Salam semua, saya Muza (bukan nama sebenar) berumur lewat 30an.
Baru-baru ini saya post berkenaan suami non-chalant di ruangan ini:
https://iiumc.com/pasangan-
Terima kasih dengan pendapat dan nasihat yang baik-baik dari sahabat semua. Kebanyakannya berpendapat suami saya mempunyai depresi dan ada masalah yang dipendam. Saya tidak nafikan terdapat kemungkinan tersebut.
Buat pengetahuan semua, sebelum kahwin suami pernah bercerita mengenai sejarah ayah dan ibu nya. Ayahnya seorang yang sangat panas baran dan suami saya pernah di dera oleh bapanya atas kesilapan yang kecil.
Ibunya pula terlalu menyanjungi ayahnya dengan membuta tuli dan tidak pernah melindungi atau memujuk suami saya jika dimarahi atau di pukul ayahnya. Kesudahannya, suami tidak mempunyai hubungan emosi yang rapat dengan kedua orang tuanya.
Disini saya anggap perkara itu membentuk peribadi suami yang tidak pandai meluahkan emosinya kerana sudah biasa belajar untuk memendam sahaja perasaannya.
Melalui cerita-cerita nya, saya telah mempunyai rasa empati yang tinggi dan faham sahaja kalau suami jenis pendiam dan tidak pandai ekspres perasaan sayangnya. Bezanya sebelum kahwin mungkin dia cuba sedaya upaya untuk dapatkan saya.
Sebagai info, dia tidak ramai kawan, dan saya pernah check phone nya. Dia memang dry text dengan semua orang. Memang anti social.
Terdapat komen mengatakan saya perlu bersyukur dengan suami begini, jika dibandingkan dengan pengalaman yang lebih buruk wanita lain, seperti lelaki kaki pukul, panas baran, kejam, curang dan sebagainya.
Inilah permulaan dilema saya. Saya rasa seperti tidak penting langsung dalam hidup suami saya, di mana saya anggap inilah ujian Allah pada saya, dimana atas kesabaran saya melayan peribadi suami yang begitu, saya dikurnia syurga.
Percayalah, hari hari saya berdoa diberi kesabaran, dan memujuk hati saya agar terima sahaja takdir perkahwinan ini.
Tetapi, sebagai manusia yang ada hati dan perasaan, saya tidak boleh lari dari berkecil hati, frust dan tertekan. Saya sukar tidur malam, prestasi kerja terganggu, malas untuk buat apa-apa, rasa nak tidur saja.
Saya ada bela kucing comel di rumah. Itulah sahabat saya. Ia tidak membantu komunikasi saya dan suami. Suami bukan saja mengabaikan saya, tetapi juga mengabaikan kucing tersebut.
Saya rasa saya telah buat segalanya untuk baiki hubungan ini. Saya cari kaunselor, saya syorkan pada suami agar pergi kaunseling bersama sebanyak tiga kali, tapi suami tak nak pergi.
Saya sering bertanya secara baik, kenapa tidak mesra dan sangat dingin dengan saya. Macam biasa dia kata tidak ada apa-apa dan akan terus diam. Suami akan terus shut down bila saya mula ingin berkomunikasi berkenaan perasaan dan kasih sayang.
Sejujurnya, sebarang perlakuan yang ke arah intimacy, emotional connection, dia akan elak dan tidak akan respon.
(Bayangkan anda bercakap dengan dinding. Dia akan elak eye contact, dan akan diam sehingga saya lelah untuk berkata kata). Hubungan suami isteri juga harus saya mulakan dulu.
Kerana saya memahami sejarah keluarganya yang tidak baik, saya ada sifat simpati dengannya.
Dalam cuba memahami, saya akan pastikan saya mulakan segalanya dulu. Saya berikan ayat cinta dahulu, memeluknya, menciumnya, bertanya hal nya, memegang tangannya, semua saya akan mula kan dulu. Dia tidak sesekali mulakan dulu.
Setiap kali dia sedang buat hal nya sendiri, saya tenung dari jauh dirinya, saya akur betapa sayangnya saya pada lelaki ini, kalaulah saya boleh ada dengannya seumur hidup saya untuk membuatkan dia bahagia.
Tapi hati saya lemah, saya perlu kan kasih sayang, bukan dari mulut pun tak mengapa, tapi melalui act of service. Malangnya, suami tidak begitu. Tidak pernah membantu saya di dapur, tidak pernah tolong uruskan rumah, tidak pernah isikan minyak kereta, segalanya saya buat.
Syukurlah suami tidak menyusahkan saya, seperti suka bersepah atau sebagainya. Suami hanya beri nafkah untuk sewa rumah dan groceries sahaja.
Kalau saya ingin bercuti, dia akan ikutkan sahaja, tapi tidak initiate. Kalau saya ingin makan sesuatu, kami akan keluar. Tapi semuanya dalam keadaan senyap dan dingin. Kalau saya tidak bercakap, dia juga akan diam.
Maafkan saya, rasanya luahan ini terlalu panjang. Saya dapat rasa hati saya sudah tawar. The turning point, bila saya sudah terlalu tertekan kerana dia tidak bercakap dengan saya, saya tanya, adakah dia perlukan saya dalam hidupnya. Dia terus pura-pura tidur.
Saya kejut dia, paksa dia jawab sebab saya sudah mula beremosi. Dia terus mendengus dan kata esok sahaja dia jawab. Sudahnya dia tidak mahu bercakap dengan saya langsung, dah silent treatment sudah seminggu sebab saya sudah tak larat untuk menegurnya dulu.
Pernahkah anda bayangkan, berbaring sebelah suami yang anda sayangi, pada masa yang sama anda tahu dia tidak sayangkan anda. Rasa sunyi itu adalah rasa sunyi yang paling dalam.
Untuk suami ku, saya sangat sayangkan kamu, ikhlas ingin membahagiakan kamu. Saya rindu segalanya tentang kamu, terutama senyuman kamu yang manis.
Maafkan saya, saya rasa saya tidak mampu lagi untuk teruskan perkahwinan ini. Biarlah menjadi misteri mengapa kamu begitu… Yang pasti, saya akan sayangi kamu dari jauh. Mendoakan yang terbaik untuk kamu.
Saya tau hidup sendiri sangat mencabar, sangat sunyi. Tapi tidak sesunyi perkahwinan kita. Saya perlu sayangi diri saya. I should forget my feelings, and remember what I deserve…
– Muza (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Sis Muza.istikharah..tanya pendapat para ustazah yg mursyid..lepas tu selamatkn diri anda Dunia&akhirat
Sis klu dia xnak berbincang cuba sis tulis surat suruh dia baca. Sis luahkan perasaan sis dlm tu. Tengok ape reaksi dia. Klu x jalan sis pegi la pejabat agama. Mintak pendapat yg pakar pasal perkara ni.