Strict Parents Overprotective

Nama saya Kim. Bukan nama sebenar. Saya berumur 23 tahun.

Saya bekerjaya sebagai operator kilang biasa je. Hari-hari saya selalu habis di rumah dan di tempat kerja sahaja.

Masalah saya saya ada parents yang overprotective. Bagi saya memang tak salah nak jadi protective tapi tengok keadaan lah.

Saya dulu kilang ada buat makan2 ramai2. Saya selalu tak dapat join sebab mak saya selalu tak izinkan saya pergi.

Selalu ayah saya ok je, tapi bile ayah saya ditegur dengan mak saya, dia pun turuti mak saya. Saya pula tak dibenarkan pergi ke mana mana.

Saya sangat lah tertekan duduk di rumah, berkali-kali saya menangis didalam bilik saya tapi setiap kali saya menangis saya mesti akan disoal dan lagi kena marah.

Lagi satu bilik saya tak ada kunci. Mereka senang masuk keluar bilik ni. Saya langsung tak dapat privacy dalam hidup saya.

Bukan nak buruk-burukkan parents saya, saya terlalu lama pendam sehingga saya sendiri yang sakit hati.

Saya juga kadang-kadang bertanya pendapat pada pekerja senior di tempat kerja saya tentang parents sya. Wajarkah mereka buat demikian.

Ada yang setuju dengan pendapat saya, ada yang menyebelahkan mereka. Tetapi lebih ke arah pendapat saya. Mereka ada yang tak setuju kenapa parents saya begitu.

“Kau kan dah besar, kau sendiri dah tahu baik buruk semua. Kau dah boleh pikir sendiri.” macam tu lah perasaan saya bile kawan saya cakap macam tu kat saya.

Ada juga org paham saya. Tu baru kawan dikilang, belum lagi kawan sekolah dulu. Saya setiap kali balik sekolah, saya masih tak dibenarkan pergi keluar ke mana-mana.

Saya mesti kena duduk rumah. Saya sepanjang sekolah mana boleh keluar rumah. Lagi saya tidak dibenarkan keluar ke mana-mana.

Saya ingat lagi kata mak saya “Kau jangan keluar mana-mana. Kalau dah habis sekolah kau dah kerja. Kau tak balik pun tak apa.” 

Saya pon dengan semangat tunggu dengan sabar. Sampai lah saya habis sekolah. Tapi haram satu habuk pun, saya tetap tak boleh pergi keluar ke mana-mana.

Lagi mak saya cakap lagi “Tunggu dulu. Kau tu tak ada lesen kereta. Nanti lepas lulus, dah ade lesen kereta. Nak pergi jalan-jalan pun tak apa. Balik pagi pun tak apa.” 

Saya pun teruskan kerja sampai la saya dapat duit untuk amik lesen kereta pulak.

Saya lulus dengan sekali percubaan. Saya dengan happy bila dah dapat lesen kereta. Tapi ambil masa juga sebab time tu saya tiada kereta lagi.

Hanya ambil lesen dahulu. Lepas dah dapat semua yang dia nak. Saya pun dah dapat kereta first saya sendiri.

Dia masih tak bagi saya keluar juga. Dia kata dia tak yakin saya bawak kereta. Tapi saya tahu saya bawak macam mana.

Alhamdulillah tak ada apa-apa hal lagi berlaku. Sehingga saya dah boleh bawak kereta sendiri. Tapi semuanya ada had.

Saya kena balik rumah sebelum gelap. Padahal dia bagi saya keluar selalu waktu sudah petang. So waktu saya tak banyak diluar.

Bila saya pulang lewat sedikit dari time yang dibenarkan saya pasti kena marah. Dan mak saya tak akan bercakap dengan saya. Dia akan selalu mengadu dengan ayah saya.

Saya kena lagi. Selalu saya yang kena, adik beradik lain saya semua tak kena. Saya anak ke 3 dalam 5 orang adik beradik.

Sedih betul bila kena macam ni. Tak berlaku adil dengan saya. Saya cuma nak bahagia zaman muda saya.

Sampai saya dah berkenal dengan bagai2 orang, sehingga satu hari saya kenal dengan bf saya yang sekarang.

Saya mula ada hati dengan dia sehinggalah satu hari saya nak bawak dia jumpa parents saya. Btw bf saya bukan orang dekat, dia orang jauh.

Kitorang LDR dalam tempoh 4 bulan. Lepastu saya ajak dia jumpa dalam bulan yang ke 5. Saya dah kenal juga dengan family bf saya.

Kawan kawan dia pun dah kenal dengan saya. Dia pun ada niat baik dah nak ajak saya berkahwin dengan dia. Saya lagi happy sebab akhirnya ada juga orang yang nak ajak saya kahwin.

Saya pun excited gila nak ajak jumpa dengan mak saya. Saya pun cakap dengan mak saya baik2 satu hari tu. 

Agaknya mood mak saya tak baik time tu dia cakap camni kat saya “Saya tak nak jumpa siapa-siapa pun. Kau jangan pandai-pandai ajak orang datang rumah saya.”

Saya terdiam sejenak. Saya dah mati akal.

Macam mana lagi saya nak buat. Esok saya try lagi. Dia masih berdiam diri dengan saya.

Adik saya ade bf jugak, bf dia pun nak ajak serius dengan dia. Mak saya pulak beria nak budak laki tu datang rumah. Bila part saya, dia tak bagi.

Sebab tu saya pun buat keputusan saya, saya keluar senyap2 jumpa dengan bf saya kat luar. Saya cuma dah buat baik, saya ade niat baik tapi semua ditolak. Saya cuma nak kahwin je.

Mak saya yang sendiri cakap dengan saya kalau saya nak keluar dari rumah ni, cara dia satu je dengan berkahwin. Saya nak kenal kan dah menantu baru kat dia tapi dia yang tak nak. Macam mana lagi saya dapat berkahwin.

Dulu mak saya cakap yang dia kata saya boleh cari pasangan sendiri. Ini pulak dia menolak semua orang yang saya kenal kat dia. Sekarang dia pulak yang nak carikan calon untuk saya.

Dia cari pulak semua jauh umur dengan saya, ada yang 40 an sekali. Dia pikir saya ni tak ada taste ke. Aduhai mak saya ni.

Saya perlu kan cinta, hati saya sekarang sepenuhnya pada bf saya. Yang orang tua umur 40 an tu harap nak harta yang tak seberapa dia pandang. Saya masih ada kudrat saya, saya pun ada harta saya sendiri atas titik peluh saya.

Saya tak pandang harta siapa-siapa. Duit boleh dicari. Saya tetap dengan pendirian saya.

Boleh dikatakan saya dah betul-betul tertekan duduk dirumah ni. Ada sahaja benda yang saya buat tak betul. Adik beradik saya buat semua betul.

Saya sahaja diperlaku macam ni. Saya sampai ada terfikir nak lari rumah sekarang ni. Saya nak sahaja pikir sampai nak kawin lari.

Sampai macam tu sekali. Yang part tak diingini, saya keluar lagi dengan bf saya tetapi kantoi, bf saya kena tumbuk dengan ayah saya. Tapi dia tak buat apa-apa pun dengan saya.

Kami pun tak buat apa-apapun. Saya sedih gile time tu. Saya mampu berdoa.

Saya lagi kena pukul time tu. Saya tak bersalah. Saya cuma nak bahagia.

Saya sampai merayu dengan ayah saya, restu kan saya. Saya nak kahwin dan terus keluar dari rumah tu. Tapi ayah saya masih tahan tahan saya.

Saya tak nak duduk disini lagi. Biar la saya hidup berdikari. Saya dah besar.

Saya harap semua orang doakan baik2 untuk saya. Saya harap sangat parents saya paham sangat keadaan saya yang sekarang rasa tertekan. Saya menangis tanpa henti, setiap kali solat saya berdoa.

Saya ingin bahagia, saya nak ada family saya sendiri. Saya insyallah berjaya , saya hanya perlu doa mereka sahaja. Saya tak ingin berdosa, tapi mereka yang buat saya sampai jadi macam ni.

Saya tak mahu jadi berderhaka. Tak terlintas minda saya. Saya cuma mahu mereka paham saya.

– Kim (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. kesiannya awak dik, situasi kita hampir sama tapi parents akak tak teruk macam ni la, diorang bagi akak kahwin, then baru la bebas pergi duduk jauh2. Best selalu boleh keluar vacation dengan member2 and suami. takde orang halang, dah tak gaduh apa semua. Akak nasihatkan awak kumpul duit then face to face dengan parent luah semuanya, ungkit semuanya yang mak awak pernah janji. minta baik2 kata awak nak kahwin, kalau diorang masih berkeras, kata kat diorang awak nak menyewa kat luar. Bincang baik2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *