Aku terpanggil untuk kongsikan sebuah kisah yang aku harap bermanfaat untuk para pembaca. Kisah ini sedikit panjang, harap tak bosan melayan.
Aku F28, sudah pun berkahwin. Kisah yang aku nak ceritakan berkaitan dengan rohani dan kepercayaan kepada alam ghaib.
Sebagai orang Islam, kita yakin dan percaya bahawa di sekeliling kita ada lagi makhluk selain dari manusia, iblis, dan malaikat kan, tapi terlintas tak pada fikiran, ada satu lagi makhluk yang sentiasa ada bersama kita? Sini aku cerita…
Aku membesar remaja di sebuah sekolah agama yang masyhur di sebuah negeri di Utara Malaysia. Membesar di asrama.
Biasalah di asrama, benda2 mistik ni satu hal yang sinonim sangat dah, sebut la mana asrama yang tak pernah ada gangguan dan histeria? Aku yakin majoriti semua ada kisah mistik begini. Begitu juga aku. Malah ianya berlaku pada diriku sendiri.
Aku lah yang mengalami gangguan dan histeria di asrama. Selama 2 tahun histeria aku on off. Dirawat oleh pelbagai ustaz, masih lagi terjadi sehinggalah aku tamat sekolah, keluar dari asrama tersebut baruulahhh aku dah ‘sihat’ daripada dirasuk histeria.
Selalu orang kata, orang yang mudah terkena histeria ni dalamannya lemah, tak cukup kuat. Aku selalu tertanya2 pada diri sendiri kenapa aku dipilih untuk mengalami benda ini.
Jujur aku cakap, histeria ni sakit. Badan kita tak dapat kawal diri kita pun, bila ‘kita’ sakiti diri sendiri ketika histeria, sakit tu tak terasa ketika tu, tapi setelah kita sedar, baruuu rasa setiap sendi tu sakit ya Allah. Bila kena je histeria, badan akan jadi sakit sakit dan penat.
Jadi aku sentiasa cuba kuatkan dalaman diri aku dengan bacaan Hizb Bahr, Al Maathurat dan juga surah2 amalan lain. (Benda ni sebenarnya adalah rutin ketika kami di asrama)
Alhamdulillah rutin tersebut masih lagi lekat pada aku walaupun ketika itu sudah berapa tahun tamat sekolah di sana.
Dalam tempoh tersebut aku memang sihat walafiat luar dan dalaman. Masuk zaman universiti dan tamatkan dengan sihat dan tanpa gangguan.
Tapi jujur bila sihat, aku makin lalai dan kurang jalankan rutin aku. Beberapa amalan aku gugurkan tanpa sedari kecuali baca Quran setiap malam. Itu sahaja aku buat dengan istiqamah, yang lain bila ada masa dan kerajinan baru aku buat. Hmm..
Sejarahnya berulang ketika aku baru mula kerja. Sekali lagi aku diuji dengan ‘sakit’ begini tapi sakit ini lebih teruk. Aku diuji dengan gangguan yang lebih dahsyat, sakitnya aku boleh katakan sakit disihir (based on beberapa perawat yang merawat aku)
Berbulan aku cari perawat yang sesuai untuk sihat, tapi belum rezeki. Sehinggalah aku jumpa seorang perawat yang berjaya membuka mata aku. Perawat ini bukan aku yang cari; tapi dia yang cari aku melalui keluarga aku.
Dia sendiri datang bertemu ibu ku dan bertanya tentang aku. Ibu ku ketika itu mengiakan dan bercerita berkenaan sakit aku yang sudah berbulan lamanya tidak sembuh. Dia suruh segera bawa aku pulang ke kampung untuk bertemu denganku.
Dijadikan cerita dan rezeki, ketika beberapa sesi aku dirawat oleh dia, kesihatanku semakin membaik, barulah dia mula buka cerita.
Perawat ini tanya pada aku, “saudari bekas sekolah agama ke? Atau guru agama?”
Saya angguk dan mengiakan. Aku ringkaskan perbualan aku dan beliau dalam bentuk dialog di bawah lah ye..
P: Patutlah, saya sebenarnya nak cerita sesuatu.
Aku : diam je mendengar.
P: Saya tahu saudari sakit pun sebab ada seorang laki2 berjubah putih beserban putih, tidak tahu tua atau muda, kerana tiada wajah kelihatan, telah datang pada saya, merayu minta selamatkan saudari.. saya tidak kenal siapakah dia.
P: Berkenaan dengan pertanyaan saya awal tadi, sihir yang dihantar sebenarnya sangat dahsyat, orang tersebut berkenan dengan saudari.
Tapi saya bertanya sebab di sekeliling tubuh badan saudari penuh dengan ayat2 Quran yang ‘hidup’ dan melindungi saudari. Sebabtu saya tanya saudari, maaf ya kalau tidak selesa.
Aku: betul Tn, saya bekas pelajar sekolah agama,
P : Betullah sangkaan saya. Saya harap saudari tidak tinggalkan Quran ya, (dush; saya rasa macam kena tampar muka ketika itu. Macam tahu2 je, kemudia beliau sambung lagi)
P : Ayat Al Quran ni hidup, Saudari. Setiap surah ada penjaganya. Saudari amalkan ayatul kursi kan? Sebab ayat2 ni paling banyakkk mengelilingi dan melindungi saudari.
Kalau Saudari nak tahu, rumah saya malamni ni terang. Campur dengan ayat2 yang saya baca bila merawat saudari, termasuk ayat2 yang Saudari amalkan, sampai ke luar rumah masih penuh dan bercahaya. Ayat ni semua hidup Saudari, bercahaya dan mengelilingi si pembaca.
Sakit ini hanyalah ujian sahaja Saudari, akan sembuh dengan sendiri selagi Saudari kuat mengamalkan apa yang sebelum ini pernah saudari amal. Makin saudari amal, makin kuat tenaga dia menjaga dan melindungi saudari.
Kalau Saudari kurang beramal, dia akan kurang bercahaya dan lemah. Saya tahu Saudari bekas sekolah agama berdasarkan apa yang saya nampak, ada ayat2 yang lebih lusuh dan lama tapi masih lagi cuba bertahan melindungi saudari.
Allah hantar sakit ini hanya ujian ya Saudari. Tak perlulah tahu siapa yang hantar dan sebagainya, cukup Saudari tahu, saudari dijaga sebaiknya dengan izin Allah.
Aku ketika itu senyap tak berkutik. Betul2 terasa panahan dalam hati.
Lepas daripada tu, alhamdulillah aku semakin membaik, kadang2 sakit bisa tu datang juga sendiri, tapi aku yakin dengan ayat2 Allah: aku baca sendiri ayat ruqyah dan rawat diri sendiri. Dengan izin Allah juga segala yang terjadi di langit dan di bumi.
Pengalaman paling berharga bagi aku walaupun sudah hampir setahun kisah ini berlalu, masih lagi segar di ingatan aku, dan membuatkan aku semakin bersemangat untun teruskan rutin dan amalan2 aku.
Aku harap kisah aku bermanfaat. Setakat ini sahaja lah aku kongsi. Hehe. Terima kasih kerana membaca.
– Yuyu (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
terima kasih, ini cerita yg bagus.. penagajaran utk semua amalkan.. mesti lg hebat klu kita tau terjemahan kan?
Perkongsian yg baik, jazakallahu khair
Jazakillah sis. Perkongsian yang sangat berharga.