Doakan Aku

Ini tentang aku seorang isteri yang hatinya kacau, jiwanya hancur, yang sedang berjuang mati matian melawan rasa sakit kecewa, ketidakpercayaan, sakit hati dan luka batin aku yang sangat sulit untuk disembuhkan.

Tentang sorang isteri yang ingin sekali give up dengan semua ni, tapi ada senyum anak yang membayangi.

Seorang isteri yang tersepit untuk mencari kebahagiaannya sendiri yang tak pernah sekali berhenti menangis dengan nasibnya.

Seorang isteri yang nampak ceria dan baik2 saje depan semua orang. Berlagak sihat depan semua orang walhal mental dan emosi sangat tak selamat.

Seorang isteri yang fikir mati mati dan mati. Sungguh mental aku tak selamat. Namun aku berusaha menjadi waras untuk anak2 aku.

Sungguh. Kali ni sangat sakit. Terasa 9 tahun perkahwinan yang sia2. Penat setia. Penat percaya tapi apa balasan yang seorang isteri ni dapat.

Dicurangi, disakiti, dikhianati. Walaupun berlaku tahun2 lepas. Tapi tahun ni semua nya terbongkar. Tuhan tunjukkan aku satu persatu.

Ya dia cuba perbetulkan keadaan balik. Ya dia cuba sedaya upaya berubah.

Dalam aku dan dia bina balik rumahtangga ni kenapa kisah lama terbongkar. Kisah tu terjadi sewaktu dalam perkahwinan.

Ibarat aku jatuh terduduk. Apabila dia mengaku pernah ‘makan luar’ 2 tahun lepas.

Namun benda tu terjadi sangat pantas dan bukan laa dengan penyondol namun dengan orang yang tak pernah dia kenal. Dia tergoda dengan godaan syaitan. Dan akhirnya terlanjur.

Dan dia bersumpah itu adalah yang pertama kali dia tersasar. Dan benda tu menyelubungi dia.

Aku buntu. Berpisah? Aku masih ada anak2 kecik yang perlukan kasih sayang seorang bapa. Dan aku sedang hamil 8 bulan.

Tahu suami curang suami makan luar tapi masih tetap nak hamil?

Aku hamil sebelum aku tahu semua benda. Allah tunjukkan aku semuanya semasa aku hamil. Boleh bayangkan emosi aku bagaimana.

Bila mana doktor nak buat test VDRL. Masa itulah semuanya terbongkar.

Aku dah tak tahu apa perlu aku lakukan. Pandang anak2 yang masih kecil. Aku sedih. Pandang suami aku bila dia tidur, apa sebenarnya yang dia cari dalam hidup dia. Aku jadi sedih.

Tipu kalau aku tak sayangkan perkahwinan aku. Tipu kalau aku tak sayangkan suami aku. Tapi…

Aku nak kuat saja. Aku nak kuat demi anak2 aku. Aku nak kuat demi anak dalam perut aku. Aku penat dengan semua keadaan.

Tolong laa doakan aku terhindar dr apa2 penyakit yang dtg dr suami aku. Aku takut. Aku takut anak dalam perut aku terima benda yang tak sepatutnya dia kena.

Doakan aku waras. Doakan aku ya.

– Cahaya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Assalamualaikum puan. Sy doakan puan kuat..dipermudahkan segala .. sy bce kisah pn terasa berat..tp Allah maha mengetahui akan kemampuan hambanya..kalau penat rehat ye puan..sy ade sedikit je kata semangat..andai puan rasa semua ni sia2 akan ada balasan diakhirat nnt untuk puan..sebagai isteri teraniaya kuatlah selagi mampu sbb sy pernah berada ditempat terbawah dlm hidup sy..yg kuatkn diri sy masa tu cume sy pikir ada gnjaran akhirat yg sy akan dapat diakhirat nanti cumenya skrg sy dah bebas mungkin Allah tahu sy dah mampu nk hadap lagi.. ape pun puan berdoa dan mengadulah padaNya yg maha Besar.. sekali lagi sy doakan puan kuat dan dipermudahkan segala urusan puan sekeluarga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *