Salam semua, saya nak minta pandangan dan response rakan2 di sini berkaitan situasi saya. Mungkin, lebih kepada nak validate apa yang saya rasa.
Saya menghampiri tamatnya probation period selama 6 bulan.
Alhamdulillah, sepanjang saya di sini attendance saya sangat baik. Datang awal dan tak pernah MC. Saya sangat alert akan kepentingan menjaga attendance dan MC dalam tempoh probation.
Soal prestasi kerja, saya juga berjaya selesaikan segala tugasan yang diberikan oleh manager saya. Bahkan, saya sering dipuji akan hasil kerja yang saya lakukan.
Jadi, sepanjang tempoh di sini, memang saya rasa positif dan yakin yang saya akan diserap masuk secara tetap di sini.
Namun, ada “unlucky incident” di mana saya terkantoi bermain phone dengan big boss. Big boss ya bukan manager.
Saya akui bermain phone waktu bekerja walaupun sekejap adalah satu tindakan tak professional.
Walaubagaimanapun, saya sangat jarang main phone di office. Mungkin ketika itu “wrong time at the wrong place”.
Big boss highlighted kepada HR. HR pon lakukan tugas mereka untuk panggil saya memberikan penjelasan. Saya mengaku kesalahan saya.
Namun, sedikit kelegaan HR beritahu yang dia dapat feedback positif dari manager bahawa work performance saya okay. Tiada masalah. Alhamdulillah, manager agak back up saya di sini.
Cumanya, kata HR, insiden ini boleh ganggu work performance dan status saya di sini. HR juga anggap saya ni unlucky.
Tapi disebabkan big boss yang trigger, HR barangkali perlu lakukan sesuatu mengikut prosedur.
Beberapa hari kemudian, manager saya datang dengan membawa “improvement plan” yang dicadangkan oleh HR.
Namun, manager saya juga menganggap “unlucky incident” saya ni tidak perlu ke tahap “improvement plan”. Ia seolah-olah mengadakan benda yang tiada.
Jadi dalam tempoh sebulan, saya akan dipantau performance saya. Saya mula terpikir “1000 kebaikan tak nampak, 1 kebaikan nampak”
Saya agak risau dengan situasi saya sekarang. Sama ada saya permanent atau tak.
Sebelum ni saya yakin tentang masa depan saya di sini. Tapi “unlucky incident” ni buatkan ia pudar.
Saya positif. Kalau ada rezeki, ada lah di sini.
Soalan saya. Bagi rakan2 HR di sini, jikalau anda ada pekerja seperti situasi saya, apa yang anda akan lakukan?
Melihat kepada situasi saya, apakah akan saya diterima sebagai permanent staff di sini?
P/S: Saya tidak pernah menyokong tindakan bermain handphone di office.
– Firaz (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Lek je imporvement plan tu as kertas kerja surat hr tu nak tunjuk la dia buat kerja lepas bos tegur. isnyallah sambung tu. jaga attendance jangan mc and kerja perform insyallah satu bulan lepas tu permanent.
boleh je tu…manager support ok la…
Buat je mcm biasa mse awk mula2 kerja tu, dtg awal, xamik mc (tp klau betul2 sakit, amk jela mc), minus yg main hp tu.. pelik jugak, takkan xleh tengok hp langsung mse keje (klaw aq camtu, bole jd ‘bengong’ kot..), tp klaw da peraturan camtu, ikut jela.. mcamne pon, klaw ‘perangai’ org2 kat c2 mcm nk ‘mngongkong’ ko, boleh fikir2kan semula la.. bkn apa, (ini personal opinion aq la..), bab kerja aq bole ‘tolarate’ je, maksudnya buat je ‘the best’ or try to do better.., tp klaw bab manusia yg xleh ‘tolerate’ prangai derang, klaw aq ‘blah’ je, cari better place.. xkan kesalahan first time yg kecik mcm tu pon kna probation plan bagai2, pdhal manager ko tu, bole je nk ‘overule’ diorang, siapa yg lbh besar kuasanya.. klaw hati dah x seronok, mcmane nk ‘enjoy’ pegi kerja stiap ari.. watever it is, just believe in yourself n mintak pertolongan Allah utk permudahkn urusan.. n good luck to u..!
Better cri keje lain la dik… Sbb boss dah aim ko tu… Sbb mostly boss yg aku pernah keje la, dorg xkesah klu ko kerja jalan, siap ontime lepas tu ko nak bt ape2 ok… Sbb biasanya boss akan tya manager or team lead kita mcm ne performance kita… Ni kantoi skali dah sampai gtu, nampak sgt boss ko jenis cerewet dan berkira…