatuh hati kat perempuan lain tapi cuma pendam kan jer sebab fikir tak mampu lagi nak halal kan.
Aku tak suke jugak couple2 ni, aku busy dengan aktiviti2 aku, tengok member2 lain couple serabut kepala jer, so aku just pendam kan jer lah kalau aku tersuke kat someone tu.
Pernah jugak pendam perasaan kat perempuan tu lebih kurang 10 tahun, last2 dia kahwin dengan orang lain dan aku terus lupakan dia macam tu jer,
Pastu suka kat orang lain lak dan pendam jugak, dan berterusanla macam tu..
Sampailah masa tu aku rasa aku dah bersedia dari segi kewangan dan agama nak jadi suami, aku ditakdirkan Allah swt berjumpa dengan sang isteri selepas beberapa bulan berdoa.
Berkahwinlah kita selama 10 tahun dan aku memang sayang dan hormat isteri aku, tak pernah terlintas pun nak curang ke apa ke.
Ceritanye start kat sini, 2 tahun lepas, ada la sorang pekerja baru start keje se office dengan aku, Nama dia Ly (bukan nama sebenar), umur awal 30an (bukan umur sebenar) dan single and perfect.
First2 aku tengok Ly, aku dah rasa macam tak kena dah. Ye memang dia cantik dan baik gile.
So aku amik pendekatan untuk avoid dia sebaik mungkin untuk nak jaga hati aku ni. Tapi kadang ada jugak urusan yang tak dpt nak di elakkan terpaksa la hadap jugak.
Nak dipendekkan cerita, rupanya dia pulak yang suka kat aku jugak. Tapi aku pendam jer la rasa aku ni, setakat 10 tahun pun aku boleh pendam, ni baru setahun lebih.
Lama kelamaan, lagi aku mengelak dari dia, lagi kuat rasa ni.
Pernah lah aku bagi hint kat bini aku nak kahwin satu lagi, tapi dia memang tak bagi dan dia kate nak cerai kalau aku kahwin lain.
Fyi aku memang sangat mampu nak kahwin lagi dari segi kewangan.
Sampai satu tahap, aku bangun setiap malam tanpa missed bertahajud selama berbulan2 minta kat Allah supaya lupakan lah si dia ni,
Aku sayangkan rumahtangga aku ni. Aku tak nak anak2 aku hidup takdak bapak.
Selepas beberapa seketika aku bertahajud, mengelak dan pendam rasa aku ni, akhirnya satu hari tu dengar officemate cerita yang Ly dah bertunang sekarang ni. Nak kahwin tak lama lagi.
Masa tu memang aku rasa lega tapi sedih pun ada gak. At last, boleh la aku lupakan dia terus.
Pastu yang anti-klimak nya, selang beberapa bulan lepas tu, aku dengar dia tak jadi lak nak kahwin. Haduhhhhh barai bang.
Semoga aku tabah menghadapi ujian Mu ini.
– Fy (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Tetapkan pendirian bro, jangan dikejar apa yang belum pasti (fatamorgana). Yang ada dijaga rapi. Semoga ditetapkan hati dan dipermudahkan urusan hidup bro.
emm mampu bc je…
Aku sokong poligami kalau dua dua suami dan isteri setuju. Cuma janganlah nak kahwin satu lagi sebab perempuan tu cantik je, macam takde value add langsung.
Lebih baik fokus nak cantikkan bini yg dah ada depan mata. Belanja dia beauty treatment ke, make up. Baru ko akan lupa Ly tu.
Sampainya hatikan, kalau isteri tahu mesti remuk hati dia, kalau ly tu baik dia takkan suka suami orang, kalau tersuka pun dia akan pendam je takde sampai kau tahu yang dia suka kau, so something dah disitu, aku tahu la aku pun perempuan, pernah terminat suami orang jugak dulu zaman bujang tapi lepas tahu dia suami orang aku memang tak pandang langsung.
Betul tu..perempuan yang baik tak akan musnahkan masjid orang… Perempuan baik dia xakan simpan perasaan dgn suami orang. Dia pempuan tak baik bro…syaitan bertopengkan malaikat.
Beza kau dgn 10 tahun dulu dgn yg sekarang adalah skrg kau dah berduit.
Dulu kau x berani confess sbb pompuan x pandang kau. Sekarang ni, x payah confess pun ramai prempuan kejar. Dugaan kau skrg makin besar.
Cuba reflect dulu, kenapa kau dah bosan dgn bini kau? Berat badan naik? Sex x best? Buat keputusan sebagai seorang pemimpin, baiki dulu masalah, jgn tinggalkan masalah yg ada, cipta masalah baru. Bincang elok2 dgn wife.
Kalau mmg x boleh baiki masalah rumah tangga kau, baru kau boleh decide nak kawin dgn Ly tu. Tapi kena mintak izin dgn isteri kau dulu, kalau dia mintak cerai, lepaskan dia elok2. Jangan kawen lari. Perkahwinan ni x perlu seumur hidup pun, yang penting 2-2 pihak bahagia.
Suka budak tu sebab dia cantik?
Cantik tu boleh hilang bro
Suka budak tu sebab baik?
Kau nampak luaran saja bro
Belum kenal betul lagi tu
Bersyukur la dah isteri n anak2
Bagi bini kau tu cantik2
Dia bagi baik punya service nanti
Aku sentiasa pikir yang lelaki tengok perempuan ibarat perempuan masuk mall beli belah( semua rasa menyilau berkenaan kat mata), maka tulah ujian untuk lelaki.
Aku tak harap banyak kat kau bang, cukup la kau bersikap adil dan tulus kat isteri kau, kalau kau rase rezeki kau lebih, mungkin tu pun bahagian isteri kau dan anak². Mereka lebih berhak dari perasaan kau untuk memiliki wanita baru.
✌️ Peace , maaf kalau terjudge. Takde niat yo.
Aku sentiasa pikir yang lelaki tengok perempuan ibarat perempuan masuk mall beli belah( semua rasa menyilau berkenaan kat mata), maka tulah ujian untuk lelaki.
Aku tak harap banyak kat kau bang, cukup la kau bersikap adil dan tulus kat isteri kau, kalau kau rase rezeki kau lebih, mungkin tu pun bahagian isteri kau dan anak². Mereka lebih berhak dari perasaan kau untuk memiliki wanita baru.
maaf kalau terjudge. Takde niat yo.
Lebih baik awk ‘fokus’ jela dgn family yg ada skrg, xde masalah, buat apa nk cari masalah yg baru.. awk rse awk ‘mampu’, jgn rse2 je, mcm kita rse ‘mampu’ nk bli mcm2, bla dpt gaji, tp bla dh blanja utk mcm2 hal, last2 x ckup jugak bla ujung bln, penah jd x camtu.. mngkin jugak lg bnyak msalah yg akn timbul, awk cuma kenal ly tu dari jauh, x tau lagi perangai dia yg sbenar, atau dia ada ‘penyakit’ yg awk x tau, atau mcm2 perkara yg berlaku.. lg stu, awk tau ke knp yg dia x jdi kawin tu, andai itu juga yg akn berlaku kpd awk, nk kata apa, lg pon mse tu isteri awk dah tentu xnak lagi kat awk, so hidup akn lbh x keruan.. klaw nk jugak teruskn, istiqorah la, mohon petunjuk dr Allah SWT, sbb Dia yg lbh mngetahui.. wallahu a’lam
Haishhh elok picit jer telo ang nih.. Apa laaa mind set, asal duit lbh sket jer mmpu dh poligami. Xfikir dh aty ank bini.. Xttp sgguh hati tuu
Isteri awak adalah Isteri yg terbaik, jaga dia baik2, sayang dia, dia yg lahirkan Zuriat, dia yang susah senang bersama. Kalau dia tak cantik, pergi cantikkan dia, belanjakan duit untuk dia dan Anak2. Semoga awak dan Isteri bersama hingga ke Jannah beserta Anak2 juga. Amin.
‘mampu’ bukan dilihat dari sudut kewangan sahaja, perlu dilihat dari pelbagai sudut & aspek. Fikir-fikirkan…
Percayalah itu hanya ujian semata. Letakkan rasa syukur yg utama dalam hati. Syukur dgn apa yg ada di depan mata, syukur dgn setiap nikmat pemberian Nya. Insyaallah..jika dalam hati kita cukupkan dgn rasa syukur.. kita akan rasa cukup dengan apa yg dah ada.
Dok kira tang mampu ja. Mampu tu sebab rezeki anak bini jugak. Dah ada anak 2 menyempat lagi nak jatuh cinta bagai. Fikir ja masa depan anak isteri tu. Pimpin keluarga masuk syurga. Tak payah nak tambah lagi beban dosa. Dosa sendiri tak tertanggung ehhh sibuk nak tambah tanggung dosa bini lagi satu. Fikir la bang, isteri yg satu pun takleh adil nak jaga perasaan dia. Dok gatal ngan pompuan lain. Ingat senang nak adil dalam poligami.
dulu tak mampu, boleh je ada 1 isteri
skrg dah mampu, nk tmbh isteri pula
betulla kan, lelaki diuji bila ada duit,
perempuan pula diuji bila lelaki takdak duit.
Bro, man to man talk, jgn cari mslh. Dulu Aku mcm lu Bro. Tp Aku bulldoze gak. Skrg menyesal x sudah. Cantik di mata, dah kawen 2, baru Aku tau sesaknya perasaan bela 2 bini. Bukan psl duit, tp psl adil. Bila Aku lps kan bini no. 1, perghh cantik namati skang mcm beauty queen. Sbb dia da ade masa nak rias diri sendiri, dulu die pk nak jaga tekak n telo Aku je. So, apa lu ptt Buat, lu rejuvenate hubungan lu dgn die. Kasi die cantik2. Kate ade duit kan. Akhir kalam, semua tu nafsu je. Setan tgh pgg telo lu.
Percayalah bro perasaan bunga2 ko tu sekejap jer. bila ko dah dpt, ko lebih rasa bungok dari bunga2 tu semua.. hahaha lagi kita ni bukan makin mudo.. lagi tambah umo lagi cepat bosan, cepat rimas, cepat boring.. cepat serabut.. eh semua cepat jer la hahahaha.. ko xyah fikir org lain camne nnt ko fikir apa akan jadi pada diri ko sendiri jer nnt.. simple as it.
Kalau nak rasa cabaran baru, teruskan niat tu.
Bang cuba ko bt solat hajat mintak ditutup hati ko dri nak menduakan isteri ko, mintak dijauhkan bdk tu dan kaki2 sondol… Try la bang… Dulu aku sblm kawen mmg bt solat hajat hari2 mintak jauhkan aku dri laki org… Hari2 aku bt bang sbb tkt tersondol, alhamdulillah mmg Allah jaga aku dri tempias2 laki org… Try la bang…