“Kroni” Dan “Mencari Pasal” Ada Di Mana-mana

Hai, aku Miss Javelin, seorang guru yang selalu alami ketidakadilan di sebuah institusi pendidikan swasta. Aku nak share cerita lagi, sekadar luahan.

Kisah 3: Mencari Pasal Tanpa Sedar Diri Tu Siapa

Peperiksaan Percubaan Bahasa Inggeris UPSR 2019… Seperti guru-guru lain, lepas habis peperiksaan, aku akan tanda kertas peperiksaan dan rekodkan markah. Serta, aku dah pulangkan semua kertas tu kepada students aku.

Shorty (aku ada cerita dalam entri pertama, siapa terbaca, kenallah Shorty ni), si pengesan kesilapan terulung berjumpa dengan aku. Di tangan dia, ada kertas 2 Bahasa Inggeris tahun 6 ni. Korang tahu apa yang dia request?

Dia kata guru besar minta kutip semula kertas 2 yang aku dah tanda tu sebab nak tengok dan semak cara penandaan aku. Kerana sangat pelik ramai students mendapat markah yang agak tinggi bagi kertas 2 ni.

So, tuduhan yang dia nak sampaikan adalah aku ni main bagi markah free saja pada budak-budak. Aku pun senyum (dalam hati aku, nak tengok IQ si Shorty ni level mana. Sebab aku tidak pernah bagi markah free buta-buta macam tu sahaja pada students aku. Kalau dah kosong bahagian karangan tu, memang 0/25 lah dapatnya.

Aku memang dah train students aku untuk menjawab kertas 2 ni dengan gunakan templat menulis karangan yang aku design untuk diorang yang agak lemah. Dan aku memang ikut tips yang diberi oleh Tcer Jezzamine [bukan nama sebenar], guru jemputan dari luar yang ajar kelas tambahan students.)

Aku pun jawab “Tcer Jezzamine pesan pada students untuk kertas 2 bahagian A, kalau boleh skor markah penuh 10/10, sebab bahagian tu information transfer. Dan mereka memang skor bahagian tu. Itu yang jadi sumber markah.

Even yang paling lemah dalam kelas pun dapat 8/10. Petikan tentang Facebook yang mana tempat kosong tu kena dan sebiji dengan petikan. So, tak perlu ubah ikut grammar yang betul lagi dah.”

(P/s: Student hanya perlu baca petikan diberi dan pindahkan maklumat dari situ ke dalam ruang yang ada tempat kosong. Dan kebetulan memang rezeki students aku, keluar petikan tentang Facebook di mana tempat kosong yang perlu diisi kena sebiji dengan kedudukan ayat dalam petikan. So, student aku hanya perlu salin frasa yang kena kat tempatnya tu pada tempat kosong.)

Muka Shorty berubah. Tak mahu kalah dan nampak bodoh, dia pun kata “Oh ya lah, bebudak kan suka tengok Facebook.”

(P/s: Macam aku cakap tadi, students aku sangat lemah. But, they had the techniques and knew what to do. Memerhatikan petikan dan kedudukan tempat kosong walaupun hanya faham sikit-sikit. Bukan sebab diorang gila main Facebook!)

Dah tak boleh menang mencari pasal kat situ, pusing pula dekat seorang pelajar nama Selma [bukan nama sebenar]. Selma ni pelajar pintar dan baik akhlaknya. Soalannya, kenapa pertengahan tahun Selma dapat 98% , time trial ni dapat 96%?

Aku pun jawab, time pertengahan tahun, soalan karangan yang keluar adalah tema biasa, membantu orang lain, yang memang dah biasa aku bincang dan ajar dalam kelas. Time percubaan, karangan tema majlis perkahwinan.

Selma tersalah guna perkataan “dais” (pelamin) dengan menyangkanya sebagai “dyes” (pewarna). Takkan aku nak bagi betul juga pada penggunaan perkataan yang salah dalam karangan?? Aku seorang guru. Sorry, aku takkan membiasakan murid aku dengan benda yang salah.

Dah rasa diri dia tak boleh menang nak membuktikan kesilapan aku menanda kertas, aku tanya lah, nak aku kumpul balik tak kertas 2 bebudak ni tadi. Terus tak nak kumpul dah. Pandai pula kau tak nak kumpul ya. Takut terserlah lebih lagi ke kebodohan tu?

Kalau aku lah, aku takkan menyibuk tau hal ehwal guru lain yang pegang opsyen yang berbeza daripada aku. Sebab aku tahu mesti ada sebab guru matapelajaran tu buat macam tu. Ni nak menyibuk, faham pun tidak. Membuang masa aku jer, bertaki, berdebat macam ni…

Pengajarannya kan, apa pengkhususan kau, itulah kepakaran kau…kalau dah belajar dalam bidang agama yang kau habiskan masa kau untuknya pun kau tak berjaya tamatkan pengajian, tak payahlah kau nak menipu konon kau pandai dan faham bidang akademik ni…Hahahahahaha

Kisah 4: Menjatuhkan Orang Lain

Masa ni, Shorty jadi guru besar, Blacky (siapa yang baca entri terdahulu, kenallah dia ni) jadi GPK Akademik, dan Capricious (sebagai GPK Kokurikulum). Kami guru-guru perempuan ni ada group kami sendiri yang tidak ada orang atasan dalam tu. Group ni diasaskan oleh Capricious. Capricious ni sangat baik dulu nya.

Sejak termakan hasutan si Blacky, dia antara yang paling anti dengan aku. Tapi peduli apa aku, aku guru, bekerja untuk mendidik anak murid.

Aku tak aktif dalam group tu. Sekadar nampak diorang punya mesej macam tu. Sampailah satu hari, keluar pekeliling yang menyatakan para guru tidak boleh tidur waktu rehat. Salah seorang guru, aku namakan Perry, telah taip dalam group “Aa sudah … sia-sia aku bawa tudung tidur, tak boleh tidurlah tengahari lepas ni…”

Blacky dan Capricious pun melontarkan pandangan masing-masing yang memihak kepada Perry. Kemudian, Perry telah letak suatu emoji yang tak patut digunakan sebagai seorang guru dalam group tu.

Beberapa hari kemudian, aku tengok Shorty dan orang atasan lain sudah masuk dalam group tu. Aik?… Aku dalam hati, kan Capricious kata group ni untuk kita-kita jer. Apasal ada orang atasan pula?

Keesokan harinya, aku dan semua guru perempuan (yang ada dalam group tu) dipanggil oleh big boss (pengasas sekolah) di bilik mesyuarat. Big boss sudah buka group whatsapp kami dan pancarkan guna projektor pada slaid. Big boss marah teruk dan Capricious menangis-nangis.

Aku macam… macam mana big boss boleh tahu? Siapa yang mengadu? Bermaksud ada “spy” dalam kalangan kitorang yang laporkan pada pihak atasan. Big boss ugut untuk pecat kami semua. Aku dah…. Aduhai… Dalam hati aku, “pecat yg tiga ekor yg mengata dalam group tu, sudahlah”.

Macam aku, dan selain daripada yang 3 ekor tu, kami tak cakap apa-apa dalam group…Dah habis kejadian besar tu, aku pun balik dengan hati yang bimbang akan dipecat.

Dalam hati aku, aku rasa nak ambil laptop dan hempuk muka Perry, Capricious, dan Blacky. Ni lah namanya bodoh yang menyusahkan orang lain…

Aku pun cerita dari A to Z ke family aku, apa yg jadi kat sekolah. Family aku terus tanya, “ketika Big Boss, nak pancar WhatsApp group tu guna projector, siapa yg tolong?” Aku pun jawab , “Shorty”. Ok, Shorty minta tolong siapa? “Foxy…” (Foxy adalah guru baru, agak pendiam dalam kalangan kami)

Family aku terus beri pendapat, “Foxy lah yg beritahu org atasan …” Haah ye? Kenapa aku tak perasan? Sebab selepas kejadian tu, setiap orang diberi peluang untuk cakap apa yg terbuku di hati. Aku tengok Foxy sangat lantang, tak macam dia yang biasa.

Dan setelah beberapa lama, baru aku tahu, Foxy adalah “spy” Shorty. Shorty nak terus kekal sebagai guru besar. Dia takut kedudukan dia akan diambil alih oleh sama ada Capricious atau Blacky sebab dua orang ni lebih influential dan disukai ramai berbanding dia. So, dia gunakan Foxy ni utk korek rahsia dalam group tu. What a conspiracy!!!

Shorty ni dari sudut akademik, memang zero, tapi dari sudut kelicikan, memang dahsyat…

Dan nasib baik, kami tak kena pecat tapi Blacky dan Capricious diturunkan jawatan kepada guru biasa. So, nampak tak korang, berjaya plan si Shorty…

– Javelin (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *