Bila Hati Nak Mati?

Hai Semua. Aku Tisu, perempuan. Kenapa nama aku tisu? Mungkin sebab aku senang koyak.

Watak:  (Losyen, lelaki / Shieldtox, perempuan)

Ceritanya bermula lebih kurang dalam bulan Syawal tahun ni. Aku reconnect dengan seorang kawan lama yang kita bagi nama Losyen.

Losyen ni kenalan lama aku dan secara tak sengaja kami terkawan dengan rapat walaupun baru reconnect. Padahal dua dua dah tak ingat langsung interaction masa kami kenal dulu so kira macam fresh start la.

Masa dalam bulan Syawal tu Losyen ni kurus, tak happy, broken, sebab baru ditinggalkan sebulan sebelum dia sepatutnya bertunang dengan Shieldtox (around January-February).

Jadi aku yang masa tu pun single dan bosan, aku kawan dengan Losyen, aku dengar semua cerita dia pasal Shieldtox dan aku tau dia sangat sayangkan Shieldtox (pada masa itu). Diorang pun dah kenal dalam 8 tahun lebih.

Masa tu dia cakap yang Shieldtox tinggalkan dia dan tipu dia dan satu family dia. Jadi memang dia takkan nak dah dekat Shieldtox. Jadi kami pada masa tu memang kawan sebab aku tau dia memang belum move on dan aku pun okay nak tolong dan ada dengan dia sebab yelah, aku pun bosan.

Selepas sebulan lebih aku berkawan dengan Losyen, Shieldtox pernah call dia untuk mengadu masalah dan masa tu, Losyen cuma respon macam malas nak layan. Sebab yelah, bukannya Shieldtox ajak getback, dia cuma nak mengadu masalah sebab hidup dia miserable lepas dia tinggalkan Losyen.

Fast foward, tak sampai 2 bulan selepas aku dan Losyen berkawan rapat, Losyen confess dan terus ajak kahwin. Mula mula aku ingat dia gurau sebab memang dia selalu gurau dengan aku bab kahwin tapi tak. Dia serius.

Aku ada soal dia yang aku rasa benda ni terlalu cepat dan minta hold dulu tapi dia convince aku yang dia memang sayang aku.

Aku pernah tanya, ‘Aku ni rebound relationship kau ke’ dan dia kata tidak sebab dia memang betul sayang. Jadi aku pun fikir since aku pun selesa dengan dia, apa salahnya kalau proceed kahwin kan.

Secara jujurnya, masa dia ajak aku kahwin, aku belum suka dengan dia pun sebab kami kawan je. Aku terima memang sebab aku rasa yang kami ada chemistry dan macam why not. Aku baik je dengan dia. Selesa je kawan dan dia pun nampak perubahan dari apa yang aku kenal dia masa Syawal tu.

Dia nampak makin happy, makin berisi dan dia memang sangat angau dan clingy dengan aku. Sampai aku terfikir kalau aku tetiba takde apa la jadi dengan Losyen ni agaknya.

Jadi lepas kami memang confirm nak kahwin, aku pun mula belajar suka dan sayang dia. Salah aku sebab aku memang senang percaya orang jadi aku memang percaya dan yakin dengan semua yang dia cakap dengan aku.

Antara benda yang aku selalu soal sepanjang nak uruskan pasal kahwin ni ialah Shieldtox. Aku tau dia sangat sayangkan Shieldtox dulu jadi aku berkali kali tanya betul ke dah move on. Kalau dia datang merayu ajak getback macam mana sebab memang aku rasa yang dia akan call lagi.

Tapi dia convince aku yang dia memang dah move on. Memang takde hati dah kat Shieldtox. Cuma dia cakap la memory 8 tahun lebih tu memang la susah untuk lupa tapi memang dia taknak dah dekat Shieldtox ni.

Aku pun yakin dengan dia sebab bagi aku dia memang sangat jujur dengan aku dan takde sebab dia nak tipu aku. Dan dia minta aku jangan insecure sebab Shieldtox sebab Shieldtox tu cerita lama dia. So lama lama aku pun diam pasal Shieldtox ni.

Urusan perkahwinan berjalan dengan sangat lancar sampai la kad kahwin pun dah siap . Kira tengah goyang kaki je la tunggu nikah lagi sebulan lebih macam tu.

Satu hari, benda yang aku paling takut pun berlaku. Shieldtox contact Losyen balik untuk ajak getback. Losyen bagitau Shieldtox yang dia dah nak kahwin tapi dia sayangkan Shieldtox.

Secara jujurnya aku tak tau details perbualan mereka. Ni cuma summary dari apa yang Losyen cerita kat aku. Shieldtox cakap dia faham dan dia tak boleh la contact Losyen selalu sebab Losyen pun ada cakap taknak sakitkan hati aku yang Tisu ni kan.

Bila Losyen cerita dekat aku, aku minta dia jangan contact sangat dah. Aku pernah mintak dia block Shieldtox sebenarnya masa awal awal planning nak kahwin dan dia kata dia okay nak block cuma aku kena tanggung akibat putuskan silaturrahim orang. Dan aku ingat, aku cakap okay tapi yelah, dia tak block pun.

Okay berbalik kepada isu semasa, bila aku mintak jangan contact, dia triggered dan dia mengaku dekat aku yang dia memang rindu Shieldtox. Semua benda yang dia dah lupa, semua datang balik bila Shieldtox contact dia. Sebab Shieldtox ingatkan dia balik semua memory. Dia nak aku okay je kalau dia teruskan berkawan dengan Shieldtox.

Macam ni la, aku okay kalau betul nak berkawan. Tapi kawan je la. Cuma masalahnya lepas Shieldtox dah tau yang Losyen ni bakal berkahwin, dalam pada dia cakap taknak sakitkan hati tisu aku ni, boleh pula la dia text good morning apa semua. Macam mana aku nak okay je.

Aku tak kenal Shieldtox jadi aku memang tak tau dia orang yang macam mana. Menurut Losyen, Shieldtox adalah orang yang sangat baik, dia care pasal aku, taknak sakitkan hati aku, dan nak jadi madu aku as long as aku okay dengan dia.

Macam macam cara aku fikir untuk selamatkan juga relationship ni. Yelah, kad kahwin pun dah siap tau. Sedara mara dah tahu, venue dah book, tok imam pun dah confirm nikah dekat mana apa semua. Tinggal belum beli doorgift dan baju je. Sebab aku fikir nak kurus dulu sebelum beli baju dan dia pun tunggu gaji etc.

So macam macam suggestion aku bagi dan last suggestion aku, aku setuju untuk bermadu tapi dalam masa beberapa tahun sebab aku tau Losyen tak mampu pun untuk kahwin dua dalam masa terdekat.

Cuma sebelum sampai time untuk kahwin tu, aku taknak mereka rapat sangat. Dalam erti kata lain jadi la kawan yang cari bila perlu je.

Lepas tu aku tak tau apa yang Losyen faham tapi dia sangat triggered. Aku cakap apa pun lepas tu dia asyik nampak aku jahat. To a point yang dia kata kalau dia kahwin dengan aku dan dia tak dapat apa dia nak, dia akan menyesal seumur hidup dan benci aku seumur hidup.

Esoknya dia cakap, dia dah bincang dengan Shieldtox dan diorang setuju dengan suggestion aku. Dari situ aku dah nampak, aku tak boleh teruskan sebab dia tak adil.

Jadi kami settle secara baik, dah minta maaf apa semua dan masing masing agree untuk tak teruskan, dan jadi kawan macam kami kawan awal awal dulu.

So aku pun teruskan hidup aku macam biasa dan aku kawan je la dengan Losyen. Cuma yelah, walaupun tak lama, memory tu ada. Kad kahwin aku cantik ye, macam magical classic macam tu.

Seminggu selepas last aku jumpa dia, kami berjumpa sebab entahla, aku rasa dia nak setelkan urusan aku dengan dia (pulangkan barang etc) supaya habis cerita (padahal dah setuju nak kawan balik macam sebelum ni). So masa tu dia cerita kat aku pasal Shieldtox.

Buat masa sekarang mereka kawan je sebab Losyen cakap macam awkward baru break terus couple. Nanti sampai masa kahwin je. Masa dia cerita kat aku pasal Shieldtox aku boleh nampak muka dia muka orang angau yang senyum senyum tu. So aku cakap la kalau suka kenapa nak stay single.

Dia cakap memang la suka tapi kami macam tu. Biar kawan je nanti sampai masa kahwin la. Lepas tu ada borak pasal makan rasanya dan aku cakap la aku bukan boleh makan pun sekarang ni. Nak telan apa pun rasa loya. Tak boleh nak masuk. Tau dia cakap apa? ‘kau asal koyak lebih?’

Haha aku ni dah penat la senyum senyum setiap masa macam takde benda jadi padahal Tuhan je la tau aku sekarang ni macam mana. Dengan keadaan family aku lagi yang tetiba dengar tak jadi kahwin. Boleh pula dia persoalkan aku koyak.

Aku tanya dia, bila semua ni dah habis, memang rasa sayang, rasa angau tu hilang macam tu je ke. Dia cakap ala biasa la kawan kawan. Biasa la borak sayang sayang macam tu.

Entah maybe bagi dia biasa, tapi bukan aku. Aku nak sebut sayang tu pun awal awal awkward sampai dia bising aku tak pernah cakap sayang dekat dia balik. Bagi dia, aku takde sebab nak koyak pun sebab kami pun dah settle cara baik dan kami masih kawan.

Mungkin silap aku, aku terlalu tenang tentang benda ni. Sekali je dia pernah dengar aku nangis, tu pun dalam phone. Selain dari tu aku terlalu relax dan senyum/gelak. Aku entah la. Dia kata nak jadi kawan macam dulu balik tapi tak, aku rasa ditinggalkan. Takde pun rapat macam awal awal kenal tu.

Masa jumpa tu pun dia tak banyak bercakap dengan aku. Aku yang kena tanya macam macam. Dia nampak macam nak setelkan urusan dan terus balik je. Mana entah janji nak kawan macam biasa balik tu. Dia ada sebut yang dia still akan buat benda yang biasa dia buat sebelum ni tapi tidak. Dia tak buat.

Orang persoalkan, macam mana aku boleh tenang dan terus kawan dengan dia. Bagi aku, hati aku dah mati la kot. Senang pula aku boleh gelak gelak macam takde apa jadi. Ataupun aku memang harap hati aku mati dan takde rasa supaya lepas ni aku tak koyak dah.

Losyen selalu cakap dulu, dengan aku dia tenang, aku matang. Kalau dia ada masalah, cerita dekat aku dia lega sebab aku ada je cara nak okay kan balik keserabutan dia. Kalau aku re-read conversation lama, banyak kali dia berterima kasih dekat aku sentiasa liftkan beban dia. Even urusan kahwin pun, aku banyak mudahkan kerja dia.

Kadang aku harap aku macam dia. Mudah lupa, mudah move on. Tapi aku perempuan. Banyak benda yang dia cakap dan dia buat, lekat kat kepala aku. Nak pula cara dia sayang aku sebelum ni memang macam apa yang aku nak. Dia tak pernah buat aku rasa macam aku je beria dan sebagainya.

Aku memang ada persoalkan, lepas semua ni jadi memang takde tersisa rasa untuk aku ke eh? Senangnya buang aku. Tapi kalau fikir logik yelah macam mana nak fikir pasal aku kalau dalam hati ada Shieldtox.

Shieldtox pun memang contact dia all the time untuk make up for the time yang tak contact and Shieldtox memang tengah actively mengorat Losyen balik.

Aku ni siapa entah, Kalau fikir pasal aku pun silap silap cuma rasa bersalah dan kesian je. Lepas tu pula, aku sendiri dah kurangkan contact dengan Losyen sebab you can’t heal in the place that hurt you.

Lagi banyak aku contact dia, lagi banyak aku kena tengok dia angau dengan Shieldtox. Aku tak boleh mengorat dia macam Shieldtox buat sebab aku tau sia sia. Aku takkan menang.

Bunyi macam cerita budak budak kan? Macam kami buat kahwin ni perkara mudah/kecil? Tak, aku dengan Losyen dan 30an. Patutnya sekarang ni takde dah kes kes putus apa semua ni. Dah matang dah. Tapi itulah, entahlah.

Sorry kalau cerita berterabur dan nama pun confusing. Aku main sebut je apa aku nampak depan mata untuk buat nama nama ni dan tu je la cerita aku.

Aku cuma nak luah sebab entah, maybe aku triggered bila dia cakap aku koyak. Dan kalau ada family aku yang tau ni aku, harap diam diam je takyah share link kat aku ke tag aku ke sebab segan.

– Tisu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

9 Comments

  1. Semoga jumpa dgn jodoh yg baik. The only relationship yg saya pernah alami walaupun berapa bulan je mmg saya refuse utk berkawan balik dgn dia sebab xguna pandang belakang dgn org yg sakiti kita tapi minta kita move on. U can do it sia. Block je mamat x guna tu

  2. Salam sis. Sorry mesti perit apa yang sis lalui sekarang. Tapi saya proud dengan sis, sis punya analytical skill tinggi and ada sense of self worth to back out.

    Its okay sis, kalau nak sedih – sebab benda ni bukan okay- sis kena batal kahwin that is a big deal. And also I think Allah has saved you from an unreliable man to be a husband. Allah dah selamatkan sis – blessing apa yang lagi besar dari ni.

    Sis tak perlu pun berkawan dengan losyen. Nak buat baik ngan orang tak semestinya kena ada hubungan. Jom kawan ngan saya.

    Saya doakan sis dapat suami yang hormat cinta dan menghargai sis selayaknya sebagai seorang wanita dan isteri Ameen.

  3. Aku faham kesedihan kau tisu.tapi aku sangat gembira kau tak proceed dengan si losyen benak tu.sangatlah membebankan ye kalau dalam relationship yang kau sorang je matang dan take lead dalam segala keputusan.kau buat keputusan yang bijak tisu!aku harap Allah angkat kesedihan kau cepat2 dan jodohkan kau dengan lelaki yang sama level kematangan dengan kau.

  4. Salam,

    Wujud yer perempuan tempat kesat kaki nih, lelaki kalau dah buat tahi, akan cari dia untuk kesat segala jenis kotoran dan tahi kat dia, and perempuan tuh akan basuh bersih najis tuh, benda akan berulang & berulang. Lepas datang, dia kesat, dia blah lagi. Why, sebab yang tukang kesat kaki tahu, perempuan macam nih tak ada self love, dia tak sayang diri dia sendiri, perempuan macam nih lowest self esteem, harga diri dia, price tag dia, orang lain yang tentukan. Perempuan macam nih zero sosial skill, tak pandai pilih siap yang layak masuk life dia, siapa yang patut dia cut dari circle dia, tak ada emotional intelligence. Perempuan macam dia numb kan perasaan dia, sampai signal dalam otak bagi warning bahaya & badan dia bagi tanda tak selesa, dia tetap keep on going. Jenis yang merosakkan & membahayakan diri sendiri. Dia ajar otak untuk sayang orang yang buat tak baik ke dia & dia ajar badan untuk selalu connect dengan orang yang bagi masalah pada dia. Jadi otak & badan dia total disfunctional. Otak gagal tolak orang bermasalah, badan gagal tolak orang berbahaya.

    Mana mana lelaki yang bawa masuk orang ketiga dalam sesuatu perhubungan nih kita panggil dia lelaki musibat. Lelaki normal tak buat benda bodoh nih. Apa fungsi orang ketiga dalam perhubungan nih, untuk mewujudkan perbandingkan, wujudkan persaingan, buatkan pasangan kepada lelaki tuh rasa rendah diri, rasa diri dia tak bernilai, supaya partner lelaki tuh pertikaikan diri dia sendiri, rasa tak mampu bersaing dengan pihak ke tiga. Apa puncanya, lelaki tuh ada mental disorder, kelainan akal. Dia tak suka partner dia ada confident, bijak, ada hati yang baik & pandai handle emosi. Dia datang untuk hancur kan semua tuh. Tugas dia bentukkan partner dia yang elok jadi buruk sesuai keinginan dia. Pekara pertama yang selalu dilakukan lelaki macam nih, dia akan memuji partner dia, awak bijak, awak cantik, awak wangi, awak matang, awak tenang, dia kata seronok berbual dengan awak. Partner yang dia puji, akan terasa seperti di awang awang, kemudian dia akan bersikap lain, menangkan pihak ke tiga. Jadi sepertinya dia angkat partner tinggi tinggi dengan pujian kemudian dia hempas partner tuh ke bumi. Hancurkan hati & perasaan partner tuh. Ada lelaki normal buat gini. Nope. nih perlakuan lelaki yang ada mental disorder. Kehadiran dia membawa malang pada sesiapa yang jadi partner dia.

    Lelaki kalau ada mental disorder, bila dia dah humban partner dia dalam longkang. Dah jadi ex bagai. Dia akan sentiasa keep in touch dengan ex, dia bukan nak tanya khabar, tak ada istilah silaturahim pada dia, yang dia perlukan, perhatian. Dia perlukan berita buruk. Dia yang problematik, dia dah berjaya bagi masalah long term pada ex dia, dia dah berjaya bagi long term trauma pada emosi ex dia. Jadi dia keep in touch semata untuk check keadaan ex dia. Ex dia dah gila ke belum, dah self harm ke belum. Ex dia dah benci diri sendiri ke belum. Jadi everytime dia text, text dia berbalas, itu tanda dia menang, umpama dia dah tikam pisau kat ex berkali kali, ex masuk hospital dah nak habis nyawa, tapi ex still tak fikir pasal nyawa, masih fikir pasal dia, masih fokus ke dia, masih rasa text dia lebih penting dari nyawa sendiri, ex masih rasa kalau tak balas text dia, ex rugi. Bila dia rasa ex nak rapatkan diri, dia jarakkan diri. Nih high impact emotional abuse, lelaki normal tak buat benda nih sebab sangat bahaya kesannya pada perempuan. Lelaki mental jer buat macam nih, apa yang dia janji, semua dia tak tepati. Dia manipulasi.

    Lalu hiduplah wanita dalam dunia khayalan bertemankan barang barang yang mengingatkan kenangan dengan lelaki jahanam macam nih. Kenangan yang memalukan diri sendiri. Kenangan kekalahan wanita pada pihak ke tiga. Kenangan yang wanita tak menang. Kenangan wanita tak jadi kahwin, kenangan wanita terhegeh dengan lelaki, kenangan tuh ulang ulang sampai wanita rasa terhina & tak berharga. Bila benda tuh keep on playing on your mind, you gagal move on, gagal move on dari segi mental & fizikal, maksudnya lelaki mental nih menang besar. Bila dia tengok status you, dia rasa you ada tanda tanda nak move on, dia akan datang lagi, hantar text atau muncul kan diri depan mata you, dia buat benda yang sama supaya you gagal move on. Dia pandang perempuan macam tempat kesat kaki dia jer. Sebab tuh orang zaman dulu dia buang semua barang barang yang mengingatkan dia pada kenangan pahit, kumpul dalam box, carik carik, koyak koyak, humban ke dalam tong sampah. Tak ada makna nak simpan tahi dalam rumah. Out of side, out of mind. Bye bye bad things, bye bye bad memories. Dah tiba masa untuk cipta kenangan baru dan manis untuk diri sendiri. Open new chapter.

    Lelaki mental disorder begini, dia buat you seorang je ke macam nih, tengok dari skill dia yang berjaya membutahatikan you, buat akal you tak waras, dia ada pengalaman yang panjang main emosi orang. Pengalaman dengan siapa, dengan pihak ketiga. Dia buat pihak ke tiga sama macam dia buat you, sebab tuh dia berjaya hold pihak ke tiga sampai 8 tahun tapi tak kahwin pun. Dia nampak you bijak, tak mungkin dia boleh hold you sampai 8 tahun, jadi dia offer fake hope, ajak kahwin pastuh cancel. Bila pihak ketiga tahu tentang hal kahwin nih, sebab dia masih keep in touch. Pihak ketiga pun mesti tertanya tanya, why si lelaki nih dengan dia 8 tahun tak nak kahwin, dengan you 2 bulan dah kenal nak kahwin bagai. Ingat ya pihak ke tiga dia masih hold, dia tak lepas yer. Lelaki nih kata pihak ke tiga tipu dia & keluarga dia, jadi bila dia tipu you & keluarga you, cancel kahwin bagai, you dah boleh faham, siapa penipu sebenar. Always remember accusation is confession.

    So once dia tahu pihak ketiga masih connected dengan dia, dia cancel kahwin dengan you. Jadi dengan both of you dia main game. Long game, less impact dengan pihak ke tiga, 8 tahun tau. Short game high impact dengan you untuk beberapa bulan. Pihak ke tiga dah pernah rasa apa yang you rasa, bukan sebulan dua, 8 tahun. Dia burukkan pihak ketiga dekat you macam macam, boleh bayangkan tak, lelaki nih buruk kan you macam mana kat pihak ke tiga, sama jer macam dia burukkan pihak ke tiga ke you. Jadi jangan meratap sedih ada yang lagi malang dari you. Siapa yang malang tuh, pihak ke tiga. Malang berganda untuk pihak ketiga, dia repeat order lagi, sambung main game dengan lelaki mental nih. Jadi yang kena batu pihak ke tiga, 8 tahun tanpa ikatan. Dari awal cerita, dah nampak pihak ke tiga berjaya lepaskan diri dari lelaki mental nih. Mungkin dia terdesak nakkan perkahwinan. Bila putus, lelaki mental nih tiba tiba main kahwin kahwin pulak dengan awak. Jadi pihak ke tiga rasa dia yang bersalah dalam tempoh 8 tahun tuh, gagal buat lelaki nih kahwin dengan dia. Pihak ketiga rasa gagal dalam perhubungan, 8 tahun tak kahwin kahwin, awak pun rasa gagal dalam perhubungan, tak jadi kahwin, dua dua rasa gagal, yang santai siapa, lelaki musibat nih lah. Bila dia dah cancel kahwin dengan you dia still tak kahwin dengan pihak ketiga tuh. Dia hold lagi pihak ke tiga. Ingat yer dengan pihak ke tiga, game dia panjang, makan tahun.

    Jadi keputusan terletak di tangan you, you nak repeat game dengan lelaki mental nih lagi ke macam pihak ketiga, tergantung hidup, buang masa, buang tenaga, buang umur bertahun, memalukan diri buat kali ke dua, atau you nak keluar terus dari game nih. Menikmati hidup you yang baru, aman dari masalah, aman dari konflik, aman dari isu orang lain. Pilihan di tangan you. Jelas dia dah ada pihak ketiga, dia tinggalkan you, esok pihak ke tiga menjauh, dia cari you balik, dalam keadaan you yang rapuh macam nih, you dalam bahaya. Decides now & ajar mental you untuk tolak lelaki nih, fizikal you pun akan ikut tolak. Bila dia comeback, you already prepares your mental & physical. Lelaki macam nih dah kahwin beranak pinak pun tak berubah tau. Cinta yang you rasa tuh, semuanya tipu, palsu. Just a love bomb.

    Tutup salam.

    • Pernah jumpa org mcm ni, bila tersedar yg dia ni tak serious nak nikah, terus ambik langkah nak end relationship.

      Org jenis mcm ni, suka main2, tak serious punya mcm yg ultraman taro cakap. Sentap lah jugak, tapi memang betul. Dia tabur janji mcm menabur garam di air laut. Jadi, sis jgn simpan semua janji dia tu, lepaskan.

      Buang semua kenangan cth: kalau ada cincin, jual, kalau ada gambar delete, mesg2 lama tu deletekan jugak, buat lag hp ja, unfriend kat semua media sosial, jgn layan kalau dia mesg, seen ja, kalau dia meroyan pun, abaikan sebab tu semua lakonan.

      Takyah tunjuk apa2 reaction kat dia, sebab tu yang dia nak.

      Saya doakan sis sihat zahir dan batin, diberikan kesembuhan, dan digantikan dengan pasangan yg lebih baik. Jaga diri tau sis.

  5. sampai kat ‘kau asal koyak lebih?’ terus membara-bara hati aku. mcm m*sibat perangai. ‘ala biasa la kawan-kawan’ ?? double m*sibat.

    Kawan pun takde lah sampai dah buat kad kawin, ye dak? benda dah sampai tggu masa nak kawain dia boleh ala ala kan gitu je. ya Allah triple m*sibat.

    duit, tenaga, masa, perasaan yg habis, nak kira mcm mana? arghhhh setan nya laki camni emo pulak aku

  6. sis… dah boleh rasanya buka mata, buka hati untuk nampak lelaki tu hanya membodoh bodohkan sis je. kalau tak kesian dekat diri sendiri, kesiankanlah keluarga sis yang maruahnya dipijak pijak dengan lelaki takguna ni sis. tolongla block je dia, putuskan sebarang hubungan dengan dia. jangan bagi dia ambil kesempatan, takut nanti dia datang merayu balik sis terima lepas tu perkara sama berulang balik… love yourself, sis!

  7. hi sis, lega i dengar you tak jadi kahwin dgn laki tak matang tu. nak poligami konon, mampu ke nak sara dua bini? you berhak dapat lelaki yang boleh sayang you sis. move on! i doakan you dapat pasangan yang baik.

  8. Ko ni bijak dan emotionally very stable. Sangat beruntung sape jadi laki ko. Tapi tindakan ko berkawan dengan laki tu lepas apa yang jadi is not a very smart move. Laki tu mesti rasa dia menang besar. Ko dengan shieldtox tu macam dua2 xleh move on dengan laki tu. Nak kena always in contact. Please la. Jangan terhegeh2 lagi. Cut all communication and leave them alone. What he did to you is what the ex-already did to him. He wanted revenge but he chose to hurt you instead. Get out of that circle. The moment you are in relationship with other, he will feel lost and wanted you back. Don’t complicate your life. Let the stupid people live with each other. Just hope that they don’t breed.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *