Hidup Berubah 180 Darjah Setelah “Dewasa”

Assalamualaikum aku AA, (maaflah bahasa berterabur dan bercampur)

Hidup aku macam orang lain lah, biasa saja dan aku rasa bukan aku sorang je ada dugaan hidup macam ni. Mostly kawan-kawan aku ni belum habis belajar, dan ada yang dah habis belajar then terus kahwin.

Aku, kahwin mungkin lambat lagi, sebabkan komitmen. Aku ni anak kedua. Selalu orang cakap anak pertama ni yang tanggung family kan, tapi ikut situasi aku, kakak aku sudah berkahwin awal dalam umur 23 macam tu.

Ramai kawan aku tanya “macam mana jadi dewasa? macam mana hidup after bekerja?” and mostly reaction diorang takut dan tidak bersedia. So aku nak ceritalah macam mana hidup aku berubah 180 darjah after start bekerja. Semuanya berubah almost 180 degree lah.

Komitmen. Aku perempuan, dan mostly orang cakap perempuan ni tak banyak komitmen dan honestly aku perhatikan kawan-kawan perempuan aku after bekerja ni, nampak macam di “jaga” lah.

Maksudnya mencantikkan dan memewahkan diri yela dah ada pekerjaan sendiri income sendiri, you can do whatever you want dengan duit sendiri, right?

But I thought it was the same for me, tapi sebenarnya komitmen makin bertambah, semua komitmen family aku pulak yang tanggung. Start dari mak, sampai lah adik dan even aku pun kena tanggung kakak aku yang dah berkahwin.

Start dari kereta, dalam 3 biji kereta aku yang tanggung sampai lah barang kemahuan mak aku dan adik-adik aku. Aku baru start bekerja after grad dalam 6 bulan macam tu, alhamdulillah tak sempat jadi penganggur. Tapi biasalah gaji budak fresh grad ni biasa-biasa je.

Tapi disebabkan terlampau banyak komitmen, duit simpanan untuk diri sendiri pun takde. Aku habiskan duit mostly untuk family sampaikan aku dekat sini kena ikat perut even dari awal bulan. Memang takde langsung simpanan untuk diri aku yang aku boleh simpan.

Setiap minggu kakak aku minta duit, my mom minta duit. Kadang aku rasa terbeban jugak tapi sebab family kan, so its okay walaupun diri sendiri kena ikat perut. Tapi aku memang sedih dan rasa terbeban, yela aku pun nak jugak having fun macam kawan-kawan yang lain.

Bekerja. Working environment aku sangatlah tak okay, sangatlah toxic. First day kerja dah kena halau dengan pekerja lama. Kenapa? sebab aku fresh grad.

Diorang taknak kerja dengan budak fresh grad, and mostly “senior2” ni protest bos aku, persoalkan kenapa amik budak fresh grad. So memang aku kena palau, kena perli, diperbodohkan, kena tindas semualah.

Memang 2 bulan masa kerja tu aku takda kawan nak buat kerja pun tak reti yela berbeza kerja dengan belajar ni. Aku memang belajar sendiri dekat tempat kerja ni. Kalau salah memang diorang maki kau habis-habisan.

Nangis? Kadang adalah nangis sebab yela takde sapa ajar kau mana betul mana salah tiba kena baling dokumen depan muka kau depan semua orang. Tapi takpe aku positif kita tengah belajar kan.

Dan orang cakap itu normal sebab baru bekerja dan tempat lain pun banyak je toxic working environment. Aku tak nafikan yang ni cumanya, ada lagi banyak tempat yang better working environment dia. Banyak.

Aku pernah intern dan berkerja sekali. And dua tempat ni sangatlah okay dan welcoming. Diorang tahu nak bezakan masalah personal dan nak handle kerja. Orang cakap rezeki lah kalau dapat tempat kerja yang working environment dia bagus2. Tapi mungkin rezeki aku depat tempat kerja macam ni je.

Honestly masa intern aku tak pernah lah tengok working environment macam ni, berpuaknya, masing-masing nak jatuh kan masing2,

Even pernah kena ugut diroang akan jatuhkan aku sampai aku kena buang kerja, even diorang bergaduh sesama staff sendiri masa awal beberapa hari aku masuk kerja (bukan dengan aku) memang orang cakap kerjasama dekat sini langsung takde, zero.

Aku malas nak masuk campur so aku buat hal aku tapi aku pun jugak kena. Aku bukan jenis melawan kalau ada salah aku minta maaf walaupun bukan salah aku tapi aku pulak yang dipersalahkan.

Sexual harrasment? Biasa sangat kena peluk2 dengan laki orang kadang sampai tahap aku menangis sebab rasa diorang ni sangat rude, memang aku melawan tapi dituduh kurang ajar dengan oran gtua tak hormat orang tua sebab tengking2 diorang,

Yela takde kawan takde sapa yang nak backup kau walaupun kau cuba pertahankan diri sendiri. Memang tak best langsung lah kerja dekat sini, pressurenya. Mostly orang melayu, tapi toxic dia macam diorang ni tak belajar agama.

Pasangan? Bila umur dah macam ni mestilah orang fikir pasal kawin je. Mana ada waktu macam ni baru nak cari pasangan. Tapi tulah begitu keseorangannya hidup aku sampai aku baru nak cari pasangan. Kadang rasa lonely jugak tapi jodoh kan mana boleh beli je sesuka hati.

Aku cuma anggap semua ni dugaan hidup aku. Tapi aku persoalkan jugak aku ada buat salah ke sampai macam ni sekali berbolaknya hidup aku after habis belajar?

Yang aku kecewa, family aku lah paling tak faham aku. Tak pernah lah sesekali tanya aku dah makan ke belum sihat ke tidak. Tapi minta duit.

Aku cuba untuk cari kerja lain cuma aku bertahan sebabkan nak cari pengalaman je. Nak cantikkan resume aku, cukup setahun aku blah.

Tapi kalau environment makin teruk, nak bertahan macam mana aku pun tak tahu. Mental aku pun makin teruk. Yang boleh buat aku lari dari masalah ni kawan-kawan je. Aku tak banyak kawan rapat sebab aku rasa kawan rapat ni pun membebankan aku.

Pernahlah ada tapi kalau asyik kita je nak mengalah nak memahami diorang aku penat jugak, so aku let it go. Jangan sampai dengan family2 sendiri pulak aku let it go. Aku taknak jadi derhaka.

So aku kawan je dengan semua orang. Dan tempat mengadu tu memang takde lah ye. Hadap je masalah sorang-sorang, kalau nak lepas kan tekanan jumpa kawan-kawan have fun. Itu je.

So aku nasihat kan jadi dewasa ni memang susah ye, tapi tak boleh lari. Aku nak minta nasihat jugak dari orang-orang lain untuk lalui semua ni tapi aku tak tahu macam mana. Aku tak pandai nak bercerita dekat orang atau bercakap.

So itulah hidup menjadi dewasa, might be berbeza dengan orang lain, dan mungkin orang lain lebih dipermudahkan atau lebih berliku-liku hidupnya tapi itulah dia.

– ZZ (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

5 Comments

  1. Awak kena berterus terang ngan keluarga berkenaan kedudukan kewangan awak. Bantulah ikut kemampuan… Supaya awak ada simpanan.. bertegas tentang hak dan tanggungjawab yg bukan kewajipan awak xmenjadikan awak derhaka.. kalau keluarga nk merajuk ke ape ke, biarkanlah.. awak cuma boleh bantu ikut limit tertentu sahaja.. untuk sexual harasment kat opis tu, awak pakai la body cam, ke bwk camera kecik untuk rekod perbuatan org terhadap awk. Once dah dapat bukti, awk simpan elok2.. lain kali kalau dia buat lagi, awak bg warning, cakap kat dia betapa awk xselesa diperlakukan sedemikian, cakap awak ada bukti yg jelas dan xteragak2 pon nk report ke polis kalau berulang lagi.. xdenye istilah nk hormat orang tua.. nk hormat ape kat orang tua yg xjaga maruah anak dara orang lain..

