Berkorban & Terkorban

Secara jujurnya, saya ingin berkongsi pengalaman hidup dengan individu di luar sana supaya boleh diambil pengajaran dan teladan.

Saya merupakan ibu kepada 3 anak lelaki yang berumur di antara 17 hingga 24 tahun.

Saya merasakan yang saya sedang berada di dalam hubungan yang toksik dengan seseorang yg boleh dianggap narsist selama lebih 24 tahun.

Pengorbanan saya mempertaruhkan seluruh hidup saya adalah demi anak-anak semata. Jika mereka telah tiada nanti, maka saya pun akan turut sama pergi.

Derita dan keperitan yang saya tanggung mungkin juga telah memberi kesan dan pengaruh kepada anak-anak yang pernah menyaksikannya.

Amat kesal di hati ini apabila saya terpaksa membiarkan anak-anak hidup udara yang tercemar dengan toksik dan narsistik.

Saya percaya yang mungkin juga suasana seseorang dibesarkan boleh membentuk peribadinya pada masa akan datang. Lihatlah hasil yang dituai oleh ibubapa yang narsistik.

Saya bersyukur kerana dibesarkan oleh keluarga yang sangat menjaga syariat Islam dan dapat mengimbangi pemikiran baik dan buruk secara saksama.

Saya sedih apabila menyedari yang saya terpaksa meneruskan kehidupan dengan individu yang dibesarkan dalam keluarga yang amat menekan anak-anaknya, ibubapa yang bercakap buruk di belakang anak-anak dan mementingkan diri sendiri. Saya tak mampu lari lagi.

Kerap juga memikirkan bahawa terdapat pro dan kontra untuk lari dari situasi ini. Anak yang mungkin terabai.

Dalam masa yang sama jika diteruskan, pengaruh dan efek negatif yang akan timbul dalam diri anak-anak dan dikhuatiri akan memberi pengaruh pada kehidupannya di luar nanti.

Walaubagaimanapun, saya tetap gagahkan diri berada di sini, hadap apa sahaja demi cuba memberikan yang terbaik bagi anak-anak (walaupun saya sedar bahawa mereka mengalami pengalaman pahit).

Oleh yang demikian, saya rasa amat perlu menasihati individu yang belum bernikah, supaya kenali dulu latar belakang keluarga calon pasangan hidup. Dekati keluarganya secara bijak. Look how they respond you in whatever situation.

Bagi individu yang merasakan sudah tersalah memilih pasangan pada awal perkahwinan, berundurlah.

Saya titipkan bahawa anda perlu memikirkan masa depan anda / anak-anak yang lebih bersinar. Tak usah menangguk di air keruh.

Diri sendiri perlu bahagia jika ingin membahagiakan orang lain.

Sekian, terima kasih atas masa anda membaca luahan ini

– Tetap mengharap sinar dihujungnya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *