Aku Seorang Anak

Aku Teratai, berumur 26 tahun. Aku anak ketiga daripada 6 adik beradik. Atas aku ada abang dan kakak. Keluarga aku biasa-biasa je. Harini aku nak share tentang abang dan mak aku.

Abang menetap di rumah mak ayah aku di kampung, abang aku ni belum kahwin lagi walaupun usia dah masuk 30-an. Abang bekerja di kawasan kampung aku. Aku pula bekerja di ibu kota.

Walaupun aku bekerja di ibu kota tapi gaji abang lebih besar daripada aku. Abang merupakan satu-satunya anak lelaki dalam keluarga.

Masa awal-awal aku bekerja di ibu kota, abang masih disini bersama aku walaupun bukan tinggal serumah. Tempat kerja aku dekat je dengan rumah tak sampai 1km.

Aku tak ada kenderaan untuk ulang alik pergi kerja, so memandangkan tempat kerja aku dekat je jadi aku decide untuk jalan kaki, lagipun aku kerja office hour so takde lah balik kerja waktu malam.

Tapi abang tak setuju, dia minta untuk aku beli motor. Pada awalnya aku tak setuju sebab aku nak beli kereta je, untuk beli motor ni bukan dalam perancangan aku. Lagi pula abang meminta untuk aku beli motor baru secara loan.

Disebabkan aku tak setuju abang bagitahu mak dan mak minta untuk aku beli jugak motor kononnya untuk keperluan aku. Tapi selepas aku beli motor, abang yang banyak guna.

Semasa abang masih di KL, macam-macam benda tak elok abang ajar aku buat. Ajar aku mencuri, menjual d*dah tapi aku tak buat. Kemudian abang mengugut aku kalau aku bagitahu pada sape-sape tentang hal ini dia akan b*nuh aku. Itu antara isu semasa abang di KL.

Bila abang balik kerja di kampung lain pula isunya, abang selalu pinjam duit aku almost every month sampai kadang-kadang aku terpaksa ikat perut menunggu gaji. Mak tahu tapi pada mak abang anak yang paling baik.

Beberapa bulan lepas aku ada masalah di tempat kerja. Antara staff yang bekerja di office adalah kawan abang aku, aku namakan dia Fahim.

Fahim pernah confess dekat aku yang dia suka dekat aku tapi aku reject memandangkan aku dah ada tunang, tapi si Fahim ni jenis yang taknak mengalah sampaikan dia pernah curi-curi snap gambar aku, rekod video.

Awal-awal tu aku tak bagitahu family aku mahupun abang sebab abang memang betul-betul percaya dengan Fahim. Tapi lama-kelamaan Fahim cuba untuk sentuh fizikal aku, bila aku marah dia akan marah aku balik dan cakap bukan dia buat apa pun, dia just sentuh.

Banyak kali Fahim cuba buat macam tu dekat aku sampai aku decide untuk cerita hal ni dekat family aku termasuk abang aku dengan harapan diorang boleh tolong.

Tapi malangnya, abang just cakap Fahim ni baik dan tak mungkin dia akan buat macam tu. Sekarang aku hanya mampu mengelak dari Fahim buat macam tu dekat aku, memandangkan family aku tak bagi aku berhenti kerja dari situ.

Setiap kali nak raya since 2 tahun lepas aku akan berpakat dengan abang mengenai perbelanjaan raya, contohnya aku bahagian membeli pakaian raya untuk family,

Abang pula bahagian belanja barang dapur untuk makan pada hari raya. Walaupun hakikatnya setiap tahun aku yang banyak spend duit untuk semua tu.

Btw, kakak aku dah kahwin dan adik-adik aku masih belajar sebabtu aku hanya berpakat dengan abang.

Raya aidilfitri dan aidiladha tahun ni paling aku terkesan bilamana hampir semua perbelanjaan menggunakan duit aku walaupun dah berbincang dengan abang mana bahagian aku dan mana bahagian dia. Sampaikan aku hanya ada tak sampai RM50 untuk menunggu lagi 3 minggu gaji.

Beberapa hari sebelum menjelang raya aidiladha baru-baru ni, mak ada upload satu video dimana dia sedang mengemas bilik aku dalam group whatsapp family aku.

Kakak aku respond dalam group “mak kenapa kemas bilik Teratai, nak letak mana barang-barang Teratai tu?”,

Dan mak balas “mak nak abang tidur dalam bilik ni, barang Teratai ni takpe nanti mak letak je dalam bilik adik & selebihnya dekat ruang tamu”. Aku merasakan seolah-olah aku tak wujud dalam group tu.

Aku balik kampung 2 hari sebelum raya dan aku naik ke KL malam raya pertama. Semasa lebih kurang 3 hari aku dikampung aku macam orang asing, dimana belanja aku yang kena spend duit, aku pulak tidur dalam bilik adik berhimpit.

Sebenarnya banyak lagi hal yang jadi, tapi aku rasa cukup sampai sini sahaja. Salam dari Teratai.

– Teratai (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Saya pon heran knp awak biarkn abg n org lain ‘bully’ awk berterusan.. klaw dah dgn mak awk pon x boleh nk ‘nego’, bgmna dgn ayah awk plak, paling x pon awk bole je citer dgn tunang awk.. w/pon blom kawen, insha Allah dia akn jd suami awk.. knpa x bertahan bla c fahim tu sentuh awk, bole je report jat boss, klaw pon awk x bole ‘stand 4 yourself’.. klau awak x mula utk ‘defend’ diri n ‘dignity’ awk sendiri, awk nk harap siapa lg.. susah la klaw kita sendiri x syg n jaga diri kita sendiri.. Wallahua’lam bissawab

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *