Normal Ke Suami Dilayan Sebegini?

Assalamualaikum semua, aku direct to the point ye.

Aku kahwin awal 20-an, masa tu semua dah ada, kereta, rumah, bisnes.

Aku tak pernah couple sangat (kecuali cinta monyet/main kawin2) sebab aku asal susah jadi aku fikir couple buang masa, aku focus pendidikan, cari duit & bisnes.

Alhamdulillah dapat semua tu and finally hati terasa nak kahwin (nature call) tanpa selidik banyak aku terus kawin dengan someone ni.

Dah nak dekat 10 tahun kawin, aku rasa macam kena ‘scam’ dalam perkahwinan.

Semua bil 100% aku bayar, wife duduk rumah jaga 2 anak. Aku rasa something is lacking, dulu aku tak kisah sebab aku jenis ok je mana mana.

Tapi now aku jadi kisah terutama bab layanan yang suami perlu dapat bila aku dah sediakan everything.

Aku manusia biasa, tercompare dengan orang lain takut aku tak dapat ‘ basic necessity’ or bare minimum dari isteri, aku list ye if benda ni should be nothing pun.

– Setiap hari aku hanya makan bila dia lapar, kalau dia lapar pukul 3 petang, 3 petang baru dia start masak & kami makan sama-sama.

– Baju aku dia iron kan tak sampai 10 kali, baju dia & anak dia iron.

– Layanan atas katil hanya jadi ‘special’ bila aku tarik muka dan ignore dia.

– Hanya tolong bisnes aku bila start diberi gaji, if takde gaji ibarat aku kena fikir sendiri walaupun dari bisnes tu jugaklah yang fund semua bil keluarga.

– Dialong ‘bang, ni air teh abg penat ye jom minum dulu’ if ada, boleh menitik air mata aku tau selepas penat cari rezeki huhu/hihi.

– Datang dekat, belai, belai, urut, urut, sentuhan takde, kadang macam housemates je.

– Etc..

Aku tahu maybe dia penat, aku cakap tak perlu masak order je foodpanda/grab and in fact selang 2-3 hari memang kami order je seharian tak masak.

Urusan anak & rumah aku tolong jugak like 70:30 (aku).

So sekarang ni aku just nak tanya, normal ke aku dapat layanan seperti ni, kira ok ke sebab semua tu belum buat aku terasa seperti berkahwin, as suami, macam kawan-kawan je, takde special pun.

Whatever it is, aku decide nak cari isteri ke-2, tengah mencari kalau boleh nak anak yatim piatu sebab aku ingat nak buat bisnes ke-2 dan sambung phd.

At first nak jadikan pekerja dulu, kalau ok boleh naik pangkat jadikan isteri ke-2, sambil bekerja sambil bermesra haha.

Kalau tak ok, stay jadi pekerja jelah and aku sambung bermesra dengan isteri pertama sampai akhir hayat aku unless pekerja ke-2 tu ada something yang aku lacking in which isteri pertama tak dapat bagi.

Aku tak sure ada tak sebab tak nak lah yang lebih kurang dari wife pertama, biarlah datang untuk ‘menambah’ bukan ‘mengurangkan’ gituu hahaha.

Apapun, aku akan terus focus jadi suami lebih baik kepada wife aku, asalkan aku tak kena ‘scam’ dan tak diambil kesempatan aku ok, tapi jika sebaliknya aku antara suami yang ketagih kasih sayang isteri.

– Im (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

23 Comments

  1. ada bincang tak bro.? kalau tak ada, bawak bincang la. macam masalah komunikasi je. semoga dipermudahkan urusan.

  2. ko yakin ke bro kalau isteri kedua bole menambahkan kekurangan yg ada? ke kalau ko kne scam lagi teruk cmne plak? aku tak leh brain. kitaorg isteri ni kalau bole kahwin 4, dah lama kitaorg kahwin 4 bro. bukan lelaki je yg nak..

  3. Salam bro
    Apa2 pun bincang dulu dengan isteri ya. List down apa yg awak nak tapi tak dapat dari dia. Biar dia dengar semua. Termasuklah yg awak list down kat sini. Lepas tu dengar pulak apa yang dia nak tapi tak dapat dari awak . Bagi masa macam 6 bulan ke untuk baiki keadaan. Kalau tak improve jugak, beritahu la dia yang awak nekad nak cari lagi satu. Buat elok2 pergi mahkamah semua.

    • seperti biasala, apa2 pun, perempuan akan backup kaum dia, walaupun kaum dia Sarah….

  4. Salam bang,

    Pertama, please communicate, cerita apa yang tak kena dengan diri masing- masing. luah ketidak puas hati sesama sendiri. TAPI, sebelum ada sesi meluah, kedua2 pihak WAJIB berlapang dada dengan segala teguran dan ketidak puas hati tu, kalau tak, it’s not gonna work, kemungkinan besar akan berakhir dengan pergaduhan.

    Kedua, abang sepatutnya tahu, mengurus rumah dan anak-anak SANGAT memenatkan. Maka, 70-30 (you) tu tak mencukupi. Sebab, bukan setakat penat badan, tapi penat mental juga. Wife abg tak dpt keluar jumpa kwn2, tak tgk dunia luar sebab dia dah dedicate hidup dia utk jadi housewife. Hari2, buat rutin yang sama yang tak pernah habis. Saya nasihat, at least abg bg 50-50 effort utk permulaan dalam menguruskan hal rumah. Sebab abang patut tahu, tugas seorang isteri adalah ‘melayan’ suami dan melahirkan zuriat suami dia. Selebihnya, memang tugas suami termasuk kemas rumah dan jaga anak2. Isteri buat atas dasar sebagai pertolongan je utk abang. Jadi, jika dia kurang melayan abang, tak masak, dan abaikan kehendak dan kemahuan abang, kemungkinan besar dia PENAT. Dan dia juga berfikir, abang dah besar, boleh buat semua sendiri. Dia gosok baju anak, sebab anak masih kecil. Dia gosok baju dia, sebab dia nak mintak tolong siapa lagi, nak taknak kena buat sendiri. Apa2pun, back to point pertama.

    Ketiga, saya tanya je ni, abang ada tak bagi me time utk wife abg? Kalau takde, maybe abg patut start berfikir utk bagi dia me time. Sebab abang kena tahu, bukan abang seorang yang penat bekerja dan mencari nafkah, tapi, wife abang juga penat. Sekurang2nya, abang keluar bekerja hari2 dapat tengok dunia luar, sedangkan wife hanya duduk dalam rumah menguruskan hal2 rumah. Depends on wife abang nak me time yg mcm mana. Ada wife, suka keluar, cuci mata, window shopping, makan2. Ada wife, me time dia hanya sekadar cukup dengan duduk dalam bilik, tak buat apa2, lebih kepada rehatkan badan tanpa ada gangguan dari suami dan anak2. Tapi, jika abang ada bagi dia me time, tahniah dan terima kasih buat abang dan sila rujuk balik point pertama saya.

    Keempat, abang ambillah cuti, bawak dia pergi bercuti, spend masa berdua, pergi staycation. Minta tolong parents or parents in law or sesiapa yg boleh dipercayai utk tgk2 kan anak. Spend masa berdua utk sehari pun boleh buat perubahan besar dalam hubungan. Percayalah cakap saya.

    Kelima, engko dah kenapa bang? Engko mmg sebenarnya dah niat nak kahwin lain kan? Sebab tu hati tu rasa semua tak kena dengan wife. Itu tak kena, ini tak kena. Sebab mmg dah niat nak kahwin lain. Sbb looking at your cerita, siap dah ada plan nak buat jd pekerja dulu la apa la. Bang, ko kena ingat eh, wife abang tu dah bersusah payah melahirkan zuriat abang tau. Engko senang2 nak dua kan dia? Aku takleh brain betul dengan lelaki macam ni. Lagi satu, daripada engko nak cari pekerja lain, pastu buat dia jadi wife engko, baik suruh je wife yang sekarang bekerja, hantar anak2 pi pengasuh, pastu korang berdua boleh bermesra sambil bekerja seperti angan2 abang bila ada isteri kedua nanti. Lagi jimat budget.

    After all, saya sekadar menasihati. Tapi kalau memang betul la point kelima saya tu, abang abaikan je la point2 saya dari 1 sampai 4 tu. Sebab tak ada guna pun semua tu utk orang mcm abang. Sebab kepala abang memang dah focus utk kahwin lain. Cuma, klu betullah berlaku, saya sangat simpati kat wife abang.

    Semoga abang berbahagia.

  5. Nak kat cerdik, x jugak, x usahla nak sambung PhD kalau ada mindset mcam ni.
    Bang, kau buat bisnes mcm mana? Kalau ada masalah dengan supplier, kau terus tukar supplier atau kau bincang elok2 dengan diorang? Kalau customer x nak beli barang kau, kau still stick to the same marketing strategy ke atau nak ubah?

    Kalau kau terus ada mindset mcm ni, x usahla ada isteri ke-2, sampai isteri ke-4 pun, kau akan hadap masalah yang sama.

    Aku x rasa pun, kau akan dengar nasihat netizen, ni semu alasan kau je nak tukar “kereta” baru yang lagi muda dan comel. Yelah, kau kan dah berduit sekarang ni. Betul tak? Ahahhah.

  6. sebenarnya brother….ko boleh dapt lebih baik lagi….tang masalah ko nie, jangan tanya pendapat perempuan, ko betul sekali pun, diorang akan backup kaum dorng jug and,walaupun sama hauk mcm diorng

    • setuju… you do you… org laki ni kalau kita complain sikit mcm2 kena serang.. padahal diorg tak rasa apa yg kita rasa

  7. awak penat berkerjaa, balik kerja boleh rehat. isteri dari dia bgn tidur dah start kerja sampai la ke malam takde rehat. jd suri rumah tangga pun penat, mana boleh awak tanggung semua then awak nak return of investment. awak tanggung semua sebab tu tanggungjawab. bagitau laa isteri apa yg kurang apa yg tak cukup. bukan nya fikir tambah cawangan. banyak cawangan lagi pening kepala. belum tentu yg kedua nak buatkan air hari hari ngadap awak je

  8. silap ni bro. ingat poligami ni best ke. pakcik aku yang poligami semuanya nyesal kahwin dua tiga. last-last cerai gak bini kedua ketiga sebab sebenarnya bini lain tu menambahkan beban je. pulaknya kau tengah senang. memang sah sah la bini kedua tu nak menumpang senang dan kikis harta kau. seburuk-buruk bini pertama, dia la ibu kepada anak-anak kau. didik bini tu slow-slow. tiru nabi macam mana nabi didik bini dgn berhikmah. komunikasi tu penting. kau selalu tak solat jemaah dengan isteri? berapa kali kau bagi tazkirah kat anak bini lepas maghrib? kau sendiri kena checklist dulu kelemahan kau

  9. Kau dah bagi cukup nafkah still kena gajikan bini kau kalau die tolong. Hebat taste kau ye, nak cari pempuan yatim piatu kau nak buat kuli dan isteri ke 2. Aku harap kau jadi papa kedana, fakir miskin, broke. Lelaki ada duit sikit macam ni la perangainye.

  10. X normal..sbb ketua keluarga x berbincang heart to heart dgn pasangan..bila kau rasa rumahtangga ko x sweet,maka kau sebagai ketua kene cari punca dan selesaikan..mcm bisnes kau juga, bisnes ada masalah mestilah owner kene cari punca..sebab tu bisnes ko, ko xnak bisnes ko lingkuo..mcm tu juga dlm sesebuag perkahwinan..nakhodanya adalah kau..kau yg mengemudi bahtera perkahwinan kau..kalau kau rasa kawin lain blh selesaikan masalah, otak kau memang sempit..ibarat ko menutup hutang dengan berhutang..hahah..ko mencari kelebihan isteri ke-2 utk cover kekurangan isteri pertama..tetapi kekurangan isteri ke-2 ko nak cover dengan apa?..isteri ke-3..hahha..kau fahamkan maksud aku..

  11. 1)Masa awal kahwin takde btau ke apa yang ko suka utk dia buat?

    2)Ko tak btau anak ko dua org tu umur berapa so aku expect around 9 thn ke bawah.isteri ko penat melayan anak weh.

    3) kalau ko suka dia buatkan air teh balik kerja, sila btau depan2.Kalau ko nak dia urut, sila lah minta manja2 dgn dia. dsbg.
    Apa ko igt dia mind reader ke?

    Layanan wife ko lebih kurang aku dgn suami je, tp mmg ku akui bkn aku tak suka ya nak melayan benda2 ni kt suami aku,malah ill beat myself hard bila tak mampu nak buat sbb apa? Kadang kita dah penat layan anak2, uruskan rumah + (aku berkerja kt rumah) dan takde complain secara berdepan dr suami.
    Kadang sesih sendiri sbb byk kelemahan.Tapi aku mmg byk doa kt Allah dan selalu lah meluahkan kekurangan ni kt suami.

    Key woardnya komunikasi.Jgn zalimi isteri ko tu weh.Jdlah pemimpin yang qawwam kt siteri hang tu.

    Ko ni byk duit awat lah tak hire pembantu rumah? Instead of ko tambah bini?
    Ku rasa kalau isteri hang kurang penat dptlah dia layan ko lebih.

  12. bro, klo “barang” rosak jgn dibuang tp repair.. sye cdgkn heart 2 heart dlu then klo bro bkemampuan sye cdgkn bro hire maid tgk bini bro berubah x lps ade maid. Klo sma jgk bro tau la ape lgkh strusnya.

  13. bang, cuba ko buat dulu kt isteri apa yg ko harap tu.
    1. time ko lapar, kau masak lah. ala nasi goreng bodo takkan tak reti. ajak dia makan sama. dia tak nak makan, biaq pi dia lah. ko makan je. yang penting tindakan kau ajak dia makan sama tu.

    2. hal atas katil ni sensitip sikit. aku taknak komen.

    3. betul dah tu dia tolong ko bisnes bila dia diberi gaji. mmg bisnes ko fund keluarga. tapi ko kan provider. apo libatkan bini lak. kalau aku pun bang, org tak bagi gaji buat apa aku nk keje dgn org tu.

    4. Iron baju — time ko iron baju ko, ko iron satu family punya baju sekali. Mudah kan? Benda simple takyah pening2 bang. takkan iron baju pun jadi isu.

    5. buat & hidang air, belai2, urut2 kalau dia tak buat kat ko, ko buat dulu la bang kat dia.

    bang, kau tolong pun +/- 30% je dalam rumah tangga. kan tak balance tu. dalam Islam pun urusan rumahtangga atas bahu suami bang oi. isteri buat, isteri dapat pahala ringankan beban suami. bukan tanggungjawab dia. tapi dia buat sbb ehsan dan sayangkan abang dgn anak-anak.

    kalau alasan ko penat sbb bisnes, bini ko tak penat ke jaga anak, basuh kain, basuh pinggan, layan anak, didik anak. Layan & didik anak tu mmg tugas dia dah. Isteri ni madrasah untuk anak-anak. Abang pengetua madrasah kot, takkan se-simple ni pemikiran abang.

    silap2 sebenarnya dia burnout jaga anak, ko pulak tak puji2 dia, tak ckp terima kasih, takde kata2 sayang manja rindu, tak try hidupkan balik spark dlm perkahwinan, sbb tu dia pun cengey je. Ko taktau ke bang org perempuan ni ko ayat sikit je, cair dah dia.

    isteri cerminan suami. kalau abang nak dilayan mcm raja, layan isteri mcm permaisuri. tu je bang nasihat aku.

  14. Bab urusan rumahtangga hatta didik anak pon mmg tugas suami,bersyukurlah isteri dah lakukan semampu dia.Bab tanggungan tu,isteri n anak-anak2 mmg 100% tanggujwab suami.Cumanya,part layanan tu valid untk tt rasa tak dihargai.Common sense wife kurang.Walau tggjwab semua jatuh dekat bahu suami,tak salah kan bantu n sediakan apa yang patut.Personally sy rasa encik perlu berbincang dari hati ke hati dengan isteri.Menambah bilangan isteri takkan membantu selesaikan masalah.

  15. Bang, benda 1 kau kne bincang dgn wife. kalau takde perubahn sukahati kau lah bang nak kahwin berapa byk.
    1 nk pesan, duduk rumah jaga anak bukan 1 benda yg mudah. mental fizikal penat. tak percaya??? Kau bg wife kau duti suruh dia pergi healing seminggu. Kau amik cuti, duduk rumah jaga anak2 uruskan rumah mcm wife kau buat hari2. (masak-kemas-basuh baju-lipat baju etc). Lepastu, kau dtg sini balik kau cerita pengalaman 1 minggu kau tu. sekian.

  16. Cakap jelah ko mmg gatal nak kawen lain. Xyah putar2. Lelaki ni klu dia sayang dia xkesah ape pom dia sanggup hadap. Klu dah mcm ni, mmg dia dah perempuan lain ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *