Tak Terdapat Hajat Jadi Isteri Kedua

Assalamualaikum. Hai, aku Nur (bukan nama sebenar) berumur 23 tahun. Cerita ni tentang aku dan seorang cikgu (bukan cikgu sekolah) bagaimana aku jumpa dia dan kami bersama.

Aku telah disahkan mengidap sakit mental Post Syndrom Traumatic Disorder oleh doktor yang merawat aku kerana 7 tahun lalu aku telah di dera oleh bekas kekasih aku dan aku mengalami trauma yang teruk yang aku hampir mahu bunuh diri.

Mulai saat itu aku mula mencari sesuatu untuk aku kembali ceriakan hidup aku.

Dan satu hari aku berjumpa dengan Cikgu M. Aku belajar dengan dia. Aku mula rasa selesa dengan cikgu M. Walaupun aku tahu cikgu F sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak sebab masa belajar aku nampak gambar wallpaper handphone dia.

Aku teruskan belajar dan dalam masa sama aku ada bercerita tentang diri aku dengan cikgu M. Cikgu M menawarkan diri untuk bantu pulihkan aku dari sakit mental aku.

Pada mulanya aku anggap mungkin nak bantu aku setakat itu saja tetapi lama kelamaan, aku dan cikgu M terjatuh sayang antara satu sama lain tanpa pengetahuan isterinya.

Cikgu M bantu monitor pengembangan kesihatan mental aku, bawa aku pergi check up doktor psikatrik aku dan cuba bahagiakan aku.

Cikgu M ada beritahu aku untuk cuba berkawan dengan isterinya. Aku takut tetapi aku cuba whatsapp isterinya dan memperkenalkan aku ni sebagai pelanggan sebab isteri cikgu M ni dia jual product kecantikan.

Isteri cikgu M layan aku dengan sangat baik dan masa tu aku rasa macam lebih takut untuk terus berkenalan dengan isteri cikgu M ni. Aku pun hentikan whatsapp isteri dia. Dan dia tak paksa aku untuk terus berhubung dengan isterinya.

Hampir 5 bulan berkawan dengan cikgu M dan isterinya tahu tentang hubungan aku dan cikgu M. Isterinya minta berjumpa dengan aku dan aku setuju berjumpa.

Pada hari aku berjumpa isterinya tu, isterinya sedang dalam tempoh pantang anak ke empat mereka. Isterinya baik tak ada marah atau tengking aku. Isterinya bercerita tentang diri dia, anak dia, zaman belajar dia dan aku mendengar semuanya.

Dan masa tu aku minta bantuan isterinya, aku tak nak lagi jadi orang ketiga dalam rumahtangga mereka. Isterinya ok sudi bantu aku.

Selepas perjumpaan itu, aku berhubung dengan isterinya cuma 3-4 hari saja macam tu sebab aku dah rasa serba salah untuk teruskan hubungan aku dan cikgu M.

Tetapi semakin aku cuba menolak, makin dekat aku dengan cikgu M dan cikgu M sangat ambil berat terhadap aku. Susah untuk aku lepaskan cikgu M walaupun dalam masa sama aku tak nak sampai terjadinya perpisahan antara cikgu M dan isterinya.

Aku pernah beritahu cikgu M, aku sudi untuk jadi isterinya yang kedua. Cikgu M suarakan hasratnya pada isterinya dan isterinya tidak setuju. Mungkin kalau aku ditempat isterinya juga aku tak setuju. Ye la, suami nak kahwin lain masa dalam pantang.

Aku pun boleh terima dan isterinya pun pernah tanya aku, kalau suami sayang aku, perlu ke suami ada wanita lain? Aku pun jawab tak perlu dah.

Tetapi cikgu M dah hampir berjaya pulihkan kesihatan mental aku dan aku tak tahu apa akan jadi kalau aku putuskan hubungan aku dengan cikgu M.

Nak dijadikan cerita setelah hampir setahun hubungan aku dan cikgu M, cikgu M beritahu aku yang isterinya telah memfailkan cerai terhadap cikgu M.

Cikgu M tak nak berpisah dengan isterinya dan dalam masa sama sayang pada aku. Lepas dari jumpa dulu tu, aku terus tak berhubung lagi dengan isterinya sebab aku takut.

Lupa aku nak cerita, hubungan aku dan cikgu M ni hanya diketahui oleh ayah aku. Ayah aku ada nasihatkan aku kalau nak kahwin dengan cikgu M mesti dia masih ada anak dan isterinya lagi.

Pada hari mereka dibicarakan tentang perceraian tu, aku tak keruan takut sebab aku dapat rasa apa yang terjadi antara cikgu M dan isterinya adalah punca dari aku,

Tetapi aku sayang sangat pada cikgu M dan rasa tak sanggup aku nak tinggalkan cikgu M dan cikgu M beritahu aku mereka telah berpisah cara baik.

Masa itu aku pun tak tahu nak respon apa pada cikgu M yang dia sudah berpisah dengan isterinya yang mana puncanya adalah aku.

Lepas mereka bercerai, isterinya ada hubungi aku dan beritahu aku anggap je hubungan cikgu M dan isterinya dah tak ada jodoh dan isterinya minta gantikan tenpat dia sebagai isteri cikgu M.

Perasaan hati aku bercampur baur antara takut, sedih, suka. Siapa tak suka kan, kahwin dengan orang yang kita sayang.

Nak dijadikan cerita, aku pun berkahwin dengan cikgu M selepas 4 bulan mereka berpisah. Cuma perkahwinan kami ni macam belum dapat diterima oleh keluarga cikgu M lagi.

Aku dapat rasa yang mereka tak senang dengan kehadiran aku sebagai orang baru yang menggantikan tempat bekas isteri cikgu M. Cuma aku sangat berharap keluarga cikgu M terbuka untuk menerima aku dan hubungan kami sampai akhir hayat kami.

Setakat hari ni Aku dan cikgu M bahagia walaupun pada riak muka cikgu M macam berat kadang-kadang tetapi dia cakap dia bahagia dapat aku sebagai isterinya.

Cuma aku masih rasa takut berhadapan dengan bekas isteri cikgu M dan aku berharap satu hari nanti aku dapat berbaik dengan bekas isteri dan anak-anak tiri aku.

Terima kasih korang yang sudi baca cerita aku yang tak seberapa ni. Cuma aku dah terlajak sayang pada suami orang dan nak patah balik, aku tak tahu macamana dan ini akhirnya cerita aku.

– Pena Bisu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

16 Comments

  1. tak terdapat hajat jadi isteri kedua tapi berjaya ganggu rumah tangga orang lain kan? kau tak payah nak justify lebih-lebih. harap berbahagia la ya, tapi jangan expect family mertua boleh terima kau buat masa terdekat ni. hati kene keras sikit. goodluck

  2. kesianya dekat bekas isteri tu. dah la anak 4.
    anak sorang pun dah terasa penatnya, ini kan anak 4.
    ditambah dengan dugaan disondol. kejamnya dunia ni

    lelaki jenis miang kalau dah bosan mesti cari yang barukan.
    yang SAKIT MENTAL macam kau pun disebatnya.
    tunggu le bile die dah bosan dengan kau. dicarinya yang lain

    meroyan + mental la kau penyondol hanat

  3. bini dekat rumah jaga 4 orang anak + berpantang, kau dekat luar bawa perempuan lain pergi berubat la konon nya.
    gila punya lelaki, anak 4 boleh pandang perempuan lain lagi.

  4. macam mana kamu boleh bahagia di atas derita org lain dan mendapat kesenangan di atas keruntuhan rumahtangga org lain, mungkin kamu tidak sedar, tapi kamu hanya memikirkan diri kamu tanpa memikirkan org lain, tunggu je la………

  5. amboiii, punyalah nak justified dia bukan penyondol. tak habis2 guna alasan penyakit mental.

    asik cakap takut dengan isteri. stop contact dengan isteri. PATUTNYA KAU STOP CONTACT DENGAN SUAMI DIA.

    selfishhh!

  6. Perempuan bang sat play victim.
    Kau bila kena aniaya dgn kekasih kau, kau salahkan kekasih kau. Nak bunuh diri konon. Dasar Narsistik. Play victim. Mmg kau hidup tak pernah salah. Itu masalah kau sebenarnya. Kekasih kau tinggalkan kau mesti kau ada masalah punya. Kalau kau ok, takkan kekasih kau tinggalkan kau.
    Last sekali kau sondol laki orang anak 4. Vavi kau ni. Kau tahu tak kesian anak dia 4 orang tu tak dapat jumpa bapak diorang. Sepatutnya baik jer kau bunuh diri. Dari merosakkan rumahtangga orang. Lepas ni kau tengoklah, tentu kau cerita pulak Cikgu M buat kau sakit otak. Dan kau jumpa laki lain yg pandai ambik hati kau. Kau tinggal kan cikgu M kau kawin dengan laki lain. Hati hati wahai kaum lelaki, perempuan sakit otak macam ni makin ramai. Jangan silap pilih.

  7. Semoga ada yang ketiga lepas kau Pena Bisu. Dasar tak tahu malu perosak rumah tangga orang. Lepas tu acah suci. Jijik lah dengan penyondol

  8. Nak bagitau apa? Bahawasanya kau bukan sondol suami org? Kau ambik cara baik la ni ye? Haishhh aku doakan semoga ex wife Cikgi M berbahagia dgn suami baru yg lebih handsome dpd suami dia dulu. Lagi bertanggungjawab dan kaya raya.

  9. You go girl! pandan muka bekas bini cikgu M. xreti jaga laki la tu tu yg laki cari lain. apa nk kisah dgn keluarga encik M tu yg mencuka tu. bukan diorng bagi u makan pun! asalkan u da jumpa kebahagiaan u bersama cikgu M.

    • Here we go girl… Keturunan pelacur murah dah sampai (penyondol abadi) memang tiada common sense, tiada hati, tiada otak.. Yang ada hanya fikir kebahagiaan dia je

      Itu pun amik kebahagiaan orang 😂… Kesan hidup you tak Original.. Hanya character tambahan sebagai tempat melepas nafsu je hahahahhaha

    • Alamak typo hehe

      *kesan *kesian

      Anyway jaga laki tu elok2 tau.. Jgn lupa makan jamu bgi ketat n berair supaya laki u tak lari hahaha. Dasar perempuan murahan tiada hati 😂

      Dah lah malas layan. Nasihat pon x guna jenis keturunan penyondol ni mane ade otak ha hahaha. K bye.. Semoga bahagia dasar perempuan murahan … jijik aku klu jumpa org mcm ni… Tengok taik pon x sejijik u hahahaha

    • Perhhh cekadak punya jantan, Dasar jantan miang! X payah la nk ckp laki tu bagus sngt, kalau dia bagus masa bini tngh berpantang SEPATUTNYA dia jaga bini n anak yg baru lahir, ni sebok duk jaga org mental. Hang pun sama gedik merenyam x tau malu + x ada common sense. Duk gagau laki org dah kenapa, laki single dah pupus ka dik?? Heh kesian dasar penyondol. Hang x pikiaq pun kan anak2 dia membesar dlm keadaan mak ayah dia bercerai. Jngn duk mengharap la famili mertua bleh terima hang. Hang meroyan la sorang2 nnti. Hang bina kebahagiaan di atas air mata orang lain, hang tunggu ja la nnti, kifarah allah tu ada. Dia byr cash nnti terduduk hang.. jngn duk masuk dlm iium ni meroyan pulak..

  10. Fikir mental sndri drpd memikirkan 4 jiwa anak yg x berdosa Dan isteri yg tlh melahirkan zuriat suami. Semoga Allah kurniakan blsn yg sewajarnya pd org yg berskp selfish begini

  11. Sebab tu kita ni bila berada di ruang yang paling gelap dalam hidup, tuhan selalu ingatkan cari Dia bukan cari manusia. Kau ada pilihan, tapi kelemahan kau jantan. Bila kau cerita kau depressed sebab jantan pun kau berbalik balik pada jantan yang lain dengan harapan jantanlah orang yang boleh sembuhkan kau bahagiakan kau. See your lifetime? Sick. I dont know how’s your life after you already ruined someone’s life, kalau perempuan tu depressed sebab kan kau…how can you be happy dalam hidup kau? tak depressed dah ke?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *