Bomoh Patah Yang Tak Guna

Awal-awal lagi aku dah mencarut. Buat pengetahuan kalian, aku ni sejenis yang lemah lembut. Aku tak maki apatah lagi mencarut dalam hidup aku. Tapi apa sebab aku mencarut dekat so called bomoh patah ni? Ha ni aku nak cerita.

Aku Dayang umur 25 tahun. Nothing wrong with my life and and family except one thing. Diorang lebih suka berubat pakai home remedy (bahan-bahan alami dan natural – tak bergantung ubat hospital sangat)

Aku seorang player netball semenjak dari sekolah rendah. Aku masih ingat satu kejadian waktu aku tingkatan 5, aku jadi pelatih sementara untuk junior sekolah memandangkan aku dah pernah wakil negeri ke peringkat kebangsaan.

Waktu aku main dengan diorang, ada seorang junior tersalah tolak aku waktu aku tengah lompat nak tangkap bola. Bila aku landing tiba-tiba terpeleot kaki kanan aku, bunyi meletup ankle aku dan wallahi sakit sangat-sangat.

Aku tak dapat gerakkan langsung ankle aku, means kaki aku memang stay satu keadaan tak boleh gerak. Sakit dia ya tuhan, nangis-nangis aku.

Kawan-kawan call ayah aku, terus ayah aku datang sekolah bawa kereta. Ayah aku gendong aku sebab aku tak dapat gerakkan kaki langsung dan beliau masukkan aku ke dalam kereta.

Aku ingat nak bawak gi klinik ke hospital rupanya tak, bawa balik rumah lepastu tuam dengan ais ke air suam tah aku tak ingat.

Esoknya aku bangun tidur ankle aku dah warna ungu biru, bengkak bapak besar. Aku menangis lagi lepastu ayah aku tanyakan kawan beliau yang merupakan pengamal perubatan kampung.

Katanya kawannya, balut kaki dengan daun apa entah yang disalai atas api, lepastu balut dengan kain batik untuk tutup ankle tak nak bagi masuk angin katanya.

Dalam 2 atau 3 hari juga la kaki aku berbalut kain batik tu, bukan berbalut simen ye.

Hari seterusnya tu, maka ayah aku pun bawalah ke si bomoh patah yang aku caruti tadi. Rumah dia dalam kampung. Jauh sikit dari rumah aku, sekitar 1 jam jugak nak sampai.

Orang panggil bomoh patah tu bukan sebab dia ni bomoh yang berasap kemenyan tu, tapi bahasa orang dulu-dulu menunjukkan seseorang itu ahli dalam bidang perubatan tertentu.

Bila dah sampai, ayah aku gendong aku dan letakkan aku dalam rumah, bersandar ke dinding. Ayah aku duduk di sebelah kanan aku tapi agak jauh jarak dalam sedepa begitu.

Aku waktu tu pakai kain (aku terpaksa cerita aku tak pakai seluar dalam, ye lah nak pakai celah mana kaki tak boleh gerak)

Aku masih ingat si bomoh bangs*t ni dah tua bangka datang terus duduk depan aku sambil tanya ayah aku apa masalah dan sebagainya.

Awal-awal dia cakap nak periksa, dia sekadar pegang betis aku sikit atas bawah gitu-gitu. Waktu tu aku masih duduk dengan kedua-dua kaki lurus kedepan.

(Btw, part ni aku susah sikit nak bagi gambaran visual dekat korang)

Lepastu dia cakap ‘kononnya’ dah tau urat mana yang tersimpul, dia suruh aku dudukkan kaki kanan aku. Aku masih dalam keadaan bersandar maka aku bengkokkanlah/naikkanlah lutut sebagaimana yang dia cakap.

Kau bayangkan satu kaki aku straight, kaki kanan aku pulak macam orang mencangkung tu ha tapi taklah sampai gitu.

Pokoknya gitulah. Tak tahu korang boleh bayang ke tak, tapi struggle sebab aku tengah sakit dan aku pakai kain dan dia pulak duduk bersila helok je depan aku.

Awal tu aku dah rasa takut terselak kain dan sebagainya jadi aku tariklah kain aku menutupi betis aku. Rupanya dia memang sengaja selak sampai ke betis.

Tapi dia tak selak yang sebelah ayah aku, so ayah aku tak nampak la dia selak tu. Tapi aku diam sebab aku pun naif sangat, aku fikir ni memang sebahagian dari rawatan.

Bermulalah ‘rawatan’ dia tu. Awal-awal dia urut-urut sekitar ankle aku. Pastu naik ke betis aku. Dalam masa yang sama kononnya mulut dia baca surah ke apebende tah.

Waktu ni tiba-tiba adalah makcik ni datang bawa anak dia. Rupanya makcik ni duduk di kampung ni jugak dan makcik ni katanya dah kenal sangat dengan bomoh ni.

Diorang bercerita macam-macam dengan ayah aku antaranya si bomoh ni pernah kena tahan polis atas tuduhan mencabul tapi last-last dibebaskan sebab tak ada bukti. Yang makcik tadi siap backup lagi :

“Saya ni bukan apa, dah dekat 10 tahun pak haji tolong berubat ahli keluarga saya, tak pernah sekalipun pak haji buat perangai pelik-pelik, saya sendiri pun pernah pak Haji yang tolong ubatkan sakit sendi”

Diorang pun terus bersembang sementara aku yang tengah kena urut ni beristighfar tahan sakit. Lepastu bomoh ni suruh makcik dan anaknya balik dulu sebab katanya ‘rawatan’ aku masih lama.

Jadi tinggal aku, ayah dan kepar*t ni. Makin lama aku rasa urutan dia makin naik ke atas sikit, dia dah mula urut bawah lutut aku. Semua ni dilakukan dalam kain aku, dan ayah aku tak nampak ya.

Akhirnya apa yang aku risaukan memang terjadi, dia naik lagi sampai atas. Dia sentuh kemalu*n aku.

Aku tak nak cerita dah. Cukup sampai situ.

Pedih rasa nak cerita. Ayah aku ada di situ, tapi tak nampak apa yang berlaku sebab terlindung dek kain aku.

Aku waktu tu naif sangat-sangat. Aku menyesal sangat kenapa aku tak menjerit. Waktu tu aku hanya mengerang macam orang sakit tapi sebenarnya tangan kotor dan jijik tu tengah mer*ba.

Aku tak tahu nak react macam mana, sumpah aku tak tahu kenapa aku terkaku. Aku nangis tapi ayah aku ingat sebab aku sakit. Aku keep pushing si b*ngsat ni, aku tolak dia, aku tepis tangan dia dan aku buat berulang kali.

Akhirnya ayah aku cakap “DAH JOM BALIK”

Ayah aku terus gendong aku, aku menangis kuat-kuat. Waktu ni ayah aku dah detect something wrong. Reaction aku yang terakhir tadi bukan reaction orang yang kesakitan tapi orang yang dalam bahaya.

Masuk dalam kereta, sepanjang sejam perjalanan aku menangis tak henti. Aku rasa kotor, walaupun bukan sampai tahap dirogol atau dicabul. Aku rasa benci dengan diri sendiri. Aku rasa nak potong vagina aku sebab aku jijik.

Hanya satu yang aku cakap sepanjang perjalanan pulang :

“Dayang nak bunuh b*bi tu”

Aku tak tahu reaction ayah aku waktu tu macam mana, tapi bila peristiwa ni diceritakan senula kepada aku, turn out ayah aku terkejut sangat sebab aku tak pernah mencarut, aku sangat menghormati orang tua.

Bila aku mencarut kepada orang tua pulak, memang something serious happen dan ayah aku tak cegah benda tu.

Malam tu aku tak boleh tidur, aku meracau aku menangis. Akhirnya mak aku teman aku tidur dan lampu bilik dibiar terbuka. Esoknya aku bangun dan terus menangis. Aku geli dengan diri sendiri. Aku rasa aku bodoh waktu tu. Aku benci diri sendiri.

Even sampai saat aku taip ni aku masih mengalirkan air mata sebab aku tak tahu kenapa aku tak minta tolong ayah waktu tu padahal ayah ada dekat aku tak sampai 1 meter.

2 hari selepas itu, aku dah agak tenang. Barulah ayah dan mak tanyakan aku tentang kejadian tersebut. Aku pun baru berani membuka mulut bercerita kepada mereka walaupun aku malu sangat-sangat nak cerita. Petangnya ayah terus pergi ke balai dan buat report polis.

Tak lama selepas itu aku pun dipanggil beri keterangan dan segala macam.

Walaupun kejadian ni dah 8 tahun berlalu, tapi kesan kepada aku sangat kuat. Aku masih rasa benda yang sama, aku rasa jijik aku rasa geli dengan diri sendiri.

Aku takut satu benda – PERKAHWINAN. Aku takut bayangan tangan kotor tu menghantui kehidupan perkahwinan aku. Korang doakanlah aku ya.

Btw, aku minta korang jangan salahkan ayah aku dalam hal ni. Beliau tak nampak apa yang berlaku. Beliau pun tak pernah ke bomoh bangs*t ni, beliau pergi atas recommendation dari kawan juga. Beliau mahukan yang terbaik buat aku, aku yakin benda tu.

Setiap orang berhak meyakini apa yang rasa benar. Mak ayah aku bukan tak percaya perubatan moden, TIDAK. Mereka cuma ingin lebih alami dan natural.

– Dayang (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *