Mentua vs Menantu Gen Z

Salam semua, aku berlapang dada dengan setiap komen yang akan aku terima nanti. Cerita aku dengan kelurga mertua begini, selepas 5 tahun perkahwinan baru lah aku di duga dengan sikap keluarga mertua.

Keluarga mertua dan keluarga aku ni ada lah sikit tali persaudaraan, senang cerita kitaorang ni kahwin sepupu.

Aku mula kan dengan dengan dorang ni tak puas hati, aku berjalan dengan keluarga aku dorang cemburu, dah namanya keluarga aku, tak kan aku nak angkut semua keluarga mertua aku tu. Dah tu semua atas bahu laki aku.

Keluarga aku nak jalan ke nak makan sedap sedap ke kitaorang akan menabung. Tiap tiap bulan akan masuk ke tabung tu. So bila nak berjalan tak lah terbeban.

Suami aku ni dua beradik je, dia yang bongsu. Bila kitaorang berjalan anak beranak je mertua aku mula suruh suami aku ajak kakak dia tu dengan anak anak dia.

Sekali dua tu nak jalan ramai ramai okey lah dah kalau setiap kali aku bercuti anak beranak dia nak ada sama dah kenapa pulak.

Bila aku cakap dengan mertua kitaorang nak jalan anak beranak je, dah dorang terasa cakap aku sombong pulak.

Yang kakak ipar aku tak reti nak jalan sendiri dorang anak beranak. Nak juga berjalan secara berjemaah. Aku ni ada anak kecik, aku tak suka orang tunggu aku, aku tak suka tunggu orang.

Pernah sekali masa kitaorang bercuti ramai ramai ke cameron highland anak dia demam, aku cakap tak per biar lah anak dia rehat dalam bilik, aku laki bini anak beranak nak berjalan. Sanggup ye mak mertua aku cakap kitaorang ni selfish.

Aku tak kira, aku dah datang jauh jauh jem berbatu batu tak kan aku nak biarkan anak aku berkurung dalam bilik, sebab anak dia tak sihat.

Sebab kan anak dia orang lain sama tak boleh jalan, dah tu apa fungsi laki kakak ipar aku tu, dia bawa lah anak anak dia jalan, biar lah kakak ipar aku jaga anak dia yang demam tu.

Masa raya lepas, pagi hari raya pertama pak mertua aku ada lah bagitau dekat aku suruh nasihatkan mak aku jangan over take tanggungjawab anak lelaki pak long aku (abang kepada mak aku).

Lepas tu siap cakap jangan pulak aku terasa hati, ada patut macam tu. Laki aku sempat sampuk tak elok lah cakap macam ni pagi raya, dah dorang cakap tak boleh ditegur pulak.

Yer mak aku memang jaga abang dia yang tak boleh jalan, tapi apa yang buatkan mak aku ambik tanggungjawab tu, anak lelaki pak long aku tu tak bekerja, isteri dia je yang kerja.

Boleh pak mertua aku cakap mak aku seorang yang gagal. Berdesing lah telinga aku. Apa salah ke apa yang mak aku buat,sekurangnya ringan beban sikit pak long aku.

Dia macam kenapa perlu judge apa orang lain buat, mak aku tak minta kudrat dia pun atau simpati dia. Korang bayangkan pagi raya aku baru nak plan OOTD untuk aku 1 family, terus tak kuasa lah aku.

Masa raya haji baru ni aku nak aqiqah kan anak aku, aku nak buat majlis kesyukuran sikit dengan majlis doa selamat adik aku nak berangkat ke umrah, dah mertua aku cakap kenapa aqiqah anak aku tak buat rumah dia, kenapa tak tanya dia, kenapa dan kenapa.

Lepas tu mula lah dia merajuk, siap cakap siapa yang balik nanti beli lah daging masak lah rendang sendiri, dia dah penat layankan kerenah orang.

Dapat pulak menantu jangan di cabar, selepas kenduri doa selamat rumah aku siang tu, malam tu jugak aku balik rumah mertua. Nasib baik lah adik beradik aku. Rumah mertua dengan rumah keluarga aku selang sekampung je, 10 minit sampai dah.

Esoknya sesudah subuh aku dah start masak, rebusan daging, nasi lemak untuk sarapan, rendang ayam, nasi impit. Saja aku henyak lesung batu kuat kuat biar dia tahu aku dekat dapur.

Aku nak dorang tahu aku bukan menantu yang dorang bodoh bodohkan. Masa tu aku tak kira dah letih ke sakit kaki ke apa, cuma aku nak bagitau dorang menantu dorang ni ada akal, ada perasan bukan jenis pendam dalam hati.

Aku rasa sebagai menantu kita juga ada hak untuk pertahankan diri kita, walaupun sampai bila bila kita tetaplah orang luar.

To menantu perempuan out there stay stronger, kita tetap lah kuat demi anak anak, walau macam mana pun pancarobanya.

– Menantu bukan hantu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. nasibla tt, yg tu la mak mentua yg tu la makcik ko. kena la hadap bila dh double pangkatnya, jdla double perangainya. yg penting, seperti menarik rambut di dalam tepung; rambut jangan putus, tepung jangan berserak. byk hati yg ko nak jge, dh nak buat aqiqah tu bncgla dulu, tu namanya muafakat, dh xmemasal ko kena masak rendang sorg2 kt dapur tu. kan meminta namanya tu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *