Salam korang. Nama aku Anna. Aku sebenarnya nak sebarkan positive vibes semula kepada para pembaca page ni. Terlalu banyak sangat confession pasal keretakan rumah tangga, pasal perangai suami especially.
Terdahulu, semoga Allah memelihara keluarga aku dari sebarang hinaan dan cercaan, sesungguhnya rahmat Allah juga lah yang kita cari.
Tbh, awal-awal perkahwinan aku bukan lah manis sangat. Orang cakap 5 tahun pertama tu manis, tapi bagi aku 5 tahun tu tahun percubaan.
Banyak sangat kita kena mencuba, mengenali watak baru dalam hidup kita. Watak kita sebagai isteri, watak suami, tiba-tiba rezeki Allah bagi, watak menjadi ibu dan bapa pulak.
5 tahun tu, konon lah kita ni sebagai isteri nak suami terpaling provide, nak suami terpaling romantis, alah ni semua sebab media social lah.
Kita anggap suami kena provide segala tanggungan, kena juga paling memahami, kena jugak bagi me time, tapi kena jugak benarkan kita kerja sebagai wanita kerjaya. Tapi eh kita jugak lah paling penat.
Kita kan, kena memahami channel social media ni. Kalau awak follow geng2 isteri yang diberikan segalanya oleh suami, maka awak akan demand begitu.
Kalau awak follow/ likes post atau sharing orang wanita bekerjaya sedangkan awak housewife, awak demand nak bekerja pulak.
Kalau awak follow channel yang asyik mekap/ berjalan/ bergembira, awak nak demand begitu juga.
Sama juga kalau awak tengok yang pasangan islamik, awak demand begitu juga.
Tapi kawan-kawan, hidup ni tidak seperti itu. Belajar memahami channel social media awak dan tapis apa awak boleh belajar.
Jangan suami orang tu bagi suprise, awak nak suprise jugak. Tapi suami dia tak pernah solat berjemaah pun dengan awak.
Eh tengok suami orang tu dia share selalu pegang2 tangan, awak pun rasa lah laki aku ni, tak pegang pun tangan. Tapi dia lah paling laju tukar pampers anak.
Ada satu sharing di laman X ni yang aku rasa rasional untuk kita semua, dia tulis “rumah tangga ni bukan 50%-50%. Ada hari you akan jadi 50, ada hari you bagi 20 je, ada hari you pulak kena bagi 100%”.
Konsep ni bukan untuk komitmen kewangan sahaja, mungkin termaktub untuk kasih sayang, tanggungjawab, giliran ke rumah ibu bapa, giliran kenduri kendara, giliran memanjakan pasangan.
Suami dah memberi nafkah utama, kita belanja lain lain. Suami dah penat hari ni balik kerja, okay kita take over rumah walaupun kita penat. Mana tahu esok kita pulak penat demam, suami take over everything.
Kita rasa nak dimanjakan, kita ajak suami pegang tangan, ha post sendiri kat socmed.
Kita rasa nak suami bagi suprise trip anniversary, kita ajak dia pergi, bagitahu nak berjalan, sekian sekian. Kita rasa suami tak pernah ajak berjemaah, kita patut bersyukur dia solat cukup waktu.
Kita rasa suami tak suka post pasal kita di social media, kita bersyukur dia menjaga aib dan maruah kita.
Lelaki itu manusia. Lagi banyak harapan kita pada dia, lagi hancur kebahagiaan kita. Letakkan harapan pada Allah Yang Maha Esa.
Selagi suami kita tidak melakukan dosa dosa besar, indahkanlah perkahwinan kita.
– Anna (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
love, nasihat yg baik.. semoga perkahwinan kita baik2 aje dan xde anasir jahat.. amin
hi awakk… love teruk your advise..