  2. Please belajar utk stand up for yourself. Sumpah sakit baca story sis yg hadap macam2 but still let it happen sebab sis nak jaga hati orang. Sis, dalam hidup saya ada satu benda je yg saya amat2 tekan: saya nak diri saya bahagia. Demi kebahagiaan saya, saya letak diri saya yang pertama dalam hidup saya (kedua, kalau kita kira Tuhan as nombor satu). Bukan nak kata sis jadi orang pentingkan diri sendiri mulai sekarang.. No. But try lepaskan perkara2 yg menghilangkan kebahagiaan sis from your life. Also please, from now on jangan “berkawan dgn semua orang”. Please jadi sombong dgn orang2 yg treat kita macam sampah. Please pilih kawan. Please cari someone utk luahkan perasaan, utk share your thoughts and a shoulder to lean unto and cry. Please create a safe space for youself. Jangan terlalu jaga hati orang bila orang lain tak jaga hati kita. Be a little bit mean to others, and much more love on your well-being. I pray for you sis. After all, all things will pass. Both the good and the bad. But you yourself need to change as a person, to change your life. Tolong jangan biarkan diri sendiri dinodai, diguna dan disia-siakan. Know yourself. Find your self-worth and search for people that will love you unconditianally. I pray for your success.

  3. Sis , i never stand up for myself kalau apa2 yg buruk berlaku kat diri sendiri. I tak reti.
    But , i’m 22 now . Everyday i’m like apologise to yourself, to your body ( sbb pulun kerja too hard) and everything. Sbb x stand up untuk diri sendiri, it ourself , why bother untuk stand up untuk diri sendiri. Sis , u need yourself forever( that’s means for soo long time).

    U can’t do that to yourself. That’s so unfair.
    Come on sis , negara kita ada undang, workplace pun should be one , you can’t be in that kind of harassment. U can’t!!
    Please do something to stand up for your self.

    I ‘m not letting anyone living in regret like me ; so please do something.
    U can’t be victim forevor!!
    Don’t take the burden that not even yours( sounds so easy right). Well, you can. But, not as much ass to put all the burden on yourself , more than u can carry.
    Think well sis, eliminate the uneed comitmen , grow some savings , put yourself first.

  4. Hi AA,

    I lelaki, I was in your shoes before, kerja lepas betul2 habis belajar, lack of experience , and most importantly i pergi kerja naik basikal je dekat tengah2 bandar ni for about 5 months haha. And my family ingat i ada banyak duit.

    Regarding the family , the only way yang you boleh buat is to be firm, be transparent about apa yang you boleh support, apa yang you tak boleh nak support. Bcs you have your own life untuk dibina.

    Yes, perlu untuk kenang jasa ibu bapa dengan memberi, tapi IKHLAS tu yang paling penting biarpun sikit. I also belajar benda ni bila i dah start mempersoalkan keikhlasan i dalam memberi dan membantu family. Diam dan teruskan seperti biasa takkan selesaikan masalah cik.

    I hope we can meet in real life. Sebab it seem like you are much stronger than me. Stay strong be firm

  5. Ko baik sgt dik… Utk akak ko sound je stempek “ko baik xyah ade laki, ade laki pom duit dok mintak2 dgn adik”. Utk mak tu bg je 10% dri gaji awk sebulan.,. Kereta tu ko x guna bt pe nak bayar… Ckp sape guna sila bayar, klu x sila jual… Utk tempat kerja klu dah teruk sgt tu xyah tggu setahun… Ko cri je kéje lain.. xyah masukkan dlm resume… Klu pegi iv org tya keje ape ko ckp je keje parttime… Settle…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *