Tak Suka Jumpa Mak Mertua

Assalamualaikum gais. Aku ni dah lama nak tulis sini tapi aku tahan ja & teruskan baca confession orang lain. Tapi harini aku tertulis jugak.

Boleh tak korang bagi aku buang rasa tak suka pada MIL ni? Bantu lah aku.

Kesian jugak tengok husband aku yang tersepit antara aku dan mak dia.

Aku ni suriumah. Husband kerja contractor dan ada bisnes sendiri tapi kecil2 je la. Tu pun kami dah syukur alhamdulillah.

Hidup aku ni dah tak tahu nak apa sebab aku rasa Allah bagi lebih dari cukup. Kadang malu pun ada sebab nikmat Allah bagi tu banyak sangat dah.

Aku dan suami okay okay ja. Ada anak kecik2 lagi. Busy dengan anak ja.

Aku pun bosan2 buat affiliate kat tiktok. Tapi tu la hidup ni kalau takde ujian bukan la manusia namanya kan??

Ujian hidup aku MIL aku la. Aku rasa menyampah dan tak suka MIL aku ni. Sebab dia pernah buat aku dan suami hampir bercerai. Dan waktu tu aku pregnant.

Dah lama hal ni berlalu tapi tetap segar dalam ingatan aku. Masa pregnant tu aku doa anak aku mati ja dalam perut.

Hmm sedih nya rasa nak cerita balik. Anak aku dalam perut tak membesar pun sampai doc suruh aku stop puasa (masa bulan ramadhan). Mabye sebab aku stress sangat.

Bila anak aku dah lahir dia jadi sangat kuat tantrum. Aku takot dia ade autism tapi alhamdulillah dia normal. 

Berbalik kepada MIL aku. Mil aku ni suka masuk campur hal anak-anak dia. Kalau korang jumpa MIL aku ni macam tak percaya la apa aku tulis.

Masa mula aku nak kahwin tu aku rasa MIL aku ni mak mentua idaman. Soft spoken, tutup aurat tudung labuh dengan berjubah, stokin, hansock. Cakap lembut ja.

Anak anak semua sayang dia dengar cakap dia. Memang idola aku la. Tapi tu la bila dah jumpa duduk bawah 1 bumbung lain jadi dia.

Dia suka bukak aib menantu, kalau dia datang rumah aku masa tu aku tak lipat baju. Dia bercerita dekat semua anak dia aku pemalas. Kalo aku tak masak dia bawak mulut jugak.

Kira macam tak masak dan tak lipat baju tu comfirm terus masuk neraka la. Tapi bila tengok ank perempuan dia sama ja macam aku kadang tak lipat baju, tak masak. Aku ni bukan tak masak ari-ari.

Contoh aku masak pagi mee goreng dengan ayam masak kicap. Petang aku pi beli goreng pisang tu pun tak boleh gais. Kena masak dari pagi sampai malam baru dikira isteri syurga.

Aku tak paham betul la ape jenis pikiran macam ni. Start dari aku hampir bercerai tu aku benci nak jumpa MIL aku. Nasib baik husb aku faham dia tak de bawak aku jumpa MIL aku selalu.

Kalau tak dulu 2 ke 3 kali sebulan pergi jumpa MIL aku. Kalau tak MIL aku buat ayat anak derhaka la syurga bawah tapak kaki mak la. Mungkin ni aku rasa penyakit orang alim kot rasa dia ahli syurga.

Yang bukan anak beranak dia ahli neraka. Cukuplah sampai sini aku nak luah. Sebab 2/3 ari nanti aku nak kena jumpa dia sebab ada kenduri.

Mula menyampah aku datang. Tolong bantu aku terima takdir aku ni. Apa aku nak buat?

Amalan apa aku nak buat supaya aku redho dengan MIL aku ni. Tanpa ada rasa sakit tu kat dalam ni. Aku kesian husband aku.

Husband aku baik je dengan aku dan anak-anak. Tapi mak dia buat aku rasa menyampah. Bantulah aku kot korang pun ade nasib yang sama macam aku dan berjaya atasinya.

Mana tahu ada cara nak kawal emosi berdepan manusia toksik ni. Terima kasih korang.

– Saleha (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

11 Comments

  1. MIL ok lg sis, blh elak n abaikan asalkan anak dia ambil berat dan tanggungjawab.. bygkan mak sendiri?.. bertarung dgn emosi dan akal fikiran tau kak.. sedih,sakit kepala, stress semua ada.. u rileks je xpyh beria.. u bernafas pun silap2 dia judge, so move on.. lgpn laki u baik kan? so abaikan je MIL u tu.. biasa2 sudah..

    • sis kucai, susah tu nak move on. sebab dia sendiri tertekan. especially anak perempuan ni once dah kahwin, dia umpama left her family and masuk keluarga baru. jangan compare sebab both menyakitkan.
      mungkin you experienced with your own mom, but her mil. dua dua sama je menyakitkan. cuma tuhan tak datangkan you ujian daripada sifat mertua. so you are lucky that way. apa apa pun, be strong ye sis
      untuk writer,
      lari je sis. dah dia anggap kau yang buruk buruk. kau jadi buruk terus

  2. 1st sekali cuba amalkan
    Subhanallah 33x
    Alhamdulillah 33x
    Allahhuakhbar 33x
    Selawat Nabi sebanyaknya

    Sis kawen dengan suami, suami pun dah faham mak dia macam mana tu dah okey sangat, jumpa pun sebulan sekali, ok dah tu.. cuma sis la kena profesional dan kena jadi terpaling penyabar, bila ada dengan dia n dan dia cakap benda yg sakitkan hati sis, sis diam jela.. lama² sis buat mcm tu mesti dia akan fikir apa dia cakap tu tak betul.. jangan tumpu dan fokus sangat dengan dia, sibukkan diri dengan suami dan anak² sis.. buat je mcm tu.. nanti anak² dia akan fikir sendiri, masing² dah besarkan, otak ada akal ada pasti boleh berfikir.. Allah ada sis, cerita dengan Allah, esok² apa sis rasa tu akan berbalik pada mereka semula.. begitulah

    • Awk beruntung lg sis sbb masalah hanya dgn mil tp tidak dgn husband.husband yg memahami dan dia main peranan dia utk tak bawak sis jumpa mak dia dgn kerap.kena la jd hipokrit sikit.kalo balik,xyah lama2.sekadar tanya kabar saja.kalau masalah dgn n husbnd serentak lg parah sis..lg2 kalau duk sebumbung dgn parents in law.. sy penah merasa duk sebumbung dgn parents in law..7thn duk sama parents in law even ada rumah sdiri.jd crita jgk dgn husband nak minta duk rumah sdiri..🥲

    • amalkan surah al-kauthar 3 kali bacaan tiap kali lps solat fardhu..buat hari2 5 kali sehari lps solat dan bacalah zikir Al-Jabbar 100x tiap kali lepas solat dgn niat untuk kuatkan/jauhkan awk dari segala fitnah..itu yg saya amal Alhamdulillah org yg suka mengata itu ini ke sy dah diam dan tunduk

  3. sis kucai, susah tu nak move on. sebab dia sendiri tertekan. especially anak perempuan ni once dah kahwin, dia umpama left her family and masuk keluarga baru. jangan compare sebab both menyakitkan.
    mungkin you experienced with your own mom, but her mil. dua dua sama je menyakitkan. cuma tuhan tak datangkan you ujian daripada sifat mertua. so you are lucky that way. apa apa pun, be strong ye sis
    untuk writer,
    lari je sis. dah dia anggap kau yang buruk buruk. kau jadi buruk terus. huhu

  4. Maaf, nak tegur sikit. Jangan sebut penyakit orang alim perangai macam tu. Kalau perangai MIL anda sebegitu, bermakna dia bukan orang alim, wpun bertudung labuh, berstokin dsbnya. Pakaian tak mencerminkan akhlak seseorang. Byk org jahat menipu dgn berjubah dsbnya. Inilah sebenarnya yg mnjatuhkan maruah orang yg betul2 berakhlak mulia dgn pakaian yg baik.

  5. 1. Suami dah ok syukur sangat-sangat. Lagipun tak serumah. Syurga kita di rumah kita. Ketika di rumah kita, usah difikir sangat hal perangai orang lain. Juga usah dilayan kenangan lama yang buruk itu. Perkara dah berlalu biarkan berlalu. Hadapi hidup hari ini dengan aktiviti keceriaan keluarga sendiri hari ini.

    2. Jika terpaksa berjumpa, sedekah surah al-Fatihah banyak-banyak kepada MIL. Jika berhadapan juga, tenung bahagian antara dua kening dia sambil baca ayat… Iyyakanakbudu…sampai habis.

    3. Jika terpaksa jumpa di khalayak, senyum saja dengan dia, atau elak tak berjumpa.

    4. Maafkan sahaja dia, agar hati lebih tenang. Dia mungkin ada trauma dia yang kita tak tahu. Selagi tak mencederakan kita, lantak dialah. Jika dah cedera, pergi report balai polis.

  6. Ak pon penah berada slm situasi toksik sis.. masa mula2 kawen dok menumpang uma Mil. Ada SIL tu suka dtg uma MIL mula la nak ckp yg bkn2..naseb baik ak da duduk uma sendiri so kurang lanak hadap perangai neraka dia tu. Ko kurangkan je berjumpa, abaikan.. lama2 nnt diorg penat la tu. mcm sekarang ak pon da kurg dtg uma MIL. ada la 3 bulan sekali camtu walaupon dekat. ak banyak suruh laki ak yg gi melawat tanpa ak sbb tu tggjwb dia kan,,

  7. Awk ok lg sis kena dgn mil.
    Sy ni mak sendiri yg derhakakan sy atas sbb yg x musabah langsung
    Anak perempuan yg dah kahwin pon nak di control huhu
    Sampai ckp menyesal bagi sy kahwin dulu padahal anak dah 4 ni
    Kisahnya lebih kurang mcm shila amzah dulu kalau sis follow.

    Mil sy pulak tak habis2 percaya dgn scammer. Asyik mintak duit husband je utk byr scammer

    Bertubi2 ujian Allah. Hati sy ni dah nak berkecai dah xboleh nak repair dah rasanya huhu

    So kesimpulannya buat bodoh je la sis. Ini semua ujian Allah utk kita terus bergantung padaNya. Mil je pon so kunci je mulit masa kenduri nnt. Buat hal sendiri dgn anak2, enjoy lauk kenduri

  8. what i do is kurangkan bercakap , just mengiyakan apa dia ckp, bermanis muka walaupun dlm hati tgh tahan sbb selagi dia tak kacau rumahtangga sy, sy masih mampu bersabar. awal kawen dulu asyik merajuk & menangis ja kt suami. tpi dulu la. skarang dah jarang ikut ke rumah mil kalau suami ajak sbb nk jaga hati sdri. tapi sebulan skali tu kira untungla sis, sy setaman dgn mil🥲 tiap minggu jumpa weh. moga Allah bg kita kuat😮‍💨

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *