Assalamualaikum semua. Aku Mawar dan ini kisah yang baru berlaku dalam hidup aku. Aku perlukan nasihat atau pendapat semua, apa yang perlu aku lakukan.
Aku bekerja dalam bidang pendidikan, baru 2 tahun, belum sah dalam perkhidmatan. Aku telah hampir 7 tahun berkahwin dan belum dikurniakan rezeki anak.
Aku mula dipostingkan di sebuah sekolah. Di sana aku mengenali seorang rakan sekerja lelaki, En. Stew (bukan nama sebenar), senior yang telah berkahwin dan ada anak2.
Perwatakannya sangat menarik hatiku, lembut tutur kata, sopan dan rupa paras yang menarik. Pendek kata, peribadinya sangat membuatkan aku jatuh suka pada kali pertama jejakkan kaki ke situ.
Jauh berbeza dengan suami aku sendiri, panas baran, mudah marah dan melenting walaupun hal kecil.
Jujurnya, aku kurang kasih sayang dari suami sendiri. Dan aku juga jauh dari keluarga, masih dalam proses untuk rapat dengan keluarga setelah pernah dibuang keluarga sendiri. Jadi aku sangat dahagakan kasih sayang.
Aku selalu perhatikan En. Stew, gerak geri dia, cara dia bertutur, semuanya sangat menyenangkan. Dan aku juga tahu dia seorang ayah yang rapat dan baik dengan anak- anak.
Seperti kebiasaan, kami hanya berhubung soal kerja kerana aku dan En. Stew di bawah skop kerja yang sama. Dan seperti biasa, aku selalu update status di whatsapp gambar- gambarku dan aktiviti seharianku.
Suatu hari, En. Stew telah memberi komen pada status aku dan di situ bermulalah kami berhubung dan berkenalan lebih mendalam.
Sejujurnya aku memang menaruh hati pada En. Stew meskipun aku tahu dia suami orang dan aku sendiri isteri orang.
Setelah 2 minggu kami bermesej, kami saling meluahkan rasa suka. Hatiku berbunga- bunga setiap kali mesej dengan En. Stew dan setiap kali itu juga aku akan delete semua mesej2 En. Stew supaya suamiku tidak syak apa2.
Begitu juga dengan En. Stew. Isteri En. Stew juga bekerja dalam bidang yang sama dengan kami dan aku tahu En. Stew sayangkan isteri dan keluarganya. Tapi aku terlalu sayang En. Stew, menyebabkan aku jadi bodoh untuk teruskan hubungan kami secara diam2.
Suatu hari, aku masuk ke bilik En. Stew bekerja dengan alasan ingin minta En. Stew mengajarku untuk siapkan dokumen. Memang aku akui salah aku kerana masuk walaupun sedar En. Stew berseorangan ketika itu.
Kami bersembang seketika dan aku meluahkan rasa sedih kerana kami akan berpisah seketika atas urusan kerja. Jadi En. Stew mula memujukku dengan mula memegang tanganku. Kami mula berpeluk dan bercium.
Aku sedar semua ini salah tetapi disebabkan rasa sayang aku teruskan. Tapi hanya sekadar berpeluk dan cium sahaja.
Keesokannya, aku masuk lagi ke bilik En. Stew saat En. Stew bekerja. Kami mengulangi perkara sama. Hal ini berlaku selama 3 hari.
Hari ke 3 aku buka tudung dengan alasan ingin betulkan tudung dan itu kali pertama En. Stew lihat aurat rambutku. Tapi kami tidak sampai ke tahap zina. Walaupun aku rasa tidak mustahil boleh berlaku kerana rasa sayang aku padanya.
Kemudian, kami tidak berjumpa selama 3 minggu. Aku selalu curi2 mengambil gambar En. Stew dan delete semula, bimbang suamiku syak.
Lepas hampir 2 bulan hubungan kami, semua ini kantoi kerana isteri En. Stew terbaca mesej kami. Isteri En. Stew beza 3 tahun umur dengan aku (Pn Acacia). Pn Acacia terus hubungi ketua jabatan aku, dan meminta untuk berjumpa aku di depan ketua jabatan.
Pn Acacia bertudung labuh, manis orangnya dan tengah mengandung 2 bulan. Saat pertama aku jumpa Pn Acacia, dia menyoal aku, kenapa berhubungan dengan suaminya. Di hadapan ketua jabatan, Pn Acacia nyatakan akibat dari perbuatan kami, dia sangat stress sehingga bleeding.
Aku terus anxiety dan menangis di depan Pn Acacia. Aku mohon ampun, tetapi Pn Acacia cakap dia takkan maafkan aku dan suaminya.
Pn Acacia sempat tarbiah aku, “dalam Islam seorang wanita diangkat tinggi martabatnya, kenapa awak sanggup rendahkan diri awak hanya kerana seorang lelaki??” Aku terdiam dan hanya menangis.
Kemudian En. Stew juga masuk dalam bilik tersebut, dan dia duduk sebelah isterinya.
En. Stew menyatakan dia ingin berhenti dari semua ini dan meminta aku dan dia bertaubat kerana semua ini adalah dosa besar. Aku hanya mengangguk lemah. Tetapi Pn Acacia meminta bersaksikan ketua jabatan kami, En. Stew perlu memilih antara aku atau Pn Acacia.
En. Stew terus memeluk Pn Acacia dan menyatakan dia hanya akan memilih Pn Acacia. Aku menangis memohon ampun dari Pn Acacia dan merayu supaya dia tidak ceritakan pada suami aku.
Lepas peristiwa itu, En. Stew terus berhenti berhubung dengan aku dan aku tahu rumahtangga mereka bergolak.
Seminggu kemudian, aku menerima mesej dari Pn Acacia meminta aku ceritakan semua yang berlaku. Aku terus mesej En. Stew dan minta En. Stew menipu Pn Acacia dengan menyatakan kami hanya ada perasaan suka dan tidak pernah lebih dari itu.
Tetapi En. Stew memarahiku, dia takkan menipu isterinya lagi dan meminta aku untuk berhenti hubungi dia. Dia ingin selamatkan rumahtangga nya. Aku kecewa. Anxiety aku teruk menyebabkan aku kemurungan sehingga terpaksa ambil ubat penenang. Aku bimbang sekiranya suamiku tahu.
Bermula dari kejadian itu, satu persatu musibah aku alami. Aku teringat ayat Pn Acacia, doa dari seorang ibu mengandung, yang teraniaya, tiada hijabnya. Dan aku yakin aku tengah menghadap kifarah Allah.
Walaupun suamiku tidak tahu, tetapi hatiku tidak pernah tenang. Aku telah ditukarkan tempat kerja sejurus kejadian itu. Dan di tempat kerja baru, aku sangat stress dan seakan dipandang serong kerana baru bekerja 2 tahun sudah ditukarkan.
Sekarang kejadian sudah berlaku hampir 5 bulan, tetapi Pn Acacia masih belum memaafkan aku. Dia hanya menerima suaminya kembali disebabkan anak sahaja dan langsung tiada lagi rasa cinta pada suaminya.
Dan dia juga menyalahkan aku kerana menghantar gambar tidak bertudung kepada En. Stew walaupun En. Stew tidak pernah minta.
Persoalannya, apa perlu aku buat untuk meminta maaf pada Pn Acacia dan suami ku. Aku bimbang diceraikan jika suamiku tahu. Bukankah aku juga layak dimaafkan kerana aku sudah terima kifarah dari semua ini??
– Mawar Berduri (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
hihi kesian
Ape yang bukan penyondolnya? Berdasarkan cerita kau ni memang kau dasar penyondol takde otak takde maruah!!
Time kau buat, selfish, ada kau tny sape² ke boleh ke tak buat semua tu. Eh time nasi dh jd bubur pulak kau tny netizen apa yg kau boleh buat utk make things right again.
Doa la byk² kat Allah. Minta dipermudahkan urusan kau. Minta Allah lembutkan hati org² terlibat. Minta Allah hilangkan baran laki kau kalau dia tau apa kau dh buat. Lps tu jdkan pengajaran. Jgn buat lg. Sblm buat pape, kau letak diri kau tu dlm kasut suami kau n bini org tu. Jgn selfish. Kurang kasih syg bkn alasan utk tak guna akal yg Allah bg.
padan muka, ni kalau x terngadah, mmg kemana hala dah.. sendiri jatuhkan maruah diri sendiri, last2 kemurungan.. syabas beteiiiii.. so sape2 yg ada ura2 nk jd penyondol tu, fikir2 kan lah.. Allah x tidur, doa org teraniaya xde hijab.. lelaki last2 pilih bini dia jugak..
murah ye kamu sistur…kalo x kantoi rase ye x mustahil kamu akan bzina bkali2x . Kamu tpelajar sistur so gunekan akal tue. Bertaubat la sistur slagi sempat dan smoga suami kamu x bt bnde yg sme mcm kamu.Kamu rase kamu kurg kasih syg sorg suami smpai kamu lupe ksh syg yg Allah bg pd kamu dari pelbagai sudut yg kamu tidak sedar. Malu plak bce confession kamu nie. There is no such things kalo bkaitan ngn skdl laki bini org ,yg ade hanya lah tempat untuk melempiaskn nafsu..Smua ye rubbish …
Haishh engkau ni aku hempuk jugak kang..
1. Kau tu dah la pendidik.
2. Kau tu bini org.
3. Kau tu pompuan kau tu islam kau tu haishhh malas aku lah.. habis kalau bukan penyondol apa pelahap? Kau tau tak kau yg mulakan langkah menggatal tu.
dari apa yg sy faham en.stew ni okey je.. cuma digoda oleh pelacur bertaraf pendidikan
sape je laki bleh tahan, klu pelacur datang goda masa dalam bilik sorang2 kan. siap bagi gambar horny dekat laki org.. mamang tak malu & takde maruah betul pelacur ni haha2.. entah2 mak ko pon dh celup2 sebelum lahirkan ko. mungkin ko ni anak luar nikah or entah mane2 laki punya benih entah tu yang boleh buang ko dari kluarga kot haha
biase la dunia zaman sekarang. it normal.. penyondol (pelacur free) ada dimana2..
so girl diluar sana.. jaga lah laki elok2 ye, lagi2 yg keje gomen.. kah3
sis… saya setuju je sis nak kecam confessor ni. tapi janganla sampai libatkan mak confessor yang takbersalah tu siap tuduh mak confessor pun macam confessor yang takde maruah ni. entah entah dia kena buang tu pun sebab salah dia sendiri.. salah anak tu taksemestinya salah ibu bapa, lagi lagi anak dah tua bangka macam ni
Saya pun marah jugak baca pasal cerita ni, tapi bila baca comment kamu ni, kamu dengan dia pun lebih kurang jugak. Tutur kata, bahasa, adab, langsung takde. Mulia sangat ke kamu dari pelacur tu? Mungkin kamu bukan penyondol tapi cara kamu ni dengan penyondol macam lebih kurang je hahaha. Dia pun dah cakap nak cuba minta maaf walaupun salah tetap salah. Kamu tu jangan lebih2 bila comment, sebab lidah pun boleh masuk neraka jahanam tau. Bukan pelacur je
Kurang ajar btul suka hati ko nk gelar2 org pelacur! Jgn besok ko yg jd pelacur atau keturunan ko! Bersihkan hati hitam dan kotor tu. Hah en.stew tu ok? Nmpk sgt ko ni nk menangkn jantan tu. Pdahal jantan x guna tu yg mula2;komen status n pegang tgn confessor tu.. aku benci btul prangai jantan x guna yg sepatutnya jadi khalifah pelindung para wanita ttapi jd sprti dajjal yg mengambil kesempatan dan merosakkan pmpn lepas tu play victim…yg saling brgaduh saling mencaci menghina adalah kaum prmpuan..hebat prmainan lelaki x guna cmni…xde spe nk ktuk die… Mmg patut bini stew hilang rsa cinta pda laki tak guna tu. Dan confessor tk pyh tkut pda suami die yg tak guna yg pnas baran x reti nk bg ksh syg pda istri sehingga diambil kesempatan oleh lelaki lain. Suami yg x reti jaga dan syg isteri.aku bukan nk sokong prbuatan confessor tetapi aku sakit hati seolah2 lelaki lelaki tak guna tak bersalah dlm hal ni..last2 yg buruk dan hina adalah prmpuan…confessor bertaubatlah Allah maha pengampun. mujur tidak sampai tahap berzina , Allah masih sygkn confessor awal2 lg dah kantoi sblm ke tahap lebih dosa besar.. bertaubat dgn brsungguh2 dan jgn ulangi dosa.
Cici, sy tak kenal awak tapi sy rasa tak baik awak cakap macam tu.. kata2 awak mencerminkan keperibadian awak yg tak elok juga.. jangan la sebab letak nama samaran membolehkan awak tulis gunakan bahasa yg kesat.. confessor ni ada anxiety, awak tak takut ke apa2 terjadi kat dia dengan kata2 awak yg “tak disengajakan” tu macam kes mendiang Es*a tu.. minta dijauhkan…
Kalau nak kecam confessor takpe la. Mmg dia patut kena kecam pun. Tp saya rasa tak perlulah libatkan mak dia. Yg salahnya dia, bukan mak dia. Kita semua tak kenal siapa sbnrnya confessor dan keluarganya. Jgn pula sbb awak geram kat dia, sampai berdosa menfitnah mak dia pula. Just my twenty sen
tajuk salah letak ni
Eeeeeee geramnyaaaaaa bacaaaa.. sy tengah sabarrrrrr je pujuk hati sambil baca citer sis ni😭😭😭😭 tolong la jgn ulang lg perangai mcm tu…
Apsal tajuk misleading teruk?
Macam ni je ke level akhlak seorang pendidik? Pastu buat-buat hairan kenapa anak bangsa makin mundur. Padahal kau sendiri pun gagal didik diri kau! Jijik betul kisah kau ni nyahhhh. Dah jadi isteri pun masih berlagak bujang.
Silapnya dari awal kau tak usaha lawan bisikan setan. Tapi berani pulak kau melawan hukum tuhan. Sedap je ikut hawa nafsu macam takde agama yg memandu kehidupan. Teruk benar kau terpesong sampai dah tak kesah utk buat benda haram. Dah nusyuz tu mmg layak diceraikan. Dah tak layak dapat nafkah pun kan?
Betul ke kau nak solution? Dah ready ke nak kembali ke pangkal jalan?
Back to basic. Belajar semula utk jadi hamba Allah yg sedar diri. Kau dah buat benda haram, so wajiblah bertaubat. Meanwhile, hadaplah semua akibat dan kifarah dgn tabah ye. Satu demi satu. Sorry, you can’t skip that part. Kau kena lalui hukuman yg Allah dah sediakan utk bahagian dosa kau. Better kau dihukum terus di dunia ni dan bersih semula dari dosa sebelum ajal kau tiba.
Next, apa jadi bila kau dah betul-betul faham tugas kau sebagai hamba? Nanti buatlah confession tajuk AKU SEORANG HAMBA pulak ye. Ingat, tajuk mesti sama dgn isi cerita, jgn nak misleading lagi.
bykkan ibadat,ingat Allah..ko ni jgn pkir sedap je..cuba tmptkan diri ko kt tmpat pn acacia tu..ko sakit x kalo ada pompuan lg buat cmtu..hdup ni roda dik..x jd skang,jd in future..tak jadi kt ko,jd kt org yg ko knal..taubat..dunia dah akhir zaman
laahhh cium2 tuu tak kira berzina laa? aiyooooo
Assallamualaikum wbt,Innalillahi waiina ilaihirojiun..firstly dik,accept the fact ,ur indeed telah menyondol rumahtangga oranglain,cumanya sondolan adik diselamatkan oleh Allah Taala mungkin asbab wife En Stew yg baik dan mungkin juga kerana beliau sendiri lelaki baik yg teruji maka semua cubaan awak telah Allah Taala gagalkan.Alhamdulillah.
Awak akui awak memang sayangkan beliau dan mengakui juga jika berterusan mungkin perkara lebih aib boleh terjadi,jauh dik..kamu visualkan situasi dan harapan kamu sehinggakan kelihatan seperti satu kisah plan sondolan kami yg gagal dan atas sebab ini semua..ur here..wishing advise and help from others.
Dik,look here,ur husband maybe byk silap spt awak nyatakan and apa yg awak telah buat adalah tanda awal hasad mula tumbuh didalam hati awak.Instead try to fix situasi dgn suami,awak biarkan rasa iri melihat kebahagiaan orglain mekar didalam hati awak.
Unfortunately,move awak back fire ..kita katakan awak plan it out kerana semua yg awak nyatakan bagaikan telah diatur satu perdatu setiap scene utk mencapai matlamat awak ,hanya sahaja Allah Taala mengagalkannya.hantar pics kepada lelaki lain dgn tak berhijab…buat apa?berdosa kan..simple indicator mmg adik plan it out.
Sedarlah,Mana mana wife akan marah kerana awak seorang perempuan,True,we have to admit,most of the times,kita pompuan we cant stop the man ,so we do hope wanita diluar sana akan kawal diri dari menggoda dan senang tergoda dek sesetengah mereka yg adakalanya dtg penyakit gatal miang dan perasan ensem yg takboleh dikawal..kerana kita semua sama sama perempuan,tahu sakit dan derita dari kesan dari semua ni.Tapi awak memilih yg lain.taknak sokong kaum sendiri malah cipta cerekarama awak pulak…
Enough with all the highlighted mistakes made,nasihat auntie kembalilah kepada Allah Taala dan renung kembali kenapa dan mengapa suami begitu,psikology said lelaki begitu normally kurang kasihsayang dan mahukan perhatian.Jadi apakata cuba check balik,maybe awak kurang perhatikan keperluan suami kerana itu dia sering baran dan mengamuk.kadang kita ni bila mata asyik menbanding pasangan dgn orglain..perhatian pun akan kurang..apalagi bila dah ada target lain.mmg focus yg itu je..so tundukkan pandangan mata dik…tayah usha laki lain bila dah bersuami…
lagipula,wak sedar suami perangai sebegitu,yet awak masih berani ambil step bahaya yg dosanya besar dan berani buat hal yg akan effect buruk pada diri sendiri dan suami.
Awak seorang pendidik,jadi Isi masa dgn belajar Agama dik,syukurlah Allah Taala lindungi aib awak dan apa yg awak dah buat.bayangkan jika lelaki itu suami kepada wanita yg seperti di socmedia…ribut dik.mau merata dah muka awak terpampang…dapatnya tak,malu aib semua cukup..Nauzubillahi minzalik…jadi bersyukurlah dik awak terselamat dari musibah ini..elaklah semua yg memalukan diri dan suami..apalagi keluarga..Nauzubillahi minzalik.
Dan dlm situasi begitu tenat,awak masih berani nak ajar lagi suami org lain menipu,apala awak dik….kita kalau boleh nak ajak suami jujur dlm hubungan..tak kiralah suami kita ke,suami orglain ke..janjinya nak ajar lelaki tolong jujur dgn isteri..awak pula tah sape sape..dgn plan sondolan dah gagal…awak cuba ajar pula suami org lain menipu…ya,awak sepatutnya terpaling malu disini kerana awak perempuan dan ada suami dik..mesti sedih suami jika tahu perangai awak mcmni..awak sunyi ke..kurang kasihsayang ke…bgtau suami…paling afdal doa minta Allah Taala lembutkan hati suami kurnia rasa sayang kat kita…Mau makbul..In shaa Allah..selebihnya usaha jadi isteri yg baik kerana Allah Taala..ya Allah Taala je…cukuplah kerana Allah Taala buat kita berhenti buat kejahatan kerana Maha BaikNya Allah Taala pada kita.Jadi azamlah..jadi baik kerana Allah Taala..ingat je Allah Taala..sholawat dan zikir serta istigfar byk2..bahagia itu pasti akan muncul juga nnt…In shaa Allah..
solat Taubat dik..taubat byk2..mohon ampun kepada Allah Taala dan ttg beritahu suami…kdgkala..situasi mcmni akan buat pasangan lebih rapat …adakalanya..memang terpaksa dilepaskan demi utk kebaikan dan ketenangan bersama…tanya diri…kamu nikah dulu kerana apa dik?betulkan niat selalu…betulkan semula..semoga manfaat buat renungan dan kebaikan bersama .Wallahu’alam Bishowab.
Eh
Tak dak penyakit
Cari penyakit
Kan dah mendapat
Tak payah nak anxiety sangat la…
Hai sis..
Perkara dah jadi kann?? Pengajaran untuk kau. Kau dah mintak maaf dan mereka tak maafkan… soo kou move on jaa. Jangan ulangi lagi kesilapan. Doa pd Allah diberi ketenangan. Buat kerja elok2. Pasal suami tu kau tak payah beritahu dia. Kau bertaubat betul2 dan baiki hubungan dengan Allah lebih baik. Dah kau kata perangai dia tak semenggah.
Kumpul kekuatan bangun dari masalah dan redha ketentuan hidup kau. Allah ujian kau sikit jaa tu dan kau ada peluang perbaiki dan bertaubat. Percayalah Kalau kau ikhlas Allah akan tunjukkan jalan dan mudahkan.
Jaga diri baik2…
padan muka. dasar betina sundal. dulu pun ada perempuan yg nk goda lelaki aku. padahal betina sundal tu dah ada laki. aku screenshot smua benda hntr kat semua family dia. kau jgn buat gile dengan aku. aku hari2 doa biar dia mandul .until now xdpt anak lg. balasan kau la sundal. puas hti aku . nasib xkene san*et jerr … nsib aku ad iman lg.