Tujuan aku tulis disini bukan untuk mengadu nasib kepada sesiapa, hanya sekadar berkongsi emosi dan rasa yang tak terluah.
Entah kenapa kebelakangan ni aku sering rasa stres, rimas dan useless. Aku totally “burnout” bab kerja. Ini bukan kali pertama pengalaman aku bekerja, tapi entah ke berapa kali. Jujur aku penat.
Aku dulu merupakan lepasan diploma di sebuah ipta dan telah grad sekitar 7 tahun lepas dan kini usiaku hampir mencapai 30. Telah mendirikan rumahtangga dan kini masih bekerja.
Kenapa aku cakap aku rasa useless? Sebab dah berbagai kerja aku pernah kerja.
Masa mula-mula baru grad dulu, hasrat dan impian untuk bekerja dalam sektor awam sangat tinggi. Tetapi sedikit pun aku tidak mendapat tempat dalam sektor awam.
Bermula dari interview di sektor awam dan swasta, kira-kira 20 lebih interview aku dah pergi. Banyak juga yang akhirnya mengecewakan.
Ada juga ku dapat tahu jawatan yang aku mohon dalam sektor awam tersebut hanyalah sebagai syarat semata kerana sudah ada pun orang dalam.
Pernah sekali bapaku bawaku pergi interview naik motor, aku antara calon yang paling awal hadir dan memang boleh jawab interview dengan baik, rupanya sudah ada orang dalam.
Pernah juga suatu masa dulu aku hubungi sendiri satu badan berkanun ni untuk bertanyakan mengenai jawatan kosong disitu yang tertera,
Lalu staf yang menjawab call itu mulai bertanya, aku ni anak siapa dan ada orang kenal ke didalam badan berkanun tersebut, kemudian aku menjawab tiada. Terus nadanya berubah dan talian telefon dimatikan.
Namun, aku tak berputus asa. Aku redha di mana pun Allah letak aku. Akhirnya, rezeki aku di sektor swasta. Sama juga, sektor tersebut bukanlah kena dengan bidang aku.
Bermacam dugaan aku pernah lalui dalam pelbagai pengalaman kerja aku pernah lalui sebelum ini.
Pengalaman kerja dibuli, dipergunakan, diberikan beban kerja yang banyak, dan masalah majikan yang gagal melaksanakan pembayaran gaji dan epf seperti yang ditetapkan. Aku tetap bertahan.
Kini, takdirku masih bekerja dalam swasta. Bahagian retail. Jujur, aku sudah berlapang dada dengan ketentuan ilahi tapi jauh di sudut hati kecilku masih mengharapkan moga ada satu cerita indah yang Allah persiapkan buatku.
Aku tetap bertahan dan jadi orang yang tegas daripada sebelum ni. Aku pun mahu juga stabil macam rakan seperjuanganku juga. Berbisnes juga pernah ku cuba tetapi tetap gagal.
Aku bukan apa, aku memang struggle bekerja part time dari zaman sekolah lagi untuk cari duit lebih untuk sekolah. Aku juga bukan orang senang.
Di zaman belajar pula, aku memang struggle belajar sebab aku memang nak capai impian aku. Sehinggakan zaman bekerja, aku masih bekerja dengan telus dan bersungguh tapi masih ditimpa bermacam ujian.
Entah kenapa hati ni betul-betul rasa kosong. Umpama pergi kerja balik kerja semata.
Seluruh diri ni kerap rasa useless, rasa nak pitam dan sakit kepala, sesak nafas bila sering ditekan sales dengan orang atasan. Aku tak cukup rehat dan sangat penat.
Itu saja luahanku. Terima kasih..
– Emyra (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Salam. Cuba bagitahu apa course awak, belajar di mana, sekarang bekerja di mana? Ada contoh CV? Minat nak kerja di mana? Dah cuba upskill? Benda macam ni kena ada mentor yang boleh guide. Kalau setakat confession macam ni susah orang nak tolong.
We almost same but beza awk dgn saya status diri ja, moga kita tabah , kuat dan diberi kekuatan untuk meneruskan kehidupan InshaAllah
Mungkin saat kita betul² redha, rezeki yang tidak disangka datang menjelma InshaAllah
Aamiin,. Jaga diri ❤️💪
Cuba usahakan cara ni pulak, sis. Kawan saya shared dari TT. Alhamdulillah. Saya dapar apa yang saya doakan.
Solat Hajat 4 Rakaat 1 Salam Istimewa Malam Isnin
Rakaat 1: Al-Fatihah 1x & Al-Ikhlas 10x
Rakaat 2: Al-Fatihah 1x & Al-Ikhlas 20x
Rakaat 3: Al-Fatihah 1x & Al-Ikhlas 30x
Rakaat 4: Al-Fatihah 1x & Al-Ikhlas 40x
Selepas salam, jangan buat apa-apa, terus baca
1. Al ikhlas 75x
2. Istighfar kepada diri sendiri dan ibu bapa 75x
اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلِوَالِدِيْنَا وَارْحَمْهُمْ كَمَا رَبَّوْنَا صِغَارًا
3. Selawat 75x
4. Berdoa hajat yang diinginkan