Hi semua. Aku Lyla, 30 tahun, dah berkahwin dan belum direzekikan anak.
Baru-baru ni viral cerita Janna Nick yang telah buang saka oleh Asyaraf Muslim. Cerita Janna ni menghampiri kisah aku. Tapi bezanya Janna dah buang. Aku? Aku pun tak pasti.. Haha.
Kisah pahit manis aku dengan alam ghaib ni bermula dari aku kecil lagi. Aku tak lah kata aku special, tapi ada waktu aku diberi rezeki boleh nampak dan rasa kehadiran makhluk bukan manusia. Tapi waktu kecil aku memang dengan dunia aku.
Bukan nak kata aku berhalusinasi atau apa. Dunia waktu kecil aku yang kalau flashback bukan dalam keadaan baik tapi aku happy dengan dunia aku tu. Sampailah aku belajar ada perasaan, waktu kena khianat kawan baik.
Aku dari kecil membesar dengan ibu susuan. Masuk sekolah baru mak aku ambil bawa duduk dibandar. Akak abang macam biasa, selalu buli aku tapi aku tak pernah peduli.
Aku pelajar cemerlang. Mak ayah aku tak pernah nampak potensi aku tapi aku tak peduli pun. Aku terus bawa diri sampai jadi ketua pelajar. Pertandingan itu dan ini semua aku sapu dan menang.
Kalau nak cerita dari awal memang sangat panjang. Aku fokus dulu untuk cerita kisah aku putuskan pergi berubat baru² ini. Kalau ada masa lagi nanti aku share cerita yang lain. Panjang sikit. Harap mana aku melalut tu minta maaflah ya, haha.
Dah 30 tahun hidup dengan kebolehan nampak dan rasa makhluk yang tak sepatutnya ni. Banyak orang tegur aku suruh berubat. Ada yang kata aku terkena buatan orang. Ada juga yang kata aku ‘dijaga’. Bukan aku tak nak berubat, cuma aku masih in denial.
Kita hidup didunia bukan hanya manusia, haiwan dan pokok sahaja. Dan aku sentiasa yakin yang aku selamat dari macam² ni sebab dijaga oleh Allah dan doa² mak ayah mungkin. Haha..
Semua berpunca dari aku yang belum diberi rezeki anak setelah 5 tahun berkahwin. Dari segi fizikal, alhamdulillah kami laki bini sihat.
Aku penderma darah yang aktif dan kami juga telah berikrar sebagai penderma organ setelah mati esok. Semua normal. Gaduh dalam rumah tangga pada kami masih normal sebab selalunya gaduh besar mana pun hujung² masih rukun.
Suami pernah cuba diganggu perempuan muda, aku juga pernah dicuba ganggu lelaki bujang. Hujung² alhamdulillah jodoh kami masih kuat.
Orang tua mana yang tak risau anak masih belum dikurnniakan zuriat. Pada aku biasalah mulut orang. Tapi tak pada mak aku. Aku anak bongsu, akak² aku dah beri cucu banyak pun belum cukup untuk dia. Semua sebab sepupu² aku yang hebat reproduction tiap tahun.
Aku tak pernah cemburu, malah jujur aku tumpang happy. Tapi tiap kali aku beri riaksi gembira, orang pandang aku dengan simpati. Kalau aku tak beri riaksi pula, orang kata aku cemburu atau sedih.
Aku tak pernah sokong childless life pun. Cuma Allah tuliskan rezeki aku lain dari kebanyakan orang. Aku redha je.
Panjang pula aku explain haha. Raya baru ni, aku balik rumah mak. Sebelum ni mak pernah beritahu, nak bawa aku berubat tapi aku iyakan je.
Jadi waktu raya baru ni aku, suami dan mak balik kampung dan berjumpa satu ustaz, bekas tok imam kampung. Dah lanjut usia dan tak lagi mengubat orang. Tapi sebab mak kenal rapat ustaz ni, dia cuba bantu kami.
Suami tak tahu pun yang datang beraya tu untuk berubat. Aku pun tak tahu yang waktu tu juga dia nak mengubat. Aku ingatkan datang melawat biasa sahaja.
Tapi benda dah jadi, mak pun dah insist aku suruh buat, aku layankan. Suami tak berapa setuju tapi aku beritahu suami untuk layankan sahaja dan duduk belakang sikit dari aku.
Ustaz pun mulakan prosess yang dia kata scanning sebelum proses seterusnya. Segala perhiasan seperti cincin, jam, gelang dan rantai diminta cabut.
Aku sebenarnya takut. Walaupun bertahun aku dah jumpa bermacam rupa dan bentuk, tapi yang buatkan aku takut adalah aku tak nak rasa kena histeria atau meracau macam yang selalu orang kena waktu berubat tu. Selama aku hidup, aku hanya pernah perhatikan orang lain sahaja.
Macam kakak aku dulu pernah terjatuh terus lumpuh. Masuk hospital pakar tulang saraf semua cakap sihat tapi dia masih tak boleh bangun.
Akak meracau masa berubat dan aku menyaksikan sendiri. Belum pernah terjadi dalam hidup aku sendiri yang kena. Kalau ada masa nanti aku cerita kisah akak aku tu, haha.
Hati aku nak juga tahu, siapa dan apa benda yang ada dalam diri aku ni. Betul ke ustaz ni boleh nampak? Betul ke ustaz ni boleh keluarkan? Semua ni dalam otak aku waktu ustaz baca bacaan Al-Quran. Dalam masa sama, aku juga ikut baca dalam hati surah² dan ayat yang aku hafal.
Perasaan waktu tu? Hati aku ada rasa sedikit takut. Mungkin sebab ketakutan tu buat badan aku sedikit begetar tapi aku cuba tahan. Otak aku ligat, dengan banyak persoalan sambil cuba ikut baris ayat yang ustaz baca. Risau juga kalau benda tu ada dalam suami.
Aku cakap dalam diri, harap² jangan ada apa² dengan suami. Kalau apa² biar aku sahaja, sebab ini kemahuan mak aku. Aku tak nak jadi isu kemudian hari.
Aku bertelekung dan berstokin, duduk melunjur. Belakang aku sikit ada suami. Habis ustaz berubat suami, sekarang giliran aku. Makin kuat rasa badan aku bergetar. Nervous ketakutan, tapi aku lawan. Aku yakin, aku tak ada apa² pun.
Tak bersentuh, mula dari atas umbun². Kemudian ustaz hala tapak tangan kanan ke muka dan badan, tapak tangan kiri kat dada ustaz sambil membaca ayat Quran. Macam postur iron man keluarkan kuasa tu hehe.
Next, dengan berlapik kain telekung, ustaz picit hujung ibu jari aku dengan kuku dia. Macam ada electric shock sikit tapi aku tahan, lagak tak ada rasa apa². Makin kuat dia picit, sakit oi.
Selesai itu, hujung ibu jari kaki pula kena tekan dan aku masih menahahan sakit tu. Otak aku cakap, bukan sakit sebab ada hantu. Dah memang logiknya kena cucuk kuku kat hujung jari memang lah sakit. Haha.. Masih in denial padahal jantung kemain laju lagi.
Selesai picit ibu jari kaki aku, ustaz tu seolah menarik keluar sesuatu sambil menggenggam ketat kedua tangan dan menggigil². Waktu ustaz tarik tangan dia tu aku rasa macam sedikit tertelan nafas aku.
Macamana nak explain ye, spontaneously aku rasa macam tersentak tarik nafas dalam tiba². Tapi aku masih lagak cool je masa tu
. Dalam genggaman ustaz tu baca² ayat Al-Quran, dan dia campak sesuatu kearah tingkap yang langsir dah dikuap sikit dari awal tadi. Aku hanya rasa ada seperti angin berdezup keluar tingkap, dan hening seminit dua.
Ikutkan jam kita, proses ni sekejap je. Tak sampai 10minit pun untuk aku dan suami berubat. Tapi bagi aku yang ikut dalam proses ni rasa lama betul nak habis. Rasa macam dah berjam².
Ustaz cakap, aku ni ramai nak ‘berkawan’. Yang dia buang tadi tu yang cuba nak ikut aku waktu kat jalan. Yang bersarang dalam diri aku tak ada, cuma aku ni mudah untuk ‘dia’ ikut.
Hati kecil aku cakap, mungkin aku selalu cakap ‘dia’ tu dengan panggilan ‘si kawan’. Sebab tu dia suka nak berkawan hehe.
Ustaz pesan supaya aku kena hati² juga sebab silap langkah boleh jadi lain. Kena lebih banyak buat ibadah. Masalahnya hakikatnya untuk aku, lebih banyak aku beribadah lagi jelas pandangan aku dengan dunia ‘dia’.
Pernah aku rajin solat sunat, puasa dan memgaji. Ligat wehh dia tunjuk depan mata. Siang² pun ada. Kalau aku biasa² buat mana yang wajib je, masih nampak. Tapi tak jelas. Dia macam bayangan je. Haha.
Balik dari berubat, suami aku senyap. Tak beri review tak bercakap apa. Boleh nampak dalam anak mata yang dia sebenarnya takut sebab arwah atok dia dulu pengamal perubatan yang bukan islamik tapi semua tu dah dibuang oleh pakcik² dan ayah dia.
Keluarga aku tak ada yang tahu tentang ini. Sebab tu dia agak terkejut waktu mak cakap suruh ustaz tu ubatkan kami.
Aku minta maaf juga dekat dia tak beritahu awal semua. Lega bila dia tanya aku ok ke sebab ustaz tu cakap yang ada ‘sakit’ tu aku.
Aku gelak je la sebab sakit kena picit dengan kuku hujung ibu jari tu bengkak lah juga beberapa hari haha. Macamnilah kami, banyak masa yang kami saling tak setuju sama sendiri tapi hujung² tetap rukun.
Maaflah kalau cerita aku agak cliche. Mana yang terhibur tu aku minta doakan kami supaya beri keturunan soleh solehah.
Aku yakin rezeki akan datang waktu yang tepat nanti. Cuma aku manusia yang ada perasaan, kena perli kena kecam sebab belum ada zuriat, siapalah yang tak terasa.
Nanti ada masa aku kongsi cerita aku jumpa penghuni gunung kinabalu. Ke nak cerita tentang jin yang berpaut dekat kaki akak aku sampai lumpuh tu dulu? Haha..
– Lyla (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit