Assalamualaikum. Saya ingin berkongsi pada ibubapa yang ada hasrat untuk menjadikan anak hafiz. Dari hasil pengalaman saya menjaga anak hafiz maka saya rasa terpanggil untuk berkongsi. Mungkin ada para ibu bapa lain boleh turut kongsi pendapat.
Pertamanya anugerah diberikan anak hafiz adalah satu rahmat cukup besar. Para hafiz yang kulitnya tidak akan disambar api neraka dan kedua ibubapanya di muliakan di akhirat. Inshallah.
Maka rasa syukur banyak banyak saya selalu ingatkan pada diri. Bukan kerana anak kita hebat, kita mak ayah hebat tapi semuanya adalah anugerah dari Allah SWT.
Anak saya berusia 15 tahun. Dicicirkan dari arus perdana ketika usia 13 tahun untuk penuhi hasratnya belajar Al Quran di sebuah Madrasah tahfiz persendirian berdaftar JAIS). Sistem madrasah sepenuhnya menghafaz dan belajar kitab agama.
Sebelum itu anak berjaya ditawarkan MRSM Ulu Albab tetapi menolak kerana dia pilih untuk beri tumpuan 100% pada Al Quran. Alhamdulilah genap 2 tahun 1 bulan beliau berjaya khatam 30 juz dan kini sedang usaha mendapatkan Syahadah.
Apa yang ingin saya kongsikan cabaran perjalanan kami ibu ayah dan dia sebagai pelajar terpaksa tempuh sepanjang usaha ini.
Sebelum memilih laluan masuk tahfiz, kami suami isteri dua tahun sebelum anak masuk, kami sudah mula mencari info dan saring berkenaan madrasah, latar belakang mudir dan tenaga pengajar.
Senang cerita kami riki riki merata untuk pilih tempat belajar anak. Sehingga kami menemui 1 madrasah yang diuruskan sendiri oleh Mudirnya sebagai guru tasmik. Dan latar belakangnya dan thiqahnya kami perhatikan.
Madrasah kami visit, tengok siapa guru pembantu, tengok bagaimana tempat belajar, sistem yang ada, kemudahan dan para pelajar. Ini penting untuk pastikan anak kita dalam belajar dalam suasana yang baik.
Perkara pertama kami mak ayah buat adalah membina hubungan baik dengan mudir, guru pembantu merangkap warden. Kerana beliau akan sentiasa banyak bersama anak kita luar waktu belajar.
Perlu ingat pelajar hafiz ujiannya lepas waktu belajar. Jadi dengan membina hubungan baik kami sentiasa dapat tahu keadaan anak luar waktu belajar.
Kami sentiasa beri buah tangan pada guru pembantu dan mudir juga sebagai jasa menjaga anak kami. Dari hadiah ini menjadi 1 hubungan akrab antara kami dengan pentadbir sekolah. Malah pihak kami sebagai ibu ayah selalu concern dengan keperluan sekolah misalnya dari segi pungutan derma dan infak.
Pihak kami mak ayah juga berusaha mendapatkan infaq luar utk bantu madrasah. Madrasah persendirian banyak kekurangan kerana mereka bergerak sendiri tanpa ada bantuan kerajaan. Maka sebagai mak ayah amat perlu sentiasa cakna kebajikan pelajar bukan setakat anak kita.
Saya melihat madrasah ini adalah rumah kedua anak saya. Maka saya tidak lokek menyediakan makanan kepada anak dan kawan2nya pada hujung minggu, bulan puasa dan raya. Suasana hubungan baik ini akan membentuk biah solehah yang sesuai utk anak hidup aman disana.
Kami juga melawat anak hampir setiap minggu dengan membawa makanan dan apa sahaja keperluannya. Memang kepenatan sangat tapi itulah pengorbanan mak ayah untuk beri dia semangat menghabiskan hafazan. Kami pilih tahfiz yang masih dalam negeri yg sama.
Apabila dia bercuti, kami pantau masa dia membuat ulangan bacaan. Tetapi tidaklah kami menahan dia bebas spt remaja lain. Main games tu tak blh nak tahanlah. Tapi asalkan dia mengaji saya ok. Cuma masa tidur dan pemakanan kami pantau.
Anak anak hafiz perlu dijaga dari segi pemakanan. Sumber halal semestinya dan siapa masa pun perlu di teliti. Jadi kami kurangkan makan diluar kerana khuatir sumber makan dimasak oleh orang sebarangan. Anak hafiz juga dielak bawa ke kawasan crowd ramai orang seperti Mall untuk elak dari percampuran dan matanya.
Sentiasa berdoa agar Allah berikan rezeki halal untuk di alirkan ke perut anak hafiz. Dan elakkan perkara shubhah.
Dia juga pernah jatuh sakit, hilang semangat, tetapi kami mak ayah kena selalu beri motivasi. Doa dan terus doa supaya Allah perkuatkan hatinya. Jika ada masalah di tempat belajar kamilah kaunselor, akan berbual dan beri pandangam bagaimana nak atasi mood swing dan masalah dgn kawan.
Ada masa kita ibu ayah juga diberi ujian hati melihat anak anak orang lain berjaya di sekolah tapi cepat cepat ditepis dengan mengatakan anak kita diberi anugerah lagi besar sebagai hafiz. Perkara ini akan mengubat hati kita.
Mungkin Allah Taala tahu gusar saya berkenaan akademik anak persediaan masa depannya. Allah beri dia dapat khatam dalam tempoh yang melayakkan dia ambil SPM sama tahun dengan rakan sebayanya.
Apa yang kami buat selepas itu, kami tidak masukkan dia ke sekolah harian biasa kerana perkara pertama adalah menjaga suasana. Percampuran pelajar dengan pelbagai watak akan mempengaruhinya.
Jadi kami berkorban sekali lagi mencari sekolah menengah agama swasta + tahfiz yang boleh menjaga hafazannya. Tidak disyorkan belajar dalam 1 tempat utk tempoh lama kerana anak hafiz sama akan rasa tepu dan bosan.
Anak saya sedang belajar syahadah sambil belajar akademik di sekolah hafiz akademik. Saya mencari sekolah yang ada sistem hafazan utk membantu hafazannya tidak di tinggalkan. Dan pihak sekolah amat membantu dan memudahcara proses ini. Sebab itu kami pilih private sebab urusan lebih mudah berbanding sekolah Kerajaan.
Untuk makluman, permohonan ke TMUA, SMKA atau SAM mereka agak strict dan pelajar wajib didaftarkan dalam modul pengurusan murid. Malah PBD juga diambil kira. Anak saya yang bukan dari awal ambil akademik memang agak susahlah nak mohon. Jadi saya lupakan ke sekolah bantuan kerajaan. Saya anggap kos dikeluarkan itulah pengorbanan.
Ada orang tanya kenapa tidak masuk saja MRSM, TMUA dll. Bukan semua pelajar dari sekolah sekolah ini berjaya tamat 30 juz waktu mereka sekolah.
Ada pelajar bijak saya kenal umur 22-23 tahun baru habis khatam. Ada juga hafiz khatam tapi terpaksa buka Al Quran ketika menjadi imam. Saya dan suami berpandangan jika nak anak menjadi hafiz. Jadikan ia betul2 bukan separuh jalan. Maka 30 juz adalah KPI harus dicapai. Dan syahadah diperlukan untuk hafazan yang kuat.
Maka kami 1 keluarga masih berusaha utk anak fokus membuat syahadah semasa dia remaja atau sudah dewasa. Dalam keluarga perlu ada fikir seiring tidak boleh hanya ayah atau ibu. Kena dua dua sepenuh hati mendorong anak.
Laluan hafiz yang straight dari khatam, syahadah dan alim. Kosnya sangat besar. Dan janganlah ambil mudah. Mak ayah perlu bersedia dari segi kemampuan kewangan untuk full sponsored hingga anak habis belajar. Boleh mencecah umur hingga 30 tahun jika banyak ujian. Rata rata kos bulanan antara 600-700. Tengok pada sekolah.
Bagi yang ambil calon persendirian adalah pilihan umur 17 tahun boleh ikut belajar di tuisyen bawah kelolaan PITAS. Jika nak lebih lagi boleh hire personal tutor tapi kos cecah ribu sebulan.
Bagi anak anak yang sudah ada di aliran TMUA dan seumpamanya terus sahaja dorong.
Perkongsian saya hanya terpakai utk anak anak yang full tahfiz non academic. Kerana saya tahu ramai parents seperti saya clueless hingga anak separuh jalan. Jangan putus asa. Anak kita boleh cemerlang seperti anak anak orang yang berada laluan akademik dari awal. Yang pasti ambil SPM jangan tak ambil. Itu syarat asas di bumi Malaysia ini.
Jika minta ambil STAM boleh mohon penajaan dari KPM ke Al Azhar, Jordon. Kerajaan Mekah juga membuka tajaan pelajar belajar sana. MAWIP melalui Darul Quran selepas tamat Sijil Tahfiz Malaysia boleh sambung Diploma selepas SPM.
Jadi untuk tidak mengambil risiko tinggi laluan masa depannyam Kami pilih masukkan dia dulu ke Ting 4 untuk persediaan SPM dan seterusnya STAM bagi laluan ke Timur Tengah.
Kami anak beranak sudah berbincang setelah tamat Degree anak boleh sambung buat sekali lagi Syahadah dengan sempurna dan pengajian Alim. Bermakna umur dia membuat alim setelah dia sudah tamat laluan akademik.
Saya tahu cabaran masih banyak menunggu tapi kekuatan yang ada berserah doa namun perancangan juga perlu ada. Jangan melepaskan semuanya tanpa ada perancangan baik dari awal. Dan serahlah pada Allah Taala memudahkan semuanya.
Tapi jangan sesekali masukkan anak ke hafiz sebab nak ubah perangai. Hafiz bukan sekolah pemulihan akhlak. Kita orang tua juga perlu banyak menjaga solat solat, akhlak dan doa kerana ia memberi kesan pada anak hafiz. Jika saya leka, minggu melawatnya saya akan dengar anak akan kurang semangat.
Dari situ saya faham saya sendiri kurang menjaga amal. Jadi sebagai ibu kena turut sama kuat menjaga apa sepatutnya seperti sentiasa solat hajat pada dia. Sentiasa ampun dan redha kemahiran ya, sentiasa bacaan sedekah ayat2 niat pada dia. Setiap kali masukkan duit dlm tabung masjid niatkan pada kemudahan perjalanan belajar anak.
Pilihlah tahfiz dari guru guru yang berpengalaman handle tahfiz dan masalah pelajar bukan nya nampak setakat gah. Pelajar hafiz juga sebenarnya tidak boleh dimewahkan seperti pelajar biasa. Makanan biasa bukan terlalu mewah kerana itu adalah tarbiah jiwa mereka.
Jadi saya memilih sekolah yang tengah2 bukan tahfiz yang makan sudu atau tahfiz yang golongan anak VIP. Apabila mereka keluar mereka akan imun dengan pelbagai lapisan masyarakat tidak lah hanya berdakwah pada golongan VIP.
Niatkan anak wakaf untuk kerja agama, dakwah sambung usaha Nabi. Inshallah hingga bertemu lagi. Memberi pendidikan adalah tanggungjawap dan amanah untuk kemenjadian anak menyumbang bakti pada agama dan manusia.
– Sarah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit