Salam kepada semua pembaca. Saya terpanggil untuk meluahkan kekesalan saya disini sebagai pengajaran.
Pada tahun 1999 saya telah melanjutkan pengajian di sebuah kolej, kemudian saya mendapat tawaran untuk memohon pinjaman pelajaran yayasan negeri.
Selepas lulus temuduga, pihak yayasan tidak menghubungi saya untuk beberapa ketika dan saya anggap saya gagal untuk mendapatkan pinjaman pelajaran tersebut.
Pertengahan tahun 2000 saya mendapat tawaran belajar di sebuah IPTA oleh kerana ini adalah bidang yang sangat saya minati, maka saya berhenti dari kolej tersebut dan menyambung pelajaran di IPTA.
Proses berhenti saya buat seperi biasa. Hantar surat berhenti, salinan surat tawaran, selesaikan yuran belajar. Kolej juga maklum yang saya menamatkan pengajian di situ.
Awal tahun 2001 saya mendapat surat daripada yayasan yang mana temuduga pinjaman pelajaran saya telah berjaya dan diluluskan.. Maka bayaran yuran pengajian pertama telah di masukan kedalam akaun kolej bertarikh 29 Nov 2000.
Saya terus menelefon pihak yayasan mengatakan saya telah berhenti dari kolej tersebut pada June 2000.
Disini lah kesilapan saya yang sangat-sangat dikesali. Selepas itu saya tidak follow up pada pihak yayasan atau pun pihak kolej.
Beberapa tahun berlalu, tahun 2012 saya menerima satu surat mengatakan saya perlu menjelaskan bayaran balik pinjaman pada yayasan.
Kemudian saya menelefon yayasan mengatakan saya tak ambil pinjaman tersebut dan sudah berhenti dari kolej masa pihak yayasan memasukan pinjaman tersebut ke akaun kolej.
Tapi malangnya pegawai (mungkin) yang menjawab panggilan saya berkata, dia tidak tahu menahu kerana dia baru berkerja dan tak pasti mana fail-fail lama yang mereka simpan. Pegawai tu kata nanti dia cuba cari.
Selang beberapa tahun surat dari yayasan datang lagi meminta saya menjelaskan pinjaman… kesilapan saya yang kedua saya tak endahkan kerana saya fikir mereka tidak buat kerja dengan betul.
Tahun 2018 pihak yayasan ada datang ke kampung mencari saya. Malangnya dia pergi ke rumah jiran kerana nombor rumah kampung saya telah berubah kerana pertambahan bilangan rumah.
Jiran cuma memaklumkan dia tak mengenali nama yang dicari dan pegawai tersebut pun balik. Bila jiran maklumkan kepada emak saya beberapa minggu kemudian setelah dia teringat orang dicari itu mungkin anak si polan…
Saya pun menghubungi yayasan semula. Pegawai yang menjawab panggilan menjawab sinis sekolah-olah saya cuba melarikan diri.
Saya maklumkan yang saya sudah tidak tinggal di kampung lagi dan menerangkan yang saya tak ambil wang pinjaman tersebut. Pegawai tersebut berkata, nanti dia cuba cari fail saya.
Dan…. Kemuncaknya minggu lepas saya mendapat surat dari yayasan yang beralamatkan rumah jiran saya, yang mana saya akan didakwa jika tidak membuat sebarang pembayaran dalam masa dua minggu dari tarikh surat dihantar.
Sekali lagi saya menghubungi pihak yayasan. Pegawai berkenaan berkata, mereka maklum saya tak menerima wang tersebut tetapi mereka tidak dapat wang mereka semula dari pihak kolej maka saya bertanggungjawab untuk membayar balik bagi pihak kolej.
Jika saya enggan saya perlu cari pihak kolej dan menyuruh pihak kolej memulangkan wang tersebut.
Masalahnya kolej tersebut telah lama tutup dan tidak beroperasi lagi. Segala-gala dokumen tersebut sudah tiada… saya pun tak ingat simpan di mana… Mahu tak mahu saya terpaksa juga membereskan bayaran tersebut.
Pegawai tersebut mencadangkan untuk membuat pengeluaran KWSP.
Saya sangat-sangat menyesal kerana mengambil remeh hal ini.. kesudahannya saya juga yang kena tanggung membayar.
Semoga kisah saya ini dijadikan pengajaran… andai membuat pinjaman simpan lah segala bukti, surat atau dokument sehingga selesai membuat bayaran dan buat la surat atau hitam putih untuk pengesahan bukan melalui percakapan di telefon sahaja..
Mereka pegawai-pegawai ni tak ada masa untuk fikirkan masalah kita… banyak lagi kerja mereka dan kita bukan sesiapa untuk mereka tolong bersungguh-sungguh.
Saya akan ke KWSP secepat mungkin kerana saya tidak mahu dihantui oleh hutang.
Sesungguhnya hidup tanpa hutang itu lebih bahagia berbanding nampak kaya tapi hutang keliling pinggang. Sedih….
– Yang tersakiti (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Tak perlu bayar. Hutang lebih 6 tahun tak boleh dituntut. Awak jangan layan. Hutang mesti dituntut dalam tempoh 6 tahun dr tarikh sepatutnya awak bayar. Katakan awak belajar tahun 2000, dijangka habis belajar 2003 and kena bayar semula 2004, pihak yayasan ada masa selama 6 tahun, iaitu sehingga 2010 untuk tuntut dr awak. Sekiranya sampai 2010 pihak yayasan tak buat apa2. Dia da time-barred under the law dibawah akta had masa. Please buat tak tahu je. Biar dia saman awak, nanti awak pergi court inform je awak tak pernah terima duit tu dan tuntutan ni di luar had masa. Perkara mcm ni mmg biasa berlaku even dipihak bank pun. Sengaja takutkan awak.