Assalamualaikum.. Aku berumur awal 30an, susah berkahwin & mempunyai 2 orang anak. Alhamdulillah aku dikurniakan suami & family mertua yang sangat baik. Aku sangat bersyukur untuk anugerah ini.
Aku nak meluahkan mengenai kebersihan. Aku bukanlah OCD atau terlalu cerewet. Kadang-kadang rumah aku juga bersepah dengan mainan anak-anak sebab tak sempat kemas. Tapi kekemasan & kebersihan tu dua benda berbeza bagi aku.
Mudahkan cerita, keadaan kebersihan di rumah mertua sangat membuatkan aku tak selesa. Pertama kali aku tiba di rumah mertua ialah selepas aku & suami berkahwin. Waktu tu musim hujan. Keadaan rumah terutama dapur & bilik air tak bersih di mata aku.
Aku abaikan jer pada awalnya, sebab aku fikir mungkin sebab hujan, so sampah-sampah susah nak dibuang keluar, lantai pon basah sana sini.
Tapi tanggapan aku meleset. Musim tak hujan pon sama je keadaannya. Biar aku cerita bab makan di dapur dahulu. Tabiat makan di rumah mertua aku ni sangat berbeza dengan family aku.
Jika waktu makan tu ada lauk yang perlu dicedok dengan sudu, family mertua memang akan cedok sudu tu guna tangan kanan yang baru disuap di mulut. Bergilir-gilir buat begitu untuk sudu yang sama.
Aku geli. Aku terbayang air liur lepas nasi disuap ke mulut melekat di tangan & tangan yang sama pegang sudu lauk, kemudian orang lain repeat benda yang sama guna sudu yang sama sehingga selesai makan. Aku tak boleh macam tu.
Kalau makan ikan atau ayam, tulang-tulang akan diletakkan atas meja tanpa alas apa-apa. Aku terkejut. Sebab mak aku akan marah kalau aku & adik beradik buat begitu. Tapi lain situasinya di rumah mertua. Semua akan himpun tulang atas meja makan tepi pinggan masing-masing.
Selesai makan, tulang tu dibiarkan di situ tanpa dikutip. Double terkejut aku dibuatnya. Last skali ibu mertua aku yang akan kutip tapi bukan sejurus selepas selesai makan, mungkin lepas menonton TV atau bila dia rasa nak kutip dia akan kutip.
Pinggan lepas makan sudah semestinya ada sisa makanan. Namun sisa tu dibiarkan jer dalam pinggan, kemudian pinggan terus letak dalam sink. Akhirnya sink tersumbat. Padahal tong sampah ada jer tepi sink tu. Sungguh aku tak faham.
Yang pandai makan tak pandai basuh pinggan pon ada. Yang pandai makan tak pandai angkat pinggan ke sink pon ada. Aku pelik dengan perangai masing-masing.
Mula-mula kawen memang aku kutip semua & aku cuci semua. Tapi bila selalu macam tu aku cuci yang aku jer. Malas dah aku.
Dalam bilik air pulak ada kain baju terbiar atas lantai berhari-hari. Aku tanya suami, takde baldi ke? Jawapannya tiada. Bila beli, baldi tu nanti tak tahu ke mana hilangnya. Aku pelik. Tapi sampai situ jer aku tanya suami aku.
Aku geli bila baju ada atas lantai. Aku terbayang air kencing kena baju tu, air ludah lepas berus gigi kena baju tu. Macam-macam aku bayang.
Bila masuk toilet, mesti ada khazanah yang tak dijirus. Aku takde pilihan lain, aku yang terpaksa isi air dalam baldi untuk jirus sebelum aku guna toilet tu walaupun aku sangat-sangat tak tahan nak membuang.
Semua yang ada di rumah tu dah besar panjang, paling muda pon sekolah menengah. Aku nak bebel pon bukan adik-adik Aku. So aku diamkan.
Suami aku tahu hal ni dan dia pon setiap kali balik kampung akan bebel hal ni. Tapi masing-masing tak mengaku hahahaha. Mane nak mengaku, aib kot hahaha.
Aku memang ada eczema so kulit aku mudah naik gatal-gatal. First time aku balik rumah mertua aku gatal-gatal lengan. Banyak biji-biji merah-merah.
Aku rasa sebab cadar sebab aku ada terjumpa potongan kuku yang dipotong atas tilam kami. Bukan kami yang potong kuku. Kuku siapa aku pon tak tau.
Dah bila jumpa kuku atas cadar tilam tu memang confirm laa cadar tu tak ditukarkan sebelum kami pulang, mungkin adik ipar yang guna sebelum kami, dia potong kuku atas tilam tu tapi tak kutip kuku sampai habis. Wallahualam.
Lepas kejadian tu, aku memang akan bawa cadar, selimut, bantal, tuala aku sendiri ke rumah mertua. Aku tak tinggalkan semua tu di rumah mertua sebab aku pernah nampak kucing kencing dekat sofa, bakul kain, almari & dinding rumah tu. So better aku bawak je laa tiap kali balik kampung.
Anak aku yang sulung ada masalah kulit macam aku. Balik kampung haritu anak aku naik gatal-gatal sampai berkudis. Aku pergi klinik, doktor kata tu alahan. Doktor tanya ada silap makan ke, aku kata anak aku makan benda sama jer dari dulu dan ini first time dia kena.
Oh ya, anak aku umurnya 1 tahun setengah. So doctor tanya ada kucing ke dekat rumah. Terus aku teringat kucing-kucing dekat rumah mertua. Kucing-kucing tu suka tidur atas tanah sekali dengan ayam-ayam kat belakang rumah. Naik atas rumah tido pulak atas sofa.
Anak aku memang suka main atas sofa. So memang sah dari kucing tu. Kucing-kucing tu memang tak dimandikan dan memang comot. Aku dari dulu memang geli dengan kucing-kucing tu. Kesian anak aku.
So lepas jer benda ni jadi kat anak aku, suami aku bawa balik kerusi camping ke rumah mertua untuk anak aku duduk. Dan anak aku kami tak benarkan tak berbaju dalam rumah tu. Aku pon tak duduk atas sofa tu. Aku takut.
Baju-baju yang aku pakai mesti aku tukar lepas aku masuk bilik. Aku jadi paranoid. Baju makan lain, baju nak g bilik air lain, baju tidur lain. Sumpah aku paranoid.
Banyak lagi benda yang tak kena di mata aku macam kain baju yang dah dipakai berlonggok berhari-hari atas lantai tepi mesin basuh, baju yang baru diangkat dari jemuran tak dilipat dan dikencing kucing, banyak sangat.
Haritu rumah tu buat majlis makan-makan, then ada jiran tegur mak mertua aku kenapa tak lipat kain. Kain berlonggok dalam bakul besar tepi ruang tamu. Aku pulak rasa segan bila jiran tegur. Aku memang gatal tangan nak lipat tapi nanti pelik pulak, aku lipat bukan kain aku.
Sampah- sampah pulak akan dibuang jer dalam semak 50m belakang rumah. Buka tingkap dapur dah nampak sampah-sampah berlonggok dalam semak. Entah aku tak paham.
Persoalan aku adakah aku cerewet bab kebersihan? Tolong nasihatkan aku kalau aku salah. Doakan aku tak mudah stress sebab aku memang stress bila ada benda tak kena di mata aku. Nak nasihatkan family mertua memang aku tak berani. So aku hadap je.
– Detergent (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Sya rasa suami awk, sbg ank dlm kluarga tersebut, kena memainkan peranan nya.. dia kena rajin baiki keadaan dan bagi ‘teguran’ kpd kluarganya, hadi taklah mrk rasa kecik hati sgt, berbanding klaw awk yg buat semua kerja tu, atau pon tegur mrk.. suami bole beri alasan yg ank kecil u all x boleh kena hama or kotoran yg x diurus dgn baik.. buat perkara ni berterusan atau setiap kli blk ke rumah mertua.. insha Allah lama2 mrk akn ‘terdidik’ melalui suami awk, kecuali lah klau dia pon sama spt kluarganya, then awk la yg kna ‘didik’ suami pulak.. hehe.. wslm.
Haishh kita pun tak boleh nak masuk pijak rumah saudara-mara juka kotor begini.. geli…nak buang kaki lepas pujak lantai tak boleh pulak. Sebelum kahwin baik check2 dahulu dah kahwin menyesal pula.
Saya pun lebih kurang mcm awk, dik. sy dulu mmg cerewet sgt tp bile dah berbelas2 thn kawin ni, terpaksa berdamai dgn takdir. suami sedikit sebanyak mewarisi sikap keluarga dia. rumah parents in law dari garaj kereta depan rumah sampai la dapur, membawa ke tingkat atas (teres 2 tingkat) takde part yg xde barang. even atas setiap anak tangga pun ade barang. kebersihan mmg out. makin lame kawin ni terpaksa buat-buat bodoh je walaupun pelik dgn perangai org camni. sy membesar dgn mak yg sgt cerewet. itu pun nasib baik sy tak lah secerewet mak sy. lagi-lagi sy kerja. terpaksa kurangkan cerewet tu. bab kebersihan ni, tuntutan agama. kenapalah ade sesetengah manusia ni, terlalu ambil ringan. dah kalau pakaian pun kene kencing kucing, satu rumah ade bekas kencing kucing, macam mana nak solat… haihhhh
Tak.. kau tak cerewet. Apa yg kau rasa tu valid. Keluarga mertua kau tu yg pemalas dan pengotor. Aku hadap mcm ni jgk. Setiap kali balik rumah mertua.. aku akan angkut semua dari rumah. Bantal, cadar, selimut, tuala. Air purifier kt rumah pun aku angkut. Dengan spray dettol tu aku bwk. Bilik tidur kt sana pun aku akan kemas dulu sebelum guna. Vacuum bilik, lap kipas, cuci filter aircond. Toilet pun aku sental. Plastik sampah bwk dari rumah. Sebab aku tak tahan kotor. Lantak lah diorg nak ckp apa pun. Nasib lah kita nya jarang balik.
Mula2 kawen konon nak layan jer. Tapi dah ada anak kecik ni.. jenis sensitif pulak.. mana mau nya.. Anak sakit nnt keluar duit lagi nak p klinik.
Kebersihan tu mencerminkan keperibadian seseorang. Saya seorang OCD memang tak boleh boleh tgk rumah bersepah & Kotor. Ada orang yang memang dilahirkan dah terbiasa dengan keadaan rumah yang bersepah. Pernah Saya ke rumah beberapa Teman Saya yang memang tak hiraukan kebersihan. Dari ruang tamu ke dapur sampai ke bilik air penuh sarat dengan barang2 & sampah sarap. Nak tegur pun Sampai Saya malas. Cuma Bebel sikit2. Segala mak nenek botol2 kosong, expired semua disimpan.
Teringat betina pengotor anak dah tiga tapi tak malu ketip kuku di opis. Rumah tak sempat ketip kuku ka pemalas?
JANGAN PERNAH KETIP KUKU DI OPIS KALAU SEJENIS SAPU LANTAI OPIS PON MALAS!
Jijik orang opis jumpa SISA KUKU KAU BETINA!