Kalau Aku Mati Sekarang, Sumpah Aku tidak akan Dapat Cium Bau Syurga

Assalamualaikum. Harap kali ini luahan aku dapat disiarkan.

Aku gelarkan diri aku Khadijah kerana aku harap akan dapat jadi seperti Khadijah iaitu seorang wanita berumur yang dicintai oleh Rasulullah hingga akhir hayat.

Aku hidup dalam keluarga yang sederhana namun aku kesepian dari zaman kanak-kanak lagi.

Aku ada seorang abang dan adik. Ibu bapa ku juga masih hidup hingga hari ini. Namun 2 tahun aku tidak balik sana lagi. Hanya selalu lalu tepi jalan dan perhatikan dari jauh sahaja.

Buat ibu dan bapa diluar sana, jadikan kisah aku ini sebagai satu pengajaran.

Sebenarnya aku telah lelah dengan dunia ini. Sebagai seorang anak, sebagai seorang pekerja dan sebagai seorang perempuan berumur 39 tahun.

Disebabkan perbandingan antara aku dengan dua orang adik beradik yang lain oleh abah, menyebabkan mak dan mereka terasa hati. Ya, sangat terasa hati.

Pada aku. Hakikatnya mereka tidak tahu, aku teruk berusaha untuk berikan abang dan adik berada di hati abah.

Aku korban macam-macam untuk bantu keluarga aku. Hingga pada masalah keluarga adik beradik sendiri pun, aku bantu.

Tapi bila aku sedang teruk, tak dapat tolong, mak selalu cakap, aku langsung tidak ambil tahu pasal keluarga. Anak derhaka. Berlagak. Mentang-mentang duit banyak. Lebih utamakan orang luar dari keluarga sendiri.

Dipaksa buat pilihan antara mak bapa atau orang lain kalau tak, aku jadi anak derhaka.

Wahai pembaca sekalian. Adakah keluarga adik beradik juga berada dalam tanggungjawab aku?

Untuk pengetahuan, aku kosong. Atas dunia ini hanya jasad sahaja. Aku perlukan teman hidup tapi dihalang. Abang telah berkahwin dua kali. Adik telah berkahwin dua kali, tapi aku???

Aku cuba perkenalkan pasangan aku pada mereka, tapi ditolak mentah-mentah.

Silap aku sebab selama ini aku berpura-pura menjadi anak solehah dan patuh pada semua kehendak mak bapa aku.

Jadi mereka anggap semua keputusan aku bodoh, mereka sahaja yang betul. Atas tiket seorang mak dan abah. Orang tua yang melahirkan dan membesarkan. Tiket itu hanya untuk aku sahaja. Bukan untuk adik dan abang.

Mereka boleh buat keputusan mereka sendiri sampai soal jodoh pilihan mereka pun mak boleh terima walaupun tidak suka.

Mak boleh back-up depan abah supaya abah terima. Tapi bukan aku, sebab mereka anggap aku seorang anak bodoh.

Orang pergunakan aku hakikatnya aku telah ada semuanya atas usaha aku sendiri tanpa pengetahuan keluarga aku. Sebab aku kenal mereka. Sedangkan adik beradik lain tak ada satu aset pun. Selalu pinjam duit mak. Tetap aku juga dianggap anak derhaka.

Kali ini aku nekad (dua tahun lepas) aku perlu berhenti dari menjadi seorang yang bodoh. Aku perlu hidup berkeluarga. Bahagia atau tak, semua urusan Allah. 

Namun disebabkan usia aku telah tua, keluarga sana pula tidak merestui. Terima kasih mak dan abah sebab ini yang mereka mahukan. Terima kasih adik dan abang sebab bahagia bersama isteri dan suami masing-masing dan ada anak kandung sendiri.

Walaupun dah kahwin, asyik pinjam duit mak, asyik campak anak-anak untuk mak jaga sedangkan kalian seronok berhibur berdua tanpa perlu fikir mak abah dah tua,

Tanpa perlu fikir nak jaga anak-anak kandung kalian sendiri sedang lasak, serta siap panaskan mak abah supaya aku tidak dapat berkeluarga atas pilihan aku sendiri.

Sekarang inilah hidup Aku. Harap pembaca mendoakan aku dapat keluar dari Malaysia ini dan aku cuma ingin menghabiskan sisa hidup aku beribadah pada Allah depan Kaabah sahaja.

Doakan aku dapat berhijrah ke sana tahun depan. Cukuplah aku menjadi hamba pekerjaan, hamba manusia.

Wahai ibu dan bapa diluar sana, duit wang ringgit, harta, pekerjaan yang bagus itu rezeki, tapi jangan korbankan perasaan dan hidup masa depan seorang anak demi untuk kelangsungan hidup kalian dan anak-anak lain.

Terima kasih buat mak, abah, adik dan abang dari seorang anak perempuan yang dah kosong.

– Khadijah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Sejujurnya sy pun buntu tapi undur diri sebelum hilang akal n bersikap biadap pada mak sy. Same situation kte, cuma bezanya mak sy ibu tunggal. Semoga Allah lindungi kte dan beri petunjuk yg terbaik utk kehidupan kte. Jaga diri always Khadijah, jgn terlalu bersedih tapi kte berserah pada yg Maha Kuasa, insyaAllah.

  2. Bukan anak sahaja ada istilah anak derhaka, ibu bapa pon boleh jadi ibu dan bapa derhaka… Bila kita mati, ehsan doa dari anak solehah yang kita perlukan.. Cuma apa yang kita boleh buat, perbaiki diri untuk jadi insan lebih baik.. Tak salah menjauh untuk kesihatan mental sendiri..

  3. Memang wujud parents yg setting salah sorg anak utk jd hamba anak yg lain. Mak aku salah satu mangsa. Dia sanggup berkhidmat kat adik beradik dari kami anak2 kalau boleh duit kami anak2 kena bantu adik beradiknya. Bapak aku bawak mak aku jauh2 lepas lama jd hamba adik beradik mak. Kami anak2 pon amik masa yg lama utk ‘sedarkan” mak. Tp mak tetap agungkan adik beradiknya. Bagus kau keluar dari situ. Memang itu jalan terbaik dan alhamdullilah kau sedar semua ni masa masih muda ada kerjaya. Kau takyah fikir derang happy ke bahagia ke, allah tu ada. Pandailah allah beri “peringatan” kat derang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *