Teringin Nak Bersama

Hi, saya kenalkan diri saya Cik S, berusia pertengahan 20an, masih baru dalam kerjaya sebagai seorang guru. Namun, masih di sektor swasta (Semoga ada rezeki melangkah ke sektor kerajaan)

Sebelum itu, saya nak minta maaf jika susun atur ayat saya tidak menarik dan terlalu ringkas. Sebab saya nak cepat dan tiada masa yang mencukupi untuk mengarang panjang-panjang.

Saya sebenarnya takut nak berkongsi confession di sini kerana saya perasan ramai juga dalam kalangan sedara mara, sedarah daging saya yang merupakan pembaca tegar di sini. Tetapi, takpelah. Semoga tiada yang mengenali diri ku ini.

Saya sebenarnya nak luahkan masalah saya yang mana aku mempunyai keinginan yang tinggi sangat untuk nak ‘bersama’ dengan calon lelaki saya.

Saya sebenarnya dah ada bakal pasangan, yang mana dia pun seorang guru yang baru sahaja posting di sekolah kerajaan tahun lepas. Saya namakan dia sebagai M. Tua setahun daripada saya.

Kami sama-sama kenal di universiti, dan baru memulakan langkah untuk bercinta selepas berkenalan di tahun akhir universiti.

Saya dan M sebenarnya dah bercadang untuk nikah secepat mungkin. Tetapi yang jadi masalahnya sekarang kami masing-masing masih baru memulakan kerjaya. Ekonomi kami masih belum stabil.

Tetapi saya dapat rasakan sebenarnya kami masing-masing dah tak tahan. Tiap kali telefon mesti masing-masing akan lepaskan rindu dengan cara yang tidak menyenangkan (Ghairah).

Sampai satu tahap saya rasa kadang-kadang macam dah melampaui batas pula. Yela, nafsu muda. Sebenarnya dah berapa kali juga saya dan dia rancang untuk buat kursus kahwin dahulu.

Namun sampai sekarang kami masih belum dapat pergi selesaikan kursus kahwin tersebut disebabkan kekangan masa & program-program sekolah (Terpaksa tangguh padahal dah bayar). Nak jumpa family pun kami masih belum sempat lagi. Banyak kali juga kami tangguh Huhu..

Jadi, saya nak tanya pembaca sekalian. Macam mana ya nak selesaikan masalah ini? Macam mana nak susun atur semuanya?

Saya kalau boleh nak usahakan untuk segera. Tapi masing-masing masih baru memulakan kerjaya, masing-masing dalam keadaan terumbang ambing.. huhu.

Saya minta pendapat di sini sebab saya takut kalau-kalau kami berdua makin melampaui batas. Walaupun alhamdulilah setakat ni kami tidak berpegang tangan atau bersentuhan apa-apa.

Masing2 pun tengah struggle kumpul duit dan selesaikan satu per satu dulu komitmen masing-masing. Cuma itu lah, saya risaukan perkara2 yang tidak diingini berlaku tu sajalah yang buatkan saya nak minta pendapat kalian.

– Cik S (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

9 Comments

  1. Jangan berjumpa di tempat sunyi, jangan jumpa selalu, dan cepat2 segerakan perkahwinan, buat yang wajib je, buat lar apa2 alasan untuk segerakan pernikahan, contoh sibuk ke, ape ke, janji segerakan pernikahan.

  2. Kalau nak nikah, fokus pada nikah sahaja. Program2 semua tu tinggal lah dulu, mustahil tak boleh skip. Habiskan kursus kahwin & daftar nikah. Buat yang wajib je dulu. Majlis2 tu buat kemudian bila dah ada duit. Bajet untuk nikah sahaja tak sampai RM2k.

  3. nikah ja dulu, dah kurus kawen kau tangguh, jumpa mak bapak kau tangguh, nafsu pun tangguh la dulu sampai selesai semua.

  4. Pada hemat sy, buat majlis akad nikah dulu..majlis tu kemudian pun takpe, mcm sahabat sy dia buat gtu la..ok je family masing² faham sbb dia bagi alasan sibuk dgn urusan kerja..

  5. sebab tu adanya garis panduan cara taaruf antara lelaki dan perempuan sebelum nikah. dalam al-quran pun dah jelas tertulis “jangan mendekati zina” bukannya “jangan berzina”. time nie la syaitan yg direjam rancak dgn hasutan2 jahat mereka. semoga urusan si pengadu dan psngn dipermudahkan. bykkan membaca kisah rumahtangga yg sudah berpengalaman. rata-rata sy baca sedap hanyalah seketika. boleh jadi dosa besar tu nnt yg membebani hidup kalian lepas bernikah. nauzubillah min zalik. sy sendiri dah berkahwin tp sejujurnya benda tu tak seberapa pun dik. lepas kahwin lg byk benda yg nak kena hadap smpai benda tu pun tenggelam 😂😂

  6. Banyak layan Netflix ke apa ni? Tu yg lagi galok kan? Usaha la bagitau parents. Benda haram mmg sedap. Kau pun melayan sbb best kan. Set la limit fon call malam hari/ keluar dating ke. Lagi satu.. life tu tak cukup sibuk lagi kalau sempat pikir bab2 tu.

    Definasi sibuk tu bila ko smpai rumah terus cari katil nak rehat tidur je. So sila tambahkan kesibukan diri tu dgn uruskan hal2 nak nikah cepat2.

  7. Dah ready, matang & bersedia? if dua-dua dah, go for it. Otherwise, JANGAN! sbb bila dah kawin nanti adik akan rasa pedih & sakitnya pasangan (atau diri sendiri) yang tak ready, tak matang & tak bersedia. Tak worth pun if sekadar nak ‘tu’ cepat2, adik rasa macamtu sebab adik rancak bercouple, on phone guna suara gersang mmg la nak benda tu on the spot kalau boleh kan? cuba kurangkan, mungkin tak rasa nak kawin sangat, lebih kepada prepare diri, masanya akan sampai.

  8. faham je kalau nafsu tu.. tp 24jam tak kan terfikir bab tu je? cikgu bukan ke busy ke? i know semua manusia biasa. tp…. tepuk dahi cikgu mcm ni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *