Mimpi Tak Seharusnya Begitu. Doakan I Tak Hanyut

Hi, I’m Durrah, 35 years old this year. Sepanjang hidup I tak pernah lagi berpasangan dengan sesiapa apatah lagi berkahwin.

I tamat Master program 5 tahun lalu, now stay dekat rumah sebab my Mom dah meninggal dunia dan kind of nak jaga my Dad.

Maybe sebab I dah terbiasa hidup tak berpasangan, I tak rasa perkahwinan tu sebagai keutamaan buat masa ni. I’m in no rush nak cari pasangan.

Apa yang I nak share adalah berkaitan mimpi yang I alami sejak kebelakangan ni. Dan mimpi ni berulang paling kurang sekali atau dua kali sebulan, di mana I termimpikan kawan sekelas I lelaki yang seorang ni.

I akui memang I have zero knowledge and lack of social skills bab-bab berkaitan lelaki tapi yang menjadi isu sekarang dia adalah suami orang.

I namakan dia Khaleef. Kami dulu sekelas dari Form 2 sampai tamat sekolah menengah. Khaleef ni memang student yang digilai ramai sebab ada rupa paras yang menarik, ada kakak, adik angkat (ni semua typical 90s generation’s stuff haha).

Disebabkan kami berdua student yang stay dekat hostel, I dijadikan ‘minah dispatch’ kakak angkat dia untuk delivery hadiah, makanan, etc.

Ada pakej rupa yang menarik, jadi tak menjadi satu permasalahan untuk Khaleef nak jadikan sesiapa pun girlfriend dia, dan dia kind of okay saja sesiapa nak jadikan dia adik angkat.

I tak ada rasa minat ke pada Khaleef? Disebabkan dia digilai ramai buatkan I sedar lah he was out of my league, jadi I tak pernah terfikir nak lebih dari seorang kawan.

Disebabkan itulah I selalu acting rude, sangat jarang untuk kami berdua boleh untuk bercakap elok elok, mesti ada issue yang nak digaduhkan.

Dia okay je cakap nicely dengan I. The problem is me. Dan I pada masa yang sama selalu di brainwashed oleh my Dad jangan berkawan baik dengan lelaki. Kitonyo anok yang obedient, newb.

Tapi satu benda yang I perasan, Khaleef ni suka tenung I dari jauh. Nak kata dia attracted dengan I, mustahil kot sebab I ni rupa awam manja manja gitu. Jauh beza ohh dengan current girlfriend dia LOL.

I tak pasti itu adalah hobi dia atau dia ada simpan dendam pada I. I kan jarang cakap elok elok dengan dia. Yelah, kalau I cakap berlenggok nanti dia ingat I nak cuba cuba jadi calon girlfriend dia pulak ;D

Long story short, around Form 4/5, kami komuniti asrama (geng membawang la jugak) dikejutkan yang dia berkapel pulak dengan seorang perempuan ni, I named her Leez.

Leez ni dari golongan orang berada dan dia susah sikit nak layan orang yang tak selevel dia termasuklah I yang miskin harta ni. Tapi I kaya budi bahasa tau theheeee

Tak ada angin ribut badai segala, tiba tiba suatu hari Leez datang cari I dekat kelas. Dia tanya I okay ke dia berkapel dengan Khaleef.

I pelik kenapa dia perlu tanya I tentang tu. I ni kakak atau family Khaleef ke untuk dia mintak permission. You guys couple lah, I gaduh jah I mahu.

Hari hari kami diteruskan macam biasa dan kami masih lagi sama. Masih cari benda untuk digaduhkan. After a while, Leez datang jumpa I dan sekali lagi dia bertanyakan tentang Khaleef dan I.

“Rest assured, Khaleef dengan I memang tak ada develop any special feeling between us, melainkan teman sepergaduhan semata mata.”

Soon afterward, Leez sendiri inform I yang Khaleef ada simpan perasaan dekat I.

I tak tahu nak respond apa sebab maybe masa tu I ada suka pada lelaki lain.

Kalau nak flashback semula sepanjang I sekelas dengan dia, apa I boleh cakap I selesa bila dia ada walaupun kami selalu bergaduh. Selesa doesn’t mean I want to be special for him.

Atau sebenarnya I ni sukakan/ tersukakan Khaleef tanpa I sedar? Itu bukti. Bukti yang I dungu.

Sepanjang 20 tahun berlalu, sekali saja Khaleef dengan I berhubung di Facebook, casually. Kalau I tak silap 3 tahun lepas tamat sekolah menengah.

I tahu dia dah kahwin dan ada anak dah pun. No hard feeling at all. Then, kami lost contact sampai sekarang. I pun dah tak pernah terfikirkan dia lagi.

But, around 2024 ni, I mula mimpikan dia tiba tiba. Dan it’s getting wild bila dia ajak get back together padahal kami tak pernah ada apa apa hubungan pun. Pelik pelik kan minda di bawah sedar manusia.

I’ve read yang kadang kadang mimpikan seseorang ni symbolize sesuatu yang kita tengah buat. Macam tengah develop satu skill, that person symbolize to that current skill.

Dalam banyak banyak analogi, Allah uji I dengan bermimpikan orang yang tak sepatutnya I ingat. Kepada Allah, I berserah diri sepenuhnya urusan I.

Doakan I tak terbawa bawa dengan mimpi I sudahlah maklumlah tak berpijak di bumi nyata dan minta dijauhkan I jadi orang ketiga hancurkan hubungan orang lain. Aamiin.

I doakan semua doa doa yang baik berbalik to all of you. Many thanks!

– Durrah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Bangun dr mimpi beristighfarlah..Apa yg u cite ni hny mainan syaitan je.takde deeper meaning pon.

  2. Betul… Jangan ambik mimpi tu secara literal. Khalif tu hanya menggambarkan yg awak rindu tentang masa zaman sekolah, zaman carefree,x perlu fikir apa2. Awak sebenarnya tgh penat ‘adulting’ ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *