Hai, saya nak tanya pendapat uolls. Saya ada kawan dengan seorang lelaki. Dia approach saya dulu.
Masa awal-awal kenal dia terus ajak kahwin. Saya memang cari lelaki yang serius nak kahwin, Saya tak nak couple. Means berkawan untuk berkahwin.
Mula-mula lelaki tu sangat bersungguh bercakap pasal kahwin. Saya pun take it seriously juga lah.
Beberapa bulan berkawan takde pun dia bawa jumpa family dia dan bila saya tanya dia takde pun cerita pasal saya kat family dia. Dia cakap one day bila dah ready dia akan kenalkan dengan family dia.
Dalam duk berkawan tu saya tak nampak usaha dia nak halalkan saya. Yang saya nampak dia nak menggatal dengan saya je.
Macam mana saya boleh cakap macam tu? Sebab masa awal berkawan dia sangat menjaga takde sentuh saya takde nakal-nakal.
Saya pun dah pesan don’t make a physical touch with me. Tapi makin lama berkawan makin nampak tembelangnya.
Bila dia makin rapat dengan saya, dia mula text nakal-nakal. Hampir setiap hari ye. Tak lama lepas tu dia ajak saya tengok wayang midnight.
Apa kejadahnya nak tengok wayang tengah malam buta. Saya memang tolak. Saya cakap boleh nak tengok wayang tapi siang hari je saya boleh teman. So, saya terima lah ajakan dia.
Saya berani ikut dia tengok wayang sebab masa tu kalau keluar makan dengan dia (dalam kereta) dia tak pernah cuba-cuba sentuh saya. So, saya fikir dia takkan buat bukan-bukan kat dalam wayang.
Masa tu dia hanya text nakal-nakal dalam ws. Bila berdepan dia tak pernah keluar topik nakal dia tu.
Saya tak tahu la semua lelaki jenis macam ni atau tak. Masa tu saya fikir benda ni normal lelaki nakal-nakal sikit sebab saya tak pernah ada experience macam ni.
Ok bila dalam wayang tu tetiba dia rapatkan bahu dia dengan bahu saya dan letak tangan dia atas peha saya. Saya terkejut gila. Saya jauhkan sikit badan saya dari dia dan saya cakap saya tak selesa.
Lepas tengok wayang, otw balik dalam kereta dia makin nak menggatal. Cuba nak sentuh saya, nak sentuh pipi, nak sentuh hidung. Dia langsung tak hormat saya.
Saya dah pesan jangan buat physical touch dengan saya. Saya tak sangka dia berani bertindak macam tu sebab kami dah beberapa kali keluar makan dia tak pernah macam tu.
So, itulah kali terakhir saya keluar dengan dia. Seminggu lepas tu saya call dia saya cakap saya tak nak duduk dalam hubungan macam ni. Saya nak menjaga.
Saya suruh dia stop ws saya sweet sweet nakal nakal dia tu. Saya takut makin lama kami makin jauh.
Lepas tu kami memang takde langsung berwasap. Ada la seminggu sekali dia call tanya khabar.
Tak lama lepas tu masing-masing terus senyap. Takde bagi kata putus ke apa, takde block. Hanya masing-masing senyap tak berhubung, tiada wasap tiada call. Sejujurnya saya lebih bahagia begini.
Lepas ni saya akan lebih berhati-hati bila berkawan dengan lelaki dan juga lebih memilih.
So, saya nak tanya pendapat korang, kalau oneday tetiba dia datang masuk meminang saya, patut ke saya terima dia untuk dijadikan suami? Or saya pangkah je terus lelaki macam ni?
Ada kemungkinan tak lelaki macam ni akan berubah?
Dan lelaki macam ni saja nak test market ke macam mana?
Boleh bagi pendapat masing-masing. Boleh saya jadikan panduan untuk mencari calon suami lepas ni, hehe. Terima kasih.
– Bunga matahari (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Normal la laki mcmtu. nakal2 sikit2. bil air dah lama tertunggak la tu. kalau awk rasa seronok bila bersama dia (selain adegan ringan2) then why not terima dia?
she clearly cakap dia tak selesa yuyu.What do u mean seronok? Benak awak ni.. apa2pun utk bunga, pangkah ja lelaki mcmni. nak ambik kesempatan sj. Lelaki yang betul2 nk kau akan hormat apa yg kamu tak suka. entah2 ramai lagi perempuan yang dia buat mcmtu. totally red flag. skip kak skip !!!!!!!!!
DASAR TINE GATAL KO NI.. SAMA GATAL DENGAN LAKI TU!!
RED FLAG!!!!!!!
I might say itu normal biasalah lelaki kan suka menggatal, apa lagi dengan pasangan dia. Tapi bila dah awak tegur macam tu and dia pun tak minta maaf or say anything after that then bla je macam tu, nah let him go, mungkin itu yang lebih baik untuk you, diri you dan kehormatan you yang you jaga selama ni. Honestly, bagi I lelaki macam tu biasa lah taktik dia je tu awal2 tu, mungkin dah gatal sangat kot. Elok kalau you nak cari yang menjaga kehormatan dan yang protect you, inshaAllah ada lagi lelaki lain yang lebih baik untuk you.
Kalau betul niat nak kawan n kahwin, sila abaikan lelaki tersebut n cari lelaki lain.
If betul niat ikhlas, lelaki tersebut dah lama bawa awak jumpa famili dia or dia datang jumpa famili awak. Manakala bg msg nakal2 tu depend on lelaki. Tetapi kalau boleh elakkan sbb mendekatkan kita dengan zina. Kalau dah kahwin xpa la sbb semua dah halal
dah kalau belum kawen dah start sentuh2.. nmpkla nk menggatal n test market je sis.. lelaki yg baik lelaki yg hormat maruah diri kita.. semoga sis jumpa pilihan yg baik dan tepat.. amin.
Nasihat saya, tinggalkn je lelaki yg spt ini.. tak mustahil, klau dia dah brani sentuh awk, sbelom ni pun dia dah penah try dgn org lain.. dia buat tu, nk tengok respond awk je.. tu psal dia mula dgn kta2 ‘nakal’ dlm ws.. klaw dia tengok awk mcm ok, n nk ikut ‘rentak’ nakal dia, maka dia skn cuba buat yg lbh ‘jauh’ lg.. xkan org mcm ni awk nk buat suami kot..? Perkara kawin ni bkn utk sehari dua, klaw bule sampai mati.. mcmne klaw dah kawen dgn awk, dia try plak kat irg ln mcm tu, x ke haru jdi nya.. lgi pon dah lama awk dgn dia ‘senyap’ je kan, mngkin dua anggap ‘musi’ dia x menjadi kah dgn awk, xkan tetiba dua nk masuk meminang, tanpa contact awk dlu.. sbb tu dua x citer pon psal family dia kot, sbb klaw apa2 jd antara awk dgn dia, mngkin awk akn cari family dia bt.. lupakn je, carilah org yg ‘bermaruah’ vaik b fokus utk bina family n bukn yg nk ‘test market’ je.. Wallahua’lam
Bagi pasangan kalau dah kawin.
Antara nyawa( keselamatan) dengan cinta, pilih keselamatan.
Antara kesihatan mental dengan cinta, pilih mental health.
Bukan cinta yg menjadi prioriti awk.
Lelaki tu lelaki normal( terusik perasaan nafsu dia), tapi waraslah dek.
Maruah awak mengatasi segalanya.
ikut la grk ht sis,fkir2 kn la mna yg terbaik utk diri
Manusia mmg boleh berubah tapi, lebih baik berhati-hati drpd menyesal. Klu belum apa2 dia dah berani Nak buat macam2, lah baik lupakan dia. Saya doakan Bunga diberi Allah jodoh dgn lelaki yg soleh & sesuai dgn Bunga Dan dipermudahkan segala urusan. Amiinn ya Mujib.
tak.. bukan.. lelaki baik bukan camni… sy ada ramai kawan laki2 yg baik2 belaka.. xde sorg pun pernah amik kesempatan ke atas sy.. semoga awak ditemukan dgn lelaki baik sebagai jodoh awak nnt..
jauhi die, jgn berharap..die lelaki jahat dan tak hormat perempuan..
Please jangan assume orang akan berubah or cuba ubah orang lepas kahwin. Takkan berjaya.
Tinggalkannnnnnnnnnnnnnn, definitely the reddest flag, skrg dah tak hormat awak, lepas kawen, lagi terukk
Assalamualaikum,
Ini nasihat saya sebagai lelaki. Dari cerita awak ni, saya nasihatkan jangan teruskan walaupon dia ajak nikah. Jangan sesekali ingat manusia ni boleh berubah. Kalau dah gatal tu maksudnya dia akan gatal juga selepas kahwin.
Ya, memang susah nak cari lelaki yang tak gatal dalam dunia ni. Jangan risau, Allah ada. Saya seringkali juga terdengar luahan isteri yang gatal ada masalah dengan suami yang tak gatal macam dia. Nampak tak? Rupanya ada juga suami yang tak gatal. Memang wujud. So, janganlah berputus asa. Banyakkan berdoa kepada Allah supaya ditemukan jodoh yang terbaik untuk awak.
Tiada jodoh yang sempurna didalam dunia yang sementara ni. Berdoalah kepada Allah untuk dipertemukan jodoh yang terbaik untuk awak. Redho lah dengan ketentuan-Nya.
Sekian.
awal awal tak hormat kat wanita. pangkah terus. tak layak buat suami. nak sentuh pa nya. belum halal
Salam. Saya dah keluar dgn ramai lelaki. Tgk wayang tgh malam, lepak sampai jam 2 pagi, berdua-duaan dalam kereta dengan lelaki di tempat gelap, tapi takde sorang pun lelaki-lelaki ini cuba sentuh saya walaupun mereka sangat suka saya dan saya tahu betapa “geramnya” mereka dekat saya. Malah kalau baju saya ketat pun diorang pulak yang tegur suruh pakai yang longgar. Tudung ternampak dada pun diorang suruh labuhkan. Rambut saya terkeluar sehelai je diorang cepat-cepat tegur suruh betulkan tudung. Lelaki baik takkan sesekali sentuh wanita walau horny cemana sekalipun dia waktu tu. If he truly loves you, he’ll treat you like a princess. Belum kahwin dah layan awak macam whore so lepas kahwin what do u expect? Lelaki gatal is not normal. They should know boundary. First thing to consider, never date berdua. Akan ada yang ketiga. But i’m lucky enough to meet lelaki beriman sepanjang dating. Cuma i dah stop dating since i rasa berdosa keluar berdua dgn lelaki. We didnt know what will happen masa dating. Kalau tetiba accident & meninggal, adakah kita akan mati dlm husnul khatimah? Renung-renungkan. Marilah berbalik kpd ajaran islam yg sebenar. Nk jumpa bawalah mahram atau kawan. Tiada istilah dating dlm Islam, hanya taaruf je ada. Taaruf pun kena ikut syariat. Jom berubah sama-sama. Tinggalkan je laki tu
adik
dia bukan lelaki yg baik
kalau dia betul2 ikhlas dengan adik
dia tak akan sentuh adik
dia mesti hormat n jaga adik
dia nak ambik kesempatan jer tu
Dik.. lelaki ni kan sifatnya memang gatal. But if dia seorang lelaki yg baik dan serius nak buat awak jd bini, dia akan hormat awak kalau awak tak suka. Dari percubaan pertama awak dah bagitau awak tak selesa. Dia akan minta maaf dan takkan ulangi sebab dia takut hilang awak. If dia datang balik kali ni, mintak maaf dan takkan ulangi mungkin boleh bagi second chance. Kalau dia tetiba masuk minang run bestie! Red flag. Jangan terima. Kak doa semoga adik bertemu jodoh yang baik. Amin.
Tahu tak nape dia berani nak try masa hari tengok wayang tu. Sebab awak layan TEXT NAKAL dia… Kalau awak tak layan, tak ada maknanya dia nak TEXT NAKAL setiap hari. Jadi, awak dah bagi harapan dia BOLEH dapat awak. Sebab tu dia ajak tgok midnite.. Kalau 1st time dia TEXT NAKAL, awak tak layan, dah lama dia menghilang… Kalau dia serius, dia tak berdiam diri mcm sekarang…
Fikir2kan lah…
Dik. Dia tu cuba ambil kesempatan dan test market. Jgn teruskan. Cari yg lebih baik lg. Buang masa kalau teruskan. Cari juga lelaki yg sayangkan awak lebih dari awak sayangkan dia. Semoga Allah temukan awak jodoh dgn lelaki yg baik. Amin
Pangkah terus. Red flag. Allah dah selamatkan awak dari laki miang buluh ni. And remember you can never change people.
Drp komen bleh agak org yg tulis ni sejenis murahan. Eh ni bukan suami isteri nk bil tertunggak. Ni belum kawin. Gile hape kau
Ni reply pd komen Yuyu