Adakah Aku Salah?

Salam dan hai semua. Aku Mawar, anak bongsu daripada 4 beradik. 1 lelaki 3 perempuan.

2 tahun lepas, mak aku disahkan menghidap diabetes dan perlu dibuang sedikit jari kaki.

Semasa mak aku di hospital, aku baru saja mula kerja di sebuah klinik di daerah tempat aku tinggal. Daripada semua abang dan kakak aku, aku sorang saja yang kurang pandai dalam pelajaran.

2 orang kakak aku dan berkahwin dan tinggal di negeri lain. Manakala aku dan abang saja yang tinggal berdekatan dengan rumah kedua orang tua kerana kami juga dah kahwin dan ada kehidupan sendiri.

Demi menjaga mak aku, aku berhenti kerja memandangkan yang lain menjawat jawatan kerajaan sedangkan aku swasta.

Segala urusan mak ayah kami 4 beradik bahagi² tugas tapi akulah yang banyak bantu kedua ibu bapa memandangkan aku ambil keputusan untuk duduk sekali dengan mereka dikampung. Alhamdulillah suami aku memahami.

Kedua kakak aku hanya dapat bantu sedikit sumbangan sebab diorang duduk jauh. Abang aku ditugaskan untuk hantar mak aku checkup di hospital yang terletak di cheras.

Aku yang uruskan semua hal berkaitan masak, kemas rumah, dan juga checkup mak aku di klinik. Mak aku ada luka sedikit dan perlukan rawatan berkala setiap minggu. Aku juga yang uruskan.

Disebabkan aku ada di rumah parents. Abang aku selalu hantar anak dia jika anak dia tak sihat seperti demam.

Jika abang aku ada aktiviti padang sampai ke petang, memang anak dia aku yang uruskan seperti ambil di tadika sementara abang aku selesaikan kerja dia.

Mula² aku tak kisah, tapi makin kerap. Isteri abang aku jugak cikgu tapi persekolahan sesi petang. Jadi akulah yang ada untuk uruskan anak diorang.

Beberapa minggu lepas, mak aku perlukan rawatan dan pembedahan mata di sebuah hospital swasta.

Dalam masa yang sama abang aku juga suruh aku untuk ambil anak dia daripada tadika sebab kakak ipar aku kerja dan abang aku bekerja diluar kawasan selama seminggu.

Aku tersepit sebab aku jugak yang uruskan mak aku dihospital. Aku takut tak sempat nak ambil anak dia. Aku minta dia fikirkan plan lain tanpa libatkan ayah aku tapi sebaliknya dia mintak tolong pada ayah aku.

Ayah aku dah tua. Umur 74 tahun dan sangat bahaya untuk ayah aku drive kereta sendirian. Tapi abang aku tetap suruh ayah aku untuk ambil anak dia. Dan ini punca aku dan abang aku bergaduh.

Abang aku seolah² lupa mak ayah aku dah tua. Dan selepas pergaduhan yang terpaksa libatkan 2 orang kakak aku, akhirnya isteri abang aku ambil cuti.

Aku tak tahu abang aku marah/ merajuk dia terus tak datang melawat mak aku kat kampung, message mak aku pun dia tak jawab.

Aku tau dia marah, cukuplah marah aku sorang, marahlah aku ni adik dia puas² tapi janganlah abaikan parents sendiri.

Dia seolah² tak nak ambil tahu langsung pasal parents kiteorang.

Hari² aku fikir adakah aku yang salah? Aku ke yang patut minta maaf sedangkan aku cuma nak dia faham keadaan aku yang terkontang kanting uruskan parents aku sendirian.

Sekarang mak aku sedih dan rasa mak aku ni beban pada anak lelaki dia. Aku dah tak boleh fikir, aku pun sedih dengan perangai abang aku. Doakan aku kuat dan sabar jaga parents aku.

– Mawar (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Pada saya, awk x bersalah.., infact, tanggungjawab kpd ibubapa lebih berat kpd anak lelaki, berbanding dgn ank perempuan.. sepatutnya mereka (adk beradik yg lain) patut berterimakasih kpd awk, krn telsh sanggup berhenti kerja, kerana ingin membantu ibu dan bapa awk.. lagi satu, anak abg awak tu pon tanggungjawab dia.. klau xde org nk tolong hantar atau amk dari sekolah, dia patut bayar kpd van atau bas sekolah untuk uruskan ank dia, isterinya pon mungkin ‘adjust’ masa dia utk uruskan anaknya, bukannya awak.. dan perselisihan faham antara awk dan dia tidak boleh jadi alasan utk dia mengabaikan kedua ibu dan bapa awak.. cuba lah ayah awak ke nasihatkan dia, klaw dia xnk bercakap dgn awk disebabkan pertengkaran dgn awk tu..

  2. Alasan je abg ko merajuk tu. Dia memang amik kesepatan dah kat ko. Bila ko x bg peluang dia sentap pastu merajuk. Tu semua point2 utk dia ‘lepas’ tangan jaga mak pak je.

    Ko tengok dalam dia merajuk ni pandai plak dia manage anak dia tanpa menyusahkan ko kan. Elok plak ada masa.

    Ko tak salah. Memang abg ko tggu peluang nk lepas tangan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *