Si Apple

Assalamulaikum. Aku Diesel, seorang businessman yang berjaya pada usia 30-an.

Isteri aku, aku namakan Apple sebaya dengan aku dan dia ialah pegawai di dalam sektor perkhidmatan awam.

Tahun ini ialah tahun ke 9 kami berkahwin. Isteri aku boleh dikatakan seorang yang cantik dan menarik. Dia seorang yang berdikari dan mempunyai perwatakan yang mempunyai ‘aura’ tersendiri.

Ketika awal perkahwinan, walaupun kami dua-dua mempunyai kerjaya yang baik, tetapi aku dan Apple masih struggle soal kewangan. Apple mempunyai hutang personal loan dari ketika mula bekerja untuk menampung keluarganya di kampung.

Pada waktu ini, aku berusaha sedaya upaya untuk menolong dan menjadikan perkahwinan kami berjaya dan tidak bermasalah. Kami mempunyai anak perempuan berusia 5 tahun ketika ini.

Pada 4 tahun lepas, Apple telah ditawarkan untuk bekerja di luar negara (England, London) oleh jabatannya. Ketika itu, aku masih bekerja di sebuah syarikat oil and gas berpangkalan di Singapura.

Ketika Apple memberitahu yang dia diberi peluang untuk bekerja di sana, dia berharap aku akan mengikutinya kesana untuk menjaga anak kami dan tidak dapat berjauhan dengan aku dan anak.

Ketika itu juga, aku baru sahaja ditawarkan kerja ke Kanada dan selepas difikirkan yang Apple akan susah jika menguruskan anak kami seorang diri, aku memutuskan untuk mengikutinya kesana.

Semuanya indah ketika kami berada disana. Tiba-tiba covid 19 melanda dan kami bertiga terpaksa isolasi di rumah dan di sinilah cerita semuanya bermula.

Apple perlu bekerja di rumah, dan aku macam biasa menguruskan rumah tangga kami dengan sebaik mungkin.

Pada suatu hari, ketika aku masuk ke bilik dimana dia selalu membuat kerja pejabatnya, aku terlihat ada conversation whatsapp yang tidak ditutup di laptopnya. Aku dengan niat untuk menutup laptopnya dengan tidak sengaja terbaca perkataan ‘sweetheart’.

‘Sweatheart, buat apa harini?’

Aku terus menutup laptopnya dan berdiri.

Aku sebenarnya tidak dapat berkata apa-apa dan hanya terkejut seperti disambar elektrik. Aku cuba untuk bertenang dan buka balik laptop Apple untuk melihat adakah betol conversation whatsapp yang telah aku baca sebentar tadi.

‘Sweatheart, buat apa harini?’

‘I miss you’

What the f***! , Dalam hatiku berkata.

Ketika ini, Covid 19 masih berleluasa dan di England khususnya, kes kematian bertambah dari hari kehari dan travel restriction kepada semua penduduk di London.

Aku masih ingat untuk menaiki Circle Line dari rumah aku ke Sainsbury untuk membeli groceries pun amatlah susah.

Kembali kepada conversation whatsapp Apple dan … (aku namakannya Orange).

Aku memanggil Apple dan dengan tenangnya aku bertanya kepadanya, 

‘Awak dah tak sayang saya lagi ke?’

Die menjawab ‘kenapa tanya soalan macam ni? Saya sibuk lah’

‘Lain kali jika dah sayang-sayang, sweatheart-sweatheart dalam whatsapp kat laptop , tolonglah padam, baru tak kantoi’

Die pun menangis.

Apa aku buat sampai dia menangis?

Aku faham, aku ini siapa. Sebab ketika mereka-mereka ini bekerja, semua berpakaian handsome dan kemas. Mereka mempunyai standard yang tinggi dan aku hanyalah orang kampung yang sebelum ini brand seperti ‘Micheal Kors’ pun tak kenal.

Kembali kepada kejadian Whatsapp.

Die mula-mula menangis dan selepas itu memarahi aku kenapa melihat conversation dalam laptopnya, aku hanya memberitahu aku hanya ingin simpankan laptopnya yang terbuka selepas dia seharian bekerja.

Apple selepas itu memeluk aku dan memberitahu, die tidak sengaja melayan lelaki itu yang ‘suka’ padanya. By the way, Orange yang dimaksudkan telah berkahwin.

Selepas drama air mata Apple dan anak kami bertanya kenapa aku meninggi suara kepada ‘mummy’nya.

Untuk pengetahuan, aku tidak pernah meninggi suara, marah, buat perkara-perkara yang tidak diingini dan lain-lain kepada Apple sepanjang kami berkenalan dan berkahwin.

Dalam keadaan diatas pun, aku masih tenang dan bertanya, adakah Apple masih sayang kepada aku, aku perlukan penjelasan supaya, aku dapat membuat keputusan yang lebih baik dimasa akan datang untuk keluarga kami.

Sambil menangis Apple meminta maaf dan bersungguh-sungguh untuk aku maafkannya.

Dan…

Aku maafkan..

Apple berjanji perkara ini tidak akan berulang lagi. Kami menghadapi kehidupan seperti perkara diatas tidak berlaku.

Nota kaki : Kehidupan seksual kami hanya biasa-biasa kerana Apple selalu letih dan dia mempunyai pandangan sepatutnya kami hanya akan bersama ketika dua-dua mempunyai rasa keinginan bersama.

Selepas 3 tahun kami merantau ke London, Apple diberi ‘posting order’ untuk kembali ke negara tercinta.

Kami berpakat dan bekerjasama dalam menyelesaikan tugas masing-masing untuk pulang ke Malaysia.

Selepas dua bulan di Malaysia.

Aku mempunyai skills yang baik sebelum aku berangkat ke London, dan bos-bos aku yang sebelum ini dah bertanya bila aku akan pulang ke Malaysia untuk aku ditawarkan kerja. Alhamdulilah, aku terus bekerja dalam dua minggu aku di Malaysia.

Pada suatu hari, aku menerima panggilan dari salah seorang rakanku.

‘Bro, aku nampak kereta kau kat situ ……. Jom la lepak’

Aku ketika itu berada dirumah, baru sahaja lepas online discussion dengan vendor aku.

Untuk pengetahuan umum, anak aku dijaga oleh pembantu rumah aku yang aku khaskan supaya Apple tidak dibebani kerja-kerja rumah. Semua perbelanjaan seisi rumah di tanggung oleh aku dan Apple tidak perlu bayar apa-apa berkaitan rumahtangga.

Kembali kepada perkara kawan aku ternampak kereta aku di tepi tasik di kawasan Kuala Lumpur.

Aku dengan pantas kesana untuk melihat adakah Apple perlukan apa-apa bantuan kerana waktu itu, Apple memberitahu yang dia akan bekerja sehingga lewat malam.

Setelah aku sampai ke tepi tasik, aku cuba lihat di dalam kereta tetapi tiada orang.

Tiba-tiba, terdapat sebiji kereta berwarna gelap dan mempunyai cermin gelap yang di parking sebelah kereta aku bergerak dengan pantas dan meninggalkan tempat letak kereta sebelah tasik itu.

Aku pun ‘call’ Apple dan tidak diangkat.

Firasat aku memberitahu yang Apple berada di dalam kereta yang berlalu pergi itu.

Dan … Aku, Diesel terpaksa menelefon berkali-kali dan tidak diangkat.

Aku terus pulang kerumah dan ketika itu juga aku telah menghantar mesej ke telefonya bahawa aku tahu dia berada di dalam kereta tadi kerana aku mempunya application ‘Find my phone’ by Apple dan kami memang linkkan telefon kami.

Sesudah aku sampai ke rumah, lebih dari 30 minit perkara tadi terjadi, Apple menelefonku kembali dan menyatakan kenapa menelefonya. Apple masih tidak mahu mengaku yang dia berada di dalam kereta tadi.

Aku hanya bertanya sekali lagi, 

‘Itu kereta lelaki itu kan?’

Apple mula menangis dan bercerita yang sebenarnya mmg didalam kereta hitam yang gelap itu tadi ialah dirinya dan lelaki itu.

Setelah mereka ternampak aku keluar dan cuba menghala ke kereta mereka, lelaki tadi terus memulakan kereta dan bergerak ke tempat lain.

Apple memberitahu yang mereka sedang berbincang tentang macamana mereka hendak bekerja bersama kerana aku telah mengetahui hubungan mereka dan ingin mengelakkan salah faham dari pihak aku.

Apple menyatakan bahawa mereka terpaksa bekerja bersama kerana mereka berada di department yang sama.

Aku terdiam.

Sebenarnya dalam diri aku hanya memikirkan adakah aku terlalu naif untuk mempercayai cerita Apple ini, atau mmg Apple menceritakan perkara yang betol kepadaku.

Ketika ini, anak aku dijaga oleh pembantu rumah kami di bawah.

Aku dengan itu terus mengambil kunci kereta dan mencari tempat di mana aku boleh berfikir dengan rasional.

Disini, aku ingin bertanya kepada semua, macamana pandangan semua tentang keadaan aku sekarang, perlukah aku percaya apa yang diceritakan Apple atau aku perlu mencari jawapan yang lebih tepat.

– DIESEL (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

12 Comments

  1. Maaf cakap – tolong jangan percaya isteri saudara! Terlampai bijak dan banyak alasan.. pasti banyak yang disorokkan!

  2. Jika kamu berkemampuan, upah penyiasat persendirian untuk rungkai semua persoalan ini. Jawapannya ada dalam HP dan Laptopnya juga. Penjawat awam tak buat perbincangan di taman bunga. Semoga dipermudahkan urusan dan diberikan kesabaran

  3. org kalau da menipu skli akan trus menipu dn menipu…guna airmta je la utk selamat kn diri..pdhal dia yg myakiti psgn…knp perlu bincang d dlm kereta,fkir scra logik…pnya la byk tmpt..

  4. Bro. Sorry bro. Baik bro kumpul semua evidences dulu. Sudah cukup, dan puas hati, cerai. Jgn biarkan dia gunakan bro. Sudah satu kali tipu, dia akan tipu lagi. Jgn simpan. Tak guna sikit pun. Anak, bro jaga.

  5. Jika masih sygkam perkahwinan back to basic..cari masa utk solat jemaah bersama…mgkin boleh pillow talk..try spend masa berdua…n then after semua usaha dh buat…buat istilharah…

  6. Jangan percaya. Kalau nak bincang baik di tempat umum. Kalau nak pasti upah jer private investigator. Tak payah susah2 terima jer hasilnya. Bila ada bukti en buat la keputusan.

  7. Dari penceritaan encik ada sebuah keluarga yang sudah berada di tahap selesa, tak perlu risau akan masalah harian, nikmat makan minum dan segala kemudahan yang selesa & mewah.

    Tapi Allah bagi dugaan ni atas satu sebab je, nak bawa suami (diesel) & isteri balik dekat dengan tuhan.

    Muhasabah solat 5 waktu, ada solat jemaah dgn isteri ketika di rumah? Solat jemaah di masjid ? Ada Doa tak keluarga bahagia (Doa dari Al-quran 25:74).

    Soal curang ni, mainan hati, isteri mgkn rasa happy sebab dia dpt attention yg suami tak beri. Mgkn juga bukan salah suami tak beri attention tapi bila hati isteri tak mengakui dgn hati akan syukur nya ada suami yang baik, dia tidak akan nampak value dkt encik.

    Kalau tak de lagi isu kewangan, & sayangkan keluarga encik lagi. Minta isteri benti kerja, Minta kerjasama dgn isteri untuk bg attention pd keluarga kalau dia masih lg Syg keluarga ni.

    Ubah cara hidup yang focus untuk keluarga, sejauh mana usaha encik sekeluarga untuk masuk syurga Allah. Check & balance balik setiap routine keluarga. Kalau perlu buat keputusan drastic, suruh isteri benti kerja, encik pindah la tempat lain jauh dari suami org itu, tukar contact number. Block the connection as best as you could, at the same time asking her if she wanted to be part of the family lagi. If dia tak nak, then let her go je. Tak guna simpan isteri yang jatuhkan maruah suami macam ni, encik nak tanggung ke dosa maksiat? Orang yang dah berkahwin ni selalunya bila ada scandal, jarang sekali dapat jaga batas pergaulan. Jadi Kalau dia tak nak sacrifice untuk masa depan keluarga, tak perlu paksa. Move on, InsyaAllah ada yg lebih baik untuk encik.

  8. Perempuan yg baik akan libat perbincangan pasal masa depan hubungan dgn suami sendiri sebelum berdua-duaan dlm kereta bersama suami org lain.. kat situ pun dah redflag… Itu dah dikira berkhalwat… Nasihat saya, bunga bukan sekuntum, hati manusia berbolak balik, mgkin dulu kita lah cinta separuh nyawa dia, tpi kemudian hari, mgkin org lain jd separuh nyawa dia… Sekian terima kasih

  9. Firstly, dah 2 kali your wife ‘kantoi’ having some sort “affair” dgn org lain.. dari satu segi, mmg x bagus n x boleh pon.. tp dari segi yg lain, pernah x cari sebab, knp terjadi begitu.., sbb klaw dari segi ‘basic’ nya, semuanya spt ok.. slalunya, klau isteri yg ‘normal’, bila segala haknya sbg isteri terpenuhi, dia akn tetap setia kpd suaminya, biasanya la.., unless ada sesuatu yg dia rasa kekurangan or x puashati dlm r/tangga nya.. cuba bincang secara ‘heart to heart’ n try jgn ‘judge’ dia dulu.., klau bole diselesaikan dgn baik, buat satu ketetapan, klaw terjadi lg kes ‘kantoi’ slepas ini, then there’ll be no sorry for her.. tp klau alasan yg diberikan utk kedua2 kejadian tu mmg x logik dek akal, then u all bole la cari jln yg paling baik utk ‘solution’ bagi kedua2 pihak.. w/pon ‘cerai’ itu mngkin solution yg paling akhir, ingatlah anak u all yg masih perlukan ibubapa yg dduk sekali n tak trpisah.. sbb jiwa ank2 yg mngalami ‘broken family’ ni x sama dgn kwn2 mrk, walau pon perjumpaan dgn parents mrk secara boleh ‘diatur’ mngikut jadual yg ditetapkan dsb., tambah pula jika dia mnerima ‘kluarga baru’, jika ibu atau bapanya berkahwin lain, lgi lah dia akm rase ‘trpinggir’.. so, cubala u all fikir pnjang, bkn utk kebaikan u all berdua shj, tp utk pihak2 yg lain juga.. wallahu a’lam

  10. sispaa kan aja 2-2 tu, buat aduan email pada semua peringkat pengarah dan menteri. jgn bg muka sgt, lembut benor ko ni pon.

  11. Buat report kat ketua jabatan dorg utk tindakkan lanjut. Biasa salah sorg akan dipindahkan. Klu dpt cri bini penyondol tu lg baik. Tp kene sertakan bukti2 la siap2.

    Ataupun lebih kejam sikit suruh dia pilih resign atau pon cerai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *