Penggoda Pendosa

Nama aku Fabian berumur 26 tahun. Bukan nama sebenar. Aku berkerja di pantai timur. Aku seorang yang suka ambil berat dengan semua orang. Tak kira lelaki atau pun perempuan.

Aku belum berkawin. Dan aku juga seorang yang peramah. Suka membuatkan orang lain senang dengan aku. Tetapi dengan sikap aku ini lah. Menyebabkan aku benci dengan diri aku.

Aku ramai kenalan sejak zaman universiti lagi. Lagi lagi lelaki. Dengan sikap aku yang manja. Ambil berat dan suka tolong orang. Membuatkan orang suka pada aku. Untuk zaman universiti. Aku avoid dalam confess aku hari ini. Sebab banyak sangat sisi gelap aku dalam zaman tu.

Aku cuma nak minta pandangan yang positif atau mungkin yang boleh di kongsi sama untuk cuba mengelakkan segalanya terjadi.

Aku berkerja dalam bidang profesional. Kene jumpa client. Kene jumpa orang dan sebagainye. Dengan kerja aku ini. Memang aku perlu jadi peramah. Pandai bercakap. Bodek dan sebagainye.

Tapi dengan sikap aku ni. Benda tu membuatkan kerja aku jadi mudah. Dan senang. Sehingga aku tak sedar pun. Sebenarnya banyak projek masuk disebab kan aku.

Pertama : Lily (bukan nama sebenar)

Aku ada seorang kawan rapat. Nama dia Lily. Dia sangat baik. Sudah berumah tangga. Dan mempunyai anak. Lily selalu meluangkan masa dengan aku. Pergi kerja dan balik kerja. Mesti ada je yang kami nak berbual.

Tapi jauh disudut hati aku. Yang aku ada perasaan pada dia. Aku hanya sekadar ambil berat. Dan suka membuatkan Lily ketawa.

1 hari tu Lily berterus terang pada aku berkenaan hati dan perasaan dia. Malangnya aku tolak. Disebabkan aku kenangkan suami dan anak anak dia.

Aku cuba tolak banyak kali sehingga aku tengking kepada Lily bahawa seorang isteri tidak boleh jatuh cinta pada orang lain selain suami dia sahaja.

Tapi Lily memberi alasan untuk buat sekadar scandel dan untuk naik semangat nak pergi kerja. Tapi aku tetap tolak. Walaupun keadaan kami agak bertegang urat. Kami tetap seperti biasa dan pulih kan semula tanpa ada perasaan.

Sehingga sekarang Lily cuba untuk meyakinkan aku. Dengan perasaan dia sahaja. Tapi aku tetap dengan pendirian aku.

Kedua : Alex (bukan nama sebenar)

Alex adalah seorang rakan kerja. Aku sangat ambil berat tentang dia. Kadang kala kami berkongsi masalah. Dan dia juga senang berkongsi masalah teman wanita dia. Acap kali kami berbual. Sudah tentu kami berbuat berkenaan dengan perempuan.

Kami sangat rapat sehingga kami rasa tak kisah pun kalau kami duduk terlampau rapat. Atau aku sendiri letak kepala atas bahu Alex.

Setiap kali makan. Alex akan duduk sebelah aku. Walaupun aku cuba untuk duduk jauh dari dia. Sehingga orang perasan perkara ini.

Kadang kala kami bergurau pegang tanggan. Tapi cuma mengusik sahaja. Kami juga pergi tonton wayang dan sebagainya.

1 hari tu. Aku perasan Alex cuba untuk bersama lebih rapat. Tetapi aku mula rasa pelik. Cara dia cakap. Cara dia minta perhatian. Membuatkan aku lain. Aku cuba avoid pekara ini. Tetapi tetap Alex cuba untuk datang dekat.

Sehingga la aku terpaksa memberi hint pada Alex. Yang apa ada sikap aku ini. Aku buat pada semua orang. Bukan pada kau sahaja. Dan sedikit demi sedikit. Dia mula faham dan mula untuk kembali pada teman wanitanya.

Actually Alex tahu isu aku dan Lily. Dan Alex sedia untuk cuba jelouskan Lily. Hakikat sebenar. Lily anggap Alex bukan pesaing dia.

Ketiga : Zayne (bukan nama sebenar)

Zayne agak pendiam. Dan aku pula jenis tidak boleh kalau orang tu pendiam. Zayne sudah pun berkahwin. Dan mempunyai anak.

Pada awalnya Zayne ni kurang mesra dengan aku. Tapi atas disebabkan kerja. Aku cuba untuk dia selesa dengan aku. Sehingga la Zayne berani berkongsi masalah keluarga dengan aku.

Sepanjang kami berkawan. Kami ada minat yang sama. Cuma aku sendiri cuba tidak berkongsi apa apa minat pada Zayne. Sebab aku takut. Jika terlampau rapat. Akan jadi seperti Alex.

Aku boleh nampak cara dia pandang aku. Cara dia jeling aku. Cara dia cuba dapatkan perhatian aku dan cara dia bercakap dengan aku. Sebab aku pelik. Kenapa bila dia bercakap dengan orang lain. Agak lain sedikit berbanding dia cakap dengan aku.

Dan sehingga sekarang. Dia cuba untuk masuk sama sama dengan minat kami. Dan Lily tahu akan cara layanan Zayne kepada aku. Sehingga Lily ugut untuk memberitahu Zayne tentang hubungan kami. Padahal aku dan Lily tidak ada apa apa perasaan.

Keempat : Puan Hannah (bukan nama sebenar)

Hannah adalah client aku. Dia berumur lebih kurang 39 macam tu. Kami sering berhubung jika ada masalah kerja. Kami tidak la sering berjumpa. Cuma hanya sekadar atas faktor kerja.

Hannah mempunyai suami dan anak. Dan dia tidak sering berkongsi masalah. Cuma aku sahaja cuba avoid perkara ini. Sebab aku tak nak terjadi perkara yang tidak diingini. Hannah sering lihat status whatsapp aku. Dan selalu chat status aku, aku cuba jawap acuh tak acuh sahaja.

Kadang2 sampai tengah malam pun Hannah rajin chat dengan aku. Ada 1 kali tu aku kurangkan status whatsapp. Hannah bertanya pada aku. Kenapa semakin kurang update status. Jawapan aku sebab tak sempat dan tiada perkara yang best untuk di upload.

Dan sehingga la 1 hari tu. Hannah menyatakan hajat yang dia minat kepada ku. Dia cuba yakin kan aku. Dengan hubungan ini. Tidak la seteruk mana. Tapi aku tahu. Hukum meruntuhkan rumah tangga orang. Adalah sangat berdosa besar.

Apa yang aku buat sekarang adalah unsave number Hannah dan cuba tidak contact Hannah lagi. Cuma waktu kerja dan berkenaan kerja sahaja aku akan hubungi. Cuma setakat ini. Dia cuba yakinkan aku. Tiada apa apa masalah pun hubungan ini jika diteruskan.

Actually ada 2 orang perempuan lagi tapi cuma sekadar client. Tapi cara mesra mereka. Aku dapat agak yang mereka sama sahaja dengan Hannah. 2 orang lagi tu sudah pun berkahwin dan ada anak. Aku cuba avoid sebaik mungkin. Selebihnya terpulang kepada mereka.

Dengan apa yang berlaku di atas. Boleh dikatakan 2 kali aku menangis mengenang dosa aku. Sikap buruk aku ini. Yang jenis ambil berat. Bergurau lebih dan peramah dengan semua orang.

Sudah tentu aku tidak patut berbuat begitu. Dan seharusnya memerlukan gap antara aku dan orang lain. Siapa tidak benci dengan sikap macam ini. Sebab kita sendiri tak sedar. Apa yang kita buat ini salah..

Apa apa pun aku memerlukan comment yang baik dan boleh memberi nasihat yang baik pada aku. Sebab aku dah tak mampu pikul sikap seperti ini. Assalamualaikum…

– Fabian (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

9 Comments

  1. its not you, its them..
    aku pun cm kau gk fabian, tp aku bujang lah, perempuan..
    so lelaki mmg suka la nk dekat, tp aku sendiri ber-kau aku, dan berkasar selayaknya..
    kdg kita baik sbb entah, xde sebab kot.. takat belanja kopi, sttod up for them, be nice.. tp susahlah org yg ter-lebih perasan.. plg aku takut, ada sorg yg agk aggresive,so masa tu aku mmg takut gila sampai tahap menyorok, unsave number (sbb 1 ofis and dah kawen).. glad that last2 dia resign jgk.. skrg pun ade sorg yg duk rapat, tiba2 tarik kusi mai sembang, out of nowhere mesti nk jgk ckp ngn aku, pdhl bkn 1 dept pun, xde urusan lgsg, tp aku mmg buat nohen, x minat la laki org.. aku anak yatim, so aku xnk anak org xde bapak sbb aku.. dan aku hrp sampai bila2 Allah tetapkan hati aku utk x jd penyondol..

  2. tahu tak maksud professional boundaries?? kalau kau tahu bagus la. hadamkan. tepuk sebelah tangan takkan bunyi. haa gituuu

  3. geli aku laki mcmnie hhahahaha.. mesti kau nie jenis agar2 kan. jarang laa laki jnis caring2 mlebih2 nie..euwww

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *