Trauma Yang Tak Dilupakan Sampai Mati

Assalamualaikum saya Adee.. Berumur 25 tahun, sekarang banyak kisah tentang pedofilia kan.. Ramai jugak menceritakan kisah-kisah masing-masing.

Saya pun ada trauma tentang pedo nih tapi pedo dari ahli keluarga saya sendiri dan ustaz waktu saya sekolah rendah.

Pedo 1, abang saya sendiri saya namakan dia M umur dia dalam sekolah menengah, waktu tu saya kecil lagi dalam darjah 2 atau 3, tak memahami apa tu baik dengan tak baik,

Saya suka tidur dekat ruang tamu sebab tak nak kongsi bilik dengan kakak dan boleh tengok tv kat depan sambil baring,

Tiba-tiba saya perasan ada tangan menyentuh bahagian dada dan private part saya, saya sedar tapi saya diam, saya nampak tapi saya pejamkan mata, tak tahu apa yang perlu dibuat, 

Kemudian kakak saya muncul dan si M terkejut dan berpura-pura ambil remote control tv konon untuk cover kesalahan dia. Then dia pergi saya lega tapi dia meninggalkan kesan mendalam buat diri saya, terfikir apa yang si M buat?

Lepas tu ada lagi, ingat masa ni naik kereta dengan mak ayah balik kampung, saya tertidur bahagian kanan belakang pemandu,

Tiba-tiba terasa tangan merayap dalam gelap memegang bahagian dada saya, saya tahu tapi saya diam jugak tak tahu apa boleh buat dan perasaan takut jugak hadir, keliru dengan kejadian tuh.

Saya pernah ceritakan apa yang si M buat pada saya dekat kakak tapi dia cuma ketawa dan kata kat saya ‘padan muka’..

Dari situ saya kecewa dan terfikir tak guna bercerita pada siapa2 pun sebab tak ada yang cuba nak lindungi saya, kakak saya pun kena dengan si M tapi bukan macam keadaan saya, ingat waktu tu pagi sebelum pergi sekolah kakak sedang pakai baju,

Tiba-tiba2 nampak kelibat lampu flash talifon dekat tingkap, kakak terkejut dia serang si M marah-marah tapi cuma berakhir dekat situ ja.

Saya juga pernah dihendap si M dalam bilik air jadi setiap kali mandi saya akan jauhkan diri dari bahagian celah pintu sebab tahu si M akan datang hendap,

Perkara tu berlarutan sampai laa saya berumur 12 tahun tapi sentuhan tu berkurangan, dan saya mula terfikir apa yang si M buat kat saya selama ini, macam dia tahu benda- benda macam tu. 

Saya cuba geledah talifon masa dia ke tandas dan ya video p**no penuh dalam geleri dan website-website lucah penuh dekat talifon dan laptop si m, saya jadi takut dengan abang sendiri dan rasa betul-betul trauma sehingga sekarang.

Pedo 2, seorang ustaz, umur saya waktu tu darjah 4, saya pernah suarakan kes si M pada ustaz tapi tak ada apa2 tindakan, tapi diambil kesempatan, mungkin bukan situasi macam saya kena dengan si M tapi saya tahu mungkin itulah dipanggil grooming,

Saya lemah dalam membaca jawi jadi saya banyak pergi ke office ustaz untuk belajar dan saya perasaan lama kelamaan ustaz makin mendekati saya.

Siap angkat ribakan saya lepas tu sambil usap-usap bahagian peha hampir setiap kali saya belajar,

Saya pun tak tahu fikir mungkin kasih sayang ayah-ayah kepada anak tapi sebenarnya itu lah yang disebutkan grooming, tapi hanya setakat itu sahaja tak pernah lebih, semakin saya meningkat usia perkara ni berkurangan.

Sampai la saya sekolah menengah si M dah mula menjauh tapi meninggalkan kesan yang jijik dan trauma,

Sekarang saya dah kahwin saya ada anak perempuan saya jadi takut perkara sama yang berulang, semoga Allah sentiasa melindungi anak saya dari manusia-manusia bernafsu syaitan ini

Mak ayah tak pernah tahu perkara ni, tak pernah cuba cek talifon anak-anak apa yang diorang tengok dan sikap saya jadi sangat pemarah kerana cuba pertahankan diri,

Setiap kali balik kami adik beradik tak pernah berbaik, mesti bergaduh, saya tak pernah memaafkan si M sehingga sekarang. 

Ingat lah trauma ni memberi kesan yang mendalam terhadap kehidupan dan jiwa seseorang, semoga Allah membalas semuanya, dan semoga mangsa2 pedo ni terus kuat mengharungi hidup dan pentingnya pendidikan agama terhadap kanak-kanak.

– Adee (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *