Hi semua. Terima kasih menyiarkan luahan saya. Saya Muza (bukan nama sebenar), sudah berkahwin 2 tahun dengan pasangan saya. Kami belum dikurniakan anak.
Saya ingin meluahkan sesuatu yang sangat berat untuk saya tanggung. Saya dan suami berumur lewat 30an. Kami berdua bekerja, tiada masalah kewangan dan semua baik-baik saja.
Saya ingin ceritakan tentang personaliti suami saya yang membuatkan saya susah untuk hadapinya seorang.
Dia alhamdulillah bertanggungjawab dari segi nafkah, lembut tutur kata, tenang dan ringkas. Dia sentiasa berikan kebebasan untuk saya bekerja, berkawan, dan sesekali keluar sendiri untuk sebarang urusan.
Dia tidak kisah kalau saya tidak memasak hari2, tidak pernah memaksa untuk melakukan sebarang urusan rumahtangga. Senang cerita, faham-faham sendiri tanggungjawab masing-masing tanpa disuruh.
Suami seorang introvert, tidak banyak cakap. Saya pula wanita normal yang ceria, suka buat lawak dan suka berborak.
Sebelum berkahwin, suami banyak bercerita dan ceria juga orangnya. Tetapi selepas kahwin boleh dikatakan drastik perubahan karakter suami. Dia jadi seorang pendiam, kalau saya tidak mulakan bercakap, dia hanya akan diam. Sangat sukar berinteraksi dengannya.
Kalau saya bersemangat cerita tentang sesuatu, respon nya sangat mengecewakan. Senang cerita, dia nonchalant untuk semua perkara. Tidak berminat dengan apa sahaja berkaitan dengan saya.
Dia lebih suka menyendiri, dan kalau saya text melalui whatsapp, dia reply dengan dry text sahaja. Kalau saya keluar kemana mana, saya akan update.
Tapi kalau saya lupa atau lewat update, sampai sudah dia takkan tanya. Kalau saya call, sangat jarang berangkat. Dan dia takkan pernah call saya balik.
Balik kerja, saya bosan dan sunyi sebab dia tidak berminat bercakap. Saya banyak kali luahkan perasaan, tetapi dia akan diam seribu bahasa, tidak akan respon.
Sampai saya menangis nangis luahkan, dia akan diam. Tidak pernah memujuk saya. Sampai dua tiga hari, saya juga yang akan dekatinya untuk sesi bermaafan.
Saya terangkan padanya, saya perlukan reassurance dan perhatian. Apa perasaan dia pada saya, sebab nampak macam tak berminat sangat dia dengan saya. Segala cerita-cerita saya dia dengar dengan sepi. Tidak pernah memuji saya, tidak pernah berterima kasih.
Bila dia balik rumah, dia tidak menegur, dah makan ke, buat apa hari ni.. kadang-kadang dia lalu depan saya seolah olah saya tidak wujud.
Saya cuba cari personaliti ini di internet, dan selain emotionally unavailable, suami mungkin ada personality avoidance attachment style. Kemungkinan dari childhood trauma dimana dia tidak belajar cara mengurus emosi. Suami tidak pernah mengatakan sayang nya pada saya.
Sebelum kahwin sangat berbeza. Macam2 cara saya buat untuk ambil hatinya, saya mulakan dulu kata-kata sayang, saya masak sedap-sedap untuknya, saya memujinya, berterima kasih padanya dan pada masa sama beri space untuk dia menyendiri.
Saya dah offer kaunseling tapi dia tak nak. Saya ajak berbincang dengan ibu bapa, tapi tidak ada hasil.
Saya juga sudah cuba bahagiakan diri sendiri, keluar dengan kawan2, sibukkan diri dengan macam2 hobi, tapi hati tetap terluka sebab saya sangat sayangkan dia dan mahukan perhatian dia.
Dia tidak tersenyum, tidak ketawa. Rumah sangat sunyi dan tidak ceria. Dia tidak mahu bergurau, tidak mahu teman saya di dapur, semua nya taknak! Kami spend time kalau keluar makan atau holiday saje. Tapi oh suramnya semua!
Siapa ada pengalaman begini? Harap dapat berkongsi pendapat.
Rasa frust sangat sebab saya rasa tidak didengari, tidak dihargai. Saya cuma nak sedikit perhatian. Saya bukan seorang yang clingy. Takkan nak berendam air mata hari hari…
– Muza (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
word nonchalant famous for no reason. tu nonchalant ke ignorance husband
Kesian puan.. Yg peliknya, mse sbelom kawen ok je, dia ada ‘split personality’ ke..? Cba ajak pegi ke tempat yg dlu u all pernah dating, or first time jumpa or things like that.. then recall or refresh blk apa yg dia pernah ckp or buat di tempat tersebut.., n bagitau yg u nk dia jadi mcm tu semula, pandai bergurau, caring, ada minat utk bersembang dsb.., or at least ‘create’ minat yg u ols boleh buat bersama2, cth : cycling or jogging, or even going places yg mampu, atau kumpul brg2 yg u all minat, coins, vintage things, or whatever.. mintak2, dgn ada ‘hobi’ yg dua2 minat, ada communication yg ‘healthy’ akn timbul secara x langsung n memenuhi ruang n masa u all..
Berharap pada Allah,minta kasih sayang dari Allah.bangun malam solat/doa.bila harap dari manusia ini lah jadinya.kita akan kecewa.
Insyaallah dapat cinta Allah mudahlah kita dapat cinta dan sayang dari manusia.kita semua ciptaan Allah.jangan sedia dan jangan risau sebab itu akan merosakkan jiwa kita sahaja😃
Berharap pada Allah,minta kasih sayang dari Allah.bangun malam solat/doa.bila harap dari manusia ini lah jadinya.kita akan kecewa.
Insyaallah dapat cinta Allah mudahlah kita dapat cinta dan sayang dari manusia.kita semua ciptaan Allah.jangan sedih dan jangan risau sebab itu akan merosakkan jiwa kita sahaja😃
Kenapa eh, kalau perempuan x dpt perhatian suami selalu dapat nasihat mcm ni, tapi kalau suami x dapat perhatian isteri, orang nasihat suruh kawen lain.
Suami sy pun srorg Introvert. Pendiam.. tk byk ckp. Tp lain klu di luar. Byk ckp. Senang bergaul. Bila di tanye dia akan ckp dia fake di luar. Dan ini lah dirinya sebenar Bila di rumah. Cuma jujur cakap, kadang berhati lah dgn suami yg Introvert. Sbb byk bnde dia pendam tk luah. Dab byk benda dia buat di belakang puan. Bukan nk takutkan tp inilah pengalaman dy selama 10tahun bersama Suami Introvert. Akhir nya di belakang ada scandal. Mohon berhati2
case hilang sparks kot.. kita pun risau la.. dalam dunia ni tkde apa yg pasti 😭 cuba try hari2 selama 30 hari senyum, buatkan air sedap/bagi bunga/kuih fav/hold hands longer.. just something yg out of comfort zone.. be creative try diff things each day.. then after cakap i love you without fail. tengok respon dia.. first or second week mgkin dia akan buat x tahu.. kne sabar skit.. mgkin bru dia akan sdr slama ni ad org yg hargai dia.. dan wujud dpn dia.. 💪🏻doa dan tawakkal.. Allah yg memegang hati.. Allah Ya Wadud..zikir banyak2.. minta dikurnkakan mawaddah dlm rumahtangga 🤍 doakan saya juga ya 🙏🏻
Saya kahwin dengan suami yg macam ni. Cuma nasib ok sikit masa tahun kedua dpt anak. Nak ke taknak ada anak mmg kena cakap. So we were busy uruskan anak, around 8 yrs (2 orang anak).
Tapi jiwa saya kosong. Takde teman borak kt rumah, takde orang buat keputusan untuk saya, takde lelaki kuat dalam hidup.
Lepas tahun ke9, im getting bored. Cant live fine anymore. I do feel u sis.
Tapi i malang now. Sebab ada anak. Nak pergi pon tak boleh. Tapi i dah makin tak larat nak teruskan hidup tanpa cinta. Mungkin soon i akan berpisah juga.
Just how come there are man like this in world? Baikkk tapi dry!
Jumpa dr lynn clinic dia pakar partner introvert
Cuba solat berjemaah bersama dirumah, masak dan makan bersama dekat rumah. In Sha Allah bila dah lama lama buat Allah akan bukakan hatinya.