Tanda Postpartum Depression Ke Ni?

Salam semua readers, ok straight to the point. Aku tak tahu aku sekarang ni dalam fasa menuju ke postpartum depression dalam diam ke apa. 

Aku berusia 35 tahun, suami aku 38 tahun. Kami telah berkahwin pada pertengahan tahun lepas dan rezeki kami terus lekat baby. Aku baru sahaja melahirkan anak 3 minggu lepas. 

Tapi aku tak happy. Sumpah aku stress. Aku tak sangka kehidupan lepas dapat anak ni begini sekali. Tidur aku dah tak seperti selalu.

Aku mula rasa ‘terkejut’ dengan perubahan hidup sejurus selepas aku melahirkan anak. Dah la penat layan contraction berjam jam, penat bertarung nyawa melahirkan anak lagi,

Lepas tu malam tu dalam ward anak terus dengan aku, aku jadi stress sebab anak aku asyik menangis sepanjang malam tu.

Aku nak tidur, aku nak rehat puas-puas lepas bersalin tapi aku tak dapat. Memang tak dapat tidur aku malam tu sebab asyik2 kena bangun bagi anak aku susu. 

Bila balik rumah, keadaan sama. Masih belum dapat rehat. Tidur pon 1 jam 2 jam je dapat. Anak aku asyik menangis. Nak kena bagi susu dan nak kena kendong selalu.

Suami aku ada tolong tapi aku stress sebab kena bagi susu badan. Tapi semua ni aku diam je tak bagitahu sesiapa. Aku pendam sendiri perasaan ni. 

Sekarang dah 3 minggu, keadaan masih sama. Aku jadi makin makin tertekan.

Aku rindu kehidupan aku dulu waktu belum ada anak. Aku boleh tidur ikut suka hati aku. Aku boleh keluar ke mana je aku suka.

Normal ke perasaan aku ni? Atau ini tanda depression?

Aku banyak menangis sorang bila tak ada orang. Menangis siap meraung sebab aku stress!

Depan orang aku tunjuk aku happy je. Tapi belakang hanya Allah yang tahu. 

Tolong bagi aku kata-kata semangat. Atau mungkin ada dikalangan readers yang lalui benda yang sama, boleh bagi tips untuk aku lalui benda ni dan kuat.

Sebab aku memang sangat perlukan kata-kata semangat.

– Seorang ibu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

7 Comments

  1. Puan ibu, sekejap sahaja insya-Allah tempoh tak dapat tidur lena yg panjang seperti sebelum ini utk 2-3 tahun… itulah pengorbanan seorang ibu. Tips nya setiap kali baby tidur lena, ibu pun cubalah utk tidur juga…akan dpt 1-2 jam…tak kira siang atau malam. Susu ibu lah yg terbaik utk anak – puan bertuah jika susu ibu mencukupi atau berlebih lagi utk baby. Jika terpaksa berikan susu formula pun tiada salahnya juga – cuma akan ada isu kos, tenaga utk bangun bancuh susu, cuci botol dsb. Kena terima baik-buruknya.. tempoh berpantang adalah tempoh penyesuaian diri sebagai ibu, boleh dapatkan bantuan @pampering dari suami atau ahli keluarga lain (jika ada). Untuk jadi seorg ibu yg syurga anak terletak dikakinya bukanlah semudah/sekadar melahirkan ke dunia… ke hadapan tanggungjawab kita semakin besar utk memastikan amanah & anak sebagai khalifah Allah yg cemerlang insya-Allah… take your time but slowly get used to all these new experience!

  2. Tahniah kerana mendapat cahayamata, anugerah dalam perkahwinan. Kalau berkemampuan pergi la check in ke confinement centre, kat sana tak perlu risau ttg benda ni semua. Duduk dalam seminggu InshaAllah dapat rehat and healing. Tak kisah la walau dah 3 minggu bersalin pun. Betul kat Puan Rad, kalau baby tido, ibu pun kena tido sekali dan ambil masa ni utk rehat. Jangan sibukkan kerja rumah. Ni pun yg mak saya tekan kan masa saya dalam pantang. Ada org masa baby tido masa ni la dia sibuk nak buat kerja rumah semua. End up dia pun penat sebab tak de masa rehat. Anak saya dulu pun tak boleh letak nak dukung je, saya beli baby carrier yang kain tu sambil buat kerja sambil biar dia melekap, sempat masak, sidai baju segala. Saya pun berpantang sorang je sbb PJJ. Inshaa’Allah semua akan okay.

  3. Dik, sila tukar mindset
    Status tanpa anak dan sudah beranak is 2 different thing, different sangat2
    sepatutnya awak da set fikiran awak ke Mom’s mode instead of child free mode semasa fasa awak mengandung dulu
    seems to awak tak ready physically n mentally tentang having a baby, please anggap kehadiran baby ni as a rahmat, bukan sebaliknya. Tak mudah jadi ibu, banyak perkara yang awak perlu ubah, please cari seseorang yang boleh ajar awak hadapi perkara ni, don’t take your baby as granted, loved her please

  4. tahniah puan atas kehadiran cahaya mata. anak saya baru masuk setahun. lepas delivery, saya stay di confinement center 2 minggu then berpantang rumah parents, pjj la dengan suami. masa saya start berpantang kat kg tu, memang kadang2 agak stress la.. dengan anak saya pun kadang2 nangis x nak susu (BF), dengan tanak tidur langsung waktu siang, memang penat la.. menangis pun kerap. huhu. so memang keadaan masa tu pantang x pantang jela kan..mak saya memang pesan la jangan kerap nangis, x elok.. tapi yelah, kita penat kann..tapi apa2 pun, puan kena ada someone untuk puan luahkan apa puan rasa. support system memang pentingla bila kita start dengan kehidupan baru ni kan. houseworks pesan awal2, buat mana yang termampu puan, jangan push sangat.. insyaAllah puan akan enjoy ur motherhood journey ni.

  5. aku pon dulu stress gile lepas kuar hospital bersalin masuk semula sbb ank kuning.. check in check out mcm tu je dgn spital mase tu.. dgn kaki aku da bengkak xurut, ragam baby mashaAllah ya sgt stress. byk kali menangis ngadu kat laki n mak aku.. mak aku ckp aku gembeng.. aku nak enjoy postpartum. aku byk amek tips kat tiktok dorg byk share mcm2 cara nak handle baby.. sgt2 membantu.. segala urutan baby, minyak2 urut utk baby sume aku beli n apply kat baby.. alhamdulillah aku jdi seronok uruskan anak.. jdi makin syg ngan baby.. skrg baby da masuk 4bulan mlm2 dia nages mintak susu auto melompat tjaga terus kasi dia susu.. kite da jadi biasa dgn bnda ni.. aku da fully adapt xstress bgn mlm kasi susu.. dulu baby bgn 2jam skali menyusu.. skrg 4jam skali bila makin membesar ni.. alhamdulillah aku sgt enjoy buat sume ni btw aku ibu yg bekerja.. penat ya penat tpi aku da ok dgn sume ni.. org ckp moment dgn baby xlama sis, sekejap je masanya ubahla mindset tu.. skrg mcm2 cara kite boleh belajar.. jgn stresskan diri sendiri kesian diri tu dgn baby..

  6. Normal perasaan x cukup rehat tu
    Sy suggest awk try dptkan me time utk diri sendiri
    Pump susu & mntk husband or mak susukan anak waktu siang
    Persetankan la org nk ckp xboleh pump susu masa pantang. Sy buat cmtu susu sy ok je x oversupply pon. Alhamdulillah susu masih cukup utk anak ke 3 umur 9 bulan. Baby boy. Yg penting sy dpt buat apa yg sy nak masa pantang cth tungku sendiri, ururt, sapu2 minyak panas 1 badan, lulur badan sendiri
    Dan sy bertenang x serabut. Kena ada pembantu utk tgk baby skjp. Mintak tlg husband or mak
    You can do it 💪
    Follow sistem Asiah Maharam (boleh google di fb), insyaAllah awk boleh jd ibu yg bertenang
    Enjoy your motherhood ❤️

  7. Hi sis,
    Congratulation on your newborn! Rezeki sis kahwin je terus pregnant, saya bertahun tunggu nak dapat anak. Apa yang sis rasa kebanyakan semua rasa, lagi lagi first born. Hadap je sis, cerita kat husband letih kita jangan simpan sorang sorang. Bf baby memang penat, baby saya dah 1 tahun 6 bulan still bf. Tapi sekejap je sis, nanti dia dah 2 3 tahun kita pulak rindu dia baby. Chill je, jalan terus & lalui hari hari sis dengan sabar. Just remember she/he small kejap je, masa ni je dia perlukan kita. Keep strong!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *