Hye semua, salam perkenalan walaupun kita tak kenal.
Tujuan saya tulis ni untuk share tentang kuasa doa simple yang saya amalkan sepanjang hidup saya. Mungkin dapat membantu sesetengah pembaca yang memerlukan. Dapat la juga pahala dekat saya kan.
Saya ni bukanla baik sangat pendosa juga banyak juga lagha tapi semuatu bukanla penghalang untuk kita rasa kita tak layak untuk berdoa. Allah suka tau kita doa meminta kepada-Nya.
Ok untuk doa yang first, selalunya orang cakap baca doa makan semasa nak cari parking, tapi sepanjang drive kereta saya amalkan juga.
Ajaibnya menjadi jugakla, mudah nak lintas jalan, jarang hadap traffic jem. Kalau terlambat pergi kerja pun tiba-tiba smooth ja sampai tepat waktu.
Untuk yang second ni, khas untuk yang tengah cari kerja. Saya takda doa spesifik.
Tapi setiap kali IV, saya sentiasa amalkan Bismillahi Tawakkaltu Alallah la Haula Wala Quwwata Illa Billahil Aliyil Adzim. Alhamdulillah tak pernah gagal IV lagi setakat ni. (Saya je suka reject sebab we need the best among the best gituu).
Lepastu kalau boleh cuba paksa diri bangun malam solat taubat dan tahajud. Seminggu sekali pun okayla. Kita nak, kita kena usaha.
Lastly, setiap sujud solat 5 waktu tu, doa yang spesifik. Minta je nak makanan yang cukup ke, beras tak pernah habis ke, duit sentiasa cukup, apa apa jalah yang nak tu. Setiap sujud dalam solat tau. Mungkin lambat makbul tapi in shaa Allah, Allah tolong. Lambat atau cepat je.
Alhamdulillah setakat ni apa yang saya doa tu Allah makbulkan sikit-sikit. Cuma part kawen je tak makbul lagi, huhu.
Korang yang baca ni tolongla doakan saya dipermudahkan urusan saya untuk kawen ye. Terima kasih in advance!
Terima kasih admin kalau siarkan sharing saya ni. Simple je sebenarnya tu pun ramai tak nak buat tapi still nak salahkan takdir.
Ingat semua jaga hubungan dengan Allah. Betulkan apa yang tak betul Allah nampak niat baik kita.
Ok bye, jangan lupa doakan saya tau, hehe. Maaf ayat terabur sikit.
– Meow (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Terima kasih atas panduan utk berdoa yg diberikan.. saya doakn awk cepat dpt jodoh, ye.. insha Allah.. saya pernah terbaca seorang ustaz (klaw x silap), ada bagi panduan doa kpd yg tgh cari jodoh tu, katanya : “selalu org yg nk jodoh akn berdoa – Ya Allah, cepatkan lah jodohku, pertemukanlah aku dgn jodoh yg sesuai, dan bla, bla, bla.. ..tp klaw dah slalu doa mcm tu dlm tempoh masa yg agak lama, cuba tukar cara (skrip) nk mintak doa tu – Ya Allah, klau lah dgn berkahwin tu akan membuatkan aku lebih dekat kpd-Mu, menjadikan aku dan juga ibu-bapa ku jd lebih tenang & senang di hati, serta perkahwinan yg menghasilkan zuriat yg soleh dan solehah, maka temukan lah aku dgn seseorang yg mnyayangi diriku serta mengambil berat tentang kebajikan ku dan kluarga kami dan bla, bla bla..” ..maksudnya ada ‘twist’ ckit dlm doa tu yg mengutamakan redha Allah dan juga ibu bapa.. kdg2 doa org lain (terutamanya ibu & bapa) juga sgt mustajab, so jom kita doakn kwan2 kita semua supaya dipermudahkan urusan mrk, termasuklah doa ‘confessor’ utk org lain juga.. wallahu a’lam.
just share pengalaman utk jodoh..
1. doakan utk membe2 lain jugak utk dpt jodoh yg baik.
2. sedekah subuh. bole buat tabung sendiri or sedekah online lagi mudah.. lepas sedekah tu sy niat pahala sedekah dberikan pada mak abah kemudian sy doa utk minta jodoh. alhamdulillah..
ia ambil masa, kena konsisten dan sabar.. utk dberikan jodoh pada waktu yg tepat..