Hai assalamualaikum semua… Pertama kali, terima kasih pada admin kalau luahan ini disiarkan.
Harapan saya luah kat sini sama macam orang lain yang pernah luah… Nak minta pandangan dari orang ramai sebab kita pun dah buntu…Minta maaf kalau agak berterabur tulisan saya..
Ceritanya macam ni, saya ada adik lelaki nama Sam. Kami ni 5 beradik dan saya no 3.
Syukur atas rezeki Allah, semua adik beradik saya sangat mudah untuk dapat jodoh dan masing2 tamatkan zaman bujang setelah habis degree dalam lingkungan umur 23-25 tahun dan begitu juga dengan adik kesayangan kami.
Adik kami ni kami sayang sangat sebab usia dia jarak jauh dari kami berempat yang lahir jarak 1 ke 2 tahun. Masa dia lahir, abg sulung dah tingkatan 3 dan kami sangat gembira sebab ada baby dalam family kami.
Dari dia kecil sampai la besar, dia sangat baik dan taat. Tak pernah melawan cakap mak ayah dan abang kakak. Orangnya sangat sopan dan sangat sangat penyabar juga sangat ringan tulang. Tambahan adik kami yang satu tu seorang al hafiz. Memang full package la orang cakap.
Tapi, semua tu hilang sekelip mata lepas dia kahwin…. Kami semua rasa terpukul sangat2. Kami berempat masa kahwin, walaupun baru habis degree, kami semua dapat tawaran kerja tetap terus tetapi tidak pada adik kami.
Dia bukan tak dapat kerja tetapi pada pandangan saya, dia tak usaha lebih pun untuk cari kerja dan hanya berharap pada panggilan SPA.
Ok, balik pada cerita adik kami yang kami rindui.. Lepas dia kahwin, isteri dia berhenti kerja di KL dan ikut dia balik kg duduk dengan mak ayah kami.
Kami semua setuju sebab ada orang tengokkn mak ayah dan rumah di kg tu baru dan besar kakak saya buatkan, jadi mudah untuk dia dan dia pun kata isteri dia setuju untuk duduk dengan mak ayah kami.
Lepas sebulan dia kahwin, tiba2 dia suarakn untuk duduk sewa di luar. Kami semua tak kesah sebab mungkin isteri dia tak selesa dan tak bebas..
Cuma apa yang perlu di kesahkan adalah, adik saya tiada kerja tetap dan tak ada income yang stabil. Dia sekarang kerja sebagai tukang bekam dan ajar budak mengaji.
Maka setelah bincang2, ayah saya setuju serahkn sebuah rumah yang ada orang lain sewa kepada dia dan ayah saya minta penyewa tu untuk keluar sebab nak bagi pada dia supaya tak perlu dia bayar sewa. Bila difikirkan, kesian pada penyewa tu..
Sabar ya, pasal kerja dan rumah ni ada kene mengena dengan perubahan dia… Ok..
Sementara tunggu penyewa tu keluar, adik saya masih duduk dengan mak ayah saya. Apa yang berubah adalah, adik saya semakin suka menyendiri dengan isterinya dalam bilik.
Kerja rumah tidak dibuat. Sampah tak di buang, pinggan dan kain dibiar mak saya buat semua. Masak apatah lagi. Keluar tunjuk muka untuk ke tandas dan makan. Selebihnya duduk di bilik.
Kebetulan isterinya bunting pelamin. Bila mak saya minta tolong pergi pasar pun tak mahu kerana nak temankan isterinya.
Apa yang lebih malang bagi kami, masjid pun sudah lama dia tak jejaki dengan alasan nak berjemaah bersama isterinya. Adik saya seorang kaki masjid, telah lupa jalan ke masjid.
Bila kami balik ramai2, sebelum ni, dia sangat rajin melayan anak buah. Korang pun mesti tahu kn, adik bongsu, paksu, acu ni memang idaman anak2 buah bila balik kampung.
Tapi lepas dia kahwin, dukung anak buah pun tak mahu. Ada satu kes ni, kakak saya baru bersalin dan anak dia yang usia 2 tahun buang air besar.
Dia minta tolong basuhkan yang mana sebelum ni, adik kami memang akan tolong, tapi tiba2 hari tu dia kata tak nak dan terus berlalu pergi masuk bilik dan terperap sahaja dalam bilik.
Lepas 2 ke 3 bulan kahwin, adik kami dapat kerja contract. Tak sampai 2 minggu kerja, dia berhenti dengan alasan selalu dipergunakan oleh pekerja senior sedangkan bagi kami itu semua cara pekerja senior mahu ajar. Dia berhenti tanpa pengetahuan mak ayah kami.
Robek hati mak ayah kami sebab biasanya, kami adik beradik, jika nak buat keputusan, walaupun dah diputuskn, kami akan balik berbincang dan maklum mak ayah kami supaya ada keberkatan mak ayah dalam setiap langkah kami,
Juga selalunya pandangan mak ayah kami lebih bernas dari apa keputusan yang kami nak buat. Kata orang, dah makan garam dulu kan…
Lagipun adik kami tak ada income, kene cuba dulu kerja 2 3 bulan, baru putuskan nak berhenti atau tak. Dn biasala mula kerja akan rasa susah sebab tak biasa dan tak pandai banyak benda lg. Ni tak, 2 minggu terus berhenti notis 24 hour.
Di sebabkan susah dia nak dapat kerja, mak kami tolong dia untuk mulakan perniagaan. Kelas tution dan kelas mengaji memandangkan dia ada degree dan tahfiz.
Mak kami sewakan kedai untuk nya, carikan pelajar, tapi akhirnya dia hanya sia2 kan usaha tu dengan terlalu garang sehingga ramai takut belajar mengaji dengan dia. Siap ada ibu bapa pelajar datang marah mak saya sebab mak saya yang promote kelasnya.
Adik kami yang lemah lembut telah berubah. Dia tak pernah garang dan tak pandai marah..
Ada satu lagi cerita yang paling saya tak boleh lupa dan tak boleh brain.. Abang sulung saya outstation dan tiba2 anak dia dua orang kene chickenpop jadi kene kuarentin.
Isteri abg long terpaksa kerja kerana ada projek besar sedang dia uruskan..Lalu abg long minta tolong adik saya hantar mak saya ke rumahnya untuk temankan anak2nya usia darjah 5 dan 6. Tetapi tahu apa jawapan adik kami.. Dia kata dia penat dan dia suruh mak kami naik bas..
Tergamaknya suruh mak kami naik bas.. Bila kakak saya dengar mak saya nak naik bas, rumahnya yang jarak 4 jam dri kg, terus dia balik dan ambil mak untuk hantar ke rumah abg. Pelik sangat, macam dirasuk, dari anak setaat2 anak, menjadi begini..
Kami rindu adik kami…
Setelah rumah diberi, kerja di bantu.. Tiba2 tiada angin tiada ribut, dia cakap pada mak ayah kami, dia nak pindah KL untuk cari kerja tetap dan duduk bersama mak mertuanya. Maka termenung sekali lagi mak ayah kami. Apa silap nya tak thu.
Pertamanya, apa yang kami runsing, di rumah mak mertuanya ada ramai, adik beradik isterinya semua masih duduk bersama.
Keduanya, dia bukan dapat tawaran kerja lagi, baru nak mencari.. Dalam masa dia nak mencari tu, mahu ke mertuanya menanggung makan minum dia macam mana mak ayah saya tanggang dia dan isterinya. Mak ayah tak nak dia malu dan maruahnya terjejas.
Kami adik beradik dah malas beri nasihat.. Tapi bila kami balik kg, mesti kami perlu hadap mak kami yang tak henti2 suruh kami bincang dan nasihat adik kami. Kami dah penat tanya dan beri pandangan, sudahnya dia hanya buat ikut kepala dia.
Sekarang, kesihatan ayah makin merosot kerana terlalu risaukan dia. Dia pun macam orang asing dengan kami, dalam group family dah tak berbunyi, dah jarang sangat ziarah mak ayah wlupn rumah yang ayah beri tu tak sampai 15 min dari rumah mak ayah kami.
Bagi pandangan saya, saya kata pada adik beradik saya, biarkan dia buat keputusan dia. Biarkan dia duduk KL dan merasa kos sara hidup di sini.
Biarkan dia rasa nak hantar anak ke pengasuh dan tadika pun bukan macam harga di kg. Tapi mak ayah desak saya dan adik beradik untuk nasihat dia supaya tak pindah kl…
Saya buntu sangat2. Dalam saya nak biarkan dia rasa peritnya susah, tp jauh di sudut hati, doa hari2 tak lekang supaya dia lebih matang buat keputusan hidupnya dan bukan main ikut dan je.
Apa yang perlu kami buat untuk nasihat dia… Dan bagi readers semua, memang patut ke dia merasa susah supaya dia sedar diri?
– Hanie (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Ya , biar dia merasai cabaran hidup cara dia. Setelah nasihat, bantuan, tunjuk ajar , tak dipedulikan, biarla dia mematangkan diri. Terus doakan adek kesayangan tu.
Ya, biarlah dia rasa sendiri pahit getir hidup. Pantau je dari jauh dan teruskan berdoa untuk dia. Bagus penulis tidak sedikit pun sentuh pasal isteri adik, sbb saya rasa 50% dari perubaham itu terjadi sebab isteri dia.
dia dh kawen, knp masih nk kongkong dia? itu ini xblh, suruh itu ini.. biarlah dia kemudi life dia, dh berbini pun.. tau lah family, tp rasa annoyyed plk klu org ganngu sampai basuh berak anak sendiri pun suruh org.. nasihat awk yg last tu btl, biar je dia hadap sendiri.. aku rasa btl lah dia pilih nk keluar, ada org dh kawen xkeluar2pastu mak bapak tanggung laki bini anak2..
Hehehehhehe… Sebenarnya kakak masih anggap adik tu kecil lagi. Bila adik dah kawen. Hampir 100% keputusan suami dipengaruhi isteri. Tapi kan… Sikit pun si kakak tak kutuk isteri adiknya. Tu maknanya family ni sangat bagus. Bertuah sebenarnya isteri adiknya ni. Dapat mak ayah yang sponsor segalanya. Tp nak buat macam mana. Isteri tu ada demandnya sendiri. Dan sang suami pula senang dipengaruhi. Tak apa lah. Doa je yang Baik2. Allah Maha Mendengar. Insyaallah.
Angah ada perasan yg adik penulis ni, anak lelaki yg manja, ditatang sepanjang waktu pembesaran dia sblm menginjak dewasa & brkahwin. Bila selalu dimanjakn, ditunaikn apa saja kperluan hidup dia, tiada tekanan dari mana2 sudut untuk jiwa dia jd ‘lebih kuat’ & dpt hadap apa saja rintangan hidup & masalah yg datang. Dia jg mgkin kurang bergaul yg mbuatkn dia xdpt terima jika disuruh2, diarah2 senior semasa bkerja yg buat dia ambil kputusan berhenti dgn notis 24 jam. Dan disebabkn masih ada family yg mnanggung makan ninum, tempat tinggal, kenderaan & duit, mgkin itu salah satu sebab dia ‘kurang’ usaha utk mndapatkn pkerjaan dgn segera sebab tiada desakan dari sesiapa hatta isteri yg baru dikahwini. Usaha dia utk berhijrah ke KL tu, biarkan saja dia dgn keputusan yg dia ambil. Penulis & family doakan je la dia dr jauh & bg sokongan moral pd dia. Jgn mudah beri duit walau dia minta, klau beri pun biar brpada2 jgn sampai dia naik ‘lemak’ sb yg ‘rosak’ tu nanti diri dia. Akan sampai bila2 pun hidup dia, bagai ‘x menjadi’ walau umur dia makin mningkat tua & anak2 semakin brtambah nanti.
Tentang sikap dia & isteri asyik terperuk dlm bilik, satu kerja apa pun x nak buat, hanya kluar bilik utk ke dapur cari apa benda nk makan, atau nk keluar ke bilik air sejak brkahwin, mgkin ada kaitan dgn keinginan isteri dia yg lbh selesa mnyendiri dlm bilik, xmahu brgaul dgn ibu bapa mertua & adik beradik yg lain. Jadi, bila begitu, dia sendiri x sanggup biarkn isteri keseorangan & sedia mnemani walau seharian atau selama mana jua pun dia sanggup. Asalkn isteri tidak ditinggalkn2kn. Jadilah dia ‘org yg lain’ dari yg biasa sblm bkahwin. Dah jd suami, diri tu xbetah lg disuruh2 mcm budak2. Rasa diri tu, xlg boleh lg mingle around dgn anak2 buah, dgn abg & kakak2, dgn ipar duai,malah dgn parents pun sb isteri lbh utama.
Bila dh mcm tu, biarkn je la dia brpindah ke rmh kluarga mertua dia. Biar metua & ipar duai dia plak yg ‘kenal’ & ‘hadam’ sikap dia & isteri bila dah tinggal serumah nt. Tengok mcmana plak gaya pembawakan dia sbg menantu. Harap ada perubahan yg mbina buat diri dia nt. Mana rau mertua dia mampu mndidik dia jd seorang yg lbh rasional & matang. Kan dh nk jadi ayah!
Biar dia merasa cabaran hidup dewasa ni.Nak jadi bapa dah pon.
Satu lagi yg sy tertny2, isterinye tu tak berfungsi ke?
Kalau ahli keluarga terdekat dengan mak ayah pon tak jalan.Isterinya tu mungkin lebih didengari oleh adik.
Boleh cuba nasihat melalui isterinya tu.
Mungkin sbb selama ni dia taat.. bila da kawen, dia nak ada kehidupan sendiri tapi asyik di condemn jadi dia malas. Batu pun boleh lekuk bila selalu kena titisan air.. apatah lagi hati manusia yg Allah pegang. Syukur la dia masih ingat tuhan dan agama.
Macam ada possibility adik awak ni dah fed up turut segala arahan family awak. It doesn’t excuse his rude behaviour tapi saya rasa mungkin family awak tak sedar yang selama ni adik awak penat fulfilling segala expectation untuk jadi adik dan anak yg baik. Bila dah kawin ingatkan dia dapatla bebas buat decision sendiri, tapi masih terkongkong macam dia anak bujang lagi. Mungkin family awak perlu lepaskan dia, biar dia hidup sendiri dulu. Lagi awak paksa-paksa, lagi jauh dia dari family awak nanti. Bagi ruang, insyaaAllah dia tak lari mana. Kalau dia masih berdegil, ayah awak perlu mainkan peranan sebagai ketua keluarga. Kena tegur dia, tak boleh harapkan anak-anak yang nasihat. Semoga dipermudahkan urusan keluarga awak.
1.Adakah pengaruh dr isteri sbb dah kawin baru berubah?
2.bersemuka dgn adik laki bini.. bgtau ttg sikap mereka yg mengguris hati mak ayah
3.biarkn mereka bina hidup sendiri..jgn terlalu memberi bantuan. dn tentukn hidup mereka..bila adik merasa susah hidup diluar sana..dia akan lebih belajar menghargai
Dah mmg tak boleh makan nasihat dan teguran tu. Biarkan saja keputusan yg dia buat, biar dia alaminya. .tak rasa dia tak tau. Cumanya mintak tolong emak buatkan solat hajat tuk adik tu supaya dia boleh menjadi normal seperti dahulu
Pertama skali dia dah besar so pandai2 la dia nak hidup mcm ne… Jgn nak tolong2 or atur2 hidup dia… Biar jelah dia nak bt ape… Kedua awk kene nasihat parent awk utk lepaskan dia… Actually hidup dia susah mcm tu sbb parent awk jugak x redha… So kene lepaskan… Dia dah besar bkn baby lg..