Asalamualaikum semua, tujuan aku menulis ni adalah untuk minta pendapat semua pembaca yang mahir berkaitan dengan pengurusan kewangan.

Sebelum tu aku kenal kan serba sedikit tentang latar belakang kewangan aku, aku seorang isteri yang bekerja dengan pendapatan RM4000 sebulan, bila di tolak kwsp, soso, dapatlah dalam RM3600 sebulan.

Suami aku bekerja dengan gaji pokok RM2600 sebulan, tapi biasanya bila di tambah dengan elaun dan ot, pendapatan dia lebih kurang aku jugak, RM3600 sebulan,

Kami ada 3 orang anak, dan taraf pekerjaan kami bukan lah taraf berpencen tapi mencarum dalam kwsp. Umur aku dan suami sekarang 37 tahun.

Pada tahun 2021, kami telah membeli sebuah rumah semi D yang berharga 250k, lokasi rumah kami berhampiran dengan kawasan pinggir bandar di pantai timur yang terkenal dengan pantai yang cantik,

Kalau waktu cuti sekolah memang kawasan kami akan penuh dengan “orang luar” yang datang untuk makan2 dan bercuti.

Selain dari hutang rumah, aku dan suami tiadak ada hutang lain lagi, hanya itu satu2 nya hutang yang kami ada,

Rumah kami yang berharga 250k sebenarnya di bawah harga pasaran, penilai yang menilai rumah tu kata harga semasa rumah kami sebenarya RM330k, tapi tuan rumah menjual dengan harga yang lebih murah.

Oleh kerana semasa membeli rumah tersebut, kami memang langsung tiada simpanan, pegawai bank kata kami boleh buat loan dengan harga semasa rumah.

Selepas mendapat 90% pinjaman perumahan, kami dapat RM288k dan di tambah dengan insurans, kami berhutang dengan bank sebanyak kira2 RM310k. Kini kami perlu membayar RM1400 sebulan selama 35 tahun.

Aku dan suami berpakat untuk membayar separuh2 dari pinjaman tersebut, Alhamdulilah, aku dan suami masih mampu untuk membayar hutang tersebut,

Namun jauh di sudut hati aku ada sedikit rasa menyesal sebab membeli rumah ini. Aku rasa bayaran bulanan yang kami perlu bayar ini agak besar berbanding pendapatan kami berdua.

Aku juga rasa agak risau dengan tempoh pinjaman yang agak panjang 35 tahun. Aku dan suami masing2 dah berumur 37 tahun, mampukah kami buat full settle sebelun umur 60 tahun?

Aku ada berjumpa dengan pegawai bank, untuk minta penyata, terkejut gila aku bila tengok penyata hutang rumah kami yang mencecah 1 juta lebih. Gila2..

Rumah kami memang selesa, tidak terlalu besar, tidak terlalu kecil, just nice je.. ada laman, ada anak2 jiran yang suka bermain sama2, dekat dengan tempat keje aku, dekat dengan sekolah, dekat dengan masjid.

Aku seronok tinggal di rumah ni, tiada niat untuk menjual atau berpindah ke kampung, rasa nak menua di sini sahaja, lokasi pun memang tempat percutian, ada pantai yang dekat kira2 kurang 3km dari rumah.

Cuma part bayaran bulanan dengan tempoh pinjaman tu buat aku tak tenang.

Dulu aku rasa gaji aku dgn suami layak je beli rumah ni, tapi sekarang dengan kos sara hidup yang tinggi, aku rasa macam kami ni tak layak pulak beli rumah ni.

Sebenarya gaji kami ni layak tak? Apa yang perlu aku buat?

– Owner (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Mcm ni sis. Sy bukan lah pakar kewangan, tp tahu la serba sedikit psl hutang bank ni.

    1) Kalau sis tengok jumlah 1juta di penyata tu, mmg akan terkejut, tp itu bukan jumlah bayaran sis pd bank. Jumlah bayaran keseluruhan lepas habis loan, mungkin dalam 550k + termasuk interest.

    2) kalau nak tahu kita layak ke tak layak buat loan, kita boleh kira sendiri. Bukan ikut kelayakan bank, tp kelayakan mengikut kemampuan kewangan kita sendiri. Contoh gaji bersih sis 3000. Berapa jumlah komitmen sis yg mampu sis bayar. Biasanya kalau tak nakk sesak, kena kurang dari 50% dr jumlah gaji. Lagi rendah lagi bagus. So, 50% dari 3000 = 1500. Balance 1500 lagi, mampu ke sis buat belanja utk hidup sebulan? Kalau rasa sesak, maknanya komitmen tu luar kemampuan sis la. Jangan ikut kelayakan bank. Bank boleh approve smpai 60-70% daripada gaji kita kalau kita x ada komitmen sis.

    Dalam kes sis, total gaji bersih dengan suami dlam 7000. Tak ada komitmen bank lain termasuk loan kereta kan? 1400 dari 7000 baru lebih kurang 20%. Jadi sy rasa dah terlebih mampu sebab sis combine loan. Balance 80% tu kena pandai manage buat belanja.

    3) Tak rugi beli rumah ni sebab dia asset. Kalau nk tengok value rumah tu, cuba cek kadar sewa rumah tu di pasaran berapa. Tp sy x rasa boleh cecah sewa 1400 sebulan sebab di pantai timur kan.

    4) lagi satu point, rumah tu boleh dijadikan homestay since sis ckp tempat yg ramai org.

    So, dont worry much. Just my 2 cents.

  2. Memang betul, dengan gaji dan komitmen anak sebanyak tu, puan dan suami tak layak untuk beli rumah. Nak tak nak perlu usaha untuk tambahkan income supaya boleh settlekan hutang & sediakan simpanan kecemasan.

  3. First skali kira untung sebeb dapat beli rumah harga bawah pasaran. Tu dah kira rezeki, rumah dekat tempat kerja kira bagus juga tu.

    Beli rumah ni tak rugi sebab rumah setiap tahun naik dengan purata 7% setahun. Bayaran 1400 sebulan tu ok saya rase, nanti lama kelamaan gaji kita akan naik setiap tahun. Mayba gaji dah lebih 10K dalam 10 tahun lagi.

    Tak perlu jual, maybe dalam 10 tahun harga rumah ni dan setengah juta……tapi kalau beli kereta harga 100k dalam sepuluh tahun jadi 15k. Cuma nasihat jangan renovate rumah mahal mahal sudah.

    Hutang rumah ni selalunya agak flexi, boleh rujuk kepada banker puan. Kalau flexi saya cadangkan bayar extra rm100 atau lebih kalau ada lebihan duit contoh dapat bonus ke apa. So hutang dari 35 tahun dapat kurang maybe 15 tahun jika bayar lebih sebab interest berdasarkan baki pinjaman.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *