Luahan Ibu Anak Sekolah Rendah

Aku tak tahu la aku bakal dikecam atau diberi komen positif selepas anda semua membaca confession ni. Dah confess kat sini, terima je lah pendapat kan. Hahaha.

Aku cuma nak berkongsi 2 kisah anak aku yang buat aku rasa ralat dengan cikgu dia. Tujuan confession ni bukan untuk beri teguran pada cikgu dia sebab bukan benda besar pun kot cuma sebagai pengajaran kepada bakal guru atau guru-guru yang sedang membaca ni.

Aku juga bekas guru sebelum aku membuat keputusan untuk berhenti kerja selepas bersalin anak pertama. Sekarang aku berniaga. Kenapa berhenti? Sebab anak.

Kerja suami memerlukan dia keluar seawal pagi dan balik bila dah masuk waktu isyak sebab jarak tempat kerja dia agak jauh.

Anak aku darjah 2, perempuan, bukan jenis yang lasak suka main macam macam. Dia balik sekolah hampir tak pernah comot. Macam mana keadaan dia masa pergi sekolah, macam tu lah dia masa balik.

Kisah pertama, di sekolah kebangsaan. Pernah sekali anak aku balik sekolah dengan baju sangat kotor dan basah sangat. Kasut stokin luar dalam semua basah. Aku tanya dia kenapa.

Hari kejadian tu hujan. Dia cakap masa rehat dia terjatuh atas lopak air kat kantin sebab licin. Dia jatuh tertiarap. Bahagian depan baju dan seluar dia memang habis basah dan kotor.

Aku tak kisah yang kotor tu sebab biasalah budak tapi basah tu. Kesian dia berbasah dari masa rehat sampai balik sekolah. Menggigil dia masa aku ambik sebab sejuk.

Kalau tengok dari keadaan masa aku ambik dia petang tu, masa rehat confirm air menitik dari pakaian dia. Macam mana dia belajar dalam keadaan macam tu. Entahlah sebab pengalaman aku masa sekolah dulu, kalau ada kejadian macam ni, cikgu bagi baju tukar.

Kat sekolah aku dulu, sekolah kampung, memang ada cikgu sediakan baju untuk pelajar pinjam jika ada kejadian kejadian yang perlu untuk pelajar tukar pakaian dia. Ni untuk sekolah rendah lah. Aku tanya, tak bagitau cikgu atau cikgu tak nampak ke? Dia cakap ada cikgu nampak.

Entahlah. Kalau kejadian tu dekat nak balik sekolah, aku ok je. Tapi ni masa rehat, lepas tu ada lebih kurang 3 jam lagi waktu belajar. Kalau aku sebagai cikgu pun, aku tak sanggup tengok pelajar aku macam tu.

Kisah kedua, kat sekolah agama. Anak aku sakit perut. Pagi sebelum ke sekolah dia ok je. Nak dijadikan cerita, kat sekolah dia start cirit birit. Dia terberak dalam seluar. Aku tahu masa aku ambik dia time balik sebab pakaian dia basah nak masuk kereta. Rupanya dia terberak..

Dia bagitau cikgu, cikgu suruh cuci dan bagi plastik je utk letak panties dia. Seluar baju dia pun terkena najis. Dia cuci sendiri seluar baju dia dan dia pakai balik. Seluar ok la. Tapi baju.

Budak kan mungkin tak terfikir nak buka baju baru cuci. Jadi dia cuma cuci bahagian belakang baju setakat dia boleh je.

Aku tengok, masih ada najis kat baju dia, dan berbau. Lagi soalan aku, macam mana dia belajar? Sebab kejadian tu sebelum kelas untuk subjek terakhir.

Macam mana dia dalam kelas dengan bau dan duduk dengan baju dan seluar basah? Kenapa cikgu tak maklum pada aku keadaan anak aku?

Maafkan aku. Aku tahu mungkin apa yang berlaku pada anak aku bukan skop kerja seorang guru. Tetapi aku mohon belas ihsan je. Kalau ada yang nak cakap, cuba la jadi cikgu dulu baru tau.

Ye. Aku pernah jadi cikgu. Aku pernah cuci pelajar aku terberak, pernah cuci muntah sebab masa tu pelajar aku tak sihat. Lepas tu aku bagitahu parents dia. Tudung pelajar aku senget, rambut terkeluar pun aku betulkan.

Kalau ada yang nak cakap kenapa bagitahu kat sini, tak direct kat cikgu tu sebab benda dah jadi, aku malas nak kecoh sebab ye bukan benda besar pun kot.

Cuma macam aku bagitahu tadi sebagai bacaan atau pungkon pengajaran untuk cikgu-cikgu yang baca confession ni.

Mungkin bukan skop kerja anda tapi mohon belas kasihan. Mereka masih budak. Anggaplah pelajar itu anak-anak anda.

Kalau tak nak tolong, at least boleh call ibu/bapa dia bagitahu keadaan anak mereka. Kalau anda sebagai ibu/bapa, sanggup ke biar anak anda dalam keadaan macam tu?

– Ibu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Allah kesian anak puan,
    Kalau sy pon mst akan assist budak tu smpaila dia selesa. Baru 8 tahun tak tahu serba serbi lg.hurmmm.
    Nak jumpa cikgu baik pon satu rezeki.Puan doakan setiap masa supaya orang2 yg keliling anak tu baik.Yg jaga anak tu Allah, dgn doa puan akan hadirlah org baik-baik.

  2. Kecian ank sis ye..tbyang ank sndiri.. btul ape sis ckp.. cikgu2 bleh call parent jika ad pape blaku dkt ank2.. parebt boleh dtg amek..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *