Plot Twist

Aku nak cerita plot twist terbesar dalam hidup aku. Masa aku kat kolej, aku bercinta dengan sorang perempuan ni, iaitu isteri aku sekarang ni.

Isteri aku tiga beradik dan semua perempuan.Isteri aku anak sulung. Beberapa kali aku pernah pergi rumah dia.

Aku dah kenal semua family dia kecuali ayah dia.. Sebab dia kata mak dan ayah dia dah bercerai masa diaorang ni sekolah lagi. Dan ayah dia tak pernah datang dah jumpa diaorang.

So aku tak ambik kisah la pasal tu. Lepas grad aku kerja kat plus (bukan tempat sebenar). Dekat sini aku bekerja dibwah encik Ramzan (bukan nama sebenar)

Encik Ramzan senior kat sini. Sangat berpengalaman. Orang nya agak serius dan kurang bercakap. Tapi sangat membantu orang2 baru macam aku ni. Tak lokek ilmu.

Dia ni sangat disegani. Dan tak melayan perempuan. Dia jenis focus kerja dia ja la.

Tiba la hari aku nak diijabkabulkan. Terkejut la aku tengok dekat masjid ada Encik Ramzan. Memang aku jemput semua staff datang. Tapi untuk majlis belah lelaki.

Lagipun orang bukan tahu majlis belah perempuan dekat mana. Aku dok fikir aku silap jemput ke.

Dalam keliru2 tu baru dapat tahu, dia adalah wali kepada isteri aku. Iaitu ayah kandung isteri aku.

Dah la aku memang tengah nervous nak akad nikah. Ni berganda2 kejutan aku dapat pada hari tu. Sampai lafaz nikah tiga kali baru sah. Gagap2 punya pasal.

Aku tahu nama ayah isteri aku.. Tapi manusia kan ramai nama yang sama. Betul2 tak sangka tu ayah dia. Oh sunguh kecil dunia ini.

Masa akad nikah tu, dia just perhati aku tapi tak de la tanya atau cakap apa2. Mujur la aku jenis behave kat tempat kerja. Fuh berpeluh2 aku masa tu.

Habis akad nikah dia pun hilang dari radar. Aku memang tak pasti keberadaan dia. Sebab aku dah disibukkan dengan sesi fotografi.

Majlis belah lelaki, ramai staff datang. Tapi dia tak datang. So sampai sekarang staff kat sana memang tak tahu dia adalah ayah mertua aku.

Dekat tempat kerja pun dia macam biasa ja.. Normal as usual. Cuma aku ja macam debar2 dan kekok2.

Lately ni aku kerap tanya isteri aku pasal ayah mertua aku.. Aku tanya kenapa diaorang bercerai.. Tak nak ke satu kan balik. Awak tak rindu ayah awak ke. Awak rasa ayah awak jahat ke.

Isteri tanya awak ni dah kenapa tiba2 sibuk nak tanya semua ni.. Aku kata, awak tahu tak Encik Ramzan bos saya tu sapa. Dia kata mana saya tahu.

Aku kata tu ayah awak la. Iaitu bapak mertua saya. Isteri aku terdiam. Dia kata bagus la. At least awak tak berani nak mengatal dekat office.

Ya salam.. Itu jugak yang orang perempuan ni fikir kan.

Encik Ramzan ni dah macam idola aku tau. Orangnya tenang ja. Rajin sembahyang. Lepas tu dekat meja dia mesti ada quran.. Kerap kali aku nampak dia akan baca quran.

Dari pemerhatian aku di tempat kerja, orang nya sangat baik. Even sampai sekarang dia hidup bersendirian ja. Dari apa yang aku dengar dari orang la.

Orang kat sini tak berapa tahu pasal life dia. Sebab dia kan kurang mesra dengan orang.

Isteri aku cakap, ayah dia dulu ada perempuan lain.. So mak dia mintak cerai.

Aku pun menambah minyak dalam api. Aku kata betul ke. Kalau ya pun tu zaman silam dia..

Mungkin dia dah menyesal dah berubah. Tah2 orang fitnah ke. Mak awak salah faham ke. Tak bagi peluang untuk ayah awak jelaskan keadaan ke.

Aku cerita la segala kebaikan dia kat tempat kerja. Aku kata entah2 mak dengan ayah dia masih menyayangi satu sama lain. Sebab masing2 masih single sampai sekarang.

Dan diaorang ni nampak sepadan. Walaupun isteri kata ayah dia muda empat tahun dari mak dia.

Tapi mak dia pun nampak muda ja. Orang pandai jaga penampilan. Encik Ramzan tu pun sangat kacak. Smart walaupun rambut beruban sikit2.

Aku kata tak patut awak benci ayah awak. Sedangkan awak tak tahu apa pun pasal dia.

Isteri kata saya tak benci. Ayah sekali pun tak pernah datang melawat kami walaupun pada hari raya. Kami pun dah kekok sekarang ni.

Aku kata mungkin dia nak datang, tapi mak awak tak bagi kot.. Isteri diam.

Aku kata cuba tanya mak awak, selama ni dia ada bagi nafkah anak tak. Dari situ boleh tahu dia bertangungjawab ke tak. Isteri masih diam.

Isteri aku kata tu antara mak dan ayah dia la. Dia mana tahu apa berlaku dalam hidup diorang. Dah dia pun masa tu kecik lagi. Tak berapa ingat memori tu.

Ada betul jugak apa yang isteri aku cakap. Cumanya dalam hati, ada jugak la rasa happy. Orang yang aku kagum2 selama ni rupanya dah ada pertalian dengan aku.

Aku ada jugak la berangan2, kan best kalau kami semua dapat hidup macam satu keluarga.

Tapi angan2 tu kan free. Entah akan termakbul atau tidak. Hari tu aku sengaja jemput Encik Ramzan makan dinner kat rumah aku.

Dia tepuk bahu aku, dia cakap next time ye. Aku faham la dia mungkin tak selesa sebagaimana orang2 lain tu la.

Tu ja la aku nak cerita plot twist dalam hidup aku ni.

– Cekodok (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. Tolong jangan push bab2 hal keluarga bini kau sebab kau pun tak tahu ape punca sebenar diorang jadi gitu.biar diorang settle sendiri.kau jalani je hidup macam biasa dengan bini kau.doa yang terbaik untuk masing2

  2. salam, bro baru je masuk dalam keluarga isteri sebagai menantu dan suami. Jangan lebih sudu dari kuah. Memandai je bro nak persoalkan tindakan mak dan ayah isteri bro bercerai. Patutnya, fokus pda rumah tangga sendiri. Tak perlu campur tangan apatah lagi nak paksa isteri tanya mak benda dah lepas. Jangan korek hati yang dah terluka. Lagipun boss bro tu pun sedar diri. Masing-masing dah bahagia dengan pilihan mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *