Semangat Hidup Sudah Hilang

Assalamualaikum. Aku cuma terpanggil untuk meluah dalam IIUM Confession ni dan aku harap aku dapat kata kata semangat dari korang semua kerana aku rasa aku dah berada dalam titik akhir pada penghidupan aku,

Aku rasa macam aku gagal untuk menjadi seorang manusia yang berguna dalam dunia ni. Gagal jadi hamba Allah yang baik, gagal jadi anak yang baik, gagal jadi kakak yang baik, gagal jadi kawan yang baik dan juga gagal jadi pekerja yang baik. Aku rasa hidup aku sekarang ni tak ada maknanya lagi.

Sebelum tu aku hanya kenalkan diri aku sebagai Cik Teh sebab aku suka sangat teh. Berumur menghampiri 40 tahun, belum berkahwin, bekerja biasa biasa, ada mak ayah dan juga adik beradik yang menyayangi aku.

Menghampiri umur 40 tahun dengan kehidupan aku yang masih tidak berubah malahan aku rasa hidup aku lebih teruk dari sebelum ni. Aku sedih sangat sangat dengan apa yang berlaku dengan hidup aku. Walaupuan aku ada ijazah tapi kerja aku hanya biasa biasa je dan gaji aku masih di takat minimum gaji. Aku sedih sangat sangat.

Umur 40 tapi gaji sama je dengan budak budak kerja part time habis spm. Sedangkan kawan kawan aku yang lain semua sekarang dah berjaya. Ada rumah, ada kehidupan sendiri, ada suami ada anak sedangkan aku?

Yee, kita tak boleh bandingkan hidup kita dengan orang lain tapi sekarang ni aku rasa down sangat sangat dengan hidup aku. Aku tak tahu apa aku nak buat dah dengan hidup aku sekarang ni. Dalam mencari kerja tu bukannya aku tak cari yang lebih baik, beratus ratus resume dah aku hantar tapi takde satu pun yang dipanggil.

Aku tak tahu apa yang tak kena dengan aku. Aku selalu terfikir, dosa apa yang aku lakukan sehingga hari ini tanpa aku sedar sehingga Allah masih tak makbulkan doa doa aku. Walaupun aku kerja satu daerah je dengan mak ayah aku, aku ambil keputusan untuk menyewa sorang sorang tapi itulah aku semakin sunyi.

Aku tak tahu nak buat apa dalam kehidupan seharian aku lepas balik kerja. Pasal kerja tu, aku tak tahu mana yang tek kena dengan aku sampaikan semua company tak berkenan dengan aku.

Aku tengok kawan kawan aku sekarang semua gaji dah nak hampir 6-8 ribu.. Ada keluarga, suami dan anak anak yang bahagia. Aku ni tak tahu gagal dalam semua hal. Aku sangat sangat sedih. Sampaikan sekarang aku dah malu nak jumpa kawan kawan aku tapi bila aku menyendiri aku rasa otak aku tak berkembang pulak. Asyik duk scroll media sosial.

Kadang aku terfikir, apa guna aku hidup? Sebab aku tak mampu lagi nak bahagiakan mak ayah aku. Kalau korang ada kat tempat aku, pasti korang merasa betapa aku rasa tak bergunanya aku sebagai seorang anak. Dahlah tak kahwin lagi.

Seriously, mak ayah aku sangat risau dengan aku. Aku sedih. Risau berkenaan kerja aku, risau kehidupan aku yang masih tak bekeluarga. Aku sedih sangat sangat tahu tak.

Aku down sangat sangat sekarang ni. Sebab tu aku buang semua media sosial yang melibatkan aku boleh tahu hal hal kawan2 aku sebab aku nak jaga mental aku. Aku rasa sedih, aku rasa dengki dan aku rasa hidup aku ni tak ada apa apa achievement pun walaupun aku dah tua.

Ya.. Orang kata banyakkan beribadah pada Allah. Alhamdulillah, aku masih mampu beribadah pada Allah. Orang kata nak murah rezeki, banyakkan solat dhuha, alhamdulillah jarang aku tinggal solat dhuha, boleh dikata tiap aku aku solat. Aku bangun tahajud, solat lima waktu. Aku mengaji tiap hari. Surah yang sunat baca, aku baca tiap hari.

Orang kata nak murah rezeki lagi, buat sedekah subuh. Aku buat jugak tapi itulah semakin mendekatkan diri pada Allah, aku rasa ujian Allah semakin banyak dekat aku. Aku rasa aku dah tak mampu nak hidup dan pernah aku mintak doa dengan Allah aku nak meninggal cepat. Aku tak nak menyusahkan hati mak ayah aku.

Tapi tiba tiba suatu hari tu naik artikel, makhruh@berdosa mintak doa meninggal awal. Ye amalan aku tak cukup kuat lg untuk bertemu Allah tapi aku dah tak mampu nak menyusahkan mak ayah aku. Sekurangnya bila aku meninggal awal, mak ayah aku dah tak susah hati pasal aku. Benda yang aku paling sedih adalah membuatkan mak ayah aku sedih.

Sekarang kenalan aku pun makin berkurang yelah masing2 dah ada keluarga sendiri. Sebab itu, hidup aku ni bosan sangat sangat. Hidup aku yang tak ada hala tuju.

Part cari jodoh pulak, bukannnya aku tak mencuba, aku cuba. Aku join portal portal jodoh tp itulah tak ada yang berkenan dekat aku. Tak lawa sangat aku agaknya. Sampaikan aku nak join group cari jodoh dalam whatapp aku tak terpilih lepas dia orang mintak hantar gambar. Sedihnya aku rasa. Tak lawa sangat aku ni sebab tu tak ada orang berkenan.

Tolong aku bagi kata kata semangat dekat aku wanita tua yang masih kerja biasa, tidak kahwin lagi, tiada rumah lagi dan masih menyusahkan mak ayah. Tolong aku bagi kata kata positif dekat. Tolong aku macam mana aku nak cari kerja setaraf dengan pendidikan aku. Ada lagi ke company nak ambik aku yang dah tua ni?

Tolong aku macam mana nak jadi cantik supaya aku tak single lagi. Aku sedih sangat sangat sangat. Cuma satu ak nak jadi hamba Allah yang solehah dan juga anak yang selalu menggembirakan mak ayah aku.

Tapi itulah mesti orang kata cuba sibukkan diri masuk hiking, sertai aktiviti aktiviti amal tapi itulah semua nak kena ada duit. Kalau tak ada duit yang cukup macam mana nak join semua ni. Dan aku pernah cuba je buat cuma aku rasa aku buat buat gembira je bila join mende mende padahal hati aku sunyi dan kosong.

Sebab dulu aku seorang yang hyper suka berjalan sana sini tapi sejak aku rasa diri aku rendah sangat sangat daripada kawan kawan aku yang dulu, aku dah banyak menyendiri sekarang. Sejujurnya berubah daripada banyak cakap kepada seorang pendiam sangat sakit. Tapi itulah, aku rasa hidup aku kosong.

Maaf gaya penulisan aku agak carca merba. Sekejap itu, sekejap ini. Tolong bagi kata kata semangat dekat aku yang hampir putus asa ni. Semoga kata kata semangat kalian menaikkan kembali semangat aku untuk hidup. Semoga Allah balas kebaikan dengan kata kata semangat kalian.

– CIK TEH (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

5 Comments

  1. Assalamualaikum
    1.cuba berfikir positif dengan cara lain. Buangkan segala stereo tape, negatif, hati mewakili orang lain cakap tentang diri (istilah yg sll saya guna) sebenarnya org x ckp ke kita.
    2.kdg ada org kurang bernasib baik Allah beri jodoh apatah lagi anda.
    Sy do akan anda.

  2. Asaalam Cik Teh, jangan cepat mengalah. Ujian setiap insan ni berbeza-beza. Kalau kita rasa kita di titik yang terendah ada lagi yang lebih malang dari kita. InshaAllah teruskan berdoa, Allah tak pernah tidur. Bantuan akan datang disaat kita paling memerlukan. Kalau rasa nak join hiking ke aktiviti amal yg perlukan duit tu susah, join je aktiviti yang tak perlukan duit. Atau buat je aktiviti sendiri yang tak perlukan duit. Jogging ke, reading ke. Saya doakan Cik Teh menemui kebahagiaan yang di cari

    • Betul tuu.. kita kena fikir yg ada org diuji lagi dahsyat macam ada org diuji dgn lumpuh, ada org diuji dengan takde tempat tinggal, ada org diuji dgn kena kejar dgn ah long..

  3. awwak, awak mewakili saya.. dan kita tak keseorangan. Saya juga rasa benda yang sama….. Tapi saya nak awak tahu kita x keseorangan. Saya juga masih struggle dengan hidup ini. Berjalanlah bertatih la walaupun payah.. Sebab tujuan hidup ini…. utk dpt redha Allah… moga ujian yang kita hadapi ni.. Allah redha dengan kita dan dapat tiket masuk syurga dengan mudah.. keep figjthing ye, buat awak dan sy.

  4. Org kata, “jangan pernah putus asa dgn rahmat Allah SWT”.. dan jangan banding hidup kita dgn org yg lbh ‘atas’ atau lebih baik kehidupannya dari kita, tp tengoklah org yg lbh ‘bawah’ atau susah dari kita, tp mrk tetap gigih berusaha.. brp ramai org yg kurang upaya, yg x mendapat kerja dan yg ada jd gelandangan atau pon yg meminta sedekah misalnya.. sepatutnya kita bersyukur dgn apa yg ada, awk masih ada mk ayah, ada pekerjaan, dan sempurna tubuh bdn, itu pon dah besar rahmat dah.. seperkara lg, jgn selalu ‘mnyendiri’, sbb ny awak akn selalu memikirkan nasib yg awak rasa ‘kurang baik’ dari org lain.. cuba join group yg suka buat amal secara percuma, contohnya ada yg buat kerja amal spt kutip sampah di pantai, bersihkan kawasan kubur or longkang, beri mknan panas kpd org susah dsb.., sda bnyak NGO yg buat kerja2 amal ni, paling tidak pon, pd hujung mnggu awak bole jadi ‘volunteer’ utk bantu mereka di tempat/rumah kebajikan knk2 autism/org tua/org cacat dsb., dgn cara ini, awak akn rasa diri awk ‘bermanfaat’ utk org lain dan dlm masa yg sama bersyukur dgn apa yg Allah beri kpd awk.. mana tahu, awk juga akn dpt kenalan2 baru yg lbh sesuai dan ingin berkawan dgn awk.. dlm masa yg sama, jgn berhenti berserah diri kpd Allah dan berdoa kpd-Nya.., insha Allah akan dimakbulkan oleh Allah yg maha baik lg mengetahui..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *