Jiran For Sale II

Untuk part I, (https://iiumc.com/jiran-for-sale/).

Assalamualaikum semua. Kembali semula ke acara lelongan jiran musim kedua. Hahaha.

Btw, aku dah baca dah semua komen korang. Boleh tahan kelakar jugak eh korang ni. Dekah aku baca. And thanks jugak pada yang bagi macam-macam suggestion, aku take note semua dan antaranya aku tengah usaha nak pasang cctv dekat rumah for safety purposes. Tengah survey sopi. Drop link dekat komen kalau ada suggestion. Kalau boleh tak pakai wifi sebab kawasan rumah port penuh.

So kali ni aku bukan nak promote jiran lagi dah. Sebab ada yang cakap aku jujur sangat promote jiran. Harus tak laku. Kitonyo lurus, fail bab sales and marketing nih. Hahha. Kali ni just nak update perangai ‘jiran kiriman syurga’ aku ni (lepasni aku shortform JKS lah ya) sejak kes parang hari tu.

Perangai nauzubillah JKS ni masih diteruskan. Gaduh laki bini pukul 2-3 pagi still ada tapi tak teruk macam before ni. Kalau dulu hampir setiap hari kan. Kali ni ok lah, sebulan sekali. Tapi aku tak paham kenapa kena jerit pagi buta pukul 2-3 pagi. Tak boleh ke kalau nak gaduh pilih timing orang belum tido ke kan. Ini time esok orang kerja, time tulah ko gaduh jerit nak bagi satu kampung dengar.

Selalunya aku akan cuba bertahan dengan pasang ruqyah dulu untuk sabarkan hati aku. Tapi bila dah sejam aku tunggu still tak settle jugak, makin kuat lagi dia jerit. Panas hati aku. Takut-takut berani aku jerit balik suruh senyap. Hahaha. Setakat ni berjaya lah. Haritu lepas aku jerit balik, aku dengar dia start enjin kereta belah. Cisss.. Kalau tau tak yah aku tunggu sampai sejam.

Aku rasa dia pun takut jugak sebab aku still ada video yang aku rekod dia bawak parang tu kan. So kalau dia buat hal, polis dah bagi green light untuk buat report. Tapi tulah, dia dah tukar game plan sekarang. Dia tak tunjuk belang depan-depan dah. Dia main psiko pulak. Tapi aku rasa dia yang terpsiko lah lepas tu. Hahahaa.

Ok aku recap sikit dari cerita before ni. Kawasan rumah kitorang jenis tanah lot berpagar. Depan rumah aku ada side road yang aku selalu parking kereta. Then ada jalan 2 lane, lepas tu ada side road seberang jalan then ada tanah kosong yang kitorang jadikan kebun.

Ingat tak aku cerita dia parking bas dekat side road kebun depan rumah aku sebab dia claim tu kawasan dia, tapi sebenarnya polis dah suruh dia parking depan lagi ke arah rumah dia. Sampai sekarang dia tak ikut pun. Tapi kitorang biarkan je sebab malas nak gaduh.

Cuma ya lah rumah aku ni sentiasa ada orang datang, so sesekali memang akan parking dekat side road area kebun yang dia claim kawasan dia. Nak dijadikan cerita, hari tu ada orang datang, kebetulan dia keluar bawak bas. Jadi tetamu aku ni parking lah dekat tempat dia parking bas. Makanya, lepas dia balik tu dengarlah dia meroyan menjerit-jerit cakap,

“Aku dah cakap dah start dari tiang lampu tu (depan rumah aku) kawasan aku. Kau sibuk nak parking situ. Kalau kau banyak kereta sangat beli lah rumah banglo”. Dan panjang lagi lah dia bebel jerit-jerit nak bagi satu kampung dengar.

Tapi member takde teloq. Dia jerit dari rumah dia je. Takdenya nak gentle datang rumah bagitau atau minta baik-baik. Kitorang gelak jek lah. Tambah sorang lagi tetamu kitorang yang tahu perangai JKS ni.

Then, kan aku ada park kereta dekat side road depan rumah aku. Aku tekan kan lagi, DEPAN RUMAH AKU. Kebetulan kereta tu bateri kong so dah lebih seminggu tak gerak sebab aku tunggu gaji nak beli bateri baru.

So tersadai lah kereta tu depan rumah. Aku tak tahulah apa perangai JKS ni. Sengaja nak provok ke apa sebab aku memang tak faham. Dia tiba-tiba boleh parking kereta depan rumah aku, depan kereta aku yang tersadai tu.

Dan cara parking, bontot kereta dia tu betul-betul dekat dengan bonet depan kereta aku. Dia punya dekat ni, kalau korang ambil pembaris pendek yang 15 cm tu ukur jarak, pembaris tu lagi panjang dari jarak kereta ni. Sejengkal pun tak sampai. Mesti korang tertanya-tanya depan rumah dia tak boleh parking ke? Aku pun sampai sekarang pelik.

Ok sekarang aku cerita keadaan depan rumah dia pulak. Korang imagine k. Depan rumah dia ada side road jugak sama macam rumah aku. Tapi side road ni tak pernah aku nampak orang parking kereta. Kosong je, ada rumput. Side road rumah aku mak aku upah orang tar, tapi sekarang dah naik rumput.

Seberang jalan tu ada side road jugak. Patutnya boleh lah dia parking bas dekat side road sini tapi entah lah. Sebelah side road yang seberang ni, dia buat car porch dua biji then ada kebun sikit & pokok-pokok besar. Bab kebun pun ada kisah nanti aku cerita.

So, kalau korang jadi aku, apa alasan dia tak parking dalam car porch dia tapi sanggup menempel park depan kereta aku. Tapi macam biasa lah, aku malas nak layan. Aku cakap dengan family aku semua biarkan je jangan dilayan orang tak cukup akal ni. Biar Allah yang buat kerja.

Nak dijadikan cerita, tak lama lepas tu tayar bas dia pancit masuk paku pontianak bak kata dia. Aku baru terdetik dalam hati semoga tayar bas dia pancit, tup tup Allah makbulkan pulak. Hahaha.

Tapi yang tak bestnya, dia meroyan jerit satu kampung cara macam nak tuduh kitorang buat. Ayat dia yang aku ingat lebih kurang,

“Aku cuti 2 hari (weekend), bas tak jalan. Tiba-tiba nak pergi kerja bas melayang. Tayar pancit ada paku panjang yang nak paku pontianak tu. Siapa lagi yang buat?”. “Depan-depan tak nak cakap, belakang buat senyap-senyap. Tak puas hati gentle lah cakap depan-depan”. Ni semua dia cakap jerit-jerit hadap rumah kitorang. Tapi macam biasa tak layan.

Psiko tak jiran aku. Aku ingat anak jek psiko. Tapi tulah orang cakap, mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Masa raya haji tu, family aku ramai join buat qurban. Then kitorang pun join tolong orang kampung melapah. Jadinya dapat banyak sangat daging qurban.

So, adik aku ni agih lah bagi kat mak JKS ni. Korang tau apa ayat first dia? “Ikhlas ke ni?”. Dengan muka teging tak senyum apa. Weyhhh aku terkedu lah. Ape seyhhh!! Ok itu tak pe lagi.

Kebun depan rumah aku ni, eventhough depan rumah aku tapi bahagi dua. Separuh kebun diorang, separuh kebun kitorang. Aku tak tahu kenapa macam tu sebab awal kitorang pindah enam tahun lepas dah memang macam tu. Cuma Arwah Atok (atok JKS) dah buat sempadan untuk bahagi dua gitu.

So, banyak lah parents aku dah tanam macam-macam kat kebun tu. Depan rumah diorang pun ada kawasan lapang sebelah car porch tu, untuk kebun.

Disclaimer, Arwah Atok baik ya dengan kitorang. Before dia meninggal kitorang harmoni je sebab family JKS belum pindah masuk lagi. Masa Arwah Atok hidup, haram nak nampak dorang ni datang jenguk sebulan sekali ke. Padahal Arwah Atok ni jaga Arwah Nenek yang fully bedridden.

Mind u, both of them ages 90+ yo. Bayang eh umur 90+ jaga bedridden patient dengan jalan bongkok. Tapi Arwah Atok memang kuat lah , siap boleh masak, boleh berkebun lagi.

Disclaimer lagi, tonah kosong area kebun ni tanah rizab kerajaan. So kitorang tak pernah persoalkan pun kenapa kebun dia depan rumah kitorang. Kenapa tak buat kebun depan rumah dia. Jiran kan, nak hidup sama-sama bukan sehari dua.

Ao kononnya nak harmoni lah. Kerajaan pun ok jek dengan kebun ni. Sebab wakil gov pernah datang tengok tanah rizab ni. Binaan kekal semua dia robohkan. Tapi macam kebun ni diorang ok je selagi belum ada kegunaan untuk dorang tarik balik.

Aku balik kepada kebun ni. Ada satu hari ni mak aku nampak ada orang masuk kebun kitorang ambil daun-daun pucuk yang mak aku tanam. Mak aku panggil-panggil orang tu dari dalam rumah, tapi orang tu tak nak stop ambil. Banyak kali sampai last, mak JKS ni suruh stop. Rupanya mak JKS ada je tepi tu, dengar je mak aku panggil-panggil tu. Rupanya lagi tu sedara mara diorang.

Kali kedua mak aku sempat jumpa dan tegur elok-elok. Cakap kalau nak ambil tak kisah, tapi minta izin dulu sebab pokok tu mak aku yang tanam. Mak aku tak kisah pun janji bagitau dia dulu. Sebab ramai je before ni nak daun tu, buah ni yang mak aku tanam, mak aku bagi je ambil. Tapi cara beradab lah. Orang Melayu Islam kan.

Ingat ceritanya habis situ. Tup tup mak JKS ni jumpa jiran depan, Pak Zali, cakap kebun depan rumah aku tu semua dia punya. Pak Zali ni sejak ayah aku sakit, mak aku upah tolong siram pokok, jaga kebun. Pak Zali cakap lah, pokok-pokok tu mak ayah aku yang tanam.

Arwah Atok pun dah buat sempadan untuk asing kan kebun kitorang. Mak JKS tak puas hati cakap takde, tu semua kawasan dia, pokok dia. Adoilahhh. Dah lah baru pindah situ, pastu sok tahu semua benda.

Pastu, bukannya nak jumpa mak aku, cakap apa yang tak puas hati semua kan, pergi jumpa orang yang tak ada kena mengena. Padahal before-before tu, setiap kali mak aku balik aktiviti masjid bawak balik makanan banyak, mak aku mesti pass dekat mak JKS.

Kira adalah communication nya sebab mak aku try lah nak buat baik jugak, dah namanya jiran kan. Supposedly kalau tak puas hati, jumpalah kan cakap elok-elok. Ini tak, mengadu domba lagi.

Sebenarnya banyak lagi cerita kelakar. Baru je berlaku ni. Tapi nantilah kalau ada masa ke kalau rajin ke aku sambung. Aku tengah renovate rumah ni. Dah dengar-dengar suara member sebelah tak puas hati. Siap baling-baling mercun lagi.

Kontraktor aku cakap ada terdengar dorang cakap yang kitorang extend ni tanah rumah dia. Adoii… Kitorang extend semua dalam kawasan pagar, tak dekat pun dengan boundary area, kira ada fire access lagi.

Tapi tu nantilah. Aku nak tengok penghujung cerita renovate rumah ni macam mana. Sebab kitorang pun ada plan nak report dekat penghulu kampung, adun kawasan semua. Tengok sejauh mana psiko dia nak pergi. Sementara tu, kita kumpul dulu bukti.

Aku rasa mesti ada yang tak puas hati kenapa kitorang banyak buat bodoh tak layan. Sebab aku ada terbaca, cara paling berkesan “how to give pain to a narcissistic person” adalah dengan ignore buat macam dia tak wujud. Itu akan buat dia rasa terhina. And that’s what we’ve been doing. Nampaklah, dia macam berlawan dengan bayang-bayang sendiri.

Dan kenapa aku panggil dia jiran kiriman syurga. Bukan sebab perangai dia yang melayakkan dia gelaran tu. Tapi jiran macam ni lah yang Allah hantar, moga-moga insyaallah jadi asbab untuk kitorang masuk syurga tanpa hisab. Aaminnnn.

Doakan ya…

– Ads (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Kalau buat kebun dalam tanah rizab kerajaan takda maknanya nak claim bahagian siapa-siapa. Takde maknanya cara beradab orang melayu islam macam tu. Mengaji balik. Siapa nak tanam boleh tanam (siapa-siapa pun boleh ye), tapi kalau ada orang amik hasil itu kena redha tak perlu mintak izin pun sebab kita berkebun pun atas tanah yang bukan hak milik kita kecuali lah ada kebenaran bertulis daripada kerajaan. Yang ni aku tak setuju dengan confessor.

  2. Seeloknya, mse polis dtg aritu, ckp je depan2 semua org, esp. dgn polis tu, “semua jd saksi ni ye, klau sekali je lg c JKS ni buat onar, cth : bising2 bergaduh tgh mlm, or perkara2 yg berkaitan kejiranan, kmi xkan teragak2 nk buat report polis, (beserta bukti dan saksi), biar polis sendiri yg dtg amk utk masuk ke dlm..”, baru dia ada rse ‘cuak’ ckit n ‘berfikir’ dua kali sbelom nk buat ‘kecoh’.. lg stu, org mcm ni, berani d ‘blakang tabir’ je.., bla kena ‘buku dgn ruas’, makna nya ada org yg jerit balik mcm yg awk buat tu, baru dia ‘terkedu’ ckit.. so, skarang dah tau sedikit ‘klemahan’ dia, polis n bukti dia buat hal tu, spt rakaman camera or cctv.. tunjuk je kat polis, jika perlu.., dpd nt ada yg kna parang, atau bini dia yg kna ‘serang’, lg mnyusahkan hati org sekeliling tu, nk pindah pon x berbaloi, klaw rumah sendiri, (lgi pon dia yg dtg kmdn, xkan yg dh lma dduk situ yg kna beralah..), lainlah klaw org yg mnyewa, bole cari tempat yg lbh aman.. wallahu a’lam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *