Diri Yang Dibenci

Salam sejahtera pada semua pembaca IIUM Confession, aku perkenalkan nama samaranku Didy.

Ingin Aku coretkan nukilanku di ruang luahan ini agar menjadi pengajaran & ingatan kepada pembaca disamping meminta sedikit komentar murni untuk dijadikan panduan dalam hidup Aku.

Dibesarkan dalam keluarga OCD & panas baran bukan mudah untuk Aku hadap. Sejak kecik hingga umur 27 tahun. Bukan mudah untuk Aku bertahan.

Aku salah seorang hamba yang diujiNya dengan dugaan keluarga sendiri. Panas baran sampai tahap mana? Sampai tahap kena pukul fizikal tiap hari dari kecik hingga umur 20an oleh abang kandung & dicaci maki.

Ibuku & adik perempuanku? OCD & garang & suka judge orang yang tak OCD macam aku.

Aku anak ketiga. Yang pertama, kedua & keempat perangainya seperti api. Aku? Aku jenis tak mudah nak marah orang & sempoi.

Sakit jiwa kalau semua benda nak marah & nak beremosi. Benda boleh settle elok2. Tapi itulah, perangai macam aku pulak yang banyak kena pijak. Aku bukan pandai menjawab kalau orang pijak & marah aku.

Dulu Aku ingat lagi waktu sekolah rendah, balik sekolah konfem kena pukul. Disebabkan masalah kecik saja. Kena terajang, tumbuk, sepak. Makanan Aku tiap hari.

Masuk sekolah menengah, perkara sama berlaku. Salah sikit, kaki tanganlah makanan Aku.

Anak pertama & kedua lelaki, dua2 cukup membuat aku menderita. Mereka buat Aku macam hamba abdi, walaupun Aku sekolah rendah dipaksa angkat buku2 dia yang berat 21 subject dari atas ke tingkat bawah. Tiap malam.

Mampus kalau Aku salah bawak turun ke apa waktu ni, memang kena maki dan banyak lagi situasi lain yang Aku hadap. Nak cerita nanti kang panjang pulak confession ni.

Masih ingat lagi waktu tu Aku baru balik sekolah & lupa nak tutup lauk sebab Aku baru lepas makan nasi ngan adik perempuan Aku, waktu Aku tidur tu jugaklah kena terajang. Ni waktu Aku sekolah rendah.

Memang dah normal kena penampar tiap kalu diorang kejutkan aku tidur sampai trauma aku. Waktu sekolah rendah/menengah hari2 berdoa cepat2 keluar dari rumah tu.

Mak & adik perempuan Aku pulak OCD. Mesti ingat dalam drama ja kan kena dera macam ni? Realitinya aku lah antara mangsa yang hadap.

Waktu sekolah menengah bertambah ujiannya. Mak & adik aku lain pulak caranya, tak ikut cara diorang, maki hamun makanan Aku.

Aku ni bukanlah pemalas, cuma cara Aku kemas rumah, basuh pinggan, buat kerja2 dapur kurang mengikuti standard diorang. Aku tertekan. Hari2 kena marah, kena maki, abang2 pulak kaki pukul.

Mak mengata aku depan adik beradik yang lain pon, aku dah lali. Mak Aku jenis anak laki dia tak usik. Tak berkemas ke, tak cuci pinggan ke, duk rumah goyang kaki tak kisah.

Anak perempuan, sulung macam aku pulak kaw2 kena mengata. Adik perempuan Aku ni jenis garang & orang Kanan mak Aku. Memang Aku selalu lah kena. Sebab apa? Sebab Aku tak kemas biar nampak serba serbi berkilat spt diorang nak.

Aku ni biasa2 ja, bukanlah perfect serba serbi dalam house chores. Aku pon manusia biasa tak sempurna. Aku tertekan sangat macam kena train serba serbi rigid & perlu ikut cara diorang yang terlalu detail.

Apa yang Aku buat setelah hadap bertahun tahun tekanan daripada keluarga macam Tu? Aku jadi benci diri Aku, benci dengan perangai Aku, aku benci dengan cara Aku berfikir.

Sebab apa? Sebab diorang selalu menyalahkan & memarahi cara Aku bawak haluan diri Aku tak sama macam diorang. Diorang nak Aku jadi seolah olah OCD macam diorang atau lebih lagi baik.

Ya, Aku berubah dari seorang extrovert, suka bersukan, suka aktiviti sosial tapi bermula Aku masuk umur 18 tahun sampai habis uni, Aku create diri aku yang lain dengan memaksa otak Aku fikir personaliti yang lain sama macam mak Aku nak.

Jadi lebih pendiam, jadi OCD sehabis mungkin dan lain2 macam mak Aku nak. Sepanjang tempoh tu, betapa sakit otak Aku, personaliti aku berubah & Aku makin lain. Loya nak muntah, belajar tak masuk. Kehidupan uni aku teruk. Tapi takpe, asal ni yang mak Aku nak.

Aku ingatkan akan berakhir dengan baik lepas buat semua ni tapi end up Aku dah tak boleh carry dah benda ni. Risiko kepada body & mental Aku. End up Aku mengalami anxiety yang teruk lepas habis belajar hingga harini.

Aku trauma dengan personaliti aku yang dulu & terjadi kecelaruan identiti. Nak jadi diri sendiri selalu datang anxiety & menangis sorang – sorang. Sebab teringat dengan peristiwa2 hitam yang aku hadap sorang2.

Kita nak tenang2 enjoy life, jadi diri sendiri tapi macam mana tiap kali nak terima diri yang dulu balik, anxiety datang takut family aku kembali benci Aku macam dulu? Tiap hari aku struggle & bayangan peristiwa lalu datang & triggered dalaman Aku.

Umur Aku nak masuk hujung 20an. Sudah tentu nak mencari kerja kan? Tapi disebabkan anxiety ni, Aku jadi takut nak bersosial, Aku jadi sensitif dengan mulut orang.

Aku terpaksa ambil career break untuk beberapa bulan demi mental health Aku. Banyak benda yang Aku overthinking.

Nasihat Aku, jangan jadi macam Aku, jangan jadi people pleaser. Jadi diri sendiri. Bahana depan hari tuan badan jugak yang hadap, bukan orang lain.

– Didy (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Hampir sama cerita kita tp bukan dengan kegarangan tetapi dengan ketinngiin diri orang lain yang sukan merendahkan diri kak yg akhirnya akakpun hampir mental.Memang sukar kita nak berjaya jika diakuasai org yg hatinya tidak elok.

    Bersanar dan teeus bersabar…jgn ubah diri tp ubah sabar kkta kod lbih sabar…hasbunallah eanikmal wakil.

    Kak hanya mmapu menangis dan byk bermuram.Esok lawan balik.Begitulah hari2 selagi kita dikuasai orang yg begini.Mungkin Allah sahaja akan tentukan bila ianya berakhir.Pertanyaan kita takkan mampu terjawan esok lusa.Mungkin 10 tahun atau lebih dr iti segalanya baru akan terjaeab…jadi kak serahkan pada Allah…menangisjelah yg mampu.Jgn lupa dekatkan diri dengan Allah zikir ealaupun hati tu bila daj sakit takkan dapat mnghayati zikir..apa nak buat redah sahajalah…huwaaa

  2. Hampir sama cerita kita tp bukan dengan kegarangan tetapi dengan ketinngiin diri orang lain yang sukan merendahkan diri kak yg akhirnya akakpun hampir mental.Memang sukar kita nak berjaya jika diakuasai org yg hatinya tidak elok.

    Bersanar dan teeus bersabar…jgn ubah diri tp ubah sabar kkta kod lbih sabar…hasbunallah eanikmal wakil.

    Kak hanya mmapu menangis dan byk bermuram.Esok lawan balik.Begitulah hari2 selagi kita dikuasai orang yg begini.Mungkin Allah sahaja akan tentukan bila ianya berakhir.Pertanyaan kita takkan mampu terjawan esok lusa.Mungkin 10 tahun atau lebih dr itu…segalanya baru akan terjawab…jadi kak serahkan pada Allah…menangisjelah yg mampu.Jgn lupa dekatkan diri dengan Allah zikir walaupun hati tu bila dah sakit takkan dapat menghayati zikir..apa nak buat redah sahajalah…huwaaa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *