Suami Merayu Loankan Untuk Dia

Saya ni ada bisnes sendiri. Suami penjawat awam gred 41. Dah kahwin 6 tahun belum dikurniakan rezeki anak. Duduk kuarters kerajaan 6 tahun dah.

Kalau balik kampung tinggal rumah mertua sabtu dan ahad, rasa sangat tak selesa & rasa not welcoming. Fam in law sangat kedekut sampaikan saya mula tinggal rumah mertua terkejut mereka mandi bawak bakul syampoo masuk bilik masing2.

Kalau balik adik2 ipar suka dalam bilik. Agak berbeza dengan suasana fam saya yang riuh rendah. Tahun silih berganti tahun suami nak loan rumah asyik tak lepas. Tahun ke 6 saya mula bersuara nak ugut cerai baru dia nak beli rumah.

Dengan syarat, suami nak suruh saya loan untuk settle bayar kereta (SUV) bagi memudahkan dia untuk loan rumah atas nama dia.

Saya dilemma. Adakah sebagai isteri kena loan bantu suami ??

Alasan saya buntu tak tahu nak buat apa, saya pernah trauma.

Suami pernah kantoi curang dengan isteri beranak 3 di usia perkahwinan kmk 1 tahun. Tu pun Tuhan gerakkan hati utk cek hp suami. Khilaf kata nya & berjanji tak kan curang lagi.

Sekarang saya takut nak loan untuk settlekan kereta yg dia loan kerana risau kereta susut nilai dan tidak menjaminkan masa depan saya masih hidup bahagia bersama suami.

Jika suami berubah 10 tahun akan datang, saya tiada tempat untuk berteduh. Duit saya dah habis bayarkan kereta @ hutang loan kereta suami.

Saya ajak suami downgrade hidup tapi dia setuju sekejap saja terus berubah fikiran esok nya.

Saya ada bezza & myvi 2 2 dah habis bayar tiada hutang. Tapi mileage dah agak jauh. Risau wear & tear maintenance mahal. hampir 350k mileage. Bezza masih baru.

Keluarga suami tak benarkan kami downgrade hidup. Ibu mertua marah kan saya sebab tidak bekerja kerajaan menyebabkan susah untuk loan rumah. Menantu yang lain semua bekerja loan kereta mahal2.

Saya diamkan diri bagi mengelak bertikam lidah. Waima pendapatan saya lebih berlipat kali ganda dari gaji suami.

Tapi suami dan keluarga mertua tidak pernah tahu pendapatan & simpanan saya yang sebenar.

Kami suami isteri dah bincang untuk tidak gabung nama loan rumah bagi memudahkan saya membeli rumah untuk aset & sewakan.

Sekarang saya buntu.

Yang lama dah berkahwin, adakah satu tindakan yang wajar :

Plan A

– Isteri berkorban bantu suami loan selesaikan hutang suami?

Atau

Plan B :

– Jual SUV, downgrade hidup, guna duit isteri sendiri untuk beli rumah atas nama isteri sendiri (tapi akan timbul isu keluarga mertua bermasam muka nanti)

– Kencana Wangi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

16 Comments

  1. Jangannnnnnnnnn, jangan sekali-kali loankan utk suami. Kalau betul2 terpaksa pun buat la hitam putih agreement selain dari agreement dgn bank yg loan ni dibuat atas tanggungjawab suami.

  2. Plan B looks more winning on your side…. jgn la buat loan utk settlekan loan kereta tu… loan yg awak nk amek tu personal loan ke? kalau personal loan tu lg la bahaya sebb interst tinggi dik oiii.. semoga dipermudahkan..

  3. tak payah nk loan tp harta ats nama suami, itu plan nk jerut diri sendiri je.. udahlah mak mertua masuk campur, klu aku baik aku g cek kesuburan.. klu ada probelm aku cerai je, klu aku yg xleh mengandung mmg aku beli rumah murah2 then klu teringin nk anak, bela je ank angkat buat kwn(bkn retirement plan).. mmg aku akn jual je kereta2 aku tu then buat downpayemnt rumah, for sure kau mesti ada saving kan kak? kereta byk2 buat apa? semua duit.. bertindak sebelum terlambat.. after all, laki kau pernah curang, bab duit lg lah fail nk manage.. tu blm ada anak lg tu..

  4. Alahamdulillah , Almarhum Papa saya pesan jgn berhenti kerja walau gaji kecil, beli harta own name pd anak2 perempuan nya, bisa mati selps kahwin bila cinta mati😁😔

  5. Sudah ada red flag sebelum ini iaitu suami kantoi curang. Saya sebagai lelaki menyarankan Plan B. Sila pentingkan diri ye puan. Gred 41 sepatutnya boleh menyara keluarga sebab masih belum ada anak.

  6. Ketahuilah dik, sekali lelaki curang, dia akan curang berkali². So jangan baik hati sgt buat loan utk dia. Biar dia usaha sendiri, biar duit dia habis utk famili korg jer, supaya takde duit nak abiskan utk pompuan lain. Selalunya diaorg curang sbb rasa mcm kaya sgt, padahal bini banyak tolong dia x sedar. Mak mertua tu pedulikan, apahal pulak dia nak menantu keje gomen padahal menantu tak wajib keje pun. Anak dia punya tanggungjawab sediakan nafkah tumah dll, dia nak lepaskan geram pada menantu pulak. Dah la famili jenis taik idung masin!

  7. Jangannnn
    Bagitau suami
    Makanan pakaian tempat tinggal suami yg kena bagi

    Kereta dia boleh jual
    Pakai kereta yg tak ada hutang tu

  8. Sorry la kak saya kasar. Confession akak ni bodoh.

    1st redflag: suami kantoi curang
    2nd redflag: mentua masuk campur perihal financial.

    Conclusionnya jangan sesekali risiko kan hidup buat loan utk suami

    • Please la kak sayang diri sendiri dulu. Jangan nanti merana asbab perbuatan orang lain

  9. 1. Memang bijak org tak tau gaji awak….its brilliant…
    2. Saya agree kalau suv dijual…dan pakai kereta yang ada… Sebab after long term… Sama juga akan costing dalam maintenance….
    3. Dari apa yang saya baca awak sangat bagus dalam mengurus kewangan…. Jadi always trust your self dalam financial keluarga awak
    Wish you all the best in decision you will make…..😊

  10. Sebaiknya jgn “join loan” utk beli rumah.. walau pon klau jd apa2, awk bole tuntut bwh ‘harta sepencarian’, tp prosesnya agak ‘sukar’, tambah lg klaw dua2 pihak tidak bersepakat nt.. klau benar gaji awak memang melebihi gaji suami, kumpul je aset awk sendir, tp jgn ‘reveal’ brp jumlah sebenarnya.. lgi pon x lma lg, gaji suami awk akn naik (dia penjawat awam kan..), mse tu maybe dia dah layak buat loan.. klaw xdpt beli rumah besar pon, beli yg semampunya (ikut kelayakan), nt bole je buat sbg “homestay”, atau disewakn, itu pon sbg pendapatan sampingan kluarga awk.. suami isteri perlu ada persefahaman utk hidup harmoni, bknnya dari awal dah buat ‘hal’, klau gitu bwat apa buat kputusan nk kawen dlu.. tentang mertua, buat senyap je, lma2 diorang tahu lah, yg awk lbh ‘dominan’ dr ank lelaki diorang.. x apa, lama2 diorang akn ‘terima’ apa jua keadaan, klaw mrk dari kalangan org yg baik2.. wallahu a’lam.

  11. Pilih plan B. Beli rumah atas nama sendiri. Jgn buat loan untuk suami. Kak dah kena. Sampai pencen tak hbs bayar

  12. Kalau nak merana macam saya, sila lah buat loan tu sis..sampai saya tua pun masih menanggung loan yang orang tu suruh saya apply sepuluh tahun dulu

  13. Kalau sy dah tahu laki pernah curang memang sy takkan terfikir pun untuk tolong apa2, tolong sis jangan jadi tak cerdik sebab lelaki and mak mertua. tolonggg la

  14. Sis, ikut plan B.
    Jangan sesekali nak join loan tau, better jaga diri sendiri sbb suami red flag, family inlaw pon redflag.

  15. Jgn le skali2x bt loan untk suami x ksh la suami ko helok ke or x helok. Tggg jwb die hutang die bia tgolek ke telentang ke bia die yg byr. Baik ko slow2x smpn duit and beli aset ko sndri. X perlu dgr ckp org or malu untk downgrade. Ko ade 2 bj kete kan, ko suh je laki ko jual suv tue and bt loan rumah and all 10% depo bia laki ko byr ko x ya kua duit. Klo ko ase nk tlg pn, ko beli perabot jela sng klo pape jd ko hangkut smua bnde ko beli kua dr rumah.Kereta even kereta lama klo ko ontime service and jg die elok2x insha allah x de mslh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *