Cikgu Bermulut Jahat

Assalamualaikum, salam sejahtera semua, saya perkenalkan diri saya Bunga, ibu kepada 5 orang anak, berkerjaya, dan mempunyai keluarga yang bahagia dan seadanya. Mempunyai suami yang penyayang dan baik.

Alhamdulillah, dengan keluarga kecil kami, kami hidup mewah. Namun begitu, bukanlah itu isunya kerana saya ingin membuat luahan tentang keperibadian guru anak saya.

Permulaan cerita, anak pertama dan kedua saya, masing-masing bersekolah di asrama penuh, kedua-duanya lelaki dan asrama juga fully lelaki.

Ramai sedia maklum persaingan yang sangat hebat dalam kalangan pelajar di asrama menyebabkan prestasi anak saya sehingga sekarang tidak memenuhi pencapaian yang diinginkan berbanding ketika berada di sekolah rendah dahulu.

Anak pertama di dalam tingkatan empat dan kedua di tingkatan satu. Masing-masing DLP kelas. Sekolah berbeza.

Jujur saya katakan, anak yang kedua memang lebih cemerlang berbanding yang sulong kerana kategori kepandaian masing-masing berbeza, hanya jauhari mengenal manikam.

Tetapi anak yang sulong juga tidak kurang hebatnya kerana beliau pernah mendapat pelbagai anugerah ketika di sekolah rendah dan mendapat pujian daripada ramai guru ketika itu.

Ingin saya membicarakan tentang anak lelaki sulong saya, yang mana beliau memang anak yang baik, aktif bersukan dan sekolah beliau memang juara dalam sukan tersebut saban tahun.

Tidak sukar untuk menjejak di mana sekolah tersebut kerana sekolah berasrama penuh ini sangat terkenal dengan nama sekolah yang aktif sukan walaupun sekolah asrama. Maaf, saya tidak akan mendedahkan nama sekolah, yang tahu, tahulah.

Anak saya, walaupun aktif bersukan, satu kelemahan beliau, sering tertidur di dalam kelas, kemungkinan penat training setiap petang, kerana untuk anak-anak sukan, ada jadual training yang disediakan oleh mereka sendiri ataupun coach.

Saya sebagai ibu, bukanlah tidak ambil cakna tentang hal tersebut kerana guru kelas tahun lepas beliau pernah bersuarakan tentang hal ini. Di dalam kelas, bukan beliau sahaja yang tidur, tetapi ramai lagi.

Tetapi untuk anak saya, memang ditekankan sedikit kerana keputusan pembelajaran anak saya agak teruk, lebih kurang nombor 20 terakhir di dalam batch. Bermaksud, ada lagi yang lebih teruk keputusannya di belakang beliau.

Saya faham perkara itu, malahan anak saya sering memujuk saya untuk membelikan supplement untuk minda, tetapi saya berkeras untuk tidak memberikan sebarang supplement untuk anak saya makan.

Ini kerana, melalui penceritaan beliau, rakan-rakan beliau yang kebanyakannya memperolehi markah cemerlang di dalam exam memang consume pelbagai supplement sehingga berkotak-kotak dan berbiji-biji pil.

Apabila saya memikirkan perkara itu, saya tidak sanggup mengambil sebarang risiko untuk anak saya pada kemudian hari nanti, biarlah dia seadanya seperti sekarang, itu lebih baik walaupun tidak mendapat sebarang anugerah cemerlang, itu tak mengapa.

Yang menjadi isu sekarang ini, baru-baru ini, anak saya barulah menceritakan tentang salah seorang guru beliau yang pernah membenci beliau pada tahun lepas. Wajarkan perasaan terkilan itu baru saya rasakan sekarang?

Ini kerana, mungkin akibat anak saya selalu tertidur di dalam kelas menyebabkan guru itu membenci anak saya? Sedangkan ramai lagi anak-anak lain yang juga tertidur, tapi mungkin kerana result anak saya paling teruk di dalam kelas, maka dia dibenci?

Anak saya pernah menceritakan yang guru tersebut bertanya, di mana keberadaan anak saya kepada pelajar lain kerana anak saya tidak masuk ke kelas kerana tournament, terus guru tersebut menjawab, “Bagus dia takde, saya tak suka dia”.

Wajarkah seorang guru bersuara begitu di depan anak-anak lain maka diadukan perkara tersebut kepada anak saya. Apa salah anak saya ye cikgu? Tidur dalam kelas sahaja ke?

Beliau tak pernah ada kesalahan lain, mencuri, bergaduh, bertumbuk, kurang ajar malahan selalu bantu guru-guru lain membuat pelbagai projek. Adakah cikgu cemburu? Cemburu kerana apa ye?

Untuk makluman cikgu, saya memang tak nak berjumpa cikgu, mungkin juga cikgu tak perasan kesalahan mulut cikgu ni, tapi cukup memberi kesan pada saya.

Saya seorang ibu cikgu, anak dibenci hanya kerana kesalahan yang kecil, cuba cikgu letakkan diri cikgu dalam diri saya.

Alangkah indah juga jika perasaan ini cikgu rasa yang sama jika anak cikgu turut dibenci olah gurunya sendiri. Baru cikgu tahu bagaimana sedihnya perasaan saya waktu ini. Lagipun cikgu sedang mengandung pada ketika ucapan itu dilakukan.

Luahan ini baru berlaku semalam oleh anak saya, sedangkan perkara itu sudah berlaku tahun lepas. Mujurlah tahun ini, cikgu bukan lagi guru kelas anak saya.

Saya juga tak berminat untuk berjumpa dengan cikgu ketika sesi tiga penjuru. Bimbang terjadi luahan tanpa sengaja dan kalau boleh saya tidak mahu membenci cikgu.

Pada saat ni, saya rasa sangat terkilan dengan sikap cikgu, kata-kata cikgu yang berbisa itu meninggalkan kesan pada anak saya, jarang anak lelaki ingin membuat luahan seperti itu.

Apa yang boleh saya nasihatkan beliau semalam, tak perlulah berurusan langsung dengan cikgu selepas ini tanpa sebab yang munasabah. Elakkan orang-orang yang negative terutamanya yang bermulut jahat, kerana kata-kata itu lebih tajam daripada pedang.

Saya bukanlah berniat mengaibkan cikgu, tapi kalau cikgu baca luahan saya ini, dan merasakan kata-kata itu pernah keluar daripada mulut cikgu, bertaubatlah.

Sekurang-kurangnya simpan sajalah perasaan benci cikgu itu dalam diri sendiri, tak perlulah dipamerkan pada pelajar-pelajar lain,

Ingat, kawan-kawan anak saya juga tertanya-tanya kenapa cikgu boleh berkata begitu, sedangkan cikgu adalah seorang guru, nampaknya mereka lebih matang berbanding cikgu. Sungguh busuk hati cikgu.

Setakat ini sahaja luahan seorang ibu yang terkilan dengan sikap cikgu anak sendiri. Biarlah saya luahkan di sini, demi menutup aib cikgu.

Sekian, saya memohon maaf atas luahan ini sekiranya menyinggung mana-mana pihak. Assalamualaikum.

– BUNGA (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Salam Puan, saya ada pengalaman macam Puan. Anak saya high functioning autism dan dia lebih gemar bercakap dalam bahasa english berbanding bahasa melayu, dan hal ni telah saya beritahu pada pihak sekolah. Kadang2 anak saya akan buat perangai kalau subject yg dirasa membosankan. Tapi tak de la sampai menganggu pelajar lain. Ustazah kelas dia pernah bagitahu anak saya yang awak ni pelik la depan semua orang. Anak saya rasa sedih dan bagitahu saya. Saya ambil keputusan untuk berjumpa Guru Besar dan berbincang mengenai hal ini sbb anak saya jadi tak suka pergi sekolah sbb dia malu. GB pula lepas berbincang dgn saya tak tahu la dia buat apa mungkin bercakap dgn Ustazah terbabit. Esoknya anak saya kesekolah terus Ustazah tu sound anak saya, suka mengadu ya. Ni pun anak saya ceritakan ke saya. Ya Rabbi saya tak sangka sungguh Ustazah pun mcm tu perangainya.

  2. Cerita puan mngingatkn saya kpd kisah ank saya semasa dia di sekolah rendah.. pd awalnya dia adalah seorang pelajar yg bijak, walau pon agak lasak n nakal, (biasala bdk lelaki..), malah pernah mendapat tempat pertama di dlm kelasnya, pdhal d rumah dia jarang mngulangkaji pelajaran.. kerja rumah kdg2 sudah disiapkn semasa di skolah, atau semasa mnunggu sya menjemputnya blk skolah, supaya dia dpt lbh msa utk ‘bermain’ bola di pdg prmainan pd sbelah ptg, tusyen pon dia x mau pergi sbb nk tido awal krn letih bermain pd waktu ptg.. bla ditanya mse bila dia blajar, dia kata dia cuma ‘fokus’ mse cikgu mngajar dan revise pelajaran sungguh2 mse ada ujian atau exam, sbb tu dia boleh ‘score’ mse exam..
    Tp tidak lma slepas itu, sya perasan keputusan exam nya tidak ‘seimbang’, ada subject yg dia score, dan ada yg dpt markah agak teruk.. bla sya tnya, dia kta dua hanya fokus subjek yg dia suka cikgunya, mne2 subject yg cikgunya dia x suka, dia akn buat sambil lewa shj., (klau hari guru pon, dia minta utk beli hadiah utk beri kpd cikgu2 yg dia ‘suka’ shj..), sya tnya knp x suka cikgu2 tu, dia kata ada cikgu yg suka denda or cubit perut ank2 murid yg nakal dlm klas, dan dia tunjuk bekas cubitan (lebam n ada tanda kuku) d perutnya.. klaw stakat marah tu, sya bole terima lagi, tp klaw melibatkn fizikal, sya perlu jumpa jugak cikgu tu, xlah sampai buat report polis kut.. mse tu mna ada medium utk ‘viral’ mcm skrg, so semasa sesi berjumpa guru utk ambil report card, saya telah bersemuka dgn guru tersebut, dan dia mngaku & hnya mngatakn yg ank saya selalu nakal di dlm klas.., sya mohon maaf ats kenakalan ank saya, dan akn mnasihati nya, tp sya kata perbuatan nya tu x professional, sbg guru dia perlu cari jln utk mngatasi msalah dan mendidik ank2 muridnya, bkn dgn cara mendenda mrk scara fizikal.. scara x langsung ini akn menjejaskn pelajaran mrk hnya krn sikap guru, mngkin itu sbg ‘protes’, sbb mrk x pandai atau berani ‘bercakap’ scara berdepan.. slepas bersemuka dgn guru itu, memangla ank sya spt dipinggirkan oleh guru tersebut, x lama slepas itu sya dinaikkan pangkat & bertukar ke negeri lain, jd ank sya pon bertukar skolah..
    Moral of the story, sebagai pendidik, para guru perlu lah menunjukkn etika perguruan yg tinggi sptmana yg dipelajari dlm kursus pendidikan di universiti atau maktab perguruan dlu.. ank2 murid tu spt kain putih, semasa di skolah, guru lah yg berperanan utk mencorakkannya.. begitu juga dgn kata2.., mngkin pd guru itu adalah prkara biasa, tp jika ank muridnya terasa dan terbawa2 dlm mindanya, siapa tahu, mngkin ia scara x langsung akan ‘affect’ masa depan nya kelak.. so, dlm kes ank puan ni, walau pon dah berlaku sbelom ini, klaw ada kesempatan, cba la bersemuka dan berbincang dgn terbuka.., bkn utk marah2 atau ambil tindakan yg ‘drastik’, cuma utk ‘make things clear’, supaya puan dan juga ank akn rasa ‘lapang hati’ utk menjalani hidup sterusnya, dpd mnyimpan perasaan spt ‘tidak puashati’ dan selalu terlintas di fikiran dan hati puan utk satu jangkamasa yg x mustahil akn melibatkn kesihatan mental & fizikal puan.. klaw puan bole ‘forgive n forget’, itu lg ok.. wasalam

  3. cikgu gila ramai je, masa skolah rendah, siap tahan anak aku dari gi toilet kat koridor sampai anak aku terkencing dlm kain, sebb sibuk nk tau aku keje apa padahal ada je payslip aku kat derang tp tak caya. Aku bawak kete german hantar amik anak aku. da laki aku bg aku pakai la takan nk nek beskal plak.

    2. Anak aku power english, cikgu marah bila kena tego ngan anak aku kesilapan grammar. Aku pon anak aku tego gak aku bila salah speaking.

    Tapi cikgu baik ramai dari yg toksik. Ada cikgu yg sama2 belajar ngan aku pasal english, tatau tanya anak aku. Ada cikgu pinjam kan duit belanja bila anak aku lupa bwk duit.

    Abaikan je cikgu gila tu, ko kena kuatkan anak ko dan bgtau mmg wujud cikgu gila

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *