Reply: Hidup Berubah 180 Darjah Setelah “Dewasa”

Assalamualaikum semua. Nama aku Jack. Untuk confession kali ini, aku nak response confession ZZ tentang pengalaman dia menjadi dewasa (https://iiumc.com/hidup-berubah-180-darjah-setelah-dewasa/).

Anggaplah confession kali ini seperti nasihat seorang abang kepada adik. Oleh sebab itu, aku akan bahasakan confessor asal dengan nama dia, ZZ.

Sebelum aku mulakan, aku nak betulkan sedikit pemahaman ZZ tentang menjadi dewasa.

Sebenarnya kan ZZ, definisi dewasa bukanlah bila seseorang itu mencapai umur sekian sekian, contoh 18 atau 25 atau 30 tahun. Sebab ramai je orang yang umur sekian tapi perangai dan fikiran masih macam budak.

Menjadi dewasa itu ialah apabila seseorang itu terima yang semua benda dalam hidup ini bergantung pada diri dia sendiri, dan dia bertanggungjawab ke atas segala benda yang berlaku dalam hidup dia.

Dia fokus pada semua perkara dia boleh kawal, dan dia cuba terima segala perkara yang di luar kawalan dia. Seperti firman Allah dalam surah Ar Ra’d ayat 13:

“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.”.

Bila kita dah terima yang menjadi dewasa bermaksud kita bertanggungjawab atas setiap sesuatu yang berlaku dalam hidup kita, kita akan sedar yang semua masalah, kita boleh kawal. Kita boleh selesaikan, insya Allah.

Antara benda yang kita boleh kawal ialah menjadi berilmu. Dan banyak ilmu menjadi orang dewasa yang tak diajar di sekolah. Antaranya ilmu urus kewangan, komunikasi, membina ‘boundary’ dan sebagainya.

Bila kita ada ilmu, kita akan jadi lebih yakin dan tak timbul soal “Takut dan tidak bersedia”, macam kawan kawan ZZ cakap itu.

Ada orang bernasib baik sebab dia ada mentor atau orang yang lebih tua untuk bimbing dia untuk menjadi orang dewasa. Tapi ada orang kurang bernasib baik. Untuk orang seperti ini, ada dua cara.

Yang pertama, cari orang berilmu yang boleh bimbing kita dan yang kedua, tuntut ilmu daripada jalan yang benar contohnya baca buku atau hadiri kursus.

Aku tak tulis tengok video di YouTube atau TikTok sebab kebanyakan ilmu di media sosial bercampur baur, ada yang baik tapi lebih banyak yang tak baik.

Berbalik kepada masalah ZZ, aku nak tekankan dua mindset yang ZZ kena faham. Yang pertama, kita bertanggungjawab ke atas hidup kita sendiri. Dan yang kedua, no means no.

Isu yang pertama, komitmen keluarga besar dan keluarga minta duit daripada ZZ. Bila ZZ faham yang setiap orang bertanggungjawab pada diri dia sendiri, ZZ akan sedar yang ZZ tak perlu pun tanggung perbelanjaan family.

ZZ tak perlu pun bagi duit bila orang minta. Sebab mereka ada tangan dan kaki sendiri, kalau mereka nak duit, mereka perlu cari sendiri.

Kenapa ZZ pulak yang kena tanggung mereka? Kakak dan mak ZZ ada suami mereka sendiri, kenapa ZZ pula yang perlu menjadi “jantan” untuk sediakan nafkah mereka?

Dan mindset yang kedua, no means no. Maksudnya ZZ kena tekad yang bila ZZ cakap “No”, maksudnya memang “NO” dan tak boleh patah balik. Sebab bila ZZ patah balik, ZZ dah tipu diri sendiri. ZZ tak hormat diri sendiri.

Dan bila kita tak hormat diri sendiri, orang akan ambil kesempatan dan pijak kepala kita. Sayangi dan hormat diri anda, barulah orang akan hormat kita.

Antara benda yang ZZ boleh buat sekarang ialah berhenti bayar segala komitmen family. Bagitahu yang ZZ akan bayar apa yang ZZ pakai SAHAJA. Dan yang selebihnya, bayar sendiri.

Dan kalau mereka paksa dan ugut ZZ, ZZ screenshot akaun bank (tunjuk jumlah sedikit) dan bagitahu ZZ dah takde duit.

Bila ada orang mesej bagitahu nak pinjam duit, ZZ balas, “Eh aku baru nak mesej kau nak pinjam duit. Nanti aku bayar balik”. Bagi mereka rasa ayat mereka sendiri.

Dan jika ada orang minta ZZ buat hutang untuk mereka, bagitahu “Aku baru nak minta tolong kau buat hutang untuk aku. Tolonglah aku perlukan sangat duit ini”. Biasanya orang akan terkedu bila kena ayat sendiri.

Sebelum ZZ buat apa apa keputusan, check dengan orang yang ZZ boleh percaya, insya Allah ramai yang boleh bantu. Dan kalau ZZ takde orang yang boleh percaya, ZZ boleh buat confession di sini, insya Allah kami netizen akan bantu bagi nasihat.

Lepas ini ZZ janji yang ZZ takkan bagi duit pada sesiapa lagi ye.

Isu yang kedua, kerja toksik. Kita cuba apply mindset yang aku ajar tadi – “Kita bertanggungjawab pada diri sendiri” dan “No means No”.

Yang pertama, kalau ZZ tak suka kerja tu, ZZ ada pilihan untuk cari kerja lain. Dan kalau ZZ tak suka apa orang buat, ZZ boleh bagitahu pada orang tu yang ZZ tak suka apa dia buat.

Contoh kalau ada orang protes sebab ZZ budak fresh grad. ZZ ada pilihan sama ada nak cari kerja baru atau buktikan that you are better than them. Tapi aku akan nasihatkan cari kerja baru. Trust me it’s not worth your time.

Drama hanyalah bazir masa. Fokus pada benda yang produktif dan elakkan drama dalam hidup kita.

Kalau ada orang lelaki yang nak peluk ZZ, say no. “Maaf saya tak suka”. Dan kalau dia paksa juga, escalate benda tu, sama ada dengan bagitahu boss atau buat report polis.

Kalau masih takde perubahan, cari kerja lain. Jangan biarkan orang break our boundary, when we repeatedly tell them not to.

Akhir sekali, aku nak bagitahu yang jadi dewasa ni tak susah pun kalau kita berilmu dan bertanggungjawab ke atas semua benda yang berlaku dalam hidup kita. Kita ada boundary dan kita tetapkan boundary tu.

Dia jadi susah bila kita tak berilmu, dan kita rasa kita takde kawalan ke atas benda yang berlaku dalam hidup kita. Hakikatnya, banyak benda masih dalam kawalan dan kita memang boleh ubah hidup kita.

“It’s normal for life to be difficult. But it’s not normal for it to be difficult every single time”.

You deserve a good life. You deserve a good relationship. You deserve wealth and health. But you have to work for it. Nothing with value comes easy.

Ini antara benda yang aku belajar sepanjang menjadi dewasa. Banyak lagi ilmu menjadi dewasa tapi sayang, ilmu ini tak diajar masa sekolah.

Jadi tugas kita lah sebagai orang dewasa untuk mencari ilmu itu sendiri. Aku pula cuba main peranan aku untuk share ilmu yang aku belajar dengan ZZ.

Aku harap confession ni bermanfaat dan semoga ZZ dapat selesaikan semua masalah yang dihadapi. Aamiin.

– Jack (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. saya nak tambah sikit. orang lelaki disamping ilmu dunia dan akhirat,belajar la juga ilmu mempertahankan diri. tak kisah la apa apa jenis pun. pergi gym atau exercise. bukan untuk kita juga, tapi untuk orang sekeliling.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *