Assalamualaikum semua. Aku Annie (bukan nama sebenar) berumur lewat 20-an, dan masih bujang lagi.
Untuk pengetahuan semua, aku mempunyai “childhood” yang sangat memberi kesan kepada aku hingga ke hari ini.
Aku tak tahu la, sebenarnya aku yang bermasalah atau aku yang perlu keluar daripada keluarga toksik aku sekarang ni.
Aku perlukan pandangan dan moral support dari semua. Mungkin bila ramai yang memberi pandangan dan nasihat aku boleh menilai.
Aku anak kedua dari lima beradik. Aku tak tahu mengapa hidup aku seperti tiada kewujudan dlm keluarga sendiri. Sentiasa dianak tirikan.
Dari dulu aku sentiasa berusaha sendiri untuk mendapatkan apa yang aku inginkan. Nak minta? Memang takkan pernah dituruti.
Berbeza dengan yang lain, kemahuan mereka sentiasa dipenuhi. Kadang kala aku juga berasa sedih dan iri hati, tapi apakan daya mungkin nasib aku sudah begini.
Aku juga memerlukan ibu bapa yang sentiasa mahu mendengar luahan aku untuk bercerita dan berkongsi masalah. Tapi sering kali ketika membuka topik, mereka seperti endah tak endah. Bermain fon dan terus mematikan perbualan itu, kadang2 diam seribu bahasa.
Bila melibatkan cerita adik beradik lain mesti mereka sangat memberi perhatian dan panjang perbualannya. Aku menjadi terpinggir.
Hingga hari ini, aku sudah terbiasa keseorangan walau di rumah sendiri. Bilik kecil yang aku diami di rumah ni, mcm rumahku sendiri. Di situlah aku tidur, di situla juga aku menghabiskan masa kalau tidak bekerja.
Dari kecil aku dilayan seperti ini. Sampailah ada satu ketika dahulu, ketika aku berusia antara 13-18 tahun, aku selalu berjalan sendirian pada waktu malam atau petang.
Mengenangkan nasib sendiri, bermonolog dengan diri sendiri. “Mengapa aku dilahirkan dengan nasib begini?”
Pernah banyak kali juga aku mahu membunuh diri. Aku juga sentiasa berfikir, ketika itu antara kami adik beradik semua, akulah paling banyak membantu ibu bapa. Membantu ibu melakukan kerja di dapur, membeli barang basah di kedai, dan bermacam2 lagi.
Tapi yang lain begitu pemalas dan tidak membantulah yang sentiasa disayangi. Hanya air mata yang menemani aku dari kecil sehingga dewasa.
Sehinggakan ada peristiwa ketika aku berumur 7-10 tahun, aku adalah mangsa “Child Sexual Abuse” oleh datuk aku sendiri (ayah kepada ibu). Private part aku telah diraba raba banyak kali. Terasa jijik sampai hari ni.
Aku sangat sedih bila beritahu ibu sendiri mereka suruh aku mendiamkan diri sahaja dan jangan memberitahu sesiapa.
Beginikah seorang ibu bereaksi apabila anak perempuannya dinodai oleh keluarga sendiri? Bolehkah aku tidak memaafkan mereka semua untuk apa yang terjadi pada aku pada hari ini?
Aku sudah dewasa, peristiwa hitam dan kehidupan aku dari dulu tak pernah bernasib baik. Namun aku bersyukur hari ini aku mempunyai kerja yang boleh menampung kehidupan.
Aku mahu keluar dari rumah ini dan pergi mencari kehidupan baru tanpa keluarga. Adakah salah untuk aku berbuat demikian? Hidup aku di rumah ini tidak pernah dihargai.
Aku pernah berhasrat dan menyatakan kepada ibu bapaku untuk berpindah dan membawa satu sahaja barang milikku di dalam bilik itu, dan meninggalkan barang2 yang lain untuk adikku.
Tetapi aku disindir dan dikatakan berkira. Sepatutnya diberikan sahaja semuanya kepada adik beradik lain untuk digunakan. Padahal mereka juga sudah bekerja tapi tidak pernah membeli kelengkapan bilik sendiri.
Aku sungguh berkecil hati. Aku tidak pernah mendapatkan apa yang aku mahu. Aku membeli semua barang2 berharga itu dengan hasil titik peluh sendiri.
Tapi mereka sungguh tidak bersyukur dan berterima kasih.
Setiap bulan juga aku sentiasa memberi wang saku untuk ibu bapa, tapi apabila adik beradik tidak memberi, ibu dan bapaku sungguh memahami.
Katanya “mereka mesti tak cukup duit, tak apa kalau tak bagi” Sekiranya aku yang tidak bagi, aku dikatanya tidak membalas budi.
Wahai sahabat2 di luar sana, bantulah aku. Apa yang aku patut lakukan sekarang ini. Aku mahu membina kehidupan sendiri tanpa mereka. Wajarkah aku?
– Annie (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Belajar lah hidup sendiri dan berdikari.. mngkin klaw dah berjauhan, mrk akn sedar tentang ‘pertolongan’ awk selama ini.. xpe klaw mrk x bgi awk bwak brg yg ‘berharga’ kpd aek tu, tinggalkn dan cari yg baru, tp hadkan bantuan awk kpd parents awk shj, cba tengok reaksi mrk, dan klaw diorang ‘komplen’, mngkin awk bole bersuara yg selama ni mrk x pernah menghargai apa yg awk dah pernah sumbangkan utk mrk.. bkn tujuan awk utk ‘mngungkit’, tp utk ‘skolahkn’ mrk agar sedar dgn situasi sebenar.. wallahu a’lam
Angah dh pernah alami, dan skg masih lg sedangkn Angah bkn muda lg mcm awak. Angah percaya dlm diri awak ada sifat empati yg tinggi jg, sb tu mudah dibuli ahli keluarga. Carilah org yg boleh awak tumpang kasih & pastikn dia dpt back up awak jika terus dibuli. Carilah sepupu ke atau ibu saudara ke yg sudi mndengar luahan awak. Ingat! Mbunuh diri bkn pngakhirran setuap masalah malah Allah mnyeksa org yg mati dgn mbunuh diri sendiri. Tgh mlm curi masa utk luahkn pd Tuhan dgn bertahajjud. Allah Maha Mendengar & Mengetahui.