Aku Perlukan Solusi

Aku tak tahu mana nak mula, mungkin bahasa yang digunakan ni bercampur. Aku namakan diri aku ‘aku’. Aku disini adalah untuk meluahkan perasaan ketidakpuasan hati dan penindasan yang berlaku.

Aku ada seorang adik lelaki ‘tentera’ yang bertugas di Melaka kalau boleh aku nak reveal je nama kem dia bertugas sekali dengan unit tapi aku risau benda ni akan berpaling kat adik aku pada akhirnya. Aku rasa korang pun boleh agak kem mana.

Adik aku baru lagi dalam servis tentera ni. Budak baru habis SPM masatu dia sendiri yang nak masuk tentera tanpa dipaksa oleh sesiapa pun. Kami sebagai kakak ni sokong je apa yang dia minat.

Pada mulanya semua okay selepas dia habis rekrut dan ditempatkan di Kem di Melaka tapi lama-kelamaan dia dah mula minta dengan kami kakak abang nya duit tiap-tiap bulan.

Amaun yang di pinta bukan la amaun yang besar setakat 20-100 tpi kalau sebulan dua tiga kali mintak aku pun boleh jadi sesak. Ye la masing-masing ada komitmen.

Bila ditanya kegunaan untuk apa dia akan bagitau beli barang untuk kursus, bayar yuran dll. Takkan la tiap kali kursus nak kena beli benda-benda tu semua? Takkan lah penyapu, mop dan yang seangkatan dengannya tu dorang sebagai penuntut kursus kena beli logik ke?

Aku pun penjawat awam tapi bukan beruniform kalau kami benda sekecik-keciknya untuk kegunaan kerja boleh mintak dengan admin. Memang kerajaan ada duit untuk semua benda-denda ni. Kenapa kalau tentera kena guna duit dorang sendiri?

Semua boleh bagitau kalau masuk tentera kena ‘tough’ mental dan fizikal. Benda macam ni la kot yang kena tahan ‘mental’.

Ada satu hari tu kami ke Melaka alang-alang dah ke sana aku ambik la dia keluar. Dari pagi sampai malam. Sebelum hantar dia masuk kem kami pergi makan kat kedai berhampiran. Dia bangun dari meja dan pergi tapau makanan untuk ‘kawan-kawan’ katanya kawan ‘pesan’.

Takpe aku dahulukan duit aku untuk bayar semua makanan yang ditapau tu. Berharap ‘kawan-kawan’ yang pesan tu bayar la dekat dia tapi tidak ye. Dah macam aku yang belanja kawan-kawan dia. Takpe aku boleh lagi diam.

Benda ni berulang lagi sebab tempat aku tinggal ni takde la jauh sangat dengan Melaka, jadi kalau kami adik beradik free memang akan pickup si adik ni dari kem untuk jumpa. Dan benda yang tu berulang lagi. Aku ni jenis yang malas ambik port aku diam je la.

Kadang aku sebagai kakak nak tahu apa yang jadi sebenarnya macam mana gaji boleh tak cukup sedangkan makan ditanggung, tempat tinggal disediakan dan adik aku tak hisap rokok. Gaji dia tu bagi aku cukup untuk dia hidup sebab dia takde komitmen.

Tapi tiap bulan dia tak culas bagi kat mak ayah kami. Sebab tu aku tak berkira kalau tiap kali dia mintak aku ada memang aku akan bagi.

Benda yang buat aku geram adalah dua tiga hari lepas dia mintak lagi duit katanya tak cukup sebab haritu dia join ‘kawad merdeka’ dan banyak duit habis. Okay takpe aku bagi lagi. Ehh harini dia mintak lagi memang panas la aku. Ingat aku ni cop duit ke? Aku pun makan gaji sama macam dia.

Bila disoal siasat untuk apa duit tu katanya dia kena ‘paw’. Weyy biasa aku dengar benda ni jadi dekat orang lain tapi benda ni jadi dekat adik aku. Aku bagitahu dekat dia kalau orang yang jenis mintak duit orang ni jangan bagi.

Aku mintak nama yang selalu paw duit tu dia tak nak bagi. Dia bagitahu kalau tak bagi duit tu dia yang ‘kena’. Korang boleh faham tak perasaan aku. Sistem kerja jenis apa ni. Adik aku kerja ni untuk bagi duit dekat orang?

Aku rasa benda ni dah tak betul. Budaya mintak duit dengan ‘junior’ ni dah jadi budaya ‘senior’.

Untuk pengetahuan korang adik aku ni jenis budak-budak baik ‘nerd’ gitu. Jadi aku memang tahu password dan pin bank dia. Aku pernah je transaksi duit dia kemana pergi duit gajinya. Aku dah tahu lama cuma aku diam nak dengar dia bukak mulut je.

Aku ni malas nak ambik port sangat hal dia sebab bagi aku dia dah besar dia boleh handle sendiri hidup dia tapi kalau dah macam ni aku rasa aku kena masuk campur.

Aku berharap sangat ada yang tentera yang dah lama dalam servis yang baca luhan aku ni. Adakah aku patut buat surat rasmi untuk dihantar ke Kem dia bertugas.

Aku mohon bantuan korang sebagai pembaca yang tahu mana saluran yang boleh aku suarakan penindasan ini korang boleh komen nanti aku baca. Aku nak betulkan benda yang salah.

Aku terpikir dekat generasi yang akan masuk tentera ni dan orang yang masuk tentera sebab nak tolong mak ayah yang susah. Korang kena bersama-sama dengan aku untuk betulkan benda ni ;)

Yang benar,

Kakak yang baik (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Mngkin puan boleh berjumpa dgn atasan adik puan untuk dapatkn penjelasan.. bawa sekali ‘bukti2’ transaksi yg telah berlaku itu.. mungkin setelah ada ‘aduan’, mrk akn menjalankn siasatan kod anggota yg terlibat.. utk ‘melindungi’ kebajikan adik puan, mngkin puan juga bole memohon agar adik puan, atau pegawai lain yg terlibat itu ditukarkn ke tempat atau negeri lain, (klaw dlm askar perkara bertukar2 tempat bertugas ini adalah biasa, dan mrk selalunya ‘menurut perintah’ pihak atasan), ini perlu, sebelom keadaan bertambah ‘parah’, mne tahu, klaw ianya x dibendung, adik puan, atau junior yg lain akan ‘dibuli’ dgn lbh teruk yg melibatkan fizikal atau mental.., slalunya junior xkan berani melawan dan menurut shj kehendak senior.. klau dah melibatkn ‘duit’ ini mngkin perkara serius, so cepat2la bertindak, sebelom terlambat.. wasalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *