Aku harap admin siarkan confession aku ini. Aku tak tahu nak meluah bagaimana.
Aku nak letak nama Bunga, banyak confessor letak nama tu. So, aku letak nama Jantung Pecah. Ya, memang aku rasa nak pecah jantung aku ni! Aku tak pandai meluah, maaf klu ayat tak tersusun di sini.
Aku intro sedikit hal aku. Perempuan, bujang, 38 tahun, tinggal sendirian di salah sebuah negeri. Hal family, totally ignore about me. Aku susah, memang diaorang tak peduli, pepandai dirilah teruskan hidup.
Aku ni dari zaman muda, aku usaha buat pelbagai jobs. Waktu itu, aku dapat kerja full time ofis hour, petang hingga malam aku buat part time di restoran.
Ada waktu terluang, aku try cari side income cara lain. Aku tak akan simply, sekadar fokus satu income. Sebab aku tahu, aku susah, aku kena pepandai hidup sendiri dan kena pandai survive diri! Ko sakit kena operate, ko pepandailah sendiri.
Nak mintak tolong family sendiri, aku kena perli sindir marah lagi ada. Lockdown diumumkan, mom pujuk aku suruh balik kampung. Ikutkan hati, aku nak fokus kerja dekat bandar. Tapi itulah aku tewas dengan pujukan mom.
Balik kampung, bertalu² aku kena sound setempek dengan bapak dan kakak aku! Pedih siottt, aku hanya mampu pendam jaa.
Bukan aku mintak jadi lockdown begini. Rasa menyesal balik kampung pun ada, dah laa aku kena saman RM1,000 waktu tu!
Lepas lockdown, hidup aku slowly makin parah. Asalnya punca income aku ada 3 cabang, slowly tinggal satu demi satu hingga zero!
Aku hanya survive hidup based on savings aku. Hampir 5 tahun, aku survive dengan savings. Mostly kerja pun tak sampai se tahun, aku berenti gara² kena macam² gangguan antaranya seksual.
Nak report pihak atasan, aku malas nak report sebab aku baru lagi. Aku cuma mampu tepis saja, mujur manager tak buat lebih. Kalau dia buat lebih, tak pasal dia kena tahan ward gara² aku yang baran. Aku dah laaa tak ada siapa.
Aku kena terminate dengan ex-boss gara² aku batuk tak berhenti. Boss tak selesa dengan keadaan aku batuk tak berhenti. Aku nak turun kerja, dia tak bagi malah suroh aku rest. Hujungnya dia terminate aku! Keja tak sampai 6 bulan di sini.
Aku pun tak tahu kenapa boleh batuk tak berhenti, refer doktor just syak tibi lah apa lah. Rupanya, gastrik aku melambung. Makan ubat gastrik, dah lega! Buang masa jer sebulan lebih, aku refer doktor, dah tu kena terminate!
Sekarang ini, otak aku dah bengong cari kerja merata tempat, even part time pun macam payah nak dapat! Kebanyakan kerja, prefer orang muda bawah 35 tahun.
Apa, ingat orang tua macam kami sumbat dalam lubang kubur ker? Dipaksa tamat riwayat? Kategori useless? In
terview aku dah merata tempat. Aku rasa aku kategori juara hadir interview pelbagai tempat dalam tempoh 5 tahun coz hampir setiap minggu ada saja panggilan interview.
Aku dah usaha sehabis baik, malangnya tiada jawapan, reject, silent dan paling pedih katanya ‘aku overqualified’. Hotak dia overqualified, padahal aku SPM jeee. Mestilah aku cari job, sama level SPM coz sedar diri aku tak pandai.
Bukan aku tak usaha sambung study, aku jenis study short² saja boleh fikir. Kalau lama sampai 3-5 tahun, otak aku makin jadi slow, bengap, tepu, mengamuk dll.
Masa muda dulu, aku nak sambung study ambil sijil agent rumah, bapak aku tak bagi. Nak ambik sijil pertanian pun tak bagi. Katanya sijil saja mana laku, tak ada kelas katanya.
Waktu itu sijil agent rumah just guna kelulusan minima SPM saja. Tak tahulah sekarang bagaimana, degree kot minima.
Bila aku sambung study diploma, rupanya bapak aku totally ignore. Duit belanja pun dia kirim on off, kalau mintak adalah dia kirim RM50-100 setiap bulan. Kalau kakak aku mewah dia kirim setiap bulan!
Lastly aku kecundang sendirian, bodohkan aku? Terlalu percaya dan mengharap keluarga sendiri. Sekarang ini, aku usaha sambung study walaupun usia sudah lewat.
Aku pening nak cari kerja zaman sekarang, dengan usia aku begini. Merata tempat, travel sana sini, hujungnya nothing. Savings aku sekarang tinggal sebulan jaa. Lepas itu, aku tak tahu nak bawak diri ke mana.
Ada yang sama situasi dengan aku tak, payah nak dapat kerja? Share laaa situasi korang. Umur berapa, stay mana. Korang mesti, sijil tinggi² lagi power dari aku kann.
– Jantung Pecah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Klaw awk betul2 berminat utk ambil sijil apa2, bole je, buat part time pon bule.. klau awk kerja yg x memenatkan sgt, awk bole focus utk study.. klaw nk kerja sendiri dlu, sambil blajar pon ok, skrang ni ramai je yg kerja berniaga, dropship n affiliate scara ‘online’, janji awk pandai membhagikn mse.. di samping tu jaga kesihatan juga, jgn nt disebabkan kesihatan, awk boleh sampai d ‘terminate’kan kerja.. di samping tu berdoa & buat amalan yg bole ‘menjemput rezeki’.. wallahu a’lam.
Agen masih sama tak perlu degree, try buat part time dulu pun ok. Rajin bekerja tapi duit tak nampak, boleh beli rumah flat murah murah duduk dan sewakan bilik. At least ada income sewa kalau tak sampai bila. Barang semua akan naik harga.
Assalamualaikum. Bismillah. Kerja restoran makanan segera. Sekiranya boleh jgn berasaskan pizza hihi.. tk kenyang.. Minta elok² dgn manager insyaallah dia beri. Sekurang² makan lepas. Umur biasanya restoran makanan segera masih ambil. Kerja rasa tk berat mana. Carrier futures boleh pergi jauh klau sabar.